Jika diperhatikan sekali imbas, ada gaya mewah dan tampak sporty. Ramai yang mengatakan bahawa Preve Sapphire ialah bayangan kepada Proton Preve Special Edition (SE) yang mungkin akan dikeluarkan di masa akan datang. Saksikan beberapa keping gambar Proton Preve Sapphire.
Home > All posts
Terkini! Proton Akan Keluarkan Preve Sapphire?
Posted by TerbaikLaH on Sunday, February 3, 2013 at 4:30 AM
Kebenaran Islam Tentang Kucing Sejak 1500 Tahun Yang Lalu
Posted by TerbaikLaH at 4:27 AM

Kenapa Rasulullah Saw berani mengatakan bahawa kucing tidak menjadi najis kepada manusia? Persoalannya, bagaimana Nabi mengetahui badan kucing tidak mempunyai najis? Jawapannya, kulit kucing mempunyai otot-otot yang berfungsi untuk melawan sel bakteria.
Otot kucing juga dapat menyesuaikan diri dengan sentuhan otot manusia. Pada permukaan lidah kucing pula dilapisi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini berbentuk bengkok mengucup seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit.

Kajian Yang Dijalankan
Telah dilakukan berbagai penyelidikan terhadap kucing mengikut pelbagai perbezaan usia, posisi kulit, punggung, bahagian dalam tapak kaki, bibir, dan ekor. Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan pengambilan sampel melalui usapan. Di samping itu, kuman juga diletakkan pada bahagian-bahagian tertentu. Diambil juga cairan khusus (air liur) yang berada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.
Hasil yang didapati selepas ujikaji adalah:
1. Hasil yang diambil dari kulit luar tidak mempunyai kuman, meskipun dilakukan berulang kali.
2. Tempat yang kuman sengaja diletakkan menunjukkan hasil negatif sekitar 80% (20% mempunyai kuman), jika dilihat dari air liurnya. Ini menunjukkan kucing dapat melawan kuman yang diberikan kepadanya.
3. Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga menunjukkan ketidak hadiran kuman.
4. Hanya sekali kuman dijumpai semasa proses penyelidikan. Kuman ini termasuk dalam kumpulan kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang selalunya membiak dalam tubuh manusia dalam jumlah yang kecil seperti enterobacter, streptococcus, dan staphylococcus. Jumlahnya kurang dan membiak dalam lingkungan 50 ribu pertumbuhan.
5. Kajian tidak menemui jenis kuman yang beragam dan berbahaya. Perbagai sumber yang dipercayai dan hasil penyelidikan laboratorium menyimpulkan bahawa kucing tidak mempunyai kuman dan mikrobakteria. Air liurnya bersih dan boleh membersihkan seluruh badannya.
Ulasan para doktor yang bergiat dalam bidang kuman, Dr. George Maqshud, ketua laboratorium di Klinik Haiwan Baitharah, jarang sekali ditemui kehadiran kuman pada lidah kucing. Jika mempunyai kuman, itu menunjukkan kucing itu akan atau sedang sakit.
Selain itu, Dr. Gen Gustafsirl menemui kuman yang banyak pada anjing, manusia 25% dari anjing, kucing mempunyai separuh kuman dari manusia. Doktor haiwan di klinik haiwan Damaskus, Said Rafah menegaskan bahawa kucing mempunyai peranti pembersih yang bernama lysozyme.
Kucing tidak menyukai air kerana air merupakan tempat yang sangat subur dalam pertumbuhan bakteria. Kucing juga sangat menjaga kestabilan suhu tubuhnya.
Jika diperhatiakan, kucing tidak banyak berjemur dan tidak suka mendekati air. Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor yang membuatkan kuman tidak ada pada tubuh kucing.
Hadith-Hadith Mengenai Kucing
Kabsyah binti Kab bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhuk. Pada masa itu datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di bekas untuk kucing itu minum. Kabsyah berkata, “Perhatikanlah”. Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?” Kabsyah menjawab, “Ya”. Lalu Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda, Kucing itu tidak najis. Kucing binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan), (HR At-Tirmidzi, An-Nasai, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).
Diriwayatkan Ali bin Al-Hasan dan Anas menceritakan bahawa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bekas”. Lalu Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun terdapat seekor kucing datang dan menjilati bekas air tersebut. Melihat kejadian itu, Nabi berhenti sehinggakan kucing tersebut berhenti minum lalu Rasulullah berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis.”
Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu ia memberikan isyarat untuk menyimpannya. Sayangnya setelah Aisyah selesai mendirikan solat, ia lupa adanya bubur. Datanglah seekor kucing lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika Aisyah melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing dan Aisyah memakannya. Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling”. Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhuk dari sisa bekas jilatan kucing, (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni).
Kalaulah bukan dari wahyu Allah tentulah Rasulullah Saw tidak akan berani mengatakan bahawa kucing itu bersih. Segala sesuatu yang baru ditemui oleh para ilmuwan pada zaman moden ini, telah diketahui ilmunya oleh Rasul Kita Muhammad saw sejak 1500 tahun yang lalu. – Wallahua’lam.. - nizarazu
-Sumber-
10 Moment Memalukan Model Terjatuh Di Catwalk
Posted by TerbaikLaH on Saturday, February 2, 2013 at 3:32 PM
Bagi seorang model, terjatuh ketika berjalan di atas catwalk adalah perkara yang memalukan. Namun di satu sisi, hal ini menjadi sorotan dan membuat dirinya lebih dikenali
Ini 10 Momen Memalukan Model Terjatuh Di Catwalk yang dirangkum dari berbagai peragaan fesyen.
1. Versace
Model berusia 17 tahun bernama Lindsey Wixson ini terjatuh di show Versace di Milan kerana kasut tumit tingginya.
2. Gala Amal di Cannes
2. Gala Amal di Cannes
Sebelum Versace, Lindsey Wixson juga jatuh di acara penggalangan amal Naomi Campbell di Cannes.
4. Prada
Kasut tumit tinggi tali dengan Baju kaki juga memakan banyak korban. Di show Prada tahun 2008 lalu, lebih dari 2 model terjatuh.
4. Betty Jackson
Jangan pernah memakai kasut tumit tinggi bertali dengan Baju kaki. Anda akan jatuh seperti model dalam demonstrasi Betty Jackson ini.
5. Gala Amal di Cannes
Top model Inggeris Agyness Deyn juga boleh terjatuh dalam peragaan amal di Cannes. Ia kemudian bangkit sambil tersenyum.
Model belia Nina Porter, 16 tahun terjatuh dengan jaket paku saat memeragakan koleksi Burberry Prorsum Spring 2010.
7. Marc Jacobs
Semakin cepat berjalan, semakin mantap pula apabila terjatuh. Terbukti dari gerakan terpelanting model ini apabila berlenggok di peragaan Marc by Marc Jacobs.
9. Christian Siriano
Kasut tumit tinggi memang biang keladi. Model ini terjatuh hingga terbaring di depan kaki para tetamu saat memeragakan fesyen Christian Siriano.
10. Juana Martin
Terlalu bersemangat, model ini terus terperosok ketika baru keluar dari belakang pentas di show Juana Martin
Seorang Lagi Mak Yang Kita Jangan Sesekali Ikut Tindakannya
Posted by TerbaikLaH at 3:04 PM
Seorang Lagi Mak Yang Kita Jangan Sesekali Ikut Tindakannya.
Admin kata sedemikian bukan tak suruh dia bergambar dengan anaknya tetapi tindakannya dalam gambar tersebut. Dia bergambar dengan anaknya sambil pegang pistol yang diacukan ke arah anaknya. Adakah ini satu perkara yang patut dibanggakan?
Admin kata sedemikian bukan tak suruh dia bergambar dengan anaknya tetapi tindakannya dalam gambar tersebut. Dia bergambar dengan anaknya sambil pegang pistol yang diacukan ke arah anaknya. Adakah ini satu perkara yang patut dibanggakan?
Inilah Gambar-Gambar Menarik Hasil Editan
Posted by TerbaikLaH at 2:33 PM
Mungkin bagi kalian yang dengan hantu, akan berfikir bahawa ini adalah gambar-gambar hantu,, tapi tunggu dulu,, kalau hantu kebalik, orangnya ada tapi bayangannya yang tidak ada,, berbeza dengan gambar-gambar di bawah ini. Gambar-gambar ini adalah ulah atau karya dari berbeza Hervs yang membuat gambar dan mengeditnya dengan tema bayangan,, kerana temanya bayangan maka dia mengedit gambar orangnya,, jadinya fot-foto super Cool seperti ini:
SERIUS VS - DARI GEMUK MENJADI RATU CANTIK (10 GAMBAR)
Posted by TerbaikLaH at 1:56 PM
Untunglah
Nadina Knight (24) dahulunya seorang remaja gemok dengan berat badan mencecah 99 kilogram. Selepas melihat gambar beliau yang boncit di laman media sosial, Nadina menukar gaya hidup beliau. Diet alkohol dan makanan segera diganti dengan makanan yang sihat. Beliau juga mula beresenam dan hasilnya tahun ini beliau menjadi perserta Miss England mewakili Northampton. Syabas!




Laporan asal DailyMail



















