[Gempar] Lelaki Simpan Mayat Isteri Selama 10 Tahun Dalam Peti Sejuk

on Thursday, January 24, 2013

JEPUN – Seorang lelaki berusia 80 tahun telah disoal siasat oleh pihak polis kerana disyaki mencekik isterinya sehingga mati dan menyimpan mayat itu di dalam peti sejuk beku selama 10 tahun di Jepun semalam.

Memetik dari laporan media, Masaichi Yamada telah ditangkap pada Selasa lalu apabila pihak polis telah menerima laporan berkenaan penemuan mayat yang telah disejuk beku dan masih berpakaian itu.
Beliau mengendalikan sebuah syarikat pemprosesan ikan di pelabuhan tersebut.

Menurut seorang jurucakap polis di daerah Hokkaido kepada AFP, pihak polis mengesyaki Masaichi mempunyai niat jahat apabila polis mendapati kesan rentetan pada mangsa yang mungkin dicekik menggunakan sesuatu objek.
Pihak polis masih lagi tidak mendapat kepastian bilakah kejadian tersebut berlaku. Namun, pihak polis menyatakan wanita itu berusia 71 tahun jika dia masih hidup hari ini.

[Video Pengakuan] Mak Kahwin Anak Kandung Sendiri!

KUALA LUMPUR – Tidak tahu hendak mula di mana tapi penulis sendiri ada rasa hendak muntah sepanjang menonton dan mendengar klip orang gila di Indonesia yang mana seorang ibu sanggup kahwin dengan anak lelakinya sendiri.

Pengakuan itu dirakamkan dalam program d’show di negara itu.

Sudah la ibu dan anak itu gila, di kalangan penonton ada yang bertudung dan bersorak-sorak seolah-olah apa yang mereka saksikan itu macam tidak ada apa-apa serta satu bentuk hiburan.

Benda gila itu boleh pula dibincangkan seperti satu benda ilmiah.

Memang sah sengal. Perempuan tua gila itu siap ada sebut Alhamdulillah lagi (minit 2.01). Mereka juga berkata bersama ketika anak-anak lain sudah tidur.

Yang paling tidak masuk akal bila perempuan tua gila itu berkata; “yang penting saya nggak berzina sama org, sama anak sendiri”.

Penulis melihat perempuan tua itu sebagai mengambil kesempatan pada anaknya sendiri. Anaknya berkata dia menolak hubungan itu tetapi dipaksa ibunya.

Apa pun, jijiknya perangai kedua-dua Indon ni. Penulis harap benda seperti ini jangan sama sekali dijadikan ikutan. Tolonglah.

Dan…patut direjam sahaja dua beranak gila ini bukan!
PART 1
PART 2

Kisah Ayam Yang Masih Hidup Walau Sudah 9 Hari Disembelih…

Tiada sesiapa yang dapat menafikan kekuasaan yang dimiliki oleh Allah S.W.T baik manusia mahu pun makhluk-makhluk lain.

Setiap yang hidup dan mati, semuanya adalah ketentuan Allah S.W.T dan ketentuan itu jugalah dapat dilakukan olehNya hatta dalam sekelip mata.

Misteri menyelubungi sebuah kampung Bukit Raya Dalam di Pendang apabila seekor ayam sabung kacukan selasih yang disembelih masih lagi hidup walaupun sudah melepasi sembilan hari ternakan itu disembelih.
Kejadian tersebut masih lagi baru di mana pemilik ayam ternakan itu, Esomuddin Idris, 40, menyembelih ayamnya untuk dijadikan juadah pada dua minggu yang lepas.

Selepas disembelih, Esomuddin membiarkan ayam itu mati dengan sendirinya memandangkan urat mareh dan urat leher sudah pun terputus.

Bagaimanapun, selepas dua jam dibiarkan ayam itu untuk ‘mati’, Esomuddin terkejut kerana ‘nyawa’ ayam itu masih lagi panjang.

“Saya sembelih mengikut cara yang sepatutnya dan apabila sudah selesai saya keluarkan darahnya serta melepaskannya dengan harapan ayam itu akan mati.

