Cecair Pelik Di Atas Siling Rumah (4 Foto)

on Friday, February 1, 2013

Sepasang suami isteri menjadi kehairanan apabila menjumpai cecair melekit meleleh di bawah siling rumahnya. Kehadiran cecair tersebut mengundang misteri kerana rumah itu baru sahaja disewa dari seorang pemilik rumah yang tidak dikenali. Bagi membongkar rahsia di sebalik cecair tersebut, sepasang suami itu bertindak membuka siling untuk melihat dengan lebih dekat lagi.
Rupa-rupanya sarang lebah yang sangat besar….

[12 Foto] Pesawat Ditemui Setelah 70 Tahun Hilang

Seperti yang kita tahu, perang dunia merupakan satu konfik sedunia yang memakan masa hampir selama enam tahun dan dianggarkan mengorbankan sejumlah 61 juta orang termasuk orang awam dan tentera. Semasa peperangan tercetus, terdapat sebuah pesawat perang dunia ke-2 yang hilang selama 70 tahun dan kini ia berjaya ditemui semula. Pesawat Kittyhawak P-40 tersebut adalah milik tentera British Royal Air Force dan diterbangkan oleh Sarjan Dennis Copping. Pesawat tersebut berpengkalan di Mesir semasa kempen Afrika Utara terhadap Rommel. Pesawat yang didapati mengalami kerosakan tersebut diarahkan untuk dibawa ke pengkalan lain untuk dibaiki.
Semasa di dalam perjalanan, pesawat tersebut didapati hilang kawalan pada Jun 1942 dan kehilangannya menjadi misteri.Setelah 70 tahun, pesawat tersebut berjaya ditemui semula di Gurun Sahara dalam keadaan serba lengkap seperti tidak diusik oleh sesiapa.
Nasib juruterbang tersebut pula dikatakan selamat semasa ianya terhempas melalui penemuan sisa-sisa payung terjunnya dan juga radio rosak yang dikeluarkan daripada pesawat menunjukkan beliau cuba untuk menghubungi pengkalan.

Keunikkan Jambatan Banpo di Seoul (9 Foto)

Siapa di sini pernah mendengar tentang Jambatan Banpo yang terletak di Seoul, Korea Selatan ini? Mesti ada yang tertanya-tanya kan, apa faktor yang menyebabkan jambatan ini menjadi unik dan sering menjadi tumpuan para pelancong. Secara ringkasnya, Jambatan Banpo di Seoul, Korea Selatan baru sahaja menerima elemen ‘kejutan’ yang besar iaitu pemasangan hampir 10,000 nozel pancuran air di sepanjang jambatan pada kedua-dua belah sisi. Nozel pancuran air tersebut baru sahaja dipasang pada bulan lepas dan kini ia menjadi daya tarikanpelancong di sana. Boleh lihat gambar di bawah ini.
Pancuran air ini mengepam sebanyak 190 tan air dalam tempoh seminit daripada sungai yang berada di bawah jambatan dan menjadikannya mesra alam.

[Lawak] Apabila Lelaki Dengan Gadis Di Kedai Baju

Memang selalu berlaku macam ni eh..pernah berlaku pada anda?

MISTERI - Cerita Di Sebalik Gambar Pasangan Berkepit Di Tanah Suci

Pernah tengokgambar berkepit di tanah suci seperti di bawah ni tak?

Kali pertama tengok, timbul juga rasa pelik. Nak jatuhkan hukum pun aku tak tahu sangat sebab aku tengok gambar ni pada mulanya di facebook. Hanya gambar dan beberapa ayat negatif pasal gambar ni.

Selepas tengok gambar kedua, baru aku mula perhatikan bahagian yang dianak-panahkan tu. Sebelum ni memang tak perasan langsung pasal tu. Perasan tak?
Aku tak faham pun bahasa Arab di sebelah kanan tu. Tapi kalau mengikut kandungan email yang aku dapat, saudara tu dipapah oleh isterinya sebab kurang upaya. Tak tahulah mereka ni betul-betul suami isteri ke tak. Bagi aku, takkan pasangan bercinta nak bercanda di tanah suci kot. Mesti orang yang ingin berada di tempat macam ni dapat bezakan halal dan haram.

Kalau kandungan email ni betul, harapnya pasangan ni mendapat rahmatNya. Walaupun berkeadaan macam tu masih nampak usahanya untuk beramal. Sebagaimana yang selalu digunakan, don’t judge a book by its cover!

Gambar Lucu David Beckham Terkantoi Dengan Isterinya

Pemain bola sepak pujaaan para wanita dunia, David Beckham, yang kini bermain bagi Los Angeles Galaxy selalu berada di gelanggang basket Staples Center untuk melihat Kobe Bryant dan kawan-kawannya di Los Angeles Lakers bertanding.

