Gambar Comel dan Cun Neelofa Tanpa Make Up

on Tuesday, January 22, 2013


Salam sejahtera... Baru-baru ini, Neelofa telah muat naik gambarnya dengan solekan minimum ke laman peminat Facebooknya. Ternyata sangat cun dan tak jemu mata memandang kan, jom layan...

Terkini! Ayah Pin Kini Merana Kerana Lumpuh


Pemimpin ajaran sesat Ayah Pin, antara kumpulan ajaran sesat yang paling tergar di saat ini yang ghaib selepas digempur pihak berkuasa kini muncul kembali, tetapi dalam keadaan menyedihkan apabila lumpuh separuh badan bahagian kanan akibat angin ahmar dan hanya mampu berjalan dengan dipimpin orang.

Pemimpin ajaran sesat ini, Ariffin Muhammad 75 tahun yang mengaku dirinya tuhan di dakwa sudah lumpuh separuh badan apabila ada yang melihat Ayah Pin berulang alik dari rumahnya di Batu 13 Hulu Besut ke Bachok untuk berjumpa seorang tukang urut. Ayah Pin di lihat bersama 2 isterinya bersama seorang anak perempuannya menaiki sebuah kenderaan MPV setiap kali ke Bachok.

Abang kepada Ayah Pin, Abdul Rahman 64 tahun berkata abangnya (Ayah Pin) di serang angin ahmar dan lumpuh separuh badan dan herot muka kanannya ketika minum di sebuah gerai di Batu 13 Hulu Besut bulan lepas.

Budak tercantik di dunia Little Loli vs Mia Sara


Salam sejahtera... hari ini, miera ingin meminta jasa baik dan pendapat dari para pembaca sekalian mengenai dua orang budak yang mendapat gelaran 'budak tercantik' di arena masing- masing. Calon-calonnya adalah:

Calon Pertama : Little Loli (budak tercantik di dunia)
Calon Kedua : Mia Sara (budak tercantik di negara kita)
apa pandangan korang? korang nilaikan sendiri ya!

Koleksi Kereta Pelajar Arab (Dhiaa Al-Essa) Yang Terlampau Kaya

Salam sejahtera... Dhiaa Al-Essa (22) ialah anak seorang ahli koporat Saudi yang bernilai 2.4 billion Dollar.Walaupun baru berumur 22 tahun Dhiaa mempunyai kolejsi kereta mewah bernilai USD 12 juta. Baru-baru ini Dhiaa sanggup membayar USD 461 000 untuk sebuah Lamborghini LP700-4 Aventador. Ini ialah USD 71 000 lebih mahal dari harga pasaran. Sebab beliau membayar lebih? Supaya dapat menjadi orang Saudi pertama memandu kereta keluaran terhad ini di Arab Arabia. Yes u read that right chaps! Dia bayar mahal untuk potong queue menunggu yang kita selama 18 bulan!

Just in case korang nak tahu apa lagi kereta dalam koleksi mamat ni here they are Bugatti Veyron Super Sport, Koenigsegg Agera, Rolls-Royce Coupe, Rolls-Royce Phantom, Range Rover (2x), Mercedes McLaren SLR, Lamborghini Gallardo, Lamborghini Gallardo Superleggera, Lamborghini Murcielago P640, Ferrari F430, Ferrari 599 GTO, Ferrari 599, Ferrari 458 Italia, Ferrari California, Ferrari F430 Novitec Rosso, Porsche 997 Turbo, Porsche 997 GT3 RS, Porsche 997 Turbo Spyder, Porsche Cayenne Turbo, Porsche Panamera Turbo, Bentley Continental GT, Mercedes S65 AMG, Mercedes G55 AMG, Mercedes E63 AMG, Mercedes CL65 AMG, BMW M5, BMW X6M, BMW X5M, BMW 760LI, Audi R8, Audi A8, Lexus LS460, and Maybach 62.
p/s: bak kata seorang sahabat miera, jual dadah je baru dapat beli kereta-kereta dalam senarai Dhiaa Al-Essa...

