[Terkini] Pembunuhan Along Spoon Akhirnya Terjawab

on Friday, January 18, 2013

Sedar atau tidak, sudah 12 tahun Sabi’ul Malik atau lebih popular dengan panggilan Along Spoon meninggalkan kita semua. Bagi mereka yang membesar dengan lagu-lagu kumpulan Spoon pastinya tidak dapat melupakan penyanyi yang pernah mencetuskan satu fenomena dalam industri hiburan tanah air suatu ketika dulu ini.

Semalam di dalam kereta ketika balik dari Alamanda, radio Hot fm telah memainkan lagu Memori sekuntum rindu dendangan kumpulan Spoon. Secara spontan mulut ini bersuara “Penyanyi lagu nie dah meninggal kan?”. Tanya saya kepada abang saya yang juga membesar dengan lagu-lagu Spoon. Pemergian arwah sebenarnya mengundang banyak persoalan dalam kepala saya yang masih kecil lagi ketika peristiwa ini berlaku. Abang saya pun tanpa berselindung bercerita dari A sampai Z mengikut pengalaman dan pengetahuan yang ada. Interesting! Cerita abang saya itu telah berjaya menarik minat saya untuk membuat research pembunuhan kejam itu dan akhirnya saya menemui jawapannya malam tadi.

Bercerita mengenai karier, kumpulan Spoon berjaya menerbitkan dua buah album terbaik iaitu Spoon – Spoon (1998), Spoon – Kembali Merindu (1999). Kehebatan kumpulan ini telah meletakkan mereka antara kumpulan slow rock terbaik pada zaman itu dan ketika itu jugalah tercatatnya kegemilangan lagu-lagu jiwang yang ter’best’ dalam sejarah industri muzik Malaysia.

Namun pada 25 Disember 1999 , Dikala peminat yang setia dengan kumpulan spoon tidak sabar menanti album seterusnya, satu berita yang mengejutkan tersebar tentang kehilangan penyanyi muda berbakat ini. akhirnya kehilangan tersebut berakhir dengan penemuan rangka manusia dipercayai milik Along yang diikat dalam guni di kilometer 28, Jalan Kuala Klawang-Genting Peras, jelebu. Lihat kronologi di bawah..
Perkembangan kes yang memakan masa 9 tahun ini berakhir dengan keputusan pembunuh, Mohamed Ya’cob dihadapkan ke tali gantung pada tahun 2010. Pembunuhan ini dikatakan berpunca daripada perasaan cemburu namun di sini saya tidak berani mengulas mengenai hal ini. Untuk lebih jelas lagi lihat pada link yang telah saya berikan. Ada beberapa komen yang begitu menyentuh yang sempat saya baca mengenai pemergian arwah Along. (SINI)

Vokalis Spoon pernah digantikan dengan adik kandung kepada arwah iaitu Azlong, tetapi masih tidak dapat menandingi aura yang dimiliki arwah. Kerinduan peminat terhadap arwah begitu mendalam sehinggakan peminat masih tidak dapat menerima pengganti selepas pemergian arwah.

Kes tersebut menjadi bualan hangat bertahun lamanya , hingga kini ramai yang tidak dapat menerima pemergian tersebut termasuklah ibu arwah sendiri. Ternyata research yang saya buat semalam, akhirnya telah menjawab semua persoalan misteri yang bermain diminda ini mengenai pembunuhan arwah. Al-fatihah untuk arwah. Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Amin!

Saya tinggaalkan anda dengan kenangan arwah Along Spoon

sumber: aniqbukhary.blogspot.com

Inilah Pemilik Sebenar Suara Doraemon Versi Melayu (Video)

Adakah anda peminat siri rancangan animasi Doraemon? Siri animasi Jepun yang cukup popular di seluruh dunia ini, sebenarnya mempunyai keunikan yang tersendiri. Di Malaysia juga, antara yang menjadi tarikan adalah alih suara yang kita sendiri tidak mengetahui wajah mereka. Namun jangan risau, Kami akan berkongsi dengan anda tentang pemilik sebenar yang membuat alih suara Doraemon ini. Jom tonton video di bawah :

Kisah Benar Yang Menyayat Hati disebalik Kemalangan di Lebuhraya LPT

on Thursday, January 17, 2013


Lebih kurang pukul 6 petang 6-may-12, aku masuk hiway Plus dari kuantan nak ke KL. Aku maintain crusing 180km/j tetiba aku perasan ada kereta belakang lagi laju. Aku tengok Inspira makin dekat dgn keta aku then aku masuk lane kiri bagi laluan dia memotong. Pastu aku terus follow inspira tu, meter dah jadi 200km/j. Wow hati kering driver inspira tu! Keta standard, absober standard, rim dan tayar pun standard kilang.

