Seterika Disangka Telefon, Wajah Lelaki Ini Terbakar

on Saturday, March 16, 2013

Seorang lelaki asal Poland tidak sengaja menyeterika wajahnya sendiri ketika dirinya berniat untuk membantu isterinya dengan melakukan kerja-kerja rumah. Ia salah ambil seterika yang dikiranya telefon.
Tomas Paczkowski, dari Elbag, ingin menunjukkan kepada isterinya, Lila, kalau dia juga boleh melakukan kerja-kerja rumah. "Saya menyeterika baju sementara dia pergi bekerja.

Saya hanya ingin membuktikan kalau saya juga boleh melakukan kerja-kerja rumah, "ujar Paczkowski, seperti dikutip Orange, Khamis (13/12/2012).
"Wanita selalu dikatakan mampu mengerjakan segala hal atau multi tasking, jadi saya cuba untuk melakukan menyeterika, sambil membuka bir dan menonton acara tinju di televisyen," ungkap lelaki berusia 32 tahun ini.



 "Masalahnya ialah, saya begitu asik menonton siaran tinju dan saya tidak menyedari ketika telefon berdering saya salah mengambil.

Bukannya mengambil telefon malah saya mengambil seterika dan melekatnya ke telinga saya. Rasanya itu sangat menyakitkan, "jelasnya.

Paczkowski, menambahkan setelah terkena luka bakar ia berlari ke bilik mandi dan merendam kepalanya di air sejuk. "Hal itu membuat mata saya menjadi hitam dan sekarang saya terlihat seperti berada di sebuah pertandingan tinju," tambahnya.

Paramedik mengatakan, Paczkowski akan segera pulih dari luka bakarnya.

Namun Paczkowski mengatakan, dia akan berhenti melakukan pekerjaan rumah tangga mulai dari sekarang.


Philippe Croizon, Berenang Ke Papua Tanpa Tangan Dan Kaki


 Seorang lelaki Perancis, Philippe Croizon, tanpa tangan dan kaki berjaya berenang dari Papua New Guinea ke Papua hari Khamis, 17 Mei sebagai sebahagian daripada misinya untuk berenang ke lima benua.

Philippe Croizon, 43, berenang di tengah gelombang besar dan angin kencang. Dia berenang dari Desa Wutung, Papua New Guinea ke Pasar skow, Provinsi Papua, Indonesia. "Ini sangat-sangat sukar," kata Croizon seperti dilaporkan agensi berita AFP.

Dia menambah waktu tempuh melebihi sasaran yang ditetapkan kerana dia berenang melawan arus. Waktu yang diperlukan Croizon untuk mengharungi laut sepanjang 20 km mencapai 7 jam 30 minit.

Croizon menggunakan kaki palsu dan ditampal dengan flipper atau alat bantu renang berbentuk dayung. Puluhan warga Pasar skow berkumpul di pantai untuk menyambut ketibaan Philippe Croizon.

Lelaki yang kehilangan kaki dan tangan dalam kemalangan pada 1994 itu menyatakan beruntung tidak bertemu dengan ikan yu atau ubur-ubur. Melalui Twitter, dia menceritakan bahawa dia ditemani seorang lelaki Papua New Guinea, Zet Tampa, yang berenang bersamanya guna menunjukkan solidariti.

Berenang dari Papua New Guinea ke Papua merupakan sebahagian daripada usaha Philippe Croizon untuk berenang ke lima benua. Sebelumnya rencana Croizon berenang ke Papua sempat tertunda kerana menunggu izin masuk ke wilayah Malaysia dan izin baru diterima hari Rabu.

Dia selanjutnya merancang berenang dari Teluk Aqaba, Jordan ke pesisir pantai Mesir pada Jun, selat antara Gibraltar dan Maghribi pada Julai dan Selat Bering yang terletak di antara Alaska dan Rusia pada Ogos.





Perbazaan Gambar Artis Wanita Korea Sebelum Dan Selepas Pembedahan Plastik

Adakah anda tahu bahawa wajah seseorang boleh berubah? Hal-hal yang boleh mengubah wajah seseorang itu seperti pertambahan usia, kesan make up, sampai akibat pembedahan plastik.

Dalam dunia selebriti, perubahan wajah antara masa kini dan masa lalu adalah sesuatu yang wajar. Mereka kaum selebriti yang kamu anggap cantik dan tampan rupanya juga nampak gemuk, bergigi aneh, begitu polos ketika di masa lalu.
Bahkan wajah-wajah selebriti itu tampak sangat jauh berbeza dengan sekarang. Hal itu pula yang dialami oleh barisan selebriti K-Pop. Dilansir soompi.com, berikut 10 gambar masa lalu selebriti K-Pop yang mengalami perubahan drastik!


 Sunhwa Secret

  Jung Ryeo Won

  Hara KARA

 UEE After School

  Kim Sarang

 Hyorin Sistar

  Kim Sun Ah

 Shin Min Ah

 Sooyoung Girls Generation

  Min Kyung Davichi

Kehidupan Dalam Pusat Pemulihan Dadah Di Yunnan, China

on Thursday, March 14, 2013

Pusat pemulihan dadah ini terletak di daerah Yunnan, China. Cara yang digunakan oleh pusat pemulihan ini lebih tersusun dan teratur jika dibandingkan dengan pusat-pusat yang lain. Terdapat sesi menjahit, sesi melepaskan stress, riadah, permainan dan macam-macam lagi.














4 Orang Terkaya Di Malaysia Dan Syarikat-Syarikat Milik Mereka

Kali ni aku nak share pasal 4 manusia yang dalam list top 10 paling kaya di Malaysia serta syarikat-syarikat kepunyaan mereka. Mungkin ada diantara korang yang belum tahu. layan







sumber

Terapi Kecantikan Dengan Menggunakan Api Di China

Ini adalah salah satu cara untuk mencantikan wajah, dan cara ini hanya berlaku di negara china. Kaedah yang dibuat ini di kenali sebagai HuÇ’ Liao, ianya berfungsi untuk merehatkan otot, menyegarkan mata, dan sebagainya .




HARUS BACA!!!! GAMBAR TERBARU BAHAWA AZZIMUDIE MASIH HIDUP !!!!

Lahad Datu, 13 Mac - Pasukan keselamatan yakin ketua kumpulan militan yang menceroboh Lahad Datu, Azzimudie Kiram masih berada dengan kumpulan itu yang kini berkubu di Kampung Tanjung Batu, 130 kilometer dari bandar Lahad Datu.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib yakin Azzimudie tidak pernah keluar dari kawasan berkenaan sejak pencerobohan pada 12 Feb lepas.

"Sebagai ketua dia tidak akan lari. Kami masih yakin dia bersama kumpulan itu," katanya pada sidang akhbar bersama Panglima Satu Divisyen Infantri Tentera Darat Mej Jen Datuk Ahmad Zaki Mokhtar di markas operasi Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.

Hamza berkata keyakinan itu bersandarkan kawalan ketat pasukan keselamatan di kawasan zon merah Operasi Daulat termasuk melalui laut kerana kawalan di laut adalah amat kukuh dan pemantauan sentiasa dijalankan.

Selepas sembilan hari Operasi Daulat, pasukan keselamatan menembak mati 56 musuh dan 25 daripada mayat penceroboh militan itu telah dibawa keluar dari zon merah.

Seramai 156 orang ditahan kerana berada di zon merah operasi manakala 97 individu ditahan untuk siasatan kerana disyaki terlibat dengan pengganas mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 dan dibaca bersama Seksyen 130 (c) Kanun Keseksaan, kata Hamza.
Sehingga kini 10 anggota pasukan keselamatan terkorban iaitu lapan anggota polis dan dua tentera. Seorang daripada anggota tentera itu terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Km 37 Jalan Lahad Datu-Kampung Tungku.

Hamza berkata tiada pertempuran dilapor sejak malam tadi hingga pukul 10 pagi ini dan operasi kini diperluas ke Sungai Nyamuk berhampiran Tanjung Batu.

Ditanya bila penduduk Kampung Tanduo akan pulang ke kampung mereka, beliau berkata perkara itu belum diputuskan kerana terdapat beberapa faktor perlu diteliti.

"Hanya ada 10 rumah di situ. Banyak aspek perlu dipertimbangkan termasuk sama ada tanah mereka duduki adalah milik mereka atau tidak dan taraf kerakyatan mereka.

"Pewujudan Kawasan Keselamatan Khas Sabah (ESSCOM) juga (menyebabkan) kami harus melihat secara lebih menyeluruh bagaimana untuk menyelesaikan masalah itu," katanya.

Mengenai kemalangan yang menyebabkan seorang anggota tentera terbunuh, Hamza berkata kenderaan tentera tiga tan itu yang menyertai konvoi dari Kota Kinabalu ke Lahad Datu untuk Operasi Daulat terbabas di Km 37 Jalan Lahad Datu-Kampung Tungku pada 7.30 pagi, semalam.

Kejadian menyebabkan pengiring kenderaan iaitu Kpl Ahmad Farhan Ruslan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu kenderaan itu cedera. - BERNAMA