Biasanya Beckham menonton di kerusi sisi gelanggang bersama sahabatnya, aktor Tom Cruise. Dan yang namany lelaki pastilah yang mereka bincangkan "agak menghiburkan" seperti misalnya ke-sexy-an dan kecantikan cheerleader.

suatu ketika David mengajak isterinya yang mantan anggota kumpulan vokal wanita terkenal Spice Girls, Victoria alias Posh Spice. Tepat di depan hidungnya seorang cheerleader melenggak-lengokkan buntutnya yang sexy dan David menatapnya tidak berkelip sambil berusaha menahan diri.
Hmmmmm......
Victoria: "Apa yang kamu lihat?"
"Aku tidak lihat apa-apa sayang..Jangan merajuk ya"

Sumber

Mengimbas Peristiwa 3 Ogos 1996 : Bekalan Elektrik Terputus Seluruh Negara

Kejadian pada 16 tahun yang lalu mengingatkan pada 3 Ogos 1996 apabila seluruh negara “bergelap” 12 jam dan segala urusan terhenti. Ini satu malapetaka kerana tanpa elektrik ibarat tanpa nyawa untuk menggerakkan operasi. Kejadian itu disebabkan kerosakan pada pusat janakuasa di Paka, Terengganu.
Akibat tekanan emosi yang diterima kerana bekalan elektrik terputus itu, banyak kenyataan yang seolah-olah hilang kewarasan terkeluar. Semua ini di luar kawalan apabila 12 jam nadi kehidupan terhenti. Pelanggan panik dan rimas.

Bekas Pengerusi Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB) Tan Sri Dr. Ani Arope menjadi sasaran kritikan selepas “bergelap 12 jam” dan aktiviti komersial lumpuh. Ini satu tragedi. Bagi negara maju seperti Malaysia yang bergantung kepada tenaga elektrik, terputus bekalan adalah tragedi yang memberi kesan kepada segenap lapisan masyarakat.

Kesan daripada kelemahan TNB ketika itu tidak mengira darjat; suri rumah, penumpang bas, pengguna lif hinggalah kepada para pekilang yang kerugian berjuta-juta ringgit.
Kuala Lumpur dan bandar-bandar besar lain menjadi hiruk-pikuk, sistem lalu lintas tergendala, urusan perniagaan dan operasi di kilang-kilang terhenti. Semua ini sebenarnya tidak wajar berlaku kerana blackout bukan sekadar bergelap tetapi bencana yang mendatangkan kerugian.

Ketika itu ada kalangan pelanggan TNB mengusul mahu menyaman TNB. Mereka mahu menuntut ganti rugi kerana bekalan terputus bukanlah suatu yang boleh dianggap sebagai takdir. Sistem penyokong untuk mengelak bekalan elektrik terputus secara berterusan perlu diwujudkan. Tetapi TNB sangat terbuka.
“Kami tidak dapat mengelak daripada disaman oleh orang ramai,” demikian reaksi Dr. Ani ketika kemarahan pelanggan menggelegak memikirkan kerugian yang terpaksa ditanggung.

Sebelum diswastakan, pembekal tenaga elektrik negara ini adalah Lembaga Letrik Negara (LLN). Penswastaan adalah satu pendekatan untuk meningkatkan kecekapan selain kemampuan untuk memenuhi keperluan tenaga yang semakin meningkat.
Semua pihak menerima konsep penswastaan ke atas LLN dengan harapan yang tidak lain dapat menikmati kecekapan pengurusan dan pengendalian sebuah syarikat korporat sehebat TNB.

Banyak pihak sebenarnya cuba bersimpati kepada TNB dan sedaya mungkin melihat kejadian seperti terputus bekalan yang “sekali dua” itu bukanlah kayu ukur yang adil menilai TNB. Kalau dihitung, TNB sendiri banyak menyumbang daripada membawa kerugian akibat bekalan tenaga yang terputus.
Tetapi pada masa yang sama kita juga tidak dapat menolak kejadian tengah hari Khamis lalu mengingatkan kepada beberapa kejadian besar sebelum ini. Misalnya seminggu selepas 3 Ogos 1996, sekali lagi bekalan terputus di seluruh negara selama 16 jam. Ini belum lagi diingatkan kembali bagaimana pada 29 September 1992 negara ini “bergelap” kerana kejadian yang serupa.

Sebenarnya kejadian terputus bekalan elektrik boleh menjejaskan pelabur-pelabur asing yang melabur dan mendirikan kilang di negara ini. Mereka selalu percaya bahawa negara ini sangat meyakinkan; politiknya stabil dan keselamatan terjamin. Tetapi kalau berulang kali terpaksa menanggung kerugian akibat terputus bekalan elektrik, ia juga menjejaskan minat pelabur luar untuk ke sini.

Dalam kejadian 3 Ogos 1996 misalnya, kerugian yang dianggarkan ditanggung oleh pengilang-pengilang tidak kurang RM123 juta. Ini baru 12 jam. Mengikut Persatuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM), anggaran ini berdasarkan kepada sumbangan RM45 bilion daripada sektor pengilangan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 1996 sebanyak RM130 bilion.

Ini kerugian yang ditanggung oleh pengilang. TNB juga menanggung kerugian. Pada kejadian 3 Ogos itu TNB mengalami kerugian RM13.6 juta sementara peralatan yang rosak bernilai RM10 juta. Ini menunjukkan kerugian apabila terputus bekalan tenaga elektrik terpaksa ditanggung oleh kedua-dua pihak; pembekal tenaga dan pelanggan. Tentunya lebih baik kalau kejadian ini sedaya upaya dielakkan supaya tidak ada siapa yang menanggung kerugian.

Kredit: carigold.com