SERIUS LOL - EJAAN BAHASA REMPIT YANG SEMAKIN MEMENINGKAN

on Tuesday, March 19, 2013

Kami tak faham apa yang dieja di dalam gambar di bawah. Bolehkan anda tolong translatekan kepada kami.
Laporan asal Instagram Hazrey_

Perkembangan Terbaru Lisa Surihani, Takut Kena Marah Dengan Yusri [3 Foto]

Lisa Surihani & Yusry
Lisa Surihani & Yusry 2

Sebelum ini, Lisa Surihani dan Yusry pernah berlakon bersama dalam sebuah filem berjudul Ular, arahan Jason Chong. Sungguhpun pada awalnya Lisa mengakui agak kekok untuknya berlakon dengan lelaki yang juga merupakan suaminya itu, namun kesulitan itu dapat diatasi selepas dua hari menjalani penggambaran filem terbitan KRU Studios itu.

Perkembangan terbaru, Lisa memberitahu dia sekali lagi bakal bekerjasama dengan suaminya dalam satu projek filem. Namun bezanya kali ini, Lisa sebagai pelakon dan Yusri adalah pengarahnya. Difahamkan kalau tiada aral, filem tersebut bakal memulakan penggambaran dalam tahun ini.

"Sebelum ni, saya dan Yusry dah pernah berlakon bersama dalam Ular, kira-kira sebulan sebelum kami bernikah. Mula-mula tu rasa kekok tapi masuk dua hari semuanya okay. Jadi peringkat itu (berlakon bersama) kita berdua dah lepas. Sebelum saya pernah bertindak sebagai pembantu peribadi semasa dia mengarahkan Vikingdom. Saya jaga kebajikaan dan juga makan minum dia dan sebagainya sepanjang di set.

"Untuk projek akan datang ada perancangan untuk satu filem. Kali ni di mana dia sebagai pengarah dan saya sebagai pelakon. Menurut Lisa, walaupun teruja dan tidak sabar mahu memulakan penggambaran, pun begitu dia sebetulnya masih lagi tidak pasti sama ada dia boleh bekerja dibawah arahan suaminya itu atau tidak.

Bukan tidak boleh bersikap profesional cuma timbul sikit rasa bimbang kerana sepanjang mengenali Yusry, jelas Lisa, suaminya itu seorang yang tegas sewaktu bekerja sedangkan dirinya seorang yang manja.

"Sebenarnya saya tak berapa pasti sama ada boleh bekerja dibawah arahan suami saya atau tidak. Sebab saya ni manja. Yusry pula kalau waktu bekerja, dia tak garang tapi seorang yang tegas. Kalau di rumah misalnya, kalau dia sedang bekerja, muka dia serius dan saya pula suka usik dan bergarau dengan dia.

"Tapi kalau di set nanti, saya tak tahu lagi macam mana. Saya tertanya-tanya juga pada diri sendiri, boleh ker saya kerja dibawah arahan dia. Kami juga ada bertanya sesama sendiri, nanti kat set saya nak panggil dia apa, dia nak panggil saya apa?


"Tapi saya memang menantikan projek ini. Ini juga salah satu peluang untuk kami berdua mengenali lebih lagi tentang antara satu sama lain. Harapnya kami dapat bekerjasama dengan lancar. Kalau untuk projek ni kami boleh, mungkin akan datang kami akan bekerjasama untuk filem lain pula", ujarnya sambil tersenyum.

Dalam pada itu Lisa berkata, semejak bergelar isteri, dia lebih bersikap selektif dalam menerima satu-satu tawaran berlakon. Ia disebabkan dia tidak mahu terlalu kuat berkerja seperti di zaman solo dahulu. Sebaliknya dia kini sedang belajar mengimbangi rutin antara bekerja dan tanggungjawab sebagai seorang isteri.

"Yusry tak pernah sekat langsung dalam hal kerjaya seni saya. Tapi saya yang pilih untuk lebih selektif sebab saya nak luangkan masa bersama keluarga. Dulu saya pernah jadi seorang yang workaholic sampaikan saya abaikan kesihatan saya.

"Sekarang ni baik apa tawaran pun, saya perlu memilih sebab saya nak belajar imbangkan antara kerjaya seni dengan tanggujawab sebagai isteri. Saya tak mahu lagi bekerja sampi terlalu penat. Tapi... itulah, saya ni kalau seminggu tak shooting, saya rasa resah.