“Saya terkejut, dua jam selepas itu ketika mahu untuk mengambil ayam terbabit, ia berjalan dan memanjat pokok seperti biasa bersama ayam lain,”

Dengan keajaiban dan misteri yang terjadi di kawasan kampung itu, ramai pula yang menawarkan harga yang tinggi untuk memiliki ayam tersebut.

Tetapi, Esomuddin menolak pelawaan tawaran yang diberikan berikutan takut sekiranya perkara misteri itu berubah menjadi khurafat.

Semalam, genap sembilan hari ayam tersebut masih lagi bernyawa. Esomuddin sendiri berasa kasihan dengan ayam itu memandangkan haiwan ternakannya itu tidak dapat makan kerana urat leher sudah diputuskan.

Namun, seorang penduduk kampung tersebut telah membacakan beberapa surah dan ayat Al-quran dan barulah ayam itu mati dengan serta-merta.

Tidaklah sukar bagi Allah S.W.T untuk menyempurnakan semula kejadian setiap makhluk setelah mengalami kereputan jasad dan tulang belakang ketika dibangkitkan atau dicipta semula.
Firman Allah S.W.T bermaksud: “Serta ia mengemukakan satu misal perbandingan kepada Kami (tentang kekuasaan itu), dan ia pula lupakan keadaan Kami menciptakannya sambil ia bertanya : “Siapakah yang dapat menghidupkan tulang-tulang yang telah hancur seperti debu?”. Katakanlah : “Tulang-tulang yang hancur itu akan dihidupkan oleh Tuhan yang menciptakannya pada awal mula wujudnya; dan Ia Maha Mengetahui akan segala keadaan makhluk-makhluk (yang diciptakanNya).” – Surah Yasin : Ayat 78-79.
Subhanallah, kuasa Tuhan.

Selama 46 Tahun Lukman Hidup Bersama Jasad Membusuk Didalam Perut

Pasukan perubatan Hospital Umum Daerah Kabupaten Pangkep, Sulawesi Selatan, masih mengalami kesulitan mendeteksi kelainan pada perut Lukman Labbi (46), warga Kelurahan Sibatua, Kecamatan Pangkajene, Kabupaten Pangkep, Sulawesi Selatan. Lukman sudah seminggu ini menjalani perawatan intensif di ruang isolasi RSUD Kabupaten Pangkep.
Kami belum tahu jenis apakah kanser yang saat ini meradang di bahagian perut pesakit akibat pembusukan jaringan tubuh kembar siamnya atau bukan.

Pengarah RSUD Pangkep Frans Demmanaba, menyatakan, dari hasil pemeriksaan sementara, kelainan pada perut Lukman akibat pembusukan jasad kembar siamnya yang telah meninggal sejak pesakit bayi, sekitar 46 tahun lalu.
"Kembar siamnya sudah mati sejak pesakit masih bayi. Kami belum tahu jenis sebenar apakah kanser yang ketika ini meradang di bahagian perut pesakit akibat pembusukan jaringan tubuh kembar siamnya atau bukan. Peralatan medik kami terbatas. Doktor spesialis yang menangani penyakit kes tersebut juga tidak kami miliki. Memang harus dirujuk dan di operasi ke Makassar, namun pesakit dan keluarganya menolak," katanya.

Lukman diduga memiliki kembar siam di bahagian perutnya yang sudah mati. Keadaannya makin parah kerana jaringan-jaringan jasad tersebut telah lengket dengan jaringan tubuh Lukman yang normal akibat adanya dua kehidupan atau kelainan konginental.

Kembar siam Lukman yang sudah mati, diketahui tanpa kepala, berukuran lebih kecil serta hanya memiliki satu tangan dan dua kaki, hingga kini terus mengalami pendarahan kerana sudah membentuk satu luka.

"Kelainan tersebut termasuk kanser ganas yang dapat menyebar (metastase) ke organ-organ normal. Sejauh ini kami hanya memberikan perawatan medik terhadap kembar siam Lukman, yang mengalami luka dan telah membusuk," jelas Frans.

