benda nie berlaku di Haiti..mungkin ini salah satu cara bro nie mendapatkan duit dengan melakukan persembahan yang brutal nii...
Home > All posts
[8 Foto] Makan Api dan Kaca Dengan Muka Selamba!
Posted by TerbaikLaH on Sunday, January 6, 2013 at 7:29 AM
[11 Foto] Orang Jepun Kempiskan Perut Guna Straw? Lihat!!
Posted by TerbaikLaH at 7:22 AM
Jika anda termasuk salah seorang yang sudah berputus asa dengan diet dan usaha untuk mengecilkan perut anda, mungkin anda perlu mencuba cara orang Jepun dalam usaha mengecilkan perut. Satu cara yang cukup unik sekaligus tidak memerlukan perbelanjaan yang besar,tanpa ubat atau vitamin mahal ,tanpa peralatan fitness yang canggih.
Hanya dengan straw @ penyedut minuman. Orang Jepun melatih otot perut supaya kencang dan hasilnya perut boleh mengecil.. Cuba kita lihat bagaimana mereka membuatnya...
siapkan dulu straw @ penyedut minuman
potong lebih kurang 5 cm
ratakan salah satu hujung straw
tutup separuh lubang straw dengan selotip
lihat bla sudah ditutup separuh
tarik nafas dalam-dalam dan penyedut selama 5 minit
lakukan selama 3 minit setiap hari
Beberapa orang yang melakukan selama 2 minggu hasilnya beza-beza, tetapi semuanya berhasil mengecilkan perut.
Menurut pakar, saat kita bernafas, otot perut lebih digunakan ketika mengeluarkan nafas daripada menarik napas.
Dengan menggunakan sedotan yang ditutup separuh, efek penggunaan otot perut menjadi berlipat.
[14 Foto] Cara Roti Nan disediakan di Afghanistan
Posted by TerbaikLaH at 7:10 AM
Roti ni mmg peberet saya...setiap kali ke kota Tinggi saya mesti singgah kat sebuah kedai yg ada roti Nan ni..sedap...
Maklum mungkin juga makanan ruji keturunan sebelah ayah saya..sbb tu..tekak ni sebati benor ngan roti ni...hihi
Namun...kalaulah...dihidang dengan cara sebegini...mau 5,6 kali juga saya terpikir..
nak makan ke tak nak....
Jom..kita pakat intai bagaimana cara diorang buat roti Nan yang sedap ni...
Hhhuurmm...banyak juga kegunaan tong drum ni yer...selain dari simpan air,lupus mayat(masih ingat kes simen mayat dalam tong drum?)......ianya boleh dijadikan dapur juga..
Apa-apa pun demi sebuah kelangsungan hidup,semuanya harus dihadapi...biar sesusah mana sekalipun.
[3 Foto] Cara Mancungkan Hidung Tanpa Pembedahan
Posted by TerbaikLaH at 6:50 AM
Kalau nak dapatkan benda nie bolehlah dapatkan dekat Jepun..kena pakai selama 20 minit setiap hari..kalau tak mau mancung gak..memang dah spesies hidung kemek nak buat macam mana haha..
Kejam! Budak Dihukum Gilis Tangan Dengan Lori Kerana Mencuri Roti
Posted by TerbaikLaH at 6:43 AM
Menurut info yang diperolehi budak ini dihukum kerana mencuri roti..mungkin kerana dia kelaparan atau keluarganya tidak mampu menyaranya..tapi persoalannya kenapa manusia semakin kejam meletakkan undang-undang ditangan sendiri?
Nabi Palsu di Indonesia Berjaya Tiduri Wanita Untuk Menghapuskan Dosa
Posted by TerbaikLaH at 6:34 AM
Polis menangkap seorang lelaki yang mengaku diri sebagai nabi dan menipu pengikutnya dengan meminta harta serta membolehkan dia meniduri isteri para pengikutnya.
Lelaki 48 tahun bernama Bantil yang berkerja sebagai guru agama itu mempunyai kira-kira 50 pengikut yang tinggal dalam kampung mereka dalam Kabupaten Kutai Timur, Kalimantan Timur, Indonesia. Para pengikutnya memanggilnya Syekh Muhammad dan dia mengaku sebagai Nabi, walaupun disebutkan ajarannya menyimpang dari nilai-nilai Islam.
Seperti dipetik The Jakarta Globe pada Khamis 13/12 lalu mengatakan, para pengikut mengaku diminta menyerahkan wang kepada Bantil si nabi palsu maka dosa-dosa para pengikutnya akan diampuni. Jika pengikutnya tidak punya wang, maka Bantil harus dibenarkan meniduri isteri para pengikutnya agar dosa mereka boleh diampunkan.
"Kami menangkapnya selepas menerima laporan daripada penduduk," kata Budi. "Setakat ini hanya satu orang yang dilaporkan ditipu oleh pelaku (Bantil) dengan memberikan 170 juta rupiah bagi membersihkan dosa-dosanya. Kami mengesyaki puluhan isteri para pengikutnya sudah ditiduri Bantil bagi menghapuskan dosanya. Kami masih menyiasat perkara itu," jelas Budi.
Budi juga menjelaskan polis telah mengumpulkan beberapa alat bukti termasuk peranti bagi ritual seperti serban, boneka, kayu azimat, wang kertas dan tanda terima atau nota bayaran daripada pengikutnya.
Bantil sendiri telah mengaku meniduri isteri puluhan pengikutnya dengan alasan "membersihkan dosa-dosa mereka". Polis juga mengesyaki Bantil menyihir para mangsanya.
Polis mengaku telah berunding dengan Majlis Ulama Indonesia (MUI) dan Kementerian Agama tentang sekte Bantil, dan kedua-dua badan agama itu menyatakan kepada polis bahawa ajaran Bantil telah melencong dari Islam.
Polis juga telah berbincang apakah Bantil juga akan disabit dengan kesalahan penodaan agama.
Bantil dijelaskan memulakan ajaran menyimpangnya pada tahun 2006. Untuk mengaburi para penduduk tempatan ia mendirikan sebuah desa khusus bagi pengikutnya. Pada 2008, seorang warga sudah menyatakan menentang adanya nabi palsu dalam desa tersebut, namun polis tidak dapat menangkapnya kerana kurang bukti.


















































