Gaji Nazmi Sebulan RM300,000?

on Friday, February 1, 2013

Jika Safee Sali menerima gaji bulanan berjumlah Rupiah 350 juta (RM118,000) sebulan, wonderkid Malaysia yang baru sahajamengikat kontrak tiga tahun bersama kelab Portugal, Beira-Mar, Nazmi Faiz pula dikhabarkan bakal menerima gaji bulanan sebanyak RM 300,000.Mencetus fenomena dalam bola sepak negara selepas terpilih sebagai pemain untuk kelab liga divisyen satu Portugal sehingga Jun 2015 nanti, gaji pemain tengah Harimau Muda itu kini menjadi topik perbualan hangat penyokong serta pemerhati bola sepak tempatan.
Meskipun khabar angin mengenai gaji yang bakal diterima oleh Nazmi masih belum dapat disahkan, namun, sekiranya benar, pemain muda yang bakal mencecah 19 tahun 16 Ogos nanti akan bergelar pemain termuda Malaysia berstatus jutawan selain Safee Sali.

Sementara itu, ejen Nazmi, Marco Guimaraes, mengakui jumlah gaji yang bakal ditawarkan kepada tonggak skuad bawah 22 tahun itu adalah sangat lumayan bagi seorang pemain muda dari Asia Tenggara, bagaimanapun beliau enggan mendedahkan jumlah sebenar yang akan diterima oleh anak buah Ong Kim Swee itu.

“Terpulang kepadanya (Nazmi) sama ada untuk mendedahkannya atau tidak, katanya.

Selain menguruskan soal kontrak dengan kelab tersebut, Kim Swee yang berada di sana selama seminggu akan turut membantu anak buahnya menyesuaikan diri sebagai pemain professional di kelab Eropah itu.

Cecair Pelik Di Atas Siling Rumah (4 Foto)

Sepasang suami isteri menjadi kehairanan apabila menjumpai cecair melekit meleleh di bawah siling rumahnya. Kehadiran cecair tersebut mengundang misteri kerana rumah itu baru sahaja disewa dari seorang pemilik rumah yang tidak dikenali. Bagi membongkar rahsia di sebalik cecair tersebut, sepasang suami itu bertindak membuka siling untuk melihat dengan lebih dekat lagi.
Rupa-rupanya sarang lebah yang sangat besar….

[12 Foto] Pesawat Ditemui Setelah 70 Tahun Hilang

Seperti yang kita tahu, perang dunia merupakan satu konfik sedunia yang memakan masa hampir selama enam tahun dan dianggarkan mengorbankan sejumlah 61 juta orang termasuk orang awam dan tentera. Semasa peperangan tercetus, terdapat sebuah pesawat perang dunia ke-2 yang hilang selama 70 tahun dan kini ia berjaya ditemui semula. Pesawat Kittyhawak P-40 tersebut adalah milik tentera British Royal Air Force dan diterbangkan oleh Sarjan Dennis Copping. Pesawat tersebut berpengkalan di Mesir semasa kempen Afrika Utara terhadap Rommel. Pesawat yang didapati mengalami kerosakan tersebut diarahkan untuk dibawa ke pengkalan lain untuk dibaiki.
Semasa di dalam perjalanan, pesawat tersebut didapati hilang kawalan pada Jun 1942 dan kehilangannya menjadi misteri.Setelah 70 tahun, pesawat tersebut berjaya ditemui semula di Gurun Sahara dalam keadaan serba lengkap seperti tidak diusik oleh sesiapa.
Nasib juruterbang tersebut pula dikatakan selamat semasa ianya terhempas melalui penemuan sisa-sisa payung terjunnya dan juga radio rosak yang dikeluarkan daripada pesawat menunjukkan beliau cuba untuk menghubungi pengkalan.

Keunikkan Jambatan Banpo di Seoul (9 Foto)

Siapa di sini pernah mendengar tentang Jambatan Banpo yang terletak di Seoul, Korea Selatan ini? Mesti ada yang tertanya-tanya kan, apa faktor yang menyebabkan jambatan ini menjadi unik dan sering menjadi tumpuan para pelancong. Secara ringkasnya, Jambatan Banpo di Seoul, Korea Selatan baru sahaja menerima elemen ‘kejutan’ yang besar iaitu pemasangan hampir 10,000 nozel pancuran air di sepanjang jambatan pada kedua-dua belah sisi. Nozel pancuran air tersebut baru sahaja dipasang pada bulan lepas dan kini ia menjadi daya tarikanpelancong di sana. Boleh lihat gambar di bawah ini.
Pancuran air ini mengepam sebanyak 190 tan air dalam tempoh seminit daripada sungai yang berada di bawah jambatan dan menjadikannya mesra alam.

[Lawak] Apabila Lelaki Dengan Gadis Di Kedai Baju

Memang selalu berlaku macam ni eh..pernah berlaku pada anda?

MISTERI - Cerita Di Sebalik Gambar Pasangan Berkepit Di Tanah Suci

Pernah tengokgambar berkepit di tanah suci seperti di bawah ni tak?

Kali pertama tengok, timbul juga rasa pelik. Nak jatuhkan hukum pun aku tak tahu sangat sebab aku tengok gambar ni pada mulanya di facebook. Hanya gambar dan beberapa ayat negatif pasal gambar ni.

Selepas tengok gambar kedua, baru aku mula perhatikan bahagian yang dianak-panahkan tu. Sebelum ni memang tak perasan langsung pasal tu. Perasan tak?
Aku tak faham pun bahasa Arab di sebelah kanan tu. Tapi kalau mengikut kandungan email yang aku dapat, saudara tu dipapah oleh isterinya sebab kurang upaya. Tak tahulah mereka ni betul-betul suami isteri ke tak. Bagi aku, takkan pasangan bercinta nak bercanda di tanah suci kot. Mesti orang yang ingin berada di tempat macam ni dapat bezakan halal dan haram.

Kalau kandungan email ni betul, harapnya pasangan ni mendapat rahmatNya. Walaupun berkeadaan macam tu masih nampak usahanya untuk beramal. Sebagaimana yang selalu digunakan, don’t judge a book by its cover!

Gambar Lucu David Beckham Terkantoi Dengan Isterinya

Pemain bola sepak pujaaan para wanita dunia, David Beckham, yang kini bermain bagi Los Angeles Galaxy selalu berada di gelanggang basket Staples Center untuk melihat Kobe Bryant dan kawan-kawannya di Los Angeles Lakers bertanding.

Biasanya Beckham menonton di kerusi sisi gelanggang bersama sahabatnya, aktor Tom Cruise. Dan yang namany lelaki pastilah yang mereka bincangkan "agak menghiburkan" seperti misalnya ke-sexy-an dan kecantikan cheerleader.

suatu ketika David mengajak isterinya yang mantan anggota kumpulan vokal wanita terkenal Spice Girls, Victoria alias Posh Spice. Tepat di depan hidungnya seorang cheerleader melenggak-lengokkan buntutnya yang sexy dan David menatapnya tidak berkelip sambil berusaha menahan diri.
Hmmmmm......
Victoria: "Apa yang kamu lihat?"
"Aku tidak lihat apa-apa sayang..Jangan merajuk ya"

Sumber