Genius : [Video] Cara Tanggalkan Kulit Ubi Kentang Dalam 1 Saat

on Tuesday, January 8, 2013

Cara Tanggalkan Kulit Ubi Kentang Dalam 1 Saat. Tak percaya? Meh tengok ni, ajak mak tengok sekali.



Pelik! Mengapa Lebah Ini Melekat Di Kapal Terbang (5 Foto)


Siapa di sini mempunyai pengalaman, tiba-tiba penerbangan pesawat ditunda ketika hendak berlepas. Di luar negara, terdapat sebuah pesawat penumpang yang mahu berlepas terpaksa menunda buat seketika apabila mendapati bahagian sayapnya dihurung sekumpulan lebah. Perkara ini menyebabkan pesawat dihentikan untuk tujuan pembersihan.KisahBest.My difahamkan, proses pengalihan lebah ini hanya memakan masa yang singkat.


Sebuah pesawat penerbangan Delta Airlines dari Pittsburgh ke New York tertunda kerana ribuan lebah tiba-tiba belekat pada saya pesawat. Seorang penternak profesional lebah Stephen Repasky dipanggil untuk memindahkan lebah-lebah itu. Ia dipanggil ketika segerombolan lebah pada sayap pesawat seperti sedang mengisi bahan bakar. Lebah itu harus dipindahkan kerana mereka merupakan spesis yang dilindungi yang tidak dapat dibunuh secara haram.


Sekitar 20 minit itu, Para penumpang terpesona melihat proses pemindahan ribuan lebah tersebut. Mereka yang sibuk dengan barang-barang mereka telah bertukar dengan sibuk memegang kamera.Repasky mengatakan bahawa peningkatan koloni lebah sering terjadi pada cuaca yang seperti sekarang ini yang berubah secara ekstream.

Genius : Cara Untuk Gulung Headphones Mp3/Telefon Kita Dengan Mudah (12 Gambar)

Cara Untuk Mengulung Headphones Mp3/Telefon Kita Dengan Mudah

Genius : "Viganella", Kampung Yang Mencipta 'Matahari' Sendiri (4 Gambar)

Di Itali, ada sebuah perkampungan kecil, Viganella, yang terletak betul-betul di bawah sebuah lembah yang dikelilingi bukit bukau dan gunung ganang yang tinggi.

Masalah utama penduduknya ialah, dari pertengahan bulan November hingga awal Februari iaitu musim sejuk, kampung ini akan jadi gelap gelita kerana cahaya matahari tidak sampai ke kampung mereka.

Hanya selepas waktu tersebut, barulah penduduknya akan menikmati cahaya matahari dan selalunya kehadiran sinaran itu akan disambut meriah, mereka akan berpesta!

Pening dengan masalah tersebut, pelbagai usaha dicari bagi mengatasi keadaan ini.

Tiba-tiba datang seorang arkitek, Giacomo Bonzani ke kampung itu. Beliau melahirkan satu idea yang pelik tetapi akhirnya ia didapati berkesan.

Bonzani telah meletakkan sebuah cermin gergasi di satu sudut dekat pergunungan itu. Tujuannya bagi membolehkan cahaya matahari yang terkena pada cermin tersebut, memantul semula ke kampung berkenaan!


Akhirnya kampung yang selalunya gelap pada musim sejuk itu kembali menikmati cahaya matahari seperti sediakala.

Cermin gergasi itu bersaiz 40 kaki, lapan meter lebar dan lima meter tinggi. Ia diletakkan kira-kira 870 meter di atas perkampungan tersebut.


Bagi menambahkan lagi keberkesanan cermin itu, ia dikawal dengan satu perisian. Perisian itu boleh mengesan matahari dan ‘memberi arahan’ kepada panel cermin itu agar sentiasa menghalakan cahayanya ke bawah kampung berkenaan.

Sejak cermin gergasi itu dipasang lima tahun lalu, kampung berkenaan mula menjadi tumpuan ribuan pelancong yang mahu melihat keunikkannya.

Menurut Bonzani, ketika dia mula-mula mengutarakan idea tersebut, tiada siapa yang yakin tentang keberkesanannya.

” Tetapi saya percaya ia boleh membuahkan hasil. Saya yakin pada hukum fizik,” katanya.

[Video] Pencuri Rempuh Apple Store Dengan BMW X5


Sekumpulan pencuri menggunakan SUV BMW untuk pecah masuk terus ke kedai Apple di California tetapi polis berjaya memberkas mereka apabila dia kembali semula ke tempat kejadian untuk mengambil semula nombor plate SUV mereka.

Kejadian ini berlaku pada 6 September lepas di Premenade Mall, Temecula, California.

Polis berkata, Equonne Howard, 22, menggunakan BMW X5 untuk memecahkan pagar keselamatan besi dan tingkap kaca lebih kurang pukul 5 pagi

Memang tak reti sabar diorang ni sampai guna BMW X5 untuk pecah masuk semata-mata nak curi barangan Apple, tak berbaloi langsung..

korang tengok video cctv ni sendiri..

13 Gambar Kreatif Dari Perspektif Berbeza

on Monday, January 7, 2013

Koleksi pelbagai gambar yang diambil dari perspektif berbeza bagi menghasilkan gambar yang sangat menarik dan kreatif. 

[Terkini] Remaja Mengaku Cabul Amoi Dalam Tandas SHELL


AYER KEROH - Seorang remaja berusia 13 tahun mengaku bersalah mencabul kehormatan seorang wanita di dalam tandas sebuah stesen minyak, Isnin lalu.

Tertuduh membuat pengakuan itu di hadapan Majistret, Ida Rahayu Syarif pada prosiding yang dijalankan di dalam kamar majistret di sini, semalam.

Berdasarkan pertuduhan, remaja berkenaan didapati dengan niat mencabul kehormatan seorang wanita berusia 28 tahun itu dengan memeluk, mencium pipi kanan dan meraba buah dada.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di dalam tandas wanita Stesen Minyak Shell, Jalan Munsyi Abdullah, dekat sini, kira-kira jam 2.45 petang pada 31 Disember 2012.

Remaja berkenaan yang hadir ke mahkamah dengan ditemani penjaganya dituduh mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripadanya jika sabit kesalahan.

Pegawai Pendakwa, Inspektor Muhamad Juhari Haron ketika ditemui selepas prosiding berkata, pihaknya telah meminta mahkamah memberikan wang jaminan RM2,000 terhadap tertuduh yang tidak diwakili peguam.

“Namun mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM800 dan menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 28 Februari 2012 bagi mendengar laporan akhlak oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan jatuh hukum,” katanya. - SH