Memandangkan speed dah 200km/j then aku follow je dalam jarak lebih dari 5 biji kereta demi keselamatan. Enjoy pasal inspira tu rajin hi beam halau kereta ke tepi so aku kat belakang dia just follow je la. Time coner jalan tak rata aku nampak inspira tu body dah goyang tapi dia tetap maintain speed. Ada jugak terdetik nak potong dia tapi memandangkan aku plan nak crusing je so aku maintain je la speed 200km/j kat belakang dia.

Tetiba kat depan ada sebijik Mitsubishi Lenser 2.0 kat lane kanan dalam kelajuan 140km/j. Lancer tu taknak ketepi tapi terus tekan minyak dan inspira tu terus cucuk. Hmmm kereta yg sama cuma pengilang yg berlainan. Proton Inspira vs Mitsubishi Lenser

aku pun ikut je la dari belakang untuk melihat aksi mereka. Meter naik balik ke 200km/j. Kalau ikut darah pahlawan time ni sedap potong kedua-dua tu tapi angin tengah baik lagipun lately tak tau la aku macam gerun sikit nak rembat kaw-kaw, hmmmm mungkin ada hikmah tu. so aku ikut je dari belakang.

Dalam 5 minit aku follow melihat aksi mereka ada pulak sebuah bas di belakang antara beberapa buah kereta yg bawak pada kelajuan biasa kat lane kiri. Inpira masih mencucuk lenser dgn rapat dan aku makin menjarakkan sikit demi keselamatan.

Tetiba aku nampak inspira, lenser, bas dan beberapa kereta kat depan macam ada kacau bilau. Terus aku nampak lenser tu melanggar pagar kiri hiway dan melintas depan keta aku lalu langgar pagar kanan pulak dan melompat sambil berpusing ke udara lalu jatuh ke laluan sebelah yg menghala ke terengganu.

Sewaktu Lancer tu diudara sebuah kereta di laluan sebelah betul2 berada dibawah lenser tu. Nasib kereta tu memang baik tapi bila lenser tu dah terempas ke laluan sebelah ada sebuah kereta lain terlanggar serpihan lenser tu lalu terbabas dan langgar pagar.

Kereta Inspira tu aku perasan slow sekejap pastu terus menghilangkan diri. Masa aku pelahankan kereta untuk berenti aku perasan penumpang lenser yg duduk di depan dah kaku.
Sebaik je aku berenti aku terus berlari ke lenser tu untuk membantu. Aku antara org terawal sampai dan masa aku tengah melintas pagar kat tengah hiway untuk ke laluan sebelah ada sorang brother yg berlari lebih awal bagi tau ada baby kat tengah jalan.

Ya Allah!!!!! menggigil kepala lutut aku dan rasa sebak cam nak nangis nampak baby yg aku rasa baru beberapa bulan dah tercampak keluar dan ada kat tengah-tengah jalan. Aku terus jerit kat brother tu suruh angkat je baby yg tengah menangis tu. Brother tu pun macam panik tapi aku jerit je suruh dia angkat baby tu.

Syukur kereta di laluan tu suma terus berenti. Aku terus pergi kat ke lenser tu dan ada orang suruh mangsa mengucap. Bila aku tengok kedua-dua penumpang dah diam.

Aku nampak penumpang depan perempuan, masih dalam ber’seatbelt’ dan air bag dah kempis. Kepala penumpang tu dah tunduk kedepan tapi aku yakin tengkok patah pasal nampak tulang tengkok macam nak terkeluar. Dia dah tak bernyawa.
Aku periksa pemandu, lelaki, masih memakai seatbelt dan airbag dah kempis. Pemandu tu pun terlentok kaku. Ada kesan lebam di leher. Aku yakin dia pun dah tak bernyawa.

Aku terus pesan pada dua tiga orang yg ada kat situ supaya jgn sentuh mangsa yg dah tak bernyawa. Apa-apa hal tunggu polis. Pastu ada brother terus jaga lalu lintas dan aku pun bersihkan serpihan lenser tu untuk bukak jalan. Aku ternampak beberapa document peribadi mangsa atas jalan terus aku kutip dan kumpulkan satu tempat.