Secara terpisah, dr Nurdin, spesialis penyakit dalam RSUD Kota Parepare saat dimintai penjelasannya terkait kes medis tersebut, justru membantah jika pembusukan jasad kembar siam Lukman dikatakan sebagai kanser.

Pasalnya, sejauh ini penyebab kanser sendiri belum diketahui secara pasti, dan temuan-temuan terkait penyebab kanser pun masih sebatas teori yang dihubungkan dengan banyaknya perilaku pesakit yang terkena kanser. Seperti kanser paru-paru yang penderitanya identik perokok atau kanser hati (lever) yang penderitanya identik dengan minuman keras, disebut hanya teori atau hipotesa.

"Tidak ada hubungannya antara jasad kembar siam yang membusuk dengan kanser. Untuk mengetahui secara pasti, penyakit atau bakteria apa yang terdapat pada jasad pesakit kembar siam, daging dari kembar siam yang telah membusuk di ambil sedikit, kemudian di kaji di laboratorium," katanya.

Dari kes kembar siam, kata Nurdin, paling sulit dilakukan pemisahan ketika keduanya ingin dihidupkan. Tapi pada kes Lukman labbi, katanya lagi, dinilai pihaknya lebih sederhana kerana jasad kembar siam pada bahagian perut telah mati sehingga lebih mudah di potong dan di tutup kembali. Peluang hidup pesakit pun menjadi lebih besar.

"Memang memerlukan pemeriksaan lebih teliti sebelum dioperasi. Kerana jangan sampai pemotongan tersebut, justru membahayakan pesakit kembar siam yang masih hidup. Tapi doktor parti tidak akan melakukan operasi jika membahayakan pesakit kerana kami selalu memberi tindakan medik untuk upaya yang terbaik bagi pesakit," katanya.

Ketika ditanya mengenai jenis penyakit yang menimpa Lukman, Nurdin pun mengku belum dapat memberikan penjelasan. Kerana ia belum melakukan pemeriksaan secara langsung kelainan pada tubuh lukman.

Cari Pasangan Durjana Ini – Mereka Dah Samun, Pukul Dan Bogelkan Ejen Hartanah!

on Wednesday, January 23, 2013

KUALA LUMPUR – Bukan hanya dibogel dan dicabul, malah seorang broker hartanah turut dikurung lebih 10 jam di sebuah unit kondominium mewah di Mont Kiara, di sini, petang Khamis lalu ketika mengendalikan urusan jual beli hartanah berkenaan.

Difahamkan, wanita berusia 34 tahun itu dihubungi sepasang suami isteri dipercayai warga tempatan melalui laman web hartanah menyatakan minat untuk melihat dan membeli unit kondominium berkenaan sebelum mengadakan janji temu pada petang hari kejadian.

Bagaimanapun, sebaik tiba di unit kondominium itu, mangsa dipercayai dipukul kedua-dua suspek sebelum dibogel dan dicabul, seterusnya diikat dan dikurung dalam bilik di unit kondominium itu.

Menurut Berita Harian, mangsa hanya berjaya diselamatkan kira-kira jam 3 pagi Jumaat lalu oleh Polis Bantuan yang menjalankan rondaan rutin di kawasan kondominium selepas dimaklumkan penduduk yang terdengar tangisan dan jeritan wanita berkenaan meminta pertolongan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah ketika mengesahkan kejadian, berkata polis terpaksa memecahkan pintu unit kondominium itu sebelum menemui mangsa dalam keadaan tidak berpakaian dengan kedua-dua tangannya diikat, selain mengalami beberapa kecederaan dipercayai dipukul.

“Mangsa juga broker hartanah dari Kepong, dihubungi suspek atas alasan mahu melihat rekaan dalaman unit kondominium itu. Bagaimanapun, suspek bertindak agresif sebaik memasuki kondominium dengan memukul mangsa, seterusnya mencabul sebelum mengikat dan mengurung wanita itu.

“Hasil siasatan mendapati suspek turut menyamun barangan berharga milik mangsa, termasuk telefon bimbit dan beg duit, selain melarikan sebuah kereta jenis Toyota Vios milik wanita itu,” katanya.