Tragedi : Kasut Jenama Crocs Merbahaya!

Pemakaian selipar jenama Crocs ternyata merbahaya kepada kanak-kanak. Di The Gardens, Mid Valley City baru-baru ini berlaku satu kemalangan ngeri dimana seorang kanak-kanak tersangkut kaki pada eskalator dan terpaksa dibawa ke hospital.

Kemalangan yang berlaku di hadapan pasaraya Cold Storage The Gardens nyaris menjadi satu tragedi menakutkan apabila kasut/selipar yang dipakai kanak-kanak tersebut tersangkut di tepi eskalator itu.
Tindakan pantas pekerja pengurusan The Gardens untuk menelefon pihak bomba dan ambulans berjaya mengelakkan kemalangan tersebut dari semakin teruk. Pihak Bomba dan keselamatan mengambil masa selama lebih kurang 30 minit untuk menyelamatkan kanak-kanak tersebut. Orang awam yang berada berhampiran turut membantu apabila diminta oleh pihak terbabit.
Kanak-kanak tersebut yang dipercayai mengalami kecederaan teruk pada kaki, segera digegaskan ke Pusat Rawatan Universiti Malaya menggunakan Ambulans yang sedang menanti di luar The Gardens.

Punca kemalangan dipercayai kasut/selipar Crocs yang dipakai kanak-kanak tersebut, ditarik masuk kedalam eskalator. Sebelum ini, telah berlaku banyak kes yang melibatkan Crocs dan eskalator.

Dipercayai struktur getah lembut pada Crocs, menjadikan ianya mudah ditarik masuk oleh eskalator. Mudah untuk dikatakan, pemakaian Crocs agak bahaya dipakai mereka yang cuai. Diharap jika anda memakai kasut/selipar jenis Crocs, untuk lebih berhati-hati dan sentiasa perhatikan anak-anak kecil agar kemalangan seperti ini tidak berulang lagi.

Gadis Cantik Yang Tidak Cuci Make Up Selama 2 Tahun

Salam sejahtera... Apa yang terjadi ketika seseorang mengenakan make-upnya terus menerus selama 2 tahun? Gadis dari korea ini sempat hadir di acara televisyen hingga kemudian ditangani oleh doktor.
Namanya, Bae-Dal-mi. Seorang gadis berusia 20 tahun berasal korea. "Saya ingin tampil sempurna bila-bila masa, bahkan saya tetap menggunakan make-up ketika tidur," katanya. Kebiasaan ini bermula ketika dirinya jatuh cinta dengan make-up pada usia 14 tahun. Semenjak itu, dari masa ke semasa make-up yang digunakannya semakin tebal.

Dia mengatakan bahawa benda yang paling penting dalam hidupnya adalah cermin. "Saya selalu melihat ke dalam cermin dan membawanya setiap masa," ujarnya pada sebuah acara variety show di korea. Walaupun dirinya termasuk cantik tanpa make-up, ia tetap tidak berpuas hati dengan penampilannya "Saya ingin melakukan operasi plastik di 10 tempat," katanya.

Ibunya yang putus asa atas perilaku Bae-Dal-mi menghubungi sebuah program televisyen di korea dan menceritakan kisah putrinya yang aneh. Ketika tampil di acara itulah seorang doktor ahli kecantikan berjaya memujuk gadis ini untuk menghapuskan make-upnya. Dan setelah pemeriksaan khusus, diketahui bahawa kulitnya kelihatan berumur dua kali ganda dari usia gadis itu sekarang.
p/s: umat Islam diwajibkan cuci muka lima kali sehari, jangan gedik nak buat seperti ini. hehe

[9 Foto] Facebook dan Budak Sekolah

Gambar yang diterima melalui email ini memaparkan ragam budak-budak sekolah dan Facebook. Tangkap gambar bukan-bukan, then upload semua masuk dalam Facebook. Entah apa yang nak dibanggakan..
Lagi gambar..