Irma Hasmie Selamat Lahirkan Anak Lelaki

on Friday, March 29, 2013

Pelakon yang semakin ayu berhijab, Irma Hasmie Ibrahim telah selamat melahirkan bayi lelaki pada jam 8.51 pagi tadi.
Khabar gembira itu dikongsikan oleh suami Irma, Redza Syah Azmeer di laman Twitternya dengan menulis, “Alhamdulilah, Kurniaan Allah dah selamat lahir 8.51 pagi, berat 3.93 kg”.
Malah Redza juga sempat berkongsi gambar cahaya mata sulung mereka di laman Instagram miliknya.
Pasangan ini selamat diijabkabulkan pada 29 Jun tahun lalu di Dewan Persidangan Putrajaya dan majlis resepsinya berlangsung di MAEPS, Serdang.
Tahniah diucapkan buat Irma dan suami dan semoga anaknya nanti menjadi anak yang soleh. InsyaAllah.


Bangla Kurung Gadis Selama 7 Bulan Jadikan Hamba Seks

Gambar hiasan semata-mata

Bangla Kurung Gadis Selama 7 Bulan Jadikan Hamba SeksKUALA LUMPUR: Seorang wanita berusia 25 tahun terpaksa menempuh detik hitam dalam hidupnya apabila bukan saja dikurung sejak tujuh bulan lalu, malah dibelasah dan diperkosa seorang lelaki warga Bangladesh di sebuah rumah berhampiran sebuah pasar raya di Kepong, di sini.

Lebih kejam, mangsa mendakwa dipukul hampir setiap hari sepanjang tempoh itu disebabkan keengganannya menjadi pelacur biarpun dipaksa lelaki terbabit.
Bagaimanapun, wanita terbabit bernasib baik apabila berjaya meloloskan diri daripada ‘neraka’ berkenaan, jam 10 malam Isnin lalu, sebelum tampil membuat laporan di Balai Polis Kepong, Khamis lalu.

Menceritakan semula kejadian itu, sumber berkata, mangsa yang mengenali lelaki terbabit mendakwa ditawarkan pekerjaan di sebuah restoran dengan gaji lumayan.
“Mangsa yang tertarik dengan tawaran berkenaan kemudian dibawa lelaki itu ke sebuah rumah di Kepong sebelum dikurung,” katanya.

Sumber berkata, mangsa kemudian dipaksa menjadi pelacur dan keengganannya berbuat demikian menyebabkan suspek berang lalu memukulnya.
“Penderitaan mangsa tidak berakhir di situ apabila dia mendakwa turut dirogol lelaki terbabit lebih 10 kali sepanjang tujuh bulan dikurung,” katanya.

Mangsa yang berjaya meloloskan diri daripada kurungan berkenaan jam 10 malam kemudian segera menghubungi rakan dan meminta bantuan.
Katanya, selepas dinasihati rakannya, wanita itu membuat laporan di Balai Polis Kepong, di sini, menuntut tindakan tegas dikenakan terhadap lelaki terbabit.

Dalam laporannya itu, wanita terbabit mendakwa lapan lagi wanita turut dikurung dan dipaksa menjadi pelacur oleh lelaki terbabit.
Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Jabatan Siasatan Pencegahan Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman, Datuk Abd Jalil Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan siasatan lanjut dilakukan.


Apakah Hukum menggugurkan kandungan



Apakah Hukum menggugurkan kandungan | Assalamualaikum ustaz,

Apakah hukum menggugurkan kandungan di awal kehamilan (sekitar 2 minggu) kerana masih belajar dan tidak mampu utk membayar kos pengajian sekiranya menunda pelajaran selepas bersalin?

Wsalam wbt

Jawapan:

الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله

Sepakat ulama’ mengatakan bahawa haram hukumnya menggugurkan kandungan setelah ditiup ruh tanpa sebab-sebab yang dikategorikan sebagai darurat. Usia kandungan yang ditiupkan ruh itu adalah selepas kandungan itu berusia empat bulan atau 120 hari kehamilan.[1] Ini berdasarkan dalil:

Abdullah bin Mas’ud berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda : Sesungguhnya setiap kamu terkumpul kejadiannya dalam perut ibumu selama 40 hari dalam bentuk nutfah, kemudian dalam bentuk ‘alaqah selama itu pula, kemudian dalam bentuk mudghah selama itu pula, kemudian ditiupkan ruh kepadanya. (HR al-Bukhary, Muslim, Abu Daud, Ahmad dan Tirmizi)

Adapun menggugurkan kandungan sebelum ditiupkan ruh kepadanya, berlaku perbincangan di kalangan ulama’ namun secara ringkasnya adalah seperti berikut:

Harus hukumnya menggugurkan janin dalam tempoh 40 hari kehamilannya sebab dalam tempoh ini kandungan masih tidak bernyawa.[2] Namun ada pendokong pandangan ini meletakkan syarat tertentu seperti kandungan akan memudaratkan isteri jika diteruskan, putus susu kepada anak yang sedia ada disebabkan kandungan yang baru sedangkan suami tidak berkemampuan untuk mengupah orang lain menyusukan anaknya, mendapat persetujuan suami isteri, pengguguran ini tidak membahayakan nyawa ibu dan lain-lain.

Makruh hukumnya.[3]
Haram secara mutlak kerana persenyawaan telah berlaku dan ia akan hidup. Imam al-Ghazali mengatakan ia adalah satu bentuk jenayah ke atas benda wujud yang akan terjadi.[4] Manakala Ibnu Jauzi mengatakan perbuatan itu tetap dikira berdosa walaupun tidaklah sama dengan menggugurkannya setelah ditiupkan ruh.[5]

Saya berpandangan – Wallahu a’lam – menggugurkan kandungan yang berusia belum sampai tempoh 40 hari adalah harus kerana ia hanyalah gumpalan darah , belum membentuk sifat-sifat paling minima sebagai manusia. Ia juga seperti ‘azl (coitus interruptus). Ia merupakan tindakan mengeluarkan sperma di luar vagina perempuan apabila suami tidak mengkehendaki kehamilan berlaku kepada isterinya. Nabi s.a.w. pernah membenarkan perkara ini berlaku kepada seorang sahabat dengan sabdanya: “Lakukanlah ‘azl padanya jika kamu suka!” (HR. Ahmad, Muslim)

Adapun menggugurkan kandungan yang berusia 40 hari dan lebih , saya berpandangan – wallahu a’lam – termasuk dalam larangan yang difahami dari sabda Rasulullah s.a.w. kerana pada tempoh itu gumpalan darah sudah terbentuk dengan sifat-sifat minima sebagai manusia .

“Jika nutfah (gumpalan darah) telah melalui empat puluh dua malam, maka Allah mengutus seorang malaikat padanya, lalu dia membentuk nutfah tersebut; dia membuat pendengarannya, penglihatannya, kulitnya, dagingnya, dan tulang belulangnya. Lalu malaikat itu bertanya (kepada Allah), ‘Ya Tuhanku, apakah dia (akan Engkau tetapkan) menjadi laki-laki atau perempuan?’ Maka Allah kemudianmemberi keputusan" (HR Muslim)

Meletakkan sebab-sebab ekonomi sebagai alasan untuk menggugurkan kandungan, pada pandangan saya – wallahu a’lam- adalah perkara yang telah diperingatkan oleh Allah dalam beberapa ayat sebagai alasan yang tidak kukuh dalam syara’. Antara firman Allah berkenaan adalah:-

“Janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana kepapaan, (sebenarnya) Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka” (QS al-An’am 151)

“Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan; Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang besar.” (QS al-Isra’ 31)

Big Liar!!! ... Media Filipina The Philiphines Inquirer Memang Pembohong


Big Liar!!! ... Media Filipina The Philiphines Inquirer Memang Pembohong | Apa Motif Media Filipina Berbohong?

The Philippines Inquirer sejak beberapa minggu lalu menyiarkan laporan kononnya pihak keselamatan Malaysia telah bertindak kejam terhadap warga Filipina yang melarikan diri dari Sandakan, Lahad Datu, Semporna, Tawau dan Kunak apabila keganasan tercetus berikutan pencerobohan puak Sulu di Sabah.

Media tersebut turut memetik kenyataan beberapa pelarian yang menceritakan kononnya mereka telah diheret keluar rumah, ditendang dan dipukul oleh pihak keselamatan Malaysia. Kononnya juga, mereka telah dipaksa berlari sepantas mungkin atau mereka akan ditembak. Menurut laporan tersebut lagi, kononnya mereka yang mempunyai dokumen yang sah, termasuk MyKad juga turut menerima nasib yang sama, malah ada yang ditembak.

Sebagai rakyat Malaysia, atau warga luar yang pernah tinggal di Malaysia atau mereka benar-benar mengenali Malaysia, pasti tahu bahawa apa yang dilaporkan tersebut adalah fitnah belaka. Sifat kejam dan ganas bukanlah sifat rakyat Malaysia. Manakala pihak keselamatan negara pula telah diiktiraf antara terbaik di dunia,
iaitu professional, dedikasi dan prihatin. Malaysia sudah terkenal sebagai negara pengaman, bukan pengganas.

Bukan sekali Malaysia membantu dalam usaha keamanan di negara-negara lain yang berkrisis, malah berkali-kali sejak dahulu sehingga kini. Oleh itu, fitnah yang dilaporkan oleh media Filipina ini membuktikan apa yang kita syaki selama ini iaitu terdapatnya agenda yang lebih besar selain ‘merampas’ Sabah. Apatah lagi, apabila cerita-cerita kekejaman pihak keselamatan Malaysia ini pantas mendapat respon dari Human Rights Watch dan PBB.

Kepantasan kedua-dua pihak ini memberi maklumbalas amatlah ‘mengkagumkan’ memandangkan mereka masih belum berbuat apa-apa mengenai nasib Palestine, Rohingya mahupun Syria yang terbukti jauh lebih dahsyat. Namun, apa yang nak dihairankan dengan ‘minat’ Human Rights Watch dalam isu mengenai Malaysia
memandangkan organisasi itu telah lama mengambil sikap ‘tidak mesra’ dengan Malaysia dan secara terbuka membela orang2 tertentu atas alasan homoseksual merupakan hak asasi manusia.

PBB juga seperti yang diketahui hanyalah satu lagi organisasi yang sering ‘terpaksa’ menurut perintah kuasa besar yang didalangi Zionis. Jika tidak, tidak mungkin nasib Rohingya akan begitu buruk dan tidak mungkin Palestine masih menderita.

Kita sedia maklum kini bahawa tujuan musuh-musuh negara dan musuh Islam itu adalah untuk memastikan negara menjadi lemah dengan berlakunya pencerobohan dan keganasan. Dengan memahami motif di sebalik fitnah yang dilaporkan oleh Philippines Inquirer, maka rakyat Malaysia wajib berdiri teguh di belakang
kerajaan dan bukannya berpecah belah demi mempertahankan kedaulatan dan keamanan negara ini.

Ketahuilah bahawa perancangan musuh hanya akan berjaya sepenuhnya jika kita turut membantu mereka dengan berpecah belah sesama sendiri sepertimana yang berlaku di negara-negara Arab. Namun, jika kita bersatu, memberi mandat yang kukuh kepada kerajaan, maka InsyaAllah, segala rancangan jahat mereka akan gagal sama sekali. Bersatu kita teguh, bercerai…maka kita bakal kehilangan nikmat yang dinikmati hari
ini.


sumber : VAT69 - perjuangan semalam

Kisah Ahmad Nisfu Mati Daif Dan Keseorangan



Kisah Ahmad Nisfu Mati Daif Dan Keseorangan | Peminat filem Melayu terutama dari era Tan Sri P. Ramlee pasti mengenali Ahmad Nisfu.
Mungkin bukan seorang pelakon yang kacak, tetapi pastinya seorang pelakon yang sangat berbakat.

Dalam kita mengangkat dan mengagungkan yang sudah pun berada di puncak,namun kita terlupa dengan sekian insan-insan seni yang dahulunya membuat kita ketawa terbahak-bahak tapi masa memamah nama insan seni itu dan terus tenggelam ditelan arus berzaman.

Dan mungkin ramai yang tidak tahu, penghujung hidup pelakon itu nyata berbeza sekali dari watak-watak orang kaya dipegangnya dalam sebahagian filem-filemnya.
Anda pasti pernah dengar dialog ini bukan:

“Walaupun rupa mu tidak ku kenal, tetapi lubang hidungmu tu tetap menjadi pojaan hati ku..”
Itu adalah petikan dialog Aziz Sattar dalam filem Seniman Bujang Lapok yang ditujukan kepada ‘tuan director’ lakonan Ahmad Nisfu.
Mengikut arwah Norizan, bekas isteri kepada P. Ramlee (dalam satu rancangan tv), Ahmad Nisfu merupakan antara teman rapat kepada P.Ramlee.

Buktinya cukup nyata apabila sewaktu kemeriahan studio Jalan Ampas dahulu, setiap filem arahan P.Ramlee, Ahmad Nisfu boleh dikatakan kerap terlibat sama dan memegang watak agak besar.
Gelaran Paq Besaq (Pak Besar) juga telah diberikan kepada Ahmad Nesfu oleh P. Ramlee kerana lubang hidung Ahmad Nisfu yang besar.

Pelakon yang berasal dari Tanjong Tokong, Pulau Pinang itu pada awalnya ialah seorang pelakon bangsawan tetapi telah dilamar oleh Shaw Brothers untuk terlibat sama dalam produksi sebagai pelakon filem.

Dari situ bermulalah kerjaya Ahmad Nisfu sebagai pelakon filem.Walaupun memegang watak-watak yang kecil, Ahmad Nisfu adalah seorang yang sentiasa bersyukur walaupun upah yang diterimanya terlalu kecil. Hakikatnya, wang saku yang diperoleh digunakan untuk menyara dirinya sahaja kerana Ahmad Nisfu adalah sebatang kara, tiada saudara mara, keluarga dan juga isteri.

Aktiviti sosial Ahmad Nisfu hanyalah beramal di masjid di kawasan beliau tinggal dan juga di sekitar studio Jalan Ampas. Ahmad Nisfu dikhabarkan seorang yang pandai mengaji Al-Quran. Beliau juga merupakan seorang bilal di masjid di tempat beliau menetap dahulu.

Berikut pula, sedutan dari artikel yang dikongsi oleh penulis yang lain..
Setelah tidak bermain wayang lagi, Ahmad Nisfu sering berada di kedai kopi di persimpangan Joo Chiat, Geylang Road dan Changi Road.

Kedai kopi itu juga dulunya tempat ‘extras’ Shaw dan Cathay berkumpul. Sering juga mereka diambil sebagai ‘pak pacak’ dengan gaji $5.00 ringgit sehari!

Selain meluangkan masa di situ, beliau sering ke seberang jalan untuk menikmati ‘sup kambing’ kegemarannya. Kedai mamak sup itu terletak di lorong masuk ke restoran Osman Ghani yang terkenal di Geylang Serai dengan ‘kari ikan’ dan ‘dalca rusuk kambing’nya.

Ahmad Nisfu juga pernah menjadi imam di Masjid Onan Road (sudah tiada lagi – tapaknya diambil oleh Muslim Convert Association).

Pernah satu kali, kami anak anak nakal, waktu sembahyang berimamkan Ahmad Nisfu, sedang dalam rukun, kami menyanyi perlahan-lahan sesama sendiri “Pura Cendana! Pura Cendana!” sambil menggigil-gigil menahan ketawa.

Habis sembahyang, tak sempat cium tangannya, kami diperambat hingga keluar masjid! “Korang usik aku ya!!! setan!!!”Itulah pengalaman nakal saya bersama ‘Raja Alam Syahbana, raja negeri Pura Cendana’.
Mungkin kerana keuzuran beliau tidak lama menjadi imam di situ. Seperti sudah berputus asa, beliau hidup berteduh di kubu Jepun di Jalan Labu tidak jauh dari Masjid Aminah di Jalan Nanas off Geylang Serai.

Lama juga beliau tinggal bersendirian di situ di bawah ikhsan orang kampung sekeliling. Tidak lama kemudian beliau meninggal dunia, setelah beberapa lama hidup sebatang kara dalam penuh kedaifan.. – totokreturn

Filem-filem lakonan Allahyarham;
1959Nujum Pak BelalangMusang BerjanggutPendekar Bujang Lapok1960Antara Dua Darjat1961Seniman Bujang Lapok1962Ibu MertuakuLaila MajnunSiti MuslihatTun Fatimah1963Nasib Si Labu Labi1964Tiga AbdulMadu Tiga1966Dua Kali LimaLain-lainBunga TanjungA Go Go 67 (1967)Filem Puaka (1970)Mat Karung Guni (1971)


Pasaraya NSK Selayang nafi dakwaan jual daging babi segar


Pasaraya NSK Selayang nafi dakwaan jual daging babi segar | Ekoran dari laporan seorang pengguna NSK yang menyatakan NSK Selayang menjual daging babi.Boleh lihat disini --> http://bit.ly/14zWjVQ.
Berikut adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak pasaraya NSK Selayang.

SELAYANG - NSK Selayang menafikan ada daging khinzir dijual di premis berkenaan seperti mana dakwaan pemilik akaun sebuah laman sosial menerusi gambar yang sebarkan.

Wakil Bahagian Sumber Manusia NSK Selayang, Siti Afilah Che Min berkata, tiada daging babi segar dijual di premis berkenaan sebalik ia terdapat dalam produk tin sahaja.

Menurutnya, imej daging dalam troli yang dipaparkan dalam laman sosial terbabit adalah kambing sejuk beku dari New Zealand.

“Sejurus mendapat maklumat di laman sosial, semakan mendapati daging kambing itu disalut plastik sehingga dilihat seperti daging babi dan menimbulkan kekeliruan.

“Kita turut menerima banyak aduan berhubung perkara itu dan menegaskan NSK Selayang tidak menjual produk daging babi segar,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berharap penjelasan itu akan dapat menepis segala kekeliruan yang timbul sekali gus pengguna tidak ragu untuk terus membeli daging di NSK Selayang.

 Ini gambar frozen lamb yang belum dipotong-potong , dihantar ke pasaraya untuk dioptong , dibungkus dan dijual kepada orang ramai.

Difahamkan, gambar memaparkan imej dua ketulan daging didakwa babi mula tersebar di laman sosial, bermula semalam.

Sumber mendakwa, daging itu diletakkan dalam troli tanpa berbalut sementara menunggu untuk dipotong menjadi kepingan kecil.

Sumber berkenaan turut bimbang sekiranya daging babi itu dijadikan kepingan kecil menggunakan mesin pemotong sama dengan daging lain di pasaraya berkenaan.-sinar harian



Polis Bogelkan Wanita Tak Bersalah



Polis Bogelkan Wanita Tak Bersalah | OTTAWA, Kanada : Satu klip video menunjukkan seorang wanita yang tidak bersalah dipukul manakala beberapa anggota polis menanggalkan pakaiannya secara paksa, lapor sebuah akhbar semalam.

Baju dan coli wanita itu, Stacy Bonds, 27, digunting oleh seorang anggota polis di sebuah balai polis di sini. Beberapa rakan setugasnya hanya memerhatikan perbuatannya.

Bonds yang merupakan jurusolek artis kemudiannya ditinggalkan dalam keadaan separuh bogel di dalam penjara selama tiga jam.

Wanita itu yang tidak mempunyai sebarang rekod jenayah ditangkap pada September 2008 di sini kerana mabuk di tempat awam.

Namun, klip video itu disebarkan kepada umum termasuk di laman YouTube selepas seorang hakim menggugurkan semua dakwaan terhadap Bonds.

Ekoran pendedahan klip tersebut, beberapa pihak di Kanada mendesak supaya dasar-dasar menahan orang yang tidak bersalah oleh polis dikaji semula.

Hakim Richard Lajoie membuat keputusan pada bulan lalu bahawa cara Bonds ditahan dan diperiksa merupakan satu pelanggaran hak-hak asasi di bawah Piagam Hak dan Kebebasan Kanada.

Menurutnya, Bond yang mabuk didapati tidak mencederakan orang lain dan polis tidak mempunyai asas untuk menahannya. – Agensi