Unik...Kebun Dalam Botol, Disiram Sekali Dalam 40 Tahun

on Saturday, February 2, 2013


David Latimer mempunyai sebuah kebun unik. Jangan membayangkan boleh mencium segarnya aroma atau menyentuh tanaman di kebunnya. Sebab, pesara jurutera elektrik ini memiliki kebun yang disimpan dalam botol besar yang tertutup rapat selama 53 tahun.

Selama itu pula, ia baru sekali menyiram tanamannya. Terakhir kali ketika Richard Nixon menjadi Presiden AS pada 1972. Sejak ditanam di dalam botol, tumbuhan Tradescantia ini seolah terputus dari dunia luar. Walaupun begitu, tanaman hijau yang kerap menjadi hiasan tersebut tetap hidup dan mengisi keseluruhan botol.

Latimer, 80 tahun berkata, "Saya menyimpannya enam kaki dari tingkap sehingga hanya mendapat sedikit cahaya matahari. Tanaman ini tumbuh mengikuti cahaya matahari dan selalu saya balikkan sehingga tumbuh merata," ujarnya kepada Daily Mail.

Sejak ditanam, Latimer mengaku tak pernah memangkasnya. Tanaman ini berkembang mengikuti bentuk botol yang membulat. Terpencil daripada dunia luar, Tradescantia membentuk ekosistemnya sendiri dengan menyerap sinar matahari dan boleh berfotosintesis untuk tumbuh,

Idea membuat kebun mini dalam botol muncul pada Paskah tahun 1960. Menurut Latimer, saat itu plastik muncul menggantikan botol-botol kaca di industri kimia. Dia berfikir akan sangat menyenangkan menyibukkan diri dengan menanam tanaman dalam botol. "Saya ingin melihat apakah kebun botol yang tertutup rapat tetap boleh hidup," katanya.

Latimer lalu membersihkan botol kaca bulat, memasukkan kompos serta meletakkan benih ke dalamnya. Selepas itu, ia memasukkan setengah liter air lalu menutupnya rapat-rapat. Latimer hanya memberi tanamannya itu "minum" pada 1972.

Dalam tayangan Radio BBC, Latimer memperlihatkan beberapa foto tanamannya. Dia berharap taman mininya boleh dia wariskan kepada anak-anaknya atau disumbangkan kepada Royal Horticultural Society

[6 Foto] Foto Sebelum Solek Gadis Ini Benar-Benar Memeranjatkan!!!

||

||

||
pic from asiantown.net

KEJAM!! HUKUMAN ROTAN PALING EKSTREM DI NEGARA CHINA

Adoii!!1 tergamak sekolah di china merotan pelajar begitu ekstrem,,sangat dahsyat guru2 mendidik para pelajar mereka. menurut salah seorang tenaga pengajar disana , hukuman disiplin yang biasa tidak mampu membendung salah laku pelajar, hanya dengan hukuman berbentuk fizikal begini yang mampu mengubah mereka.

ayuh kita saksikan foto2 apa yang berlaku selepas pelajar ini dirotan;
p/s; dah macam hukum sebat dimalaysia jer ni

KEJAM!!! KUCING JADI MENU MAKANAN UTAMA CHINA

Sapa2 nak merasai keenakan daging kucing perbagai hidangan sila lawati negara china ,, Di china daging kucing menjadi pilihan rakyatnya kerana dagingnya terlalu istimewa , selain itu daging kucing mudah didapati, dan harganya murah berbanding daging babi.

Di Guangdong China ada makanan yang namanya kucing rebus, atau "water boiled live cat". Di restoran tersebut pelanggan boleh memilih jenis kucing yang akan disantap, ada yang kucing biasa (kucing liar) atau kucing highclass seperti kucing persia dan lain-lain.
Harganya pun bermacam untuk setiap bahagian tubuh kucing, misalnya

* Cat meat¥10 ($1.25)/lb
* Cat's brain ¥30 ($3.5)/lb
* Cat's intestine ¥50 ($6.4)/lb
Kucing dipukul, lalu kucing tersebut akan di celur kedalam yang air mendidih hidup - hidup, kemudian kucing tersebut akan dibuang kulitnya agar dapat dimasak kembali. Tukang masaknya berkata "semakin hebat siksaan yang diterima si kucing, maka rasanya akan semakin nikmat !!"

p/s- kalau rakyat china ni pandai makan masak lemak daging kucing cili padi , pasti menu ni teramat mahal harganya ,, wakakaka

sumber

GEMPAR!! NASI AYAM MENGANDUNGI BAKTERIA KOLIFORM DI AYER KEROH

gambar hiasan
AYER KEROH - Gara-gara menjual makanan mengandungi bakteria koliform, dua pengusaha kantin sekolah berasingan di negeri ini dijatuhi hukuman denda masing-masing RM6,000 dan RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Tertuduh, Tan Boon Nee, 51, dan Pang Kin Lin, 62, dijatuhi hukuman itu selepas mengaku bersalah terhadap masing-masing tiga dan satu pertuduhan yang dibacakan secara berasingan oleh jurubahasa.
Boon Nee yang berhadapan tiga pertuduhan, didapati menjual ayam nasi ayam yang mengandungi kiraan koliform sebanyak 9,000 cfu/g, ayam goreng (4,000 cfu/g) dan sosej ayam keju (23,000 cfu/g) kepada pegawai berkuasa, P Ganesan.

Bakteria koliform biasanya menyebabkan pesakit mengalami demam, kejang perut, cirit-birit yang ada kalanya bercampur darah serta jangkitan kuman pada usus dan uterus.

Dia didapati melakukan kesalahan itu di kantin Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (C) Cheng kira-kira jam 9.10, 9.15 dan 9.20 pagi pada 2 Ogos 2011.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 13B(1) yang dibaca bersama Seksyen 13B(2)(e) Akta Makanan 1983 (Pindaan) 2011 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 13B(4) akta sama, jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau penjara maksima lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, tertuduh yang diwakili pelatih dalam kamar (PDK) merayu mahkamah mengurangkan denda berikutan tertuduh janda dan perlu menyara dua anak.

Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa Jabatan Kesihatan negeri, Che Saipolliza Derman meminta mahkamah memberikan hukuman setimpal terhadap tertuduh dengan mengambil kira keselamatan murid.

“Selain membabitkan sekolah dan keselamatan kanak-kanak, saya mohon hukuman setimpal diberikan sebagai pengajaran kepada pengusaha kantin sekolah yang lain supaya lebih menjaga kebersihan,” katanya.

Selepas mendengar rayuan dan hujah kedua-dua belah pihak, Majistret Syajaratudur Abd Rahman kemudian menjatuhkan hukuman denda RM2,000 atau satu bulan penjara bagi setiap pertuduhan dihadapi Boon Nee.

Sementara itu, dalam prosiding berbeza, Kin Lin didakwa menjual sosej ayam mengandungi 160 cfu/g di kantin Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Malim kira-kira jam 10.05 pagi pada 2 Ogos 2011.

Kin Lin yang didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen yang sama turut memohon hukuman diringankan kerana kurang berkemampuan.

Syajaratudur kemudian mengarahkan tertuduh didenda RM2,000 atau sebulan penjara jika gagal membayar denda bagi pertuduhan dihadapinya.

Pesta Joget Melampau Di Terengganu Cetus Kontroversi

Baca poster neh betul2. Rujuk siapa yang turut menyokong event neh. Event neh dah lepas, dah berlalu. Sekarang yang jadi isu sebab gambar2 event neh di upload di facebook. Satu tindakan bodoh dan bangang dari pihak penganjur.

Owh oke, ko buat event yang "tah hapa-hapa". Then ko pergi pula upload di facebook. Orang2 yang mungkin menyesal kerana menyertai event neh juga akan terbabit dan terheret sama jadi cacian dan makian orang ramai. Itu kalau yang menyesal. Kalau yang tak menyesal? Kalau yang berbangga? Lagi la aku tatau nak cakap apa.

Memang parah. 
Benci dadah oke. Takde masalah. Tapi cara nak tunjuk benci tue biarlah bersesuaian dengan orang islam kita. Jangan main merepek tak tentu hala.

Aku malas nak upload gambar2 tersebut. TERUK. Siyes aku cakap, TERUK !
Sedih + kecewa = tengok sikap orang islam zaman sekarang. Jangan2 ada tak di antara mereka yang beria2 pertahankan kalimah Allah tak..? Di sini kita pertahankan kalimah Allah swt, di sana kita mengutuk dan mengherdik kristian, di situ kita berjoget sakan tak ingat dunia.. di akhirat? Lue fikirlah sendiri. Bai. 

Gambar yang dimaksudkan disini ==> Parti Melayu Hebat.

SUMBER

Rumah, Kubur Mona Fandey Jadi Sasaran Pemuja Nombor Ekor

Kes pembunuhan kejam itu berlaku 20 tahun lalu, tetapi keghairahan untuk cepat kaya menyebabkan segelintir individu sanggup ‘berkampung’ di rumah lama Mona Fandey di Kampung Peruas, Ulu Dong, di Raub, semata-mata untuk mengamalkan amalan khurafat ‘menurun’ atau ‘ngangkung’ nombor ekor.

Mona atau nama sebenarnya, Maznah Ismail, 46, bersama suami, Mohd Affandi Abdul Rahman, 45, dan pembantu mereka, Juraimi Husin, 32, didakwa membunuh bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Talam, Datuk Mazlan Idris di rumah berkenaan pada 1993.
Perkara itu didedahkan seorang pemuda dikenali sebagai Azli, 38, dari kampung berhampiran yang mendakwa pernah menyaksikan sekumpulan pemuda pergi ke rumah berkenaan kononnya untuk mendapat ‘petunjuk’ nombor ekor, sekali gus berpeluang meraih hadiah utama mencecah puluhan ribu ringgit. 

Azli berkata, dia pernah bertemu seorang kaki nombor ekor dan bertanya mengapa perlu melakukan upacara karut itu di situ, dan jawapan diterimanya ialah, ‘memuja’ Mona lebih membuahkan hasil bagi mendapatkan nombor dihajati.

“Itu yang mereka percaya, jika menurun nombor ekor di situ, lebih mujarab. Mungkin disebabkan latar belakang Mona yang juga bomoh dan kes pembunuhannya tidak lama dulu.