"Saya dan Yusry, kami masing-masing memang workaholic sebenarnya. Ada sekali tu, masa pergi honeymoon, kami sampaikan kena berjanji, untuk selama dua minggu tu kami tak boleh cakap pasal kerja. Tapi masuk hari yang ke-10, kami dah tersebut pasal kerja.", katanya yang turut memberitahu meminati kerja-kerja di belakang tabir dan merindui dunia pengacaraan.

CINCIN SINAR BIRU - SATU LAGI PRODUK MEMPERGUNAKAN AGAMA

Dah dah la tu jual produk kencil tetapi menggunakan agama sebagai pelaris. Baik pergi mampos! Beli filem BLU-RAY lagi berfaedah dari cincin bangang ini!

Thanks @HazrilHaizan for the LULZ 
Laporan asal Facebook

[11 Foto] Apabila Wanita Iran 'Manis' Bertudung

Lagi gambar hijabista mangsa fesyen dan pembedahan plastik edisi Xerxes. Holy crap! Sila lihat bahagian pertama hijabista iran disini
Laporan asal Izismile

SERIUS SADIS - KEPALA ANJING BENGKAK AKIBAT KOLAR DIIKAT TERLALU KETAT (4 GAMBAR)

Ini ialah kisah sadis hari ini. Anjing dibawah mengalami bengkak yang teruk pada bahagian muka kerana tuannya mengikat kolar yang terlalu ketat pada lehernya. Pemilik anjing ini tidak perasan kolar yang dipasang terlalu ketat dan kepala anjing ini bengkak kerana beliau seorang wanita tua yang mempunyai masalah rabun dekat.Anjing ini bernasib baik kerana berjaya diselamatkan dan setelah menjalani pembedahan kini sihat kembali. Ah..... ada happy ending. Tak macam sadistic ending kisah anjing dan kucing yang terpaksa disuntik sehingga mati kerana tidak berjaya mendapat tuan baru kami paparkan beberapa minggu yang lalu. 
Laporan asal Barnorama

Lelaki Ini Sudah 25 Tahun Tidur Dalam Keranda

Sejak 23 tahun yang lalu lelaki asal Brazil bernama, 61 taun ini tidur di dalam peti mati, zeli melakukan ini kerana dia telah mempunyai perjanjian dengan teman setianya. Dua orang teman setia ini telah membuat perjanjian bahawa sesiapa yang masih hidup harus membelikan peti mati jika temannya meninggal terlebih dahulu.

Pada tahun 1983 salah seorang temannya meninggal dalam sebuah kemalangan, zeli-pun membelikan peti mati untuknya dan menghantar peti tersebut untuknya. 5 tahun kemudian salah satu teman zeli juga meninggal kerana dibunuh, Zelipun melakukan hal yang sama seperti pada kematian temannya dengan membelikan peti mati untuknya. Sejak saat itu, zeli membeli peti mati untuk dirinya dan zeli mulai tidur di tempat tersebut, tiap hari Jumaat dan hingga sekarang dia telah tidur dipeti mati tersebut selama 25 tahun untuk membuktikan kesetiaannya terhadap rakan-rakan yang telah meninggal.








Pakai Skirt Pendek, Che Ta Dikritik Peminat

Sejak menyatakan hasrat untuk mendirikan rumah tangga bersama, setiap gerak geri dan tingkah laku Zain Saidin dan Che Ta semakin menjadi bualan hangat di kalangan pihak media dan juga peminat-peminat industri hiburan tempatan.

Terbaru menerusi laman Instagram milik Zain Saidin, pelakon ini telah memuat naik sekeping foto mesranya bersama kekasih hati dan menerusi foto yang dipaparkan, Rozita Che Wan pada ketika itu sedang memakai skirt pendek sehingga menampakkan bahagian pehanya sewaktu duduk berbual bersama Zain di atas sebuah sofa.

Berikutan foto ‘manja’ Che Ta tersebut, pelakon wanita ini telah mendapat kritikan hebat oleh segelintir peminat sehingga ada yang melahirkan rasa malu melihat penampilan Che Ta sebegitu. – Ohbulan
Sumber: Instagram Zain Saidin