Beza Kentang McD Dan KFC Apabila Disimpan Selama 3 Tahun

on Tuesday, January 8, 2013

Mesti ramai yang suka makan kentang Mcd atau kentang KFC ni, memang sedap dan menyelerakan! Tapi tahukah anda, ada kajian yang dibuat untuk mengetahui perbezaan tentang bawah pengawet terhadap makanan segera ini!

Ada spekulasi yang mengatakan yang makanan segera milik McDonald ini dianggap susah terurai di dalam tubuh badan manusia, maka kajian ini pun dijalankan, kajian ini dilakukan pada tahun 2008 dengan meletakkan makanan tersebut dalam 2 bekas balang yang berbeze yakni meletakkan kentang goreng dari McDonald dan satu lagi kentang goreng dari Kfc.

Selepas 3 tahun, balang ini pun di buka dan hasilnya memang sangat memeranjatkan, lihat gambar di bawah..
Lihatlah hasilnya, sesetengah orang berpendapat yang kentang Mcd ni menggunakan bahan pengawet kerana masih utuh berbanding dengan kentang KFC. Namun di pihak lain ada yang berpendapat hal seperti ini terjadi kerana sistem pemprosesan di Mcdonalds lebih bersih sehingga bakteria tidak dapat menembusi dan bekembang di dalam makanan tersebut.

[Video] Pencuri iPad Kantoi & Terus Masuk TV

#Seriously, kalau nak curi iPad ke Iphone ke tolong la guna akal sikit. That thing can track you know. Anyway, enjoys the video. Hahahahh


Rupanya bukan artis sebenar yang buat aksi stunt, sama tapi tak serupa

Ingatkan aksi stunt hollywood tu dibuat sendiri oleh pelakon tapi rupa-rupanya pengarah dah siap cari muka yang sama tapi tak serupa macam pelakon tu. Kita pon tertipu dengan aksi dorang, yela orang puteh buat filem memang real kan. Tengok la gambar-gambar kat bawah ni, siap pakai rambut palsu lagi..hahha

Genius : [Video] Cara Tanggalkan Kulit Ubi Kentang Dalam 1 Saat

Cara Tanggalkan Kulit Ubi Kentang Dalam 1 Saat. Tak percaya? Meh tengok ni, ajak mak tengok sekali.



Pelik! Mengapa Lebah Ini Melekat Di Kapal Terbang (5 Foto)


Siapa di sini mempunyai pengalaman, tiba-tiba penerbangan pesawat ditunda ketika hendak berlepas. Di luar negara, terdapat sebuah pesawat penumpang yang mahu berlepas terpaksa menunda buat seketika apabila mendapati bahagian sayapnya dihurung sekumpulan lebah. Perkara ini menyebabkan pesawat dihentikan untuk tujuan pembersihan.KisahBest.My difahamkan, proses pengalihan lebah ini hanya memakan masa yang singkat.


Sebuah pesawat penerbangan Delta Airlines dari Pittsburgh ke New York tertunda kerana ribuan lebah tiba-tiba belekat pada saya pesawat. Seorang penternak profesional lebah Stephen Repasky dipanggil untuk memindahkan lebah-lebah itu. Ia dipanggil ketika segerombolan lebah pada sayap pesawat seperti sedang mengisi bahan bakar. Lebah itu harus dipindahkan kerana mereka merupakan spesis yang dilindungi yang tidak dapat dibunuh secara haram.


Sekitar 20 minit itu, Para penumpang terpesona melihat proses pemindahan ribuan lebah tersebut. Mereka yang sibuk dengan barang-barang mereka telah bertukar dengan sibuk memegang kamera.Repasky mengatakan bahawa peningkatan koloni lebah sering terjadi pada cuaca yang seperti sekarang ini yang berubah secara ekstream.

Genius : Cara Untuk Gulung Headphones Mp3/Telefon Kita Dengan Mudah (12 Gambar)

Cara Untuk Mengulung Headphones Mp3/Telefon Kita Dengan Mudah

Genius : "Viganella", Kampung Yang Mencipta 'Matahari' Sendiri (4 Gambar)

Di Itali, ada sebuah perkampungan kecil, Viganella, yang terletak betul-betul di bawah sebuah lembah yang dikelilingi bukit bukau dan gunung ganang yang tinggi.

Masalah utama penduduknya ialah, dari pertengahan bulan November hingga awal Februari iaitu musim sejuk, kampung ini akan jadi gelap gelita kerana cahaya matahari tidak sampai ke kampung mereka.

Hanya selepas waktu tersebut, barulah penduduknya akan menikmati cahaya matahari dan selalunya kehadiran sinaran itu akan disambut meriah, mereka akan berpesta!

Pening dengan masalah tersebut, pelbagai usaha dicari bagi mengatasi keadaan ini.

Tiba-tiba datang seorang arkitek, Giacomo Bonzani ke kampung itu. Beliau melahirkan satu idea yang pelik tetapi akhirnya ia didapati berkesan.

Bonzani telah meletakkan sebuah cermin gergasi di satu sudut dekat pergunungan itu. Tujuannya bagi membolehkan cahaya matahari yang terkena pada cermin tersebut, memantul semula ke kampung berkenaan!


Akhirnya kampung yang selalunya gelap pada musim sejuk itu kembali menikmati cahaya matahari seperti sediakala.

Cermin gergasi itu bersaiz 40 kaki, lapan meter lebar dan lima meter tinggi. Ia diletakkan kira-kira 870 meter di atas perkampungan tersebut.


Bagi menambahkan lagi keberkesanan cermin itu, ia dikawal dengan satu perisian. Perisian itu boleh mengesan matahari dan ‘memberi arahan’ kepada panel cermin itu agar sentiasa menghalakan cahayanya ke bawah kampung berkenaan.

Sejak cermin gergasi itu dipasang lima tahun lalu, kampung berkenaan mula menjadi tumpuan ribuan pelancong yang mahu melihat keunikkannya.

Menurut Bonzani, ketika dia mula-mula mengutarakan idea tersebut, tiada siapa yang yakin tentang keberkesanannya.

” Tetapi saya percaya ia boleh membuahkan hasil. Saya yakin pada hukum fizik,” katanya.