Ku berkata, polis sedang menjalankan gerakan memburu kedua-dua suspek berdasarkan kesan cap jari, selain mengenal pasti identiti mereka melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kondominium itu.

Sementara itu Facebook PDRM ini meminta mereka yang mempunyai maklumat mengenai suspek-supek berkenaan agar segera menghubungi Pegawai Penyiasat Insp. Mohd Najeeb Mohd Esam ditalian 012-7293533 atau Balai Polis Travers atau balai-balai berhampiran.

Bangsa Jepun Pupus Dalam 1,000 Tahun Lagi

Penduduk Jepun diramal akan pupus 1,000 tahun akan datang.

Jangkaan itu dibuat oleh ahli akademik lantaran dari purata bayi hingga kanak-kanak berusia 14 tahun di negara itu mencapai 16.6 juta dan semakin merosot pada kadar seorang setiap 100 saat.

“Jika angka kelahiran terus menurun, makan sambutan Hari Anak pada 5 Mei 3011 hanya akan dirayakan oleh seorang anak sahaja. Selepas 100 saat kemudian, tidak akan ada lagi kanak-kanak”, kata Hiroshi Yoshida, professor ekonomi di Universiti Tohoku.

Yoshida berkata, sejak tahun 1975, graf angka kelahiran negara matahari terbit itu terus menjunam apabila kadar kesuburan di Jepun merosot hingga di bawah dua orang anak bagi setiap wanita.

Kerajaan Jepun menganggarkan kadar kelahiran akan mencapai 1.35 anak setiap wanita dalam tempoh 50 tahun dan kadar ini berada jauh di bawah kadar sihat. Maka, jumlah warga tua pula akan meningkat.

Lantaran itu, hal ini merumitkan lagi kerajaan Jepun apabila terpaksa menyediakan dana persaraan dalam jumlah yang besar, sementara golongan produktif terus berkurangan.

Selain itu, perkara ini juga boleh diukur melalui permintaan serta hasil penjualan lampin dewasa yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan lampin bayi. Angka ini dikeluarkan oleh Unicharm yang mengeluarkan lampin dewasa sejak 1987.

Hal ini di perkukuhkan lagi dengan kadar jangka hayat di Jepun adalah tertinggi di dunia. Kadar ini akan terus meningkat dari 86.39 tahun pada 2010 kepada 90.93 tahun pada 2060 bagi wanita dan 79.64 tahun ke 84.19 tahun bagi lelaki.

Menangis Teresak-Esak di Sisi Mayat Isteri

IPOH: Seorang suami tergamam sejurus melihat isterinya maut dalam keadaan mengerikan apabila digilis dan diseret sebuah treler berhampiran persimpangan Jalan Raja Musa Aziz, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 8.50 pagi, mangsa yang juga jururawat, Liew Suet Foong, 50, membonceng motosikal bersama suaminya ke tempat kerja.

Kejadian ngeri itu menyebabkan mangsa mati di tempat kejadian, manakala suaminya, Cheow Seng Yee, 62, cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias, berkata kemalangan berlaku apabila pemandu treler terbabit tidak menyedari kehadiran motosikal pasangan itu sebaik membelok masuk di tempat kejadian.

“Mangsa yang ketika itu dalam perjalanan dari rumah mereka di Silibin ke tempat kerja di sebuah klinik swasta di Jalan Raja Ekram bergesel dengan tayar lori treler terbabit.

“Akibatnya kedua-dua mangsa hilang kawalan sebelum terjatuh. Ketika itu mangsa yang tidak sempat bangun dirempuh bahagian belakang treler itu menyebabkan dia diseret,” katanya.

Menurutnya, mangsa yang parah di beberapa bahagian anggota tubuh termasuk kepala maut di tempat kejadian.

“Suami mangsa bagaimanapun terselamat dan hanya cedera ringan,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Beliau berkata, pemandu treler berusia 46 tahun ditahan untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan kes itu mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat. Polis meminta saksi kejadian tampil memberi maklumat atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di talian 05-2542222 bagi membantu siasatan,” katanya.