Wanita Cantik Ini Mengenakan Bikini Dari Sayuran Untuk Kampen Save The Planet (Foto)

on Saturday, March 30, 2013



Download Dan Tonton Video Panas Artis Hollywood Di Sini


 Para wanita yang merupakan aktivis pencinta alam sekitar dan anti kekerasan (penyayang) binatang (PETA) menggunakan cara yang unik (kalau tidak mau disebut gila) dalam kempen ajakan "Save The Planet" untuk menyelamatkan kelestarian binatang dengan cara mengajak untuk menjadi vegetarian.

Ketika berkempen dan berdemo di Tokyo, Jepun, para wanita aktivis PETA tersebut mengenakan bikini yang diperbuat daripada sayur-sayuran
.






[VIDEO] Apabila Shae A VS Shae B



[VIDEO] Apabila Shae A VS Shae B | ADMIN rasa video ni adalah video parodi paling lawak pernah dibuat oleh rancangan Meletop di Astro. Siap buat battle lagi tu yang tak tahan tu. Hehehehe.

Korang layanlah video yang ADMIN sediakan kat bawah ni ya. Memang Meletop. Hahahaha


Awas! Sihir kini menular melalui Facebook



Awas! Sihir kini menular melalui Facebook | KOTA BHARU – Pengguna laman sosial ‘facebook’ kini perlu berhati-hati terutama ketika memasukkan gambar-gambar mereka untuk paparan umum bagi mengelak unsur sihir dan gangguan.

Pengerusi Persatuan Kebajikan Perubatan Islam Darussyifa’ Cawangan Kelantan, Zaki Ya berkata, pada zaman alam siber ini, jin boleh juga merapati manusia melalui internet atau gelombang termasuk laman sosial ‘facebook’.

“Sebelum ini, saya pernah merawat satu kes orang terkena sihir yang meracau-racau secara tiba-tiba ketika berada di hadapan komputer semasa melayari internet.

“Beberapa hari lalu, saya menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada seorang bapa yang mahu anaknya dirawat setelah setahun tidak mahu ke sekolah dan bapa tersebut mengesyaki ada jin yang menyihir anaknya melalui talian internet,” katanya semasa ditemui di Klinik Rawatan Islam dan Tradisional (Rawatid) Pusat Islam Universiti Sains Malaysia (USM), Kubang Kerian, di sini.

Zaki berkata, bapa terbabit menceritakan dalam SMS itu anaknya akan mengamuk setiap kali ibu bapanya menghalang dia bermain internet, malahan anak berkenaan juga pernah mengancam akan membunuh diri jika dihalang.

Beliau berkata, pesakit itu belum ditemuinya dan perawat Pusat Rawatan Islam Darussyifa’ akan membantu anak berkenaan supaya pulih semula.
Dalam pada itu, katanya, dianggarkan 60 peratus rakyat di negeri ini masih mempercayai bomoh melalui perubatan tradisional, sedangkan perbuatan itu bertentangan dengan ajaran agama.

Menurutnya, walaupun zaman berubah, namun masih ada segelintir masyarakat yang masih mempercayai bomoh dan tukang sihir.“Berdasarkan pengalaman kami sebagai perawat, dianggarkan 60 peratus rakyat di Kelantan mencari bomoh terutama ketika mereka mengalami gangguan atau mengesyaki ada penyakit.

Amalan dan budaya menemui bomoh ini masih tinggi di kalangan orang Kelantan, malahan majoriti bomoh itu mengamalkan ilmu daripada Thailand dan segelintirnya adalah bomoh Melayu,” katanya .
Sementara itu, Timbalan Pengarah Pusat Islam USