Rumah, Kubur Mona Fandey Jadi Sasaran Pemuja Nombor Ekor

on Saturday, February 2, 2013

Kes pembunuhan kejam itu berlaku 20 tahun lalu, tetapi keghairahan untuk cepat kaya menyebabkan segelintir individu sanggup ‘berkampung’ di rumah lama Mona Fandey di Kampung Peruas, Ulu Dong, di Raub, semata-mata untuk mengamalkan amalan khurafat ‘menurun’ atau ‘ngangkung’ nombor ekor.

Mona atau nama sebenarnya, Maznah Ismail, 46, bersama suami, Mohd Affandi Abdul Rahman, 45, dan pembantu mereka, Juraimi Husin, 32, didakwa membunuh bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Talam, Datuk Mazlan Idris di rumah berkenaan pada 1993.
Perkara itu didedahkan seorang pemuda dikenali sebagai Azli, 38, dari kampung berhampiran yang mendakwa pernah menyaksikan sekumpulan pemuda pergi ke rumah berkenaan kononnya untuk mendapat ‘petunjuk’ nombor ekor, sekali gus berpeluang meraih hadiah utama mencecah puluhan ribu ringgit. 

Azli berkata, dia pernah bertemu seorang kaki nombor ekor dan bertanya mengapa perlu melakukan upacara karut itu di situ, dan jawapan diterimanya ialah, ‘memuja’ Mona lebih membuahkan hasil bagi mendapatkan nombor dihajati.

“Itu yang mereka percaya, jika menurun nombor ekor di situ, lebih mujarab. Mungkin disebabkan latar belakang Mona yang juga bomoh dan kes pembunuhannya tidak lama dulu.

“Kami Sama-Sama Suka Dan Rozita Balas Cinta Saya” – Najib Razak

Biar betul Najib mengaku bercinta dengan Rozita Che Wan beb... Kalau ikut laporan Metro Edisi Selangor, Najib Razak mengaku Rozita membalas cintanya..

Gambar keratan akhbar Metro Edisi Selangor yang gua cilok dari blog pro Pakatan ni membuktikan segalanya..

Tak tahulah Metro buat kesilapan atau blogger tu yang buat superimposed.., tapi ayat dalam akhbar tu memang tak boleh blah langsung..

"Kami sama-sama suka, dan Rozita balas cinta saya"... Perghhhh.., kalau betullah Najib cakap macam tu, confirm bergegar satu Putrajaya akibat amukan Kak Mah..
Apapun.., gua harap Metro Edisi Selangor dapat buat penjelasan mengenai hal ni.. Kalau berlaku kesilapan cetakan, rasanya Metro kena cepat-cepat buat pembetulan dan minta maaf.. 

Bukannya apa.., kesian kat Zain Saidin.. Penat-penat dia bercinta, Najib yang dapat nama.. Huhuhuhu....

Apa Motif Remy Ishak Tayang Pusat Ni?

Nak kata cari populariti, dah memang popular, apa lagi motif yang dicari oleh pelakon kacak, Remy Ishak ini? 

Gambar yang dimuat naik ke dalam akaun Isntagramnya cukup seksi. Dengan gaya model, Remy hanya memakai baju kemeja yang tidak dibutangkan. Sengaja dibuka luas-luas, hingga menampakkan bulu-bulu halusnya hinggalah ke pusat dan sedikit ke bawah!

Wow! Berani sungguh Remy kongsikan gambar yang hampir-hampir bogel ini ya..!

Tragis! Murid Darjah 2 Hancur Dilenyek Lori

Tindakan seorang murid berusia lapan tahun berteduh daripada panas terik di bawah lori seberat 10 tan sementara menunggu ketibaan bas sekolahnya berakhir tragedi apabila badannya hancur digilis tayar kenderaan berat itu selepas pemandunya dikatakan tidak menyedari kehadiran kanak-kanak berkenaan.

Dalam kejadian jam 11 pagi di Jalan Kastam Baru di sini semalam, mangsa Syarif Junior Langbas Jul Husin ditemui dengan masih berpakaian seragam dan menggalas beg dengan hampir seluruh badannya hancur digelek tayar kenderaan itu.

Pemandu yang menyedari menggilis sesuatu kemudian melakukan pemeriksaan sebelum terkejut apabila mendapati badan murid Sekolah Kebangsaan Pekan III itu hancur sebelum melarikan diri.

Difahamkan, mangsa dikatakan menunggu bas untuk ke sekolah dan berteduh di bawah lori berkenaan.

Pemandu lori berkenaan dipercayai cuba mengundurkan kenderaan itu untuk membantu seorang lagi rakannya membaiki kenderaan.

Akibat tragedi itu, mangsa mati di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu Superintendan Samsudin Mat ketika dihubingi mengesahkan kejadian itu dan berkata, siasatan lanjut dijalankan.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Lahad Datu untuk dibedah siasat dan polis masih memburu pemandu lori yang dipercayai melarikan diri sebaik menyedari kejadian itu.

“Polis giat memburu suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 41, Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu, Mohd Apandi Mahmood berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 11.10 pagi sebelum mengarahkan sebuah jentera bersama enam anggota ke tempat kejadian.

“Sebaik tiba, kami mendapati mangsa berada di bawah tayar lori dalam keadaan badan dan otak bersepai. “Mayat mangsa yang masih menggalas beg dan berpakaian sekolah dikeluarkan selepas mengalihkan tayar lori itu,” katanya.

[Video] Nasha Aziz dalam iklan Rexona tahun 1989

Nasha masa remaja...layan!!!




Saya Tak Pernah Menyentuh dan Bercinta Dengan Rita Rudaini – Fauzi Nawawi

Ini satu kenyataan yang pastinya dapat menghuraikan pertanyaan banyak pihak. Ramai yang tertanya-tanya punca sebenar Rita Rudaini tidak mahu Fauzi Nawawi ada dalam apa jua penggambaran yang melibatkan dirinya.
Sehinggakan ada suara-suara menyatakan yang Fauzi pernah bercinta dengan Rita suatu ketika dahulu. Namun hari ini menerusi Mstar Online, Fauzi Nawawi menafikan perkara tersebut sekeras-kerasnya:-

Saya tak pernah kacau, bercinta mahupun menjalinkan hubungan cinta tiga segi dengan Rita semasa dia belum kahwin dulu. Selepas insiden pergaduhan mereka (Rita dan Lisdawati), saya berkahwin dengan Lisda dan kami bahagia sehingga sekarang dan bagaimana pula dengan rumah tangga Rita?
Ayat terakhir daripada Fauzi Nawawi itu memang boleh buat Rita Rudaini terbakar jiwa raga. Tambah menarik apabila Fauzi Nawawi mengakui dirinya bangga sering dikaitkan dengan ramai wanita walaupun sudah berusia 40 tahun dan berstatus ayah.

Ya… saya begitu berbangga apabila dikaitkan dengan ramai wanita walaupun saya sudah berkahwin dan mempunyai anak. Walaupun saya agak bosan dengan kontroversi itu, ia bermakna sebagai seorang lelaki, saya sebenarnya masih lagi laku.

Diharapkan agar Fauzi Nawawi hanya berbangga dan tidak pula berhasrat untuk menambah bilangan isteri. Kang tak pasal-pasal mengamuk pulak isteri anda. Jangan marah ye. Gurau-gurau je. Apa pun semoga hubungan Fauzi Nawawi sekeluarga akan bertambah mesra selepas penafian percintaannya dengan Rita Rudaini ini.

(8 GAMBAR)Kucing Dengan Bulu Kening, Comel Sangat-Sangat!!!

Oh ~~ Comelnya kucing berbulu kening ini. Macam tertumpah cat pun ada jugak. Memang comel sangat-sangat. Pencinta kucing mesti super excited tengok keanehan ini. Tak gitu?
Yang pasti, kucing ini tak perlu nak buat-buat manja untuk mendapatkan makanan daripada tuannya. Cuma perlu buat muka comel dan angkat bulu kening ke atas sikit. Confirm cair dibuatnya.
Lagi 6 keping gambar kucing berbulu kening dengan membaca entri ini sepenuhnya.