Kalau semalam ND lala menerusi Harian Metro telah mengeluarkan kenyataan agar Sharnaaz Ahmad,pelakon yang dikaitkan sedang bercinta dengan anaknya Shila Amzah tidak biadap danmenghormatinya dan isteri sebagai ibu bapa Shila, Sharnaaz melalui portal Murai telah membalaskenyataan tersebut:-
Orang kata, ambil hati orang tuanya dulu, kalau hendak pinang anaknya. Bukan begitu?
Terpulanglah dia hendak cakap apa. Saya tidak terkejut bila membaca kenyataan dia. Sebab, itu memang cara dia. Tapi, kalau saya hendak datang merisik atau meminang Shila, sudah tentulah saya akan berjumpa dengan dia (ND Lala) dengan isterinya.
Malah, saya bersedia untuk berjumpa dengan dia (ND Lala) bila-bila masa saja. Tapi, macamana hendak jumpa, kalau dia (ND Lala), asyik lari saja. Jadi, saya harap dia (ND Lala) tidak usahlah pusing cerita.
Banyak orang pun kenal siapa dia, tapi orang malas hendak cerita. Dan, janganlah gunakan media untuk bercakap tentang hal ini. Hal peribadi, biarlah kita selesaikan secara peribadi. Jadilah seperti seorang lelaki.Isu ini mula timbul apabila Sharnaaz mengumumkan Shila sebagai bakal isterinya di media maka dengan sebab itu mengakui dia mengongkong Shila. Tambah Sharnaaz lagi:-
Takkanlah saya hendak pergi merisik atau meminang tanpa kehadiran ibu bapa saya. Tapi, bila membaca kenyataan ND Lala yang sebegitu, ibu bapa saya sendiri pun rasa terkilan dan marah.
Dia cakap saya ini kurang ajar. Tapi, dalam hal ini, kita kena sama-sama kena saling hormat.
Bukan yang muda saja kena hormat yang tua. Yang tua pun kena hormat yang muda jugak.
Mungkin, selama ini orang tak berani nak lawan dengan ND Lala dan anggap dia betul saja.
Tapi, kadang-kadang benda yang salah itu kita kena betulkan, tidak kiralah sama ada orang itu muda atau tua.Sharnaaz turut menyatakan yang keputusan untuk berkahwin di tangan Shila, bukan di tangan bapanya:-
Entahlah…saya pun tak tahu nak cakap apa lagi. Saya tak putus asa. Tapi, kalau saya terus hantar rombongan merisik atau meminang pun, kalau dia tidak terima, bagaimana?
Dalam hal ini, saya sebenarnya kesian pada dia. Sebab, dia sebenarnya yang memalukan diri sendiri dengan cara dan tindakannya yang terlalu insecure itu. Tak perlulah hendak jadi insecure sangat.
Saya rasa biarlah dia yang bercakap. Sebab, keputusan terletak di tangan dia. Malah, dia pun dah besar panjang. Malah, yang saya hendak kahwin pun dengan dia, bukan dengan bapa dia. Jadi, tanyalah tuan empunya badan sendiri.Makin hangat nampaknya situasi ini apabila Sharnaaz memberikan komen sebegini. Cuma mungkin, cara Sharnaaz ini akan menyebabkan ketegangan yang lebis serius antara dia dan bapa Shila.
Orang kata, ambil hati orang tuanya dulu, kalau hendak pinang anaknya. Bukan begitu?