Aku periksa baby tu pulak, dahi dia luka kena jalan. Nampak isi warna putih dan berdarah. Aku terus kumpulkan beg-beg yg tercampak keluar dan untuk carik beg baby lalu aku kumpulkan setempat. Alhamdulilah ada sorang pakcik dan anak perempuan dia datang bantu tolong pegangkan baby tu. Aku keluarkan tuala dari beg baby tu untuk tutup kepala dia. Aku carik susu tapi dah takde dalam beg.

Aku selongkar beg mangsa untuk cek document yg mungkin boleh membantu aku menghubungi ahli keluarga mangsa tapi semuanya cuma document peribadi mangsa je dan takde no ahli keluarga mangsa.

Dalam masa 20 minit lepas kejadian tetiba ada pakcik tu ambih phone mangsa dan call ahli keluarga mangsa. Rupa-rupanya ada ahli keluarga mangsa ada convoi bersama mangsa hampir sampai ke tempat kejadian. Bila hali keluarga mangsa sampai terus kitorang suruh ambik baby tu dulu dan hantar ke hospital.

Aku rasa macam nak ambik gambar mangsa tapi tak sampai hati. So aku ambik gambar kereta mangsa je dari depan.

Pastu dalam beberapa minit polis, bomba, ambulan pun sampai.

Aku kat tempat kejadian ada la dalam sejam dan berulang2 kali aku terpaksa bercerita dari awal hingga habis. Sempat jugak aku bercerita pada ahli keluarga mangsa yg datang ambik baby tu.

Aku tinggalkan tempat tu dgn kaki yg mengigil. Live depan mata excident 200km/j. Dalam masa beberapa saat je 2 nyawa melayang, baby terpelanting keluar kereta dan baby yg tak tau apa-apa kehilangan ibubapa selamanya.

Aku teruskan perjalanan ke KL dgn kelajuan yg tak sampai 160km/j. isteri aku kat sebelah troma dan ketakutan. Dalam kereta sunyi sepi tak berborak, radio pun tak on. Sampai tol gombak baru aku bukak radio dan cuba bercakap dgn wife aku untuk tenangkan dia.

Lancer crash at 200km/j. Dari laluan kuantan ke KL terpelanting ke laluan sebelah (KL ke Kuantan). minyak engine + coolen mengalir keluar.


Sedih! Luahan Seorang Guru Terhadap Muridnya

Luahan Seorang Guru Tentang Muridnya - Saya mengajar di sekolah rendah di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor.

Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri. Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat.
Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata-kata kecuali anggukkan yang seolah-olah dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya.

Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untuk dirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.
Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang ke sekolah dan masih tetap lambat.

Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif.

Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah.
Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari-lari sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya.

Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.
Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang.

“Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?” Dia terkejut dan wajahnya berubah.
“Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu.” Jawabnya

“Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?”
” Mak pesan, jangan meminta-minta pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu.”

Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, “Maafkan cikgu, …….” Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.

- Dipetik dari pengalaman seorang guru yang dedikasi.

Pentingnya Seat Belt tempat duduk belakang (18SG)

AMARAN: Artikel ini akan memaparkan gambar kemalangan yang agak horror di mana melibatkan satu keluarga termasuk bayi dan kanak-kanak di mana si ibu yang tidak mementingkan aspek keselamatan iaitu tali pinggang kaledar di tempat duduk belakang untuk kanak-kanak (seat belt la tu.. Hehe). Oh! Tidak memaparkan gambar ini tiada niat lain selain hanya ingin menjadikan kejadian yang telah berlaku ini sebagai pengajaran kepada kita semua agar tidak memandang remeh pemakaian tali pinggang di tempat duduk belakang.

Gambar seterusnya. Ianya agak horror dan ini bukan gurauan.
Minta dijauhkan..

Inilah 10 Patung Kanak-Kanak Yang Paling Menyeramkan..Berani Lihat..


PERHATIAN!!! KANDUNGAN INI MENGANDUNGI GAMBAR-GAMBAR MENGERIKAN. PENAKUT DILARANG MEMBACA!

Selama ini, patung memang dianggap sebagai salah satu mainan kegemaran anak-anak. Faktanya, tak semua patung boleh dianggap sebagai teman main yang baik!

Patung-patung yang akan kita lihat kali ini sama sekali tidak lucu mahupun merimaskan. Sosoknya yang mengerikan malah akan membuat sesiapa pun lari terbirit-birit.

Seseram apa ya patung-patung syaitan ini? Adakah anda benar-benar bersedia menatap mata mereka? Klik laman selanjutnya jika anda memang punya keberanian! Selamat bermain bersama patung syaitan!

1. anak Frankenstein



Masih ingat dengan watak Frankenstein yang diciptakan dari bahagian-bahagian tubuh orang mati? Jika tokoh tersebut pernah mengalami masa kecil, mungkin seperti inilah sosoknya. Tubuhnya yang masih merah penuh dengan jahitan. Tentunya ibu mana-mana akan menjerit jika melahirkan bayi seperti ini.

 Anak Iblis

 
Patung yang satu ini berwarna hijau dan sangat mengerikan. Taring tajam dan matanya yang seperti mata haiwan buas jelas takkan membuat anak-anak senang bermain dengannya. Masih berani mendekatinya? Awas kena terkam!

 Bayi Tengkorak


Siapa kata hanya orang dewasa yang boleh menjelma jadi hantu tengkorak hidup. anak pun boleh muncul dengan wujud seram macam ini. So, masih mau main dengan patung syaitan tanpa daging ini? Hati-hati dengan jemarinya yang ganas dan siap menerkam!

 Bayi Zombie

 Perhatikan tubuhnya yang mula membusuk. Serlahkan matanya yang setengah busuk pun menebarkan aroma kengerian luar biasa. Susuk ini memang hanya patung, namun wajah seramnya akan membuat anda berhalusinasi bahawa dia boleh berkelip pada bila-bila saja. Jelas ini bukan mainan anak-anak!

 Nyaris Tanpa Kulit


Umumnya patung anak-anak akan direkabentuk secantik dan sesempurna mungkin. Namun hal itu tak berlaku untuk patung ini. Lihat sahaja bagaimana kulitnya mengelupas dengan mengerikan. Seramah apapun patung, jelas takkan ada anak yang mahu bermain dengannya. Bagaimana dengan anda?
                                                                     
                                                        Patung Pemangsa

 
Siapapun dia, takkan ada yang bersedia berkawan dan bermain dengan patung ini. Bagaimana tidak, patung bertaring ini tampak menyeramkan dengan titis darah di sekitar mulutnya. Saat melihatnya, tentu anda mula membayangkan bagaimana dia mencabik mangsanya dengan ganas. Hiii!

 Bayi Bertaring

 
Jelas penampilan fizikal patung yang satu ini akan membuat anda kelam kabut. Dia memang ketawa, namun tawanya terkesan kejam dan siap memburu mangsa. Jangan nekad mempunyai jika anda tak mahu terluka oleh taringnya yang tajam.

  Baby Ghost

 
Sebenarnya ini hanya patung anak perempuan biasa. Namun perlakuan yang keras dan penindasan telah mengubahnya jadi seperti ini. Kulitnya lusuh, matanya rosak dan pakaiannya pun compang-camping. Dia hanya boleh meratapi nasibnya di balik pagar. Berharap ada seseorang yang mahu mengambilnya. Adakah anda mempunyai cukup keberanian untuk membawanya pulang ke rumah?

 Putri Kuntilanak

 
Sesiapa yang mencipta patung ini jelas punya keberanian besar. Bagaimana tidak, dia berhasil mencipta sebuah patung seram dan bermata pucat ini dengan sempurna. Rambutnya yang panjang dan bajunya yang lusuh jelas takkan membuat anak-anak tertarik berkenalan dengannya.

 Mulut Dijahit

Dari belakang, patung ini akan tampak seperti patung anak perempuan biasa. Namun jangan terkejut apabila melihatnya dari depan. Serlahkan mata mengerikan itu akan menatap anda sejuk dan penuh ratapan. Pandangannya seolah meminta anda membantunya melepaskan jahitan-jahitan di mulutnya. Bersediakah anda membantunya?

Hari Tanpa Seluar Yang Di Sambut Setiap Tahun Di Eropah

This is an event that you'd already shown above, in which people around the world, the first day of each year, traveling by subway in their underwear. These images are from the "No Pants Subway Ride", which took place on January 13, 2013, in many cities around the world. The faces of some of the people passing by the place is really funny