Wanita Hamil ini Mengidam Makan Daging Burung Hantu, Rubah Dan Haiwan Liar Lainnya

on Tuesday, January 22, 2013

Alison Brierley, seorang wanita yang berprofesi sebagai seniman kerap menggunakan kulit dan bulu rubah, arnab, rusa, burung hantu hingga serigala menjadi barang-barang kreatif bernilai seni. Namun, wanita 42 tahun ini langsung berubah memakan berbagai jenis daging haiwan liar setelah kehamilannya. Hampir setiap hari ia memasukkan daging berbagai jenis haiwan liar yang dia peroleh di setiap sudut jalan dan sekitar tempat tinggalnya di Harrogate, North Yorkshire, Inggris sebagai menu harian. "Biasanya saya makan yang benar-benar sihat. Tapi, saat hamil saya sangat mendamba menyantap daging haiwan liar," jelas Brierley.
Menurutnya, rasa daging haiwan liar lebih bervariasi daripada daging yang umum dijual di supermarket. "Rasanya lebih menyenangkan dan saya menyukainya. Saya juga tidak perlu merasa bersalah memakannya kerana itu adalah hal yang semulajadi. "

Alison mengaku pernah memakan daging arnab rusa, merpati hingga burung hantu. Burung hantu adalah daging kesukaan yang paling sering dia makan.

"Saya ingin cuba rubah dan serigala, tapi mereka tidak pernah saya temukan dalam keadaan yang cukup baik walaupun saya pernah menggunakan mereka untuk karya seni saya." ujarnya.

Wanita ini bahkan kerap menjadi tukang masak pesta masakan jalanan bagi teman-temannya. "Mereka percaya saya tukang masak yang baik dan mereka menyukainya. Saya memperoleh daging segar dari teman-teman yang berburu haiwan saat pulang kerja atau berburu," tambahnya.
Brierley percaya, makan daging segar merupakan gaya hidup alternatif yang lebih sihat. "Salah satu alasan saya adalah meyakinkan masyarakat untuk melakukan gaya hidup sihat ketimbang hanya mengambil makanan dari rak supermarket," kata Alison.

Cara Nak Hack Limit Celcom/Maxis Broadband!


Assalamualaikum W.B.T!
Pasti anda bengang kan andai Broadband anda lembab tahap siput!
Jom kita belajar Cara Nak Hack Limit Celcom/Maxis Broadband!

Kalau korang dah overlimit celcom broadband, confirm dia akan jadi slow tahap gaban! 
So, di sini ada 2 cara untuk bypass limit tu!

1. Cara manual.
kalau korang surf youtube ke, download lagu ke, software ke, tapi tiba-tiba slow, korangdisconnect dulu, then reconnect, Pastu resume. 
Tapi benda ni kena buat berulang-ulang la baru dapat speed yang asal.

2. Ping of death.
Ping of death ni bermaksud, kita attack ip celcom 3g yang kita dapat dan hantar message kepadasystem ip tersebut untuk memanipulasi talian tersebut.

Vista/xp anda kena RUN cmd”, kalau Windows 7, tekan start, type “cmd” kat search bar tu
kalau dah buka cmd tu, just type ipconfig/all”!
Pastu, korang akan dapat tengok network adapter beserta maklumat lain.
Kamu ipv4 address Celcom 3g kamu. Scroll je ke sampai jumpa.
Contohnya 10.174.176.230.
Buka notepadtype "ping 10.174.176.230"!
Tekan enterpastu type connections”!
Save as namafiletu.bat
file type = all type
Save.
Click file tu!
Biarkan benda tu selama mana yang kamu mahu!
Simple bukan?

6 Sifat Wanita yang Perlu Dielak Untuk Dikahwini!


Setiap lelaki muslim mahukan pasangan hidup yang terbaik untuk diri masing-masing. Namun, dalam kita mengejar yang terbaik lelaki sendiri kadang-kadang terlupa untuk menjadikan diri mereka sendiri sebagai seorang muslim sejati(penulis sendiri juga tidak terkecuali dengan kata-kata ini) . Kita (lelaki) mengharapkan wanita yang terbaik untuk dijadikan pasangan hidup maka kita juga perlu menjadi yang terbaik untuk pasangan kita.

Pesanan Rasulullah s.a.w untuk kaum lelaki :
“Jangan engkau kahwini wanita yang ada 6 sifat ini. Yang Ananah, yang Mananah, yang Hananah, yang Hadaqah, yang Basaqah dan yang Syadaqah”.

1. Wanita Ananah:

Wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.

2. Wanita Mananah:

Wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.

3. Wanita Hananah:

Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.

4. Wanita Hadaqah:

Melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya. Selain itu wanita ini suka ikut nafsunya.
Wanita sebegini memeningkan kepala lelaki. Dia tengok apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu berseri menjadi sugul dan tertekan. Berdosa besar baginya.

5. Wanita Basaqah (ada 2 makna):

Pertama wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.

Kedua dia marah ketika makan, selalunya dia tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.

6.Wanita Syadaqah:

Banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.

Dicatat oleh Imam Al-Ghazali ; Sumber : Selangor2u

Jadi, wanita perlulah untuk elak diri mereka dari mempunyai 6 sifat negatif ini.

Gadis Ini Kembali ke Pangkal Jalan


KUALA LUMPUR: “Saya serik dan takkan sesekali kembali ke keadaan itu. Saya lebih tenang kini walaupun hidup tidak mewah,” kata Amirah, 19, bekas pelacur yang diselamatkan beberapa minggu lalu.

Dia mendakwa mampu memperoleh pendapatan hampir RM10,000 seminggu dengan melacurkan diri, tetapi semua itu tidak memberi sebarang makna kepadanya.
“Kini saya hanya memperoleh RM350 sebulan saja sebagai pembantu kedai, namun saya cukup bahagia,” katanya.

Selepas hampir dua tahun bergelumang dosa, dia kembali ke pangkal jalan selepas menghubungi Unit Kebajikan dan Sosial Bekas Anak Jabatan Kebajikan Masyarakat, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (Perbak) yang kemudian mengeluarkan dia daripada ‘sarang’ pelacuran di ibu negara.


Kisah hitam hidupnya bermula selepas melarikan diri daripada rumah keluarga angkatnya di Tampin, Negeri Sembilan dua tahun lalu sebelum dinodai beberapa lelaki dikenali sewaktu menjadi pelayan di sebuah kelab malam.

Ambil Gambar Dengan Pose Yang Sama Selama 72 Tahun


Gambarnya mula diambil pada tahun 1936, ketika berumur 16 tahun .Gadis yang berasal dari Tilburg Belanda bergaya dengan pose berdiri sambil mengacukan senapang dan yang aneh setiap tahun di akan mengambil gambar dengan pose atau gaya  yang sama....
iaitu berdiri sambil mengacukan senapang.


Gambar Comel dan Cun Neelofa Tanpa Make Up


Salam sejahtera... Baru-baru ini, Neelofa telah muat naik gambarnya dengan solekan minimum ke laman peminat Facebooknya. Ternyata sangat cun dan tak jemu mata memandang kan, jom layan...

Terkini! Ayah Pin Kini Merana Kerana Lumpuh


Pemimpin ajaran sesat Ayah Pin, antara kumpulan ajaran sesat yang paling tergar di saat ini yang ghaib selepas digempur pihak berkuasa kini muncul kembali, tetapi dalam keadaan menyedihkan apabila lumpuh separuh badan bahagian kanan akibat angin ahmar dan hanya mampu berjalan dengan dipimpin orang.

Pemimpin ajaran sesat ini, Ariffin Muhammad 75 tahun yang mengaku dirinya tuhan di dakwa sudah lumpuh separuh badan apabila ada yang melihat Ayah Pin berulang alik dari rumahnya di Batu 13 Hulu Besut ke Bachok untuk berjumpa seorang tukang urut. Ayah Pin di lihat bersama 2 isterinya bersama seorang anak perempuannya menaiki sebuah kenderaan MPV setiap kali ke Bachok.

Abang kepada Ayah Pin, Abdul Rahman 64 tahun berkata abangnya (Ayah Pin) di serang angin ahmar dan lumpuh separuh badan dan herot muka kanannya ketika minum di sebuah gerai di Batu 13 Hulu Besut bulan lepas.