TEKA IDENTITI ADIK KEPADA SELEBRITI TERKENAL INI (9 GAMBAR)

on Tuesday, March 19, 2013

Ini ialah adik lelaki kepada seorang pelakon wanita yang sangat terkenal. Sekiranya selama ini anda tertanya-tanya "kalau pelakon wanita ini seorang lelaki.. bagaimanakah rupa dia?". Hari ini anda mendapat jawapannya!
Ini ialah Alex Watson, adik kepada Emma "Hermoine Granger" Watson. Not bad looking right? Muka sama macam akak dia!
Laporan asal BuzzFeed

PERKARA YANG PALING DITAKUTI PENDUDUK APARTMENT DAN KONDO MALAYSIA

Di kondo kami ramai manusia jenis monyet yang suka buang sampah melalui balkoni. Kami dah jumpa pad haid, pampers baby dan roti canai yang jatuh berhampiran kereta kami. I mean seriously what kind of lazy bums do this? Tetapi kami bernasib baik kejadian seperti di bawah tak berlaku kepada kereta kami. Brb.. pergi office management minta tukar parking bay......

RUPA BINDI IRWIN : ANAK CROCODILE HUNTER SEKARANG (6 GAMBAR)

Bagaimanakah rupa Bindi Irwin, anak kepada Steve "Crocodile Hunter" Irwin sekarang? Beliau kini berusia 14 tahun. Does that make you feel old?

Laporan asal Sunshine Coast

SERIUS - BERPANTANG MAUT SEBELUM AJAL (8 GAMBAR)

Inilah dinamakan berpantang maut sebelum ajal. Walaupun keretaCorvette yang dipandu beliau merodok belakang sebuah lori, pemandu ini terselemat dan hanya mengalami kecederaan kecil. Kejadian berlaku 4 Mac lalu diCalifornia. Cuba lihat ruang diantara kepala beliau dan belakang lori. Sedikit sahaja lagi beliau mungkin sudah maut dan bertemu ilahi!

Laporan asal Flickr via Corvette Online

ORANG GAJI ADAM LEVINE DARI INDONESIA!

Orang gaji indonesia memang terkenal dengan kepoweran mereka. Di Malaysia kalau tak ada orang gaji Indo orang Malaysia tak boleh buat kerja. Kemakmuran Malaysia bergantung kepada orang gaji indonesia yang sering dipandang hina. Orang gaji indonesia kini semakin berprestij. Adam Levine, penyanyi kumpulan Maroon 5 juga mempunyai orang gaji Indonesia yang dikenali sebagai Ani. Tidak seperti di Malaysia Ani dibayar gaji USD2000 (RM6000) sebulan untuk memastikan rumah agam Adam tejaga rapi. Untunglah! Satu lagi produk Indonesia kini ke pasaran antarabangsa dan diiktiraf penyanyi barat! 

Mohon artis Malaysia menggaji orang gaji Amerika. Barulah lebih SWAG dan nampak lebih kaya!
Laporan asal KASKUS

TEMUDUGA MENJADI PRAMUGARI DI CHINA (18 GAMBAR)

Sebelum ini ada kami paparkan gambar pramugari di China menjalani latihan sebelum layak menjadi krew penerbangan. Hari ini mari lihat proses temuduga untuk dipilih menjadi pramuhagari. Kerjaya pramugari masih dianggap kerjaya yang berprestij di China dan saingan untuk mendapatkan tempat adalah sengit. Seperti yang anda boleh lihat proses pemilihan agak seksis. Mengapa di China tak ada pramugara! Seksisi! Boikot!

Laporan asal Izismile

Pihak Ketiga Punca Noniswara Tuntut Cerai

on Monday, March 18, 2013

PETALING JAYA – Pelakon Noniswara akhirnya terpaksa menuntut cerai apabila gagal menyelamatkan rumah tangganya sejak tujuh bulan dulu gara-gara ‘gangguan’ pihak ketiga.

Noniswara atau nama sebenarnya Noniswara Baharudin, 43, berkata, dia membuat keputusan tersebut apabila mendapati tiada penyelesaian yang dapat menyelamatkan perkahwinannya dengan Datuk Rosman Ridzwan, 54, yang dibina sejak empat tahun lalu.

“Sepanjang pergolakan rumah tangga kami, saya cuba untuk menyelamatkan perhubungan ini tetapi tiada jalan penyelesaian.

“Selepas membuat perbincangan bersama, suami bersetuju dengan keputusan saya untuk memfailkan perceraian.

“Bagaimanapun, pada kes sebutan pertama minggu lalu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, dia pula yang tidak hadir,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Khamis.

Tambah Noniswara atau lebih mesra disapa Nonis, dia telah memfailkan penceraian terhadap suaminya pada Februari lalu dan sebutan semula bakal berlangsung pada 26 Mac ini di mahkamah yang sama.

Ditanya apakah punca krisis itu kata Nonis, ia disebabkan terdapat orang ketiga yang mengganggu perkahwinan mereka.

“Sepanjang perkahwinan ini, hubungan kami sangat baik namun apabila pihak ketiga itu muncul dalam kehidupan kami, rumah tangga kami jadi kucar-kacir.

“Bagaimanapun, saya reda. Mungkin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Nak nangis pun tak guna jika tiada penyelesaian.

“Lagipun suami tidak pernah menyuarakan hasrat untuk saya bermadu. Jika dia mahu, mungkin kami boleh berbincang. Apa-apa pun saya terima bahawa jodoh kami tidak kekal lama,” ujarnya yang meminta tidak mendedahkan nama wanita pihak ketiga itu.

Nonis dan Rosman telah mendirikan rumah tangga pada 1 Ogos 2009.

Pelakon yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan ini mempunyai tiga anak hasil perkahwinan pertamanya sementara Rosman pula yang sebelum itu berstatus duda memiliki lima anak daripada perkahwinan terdahulu. – mStar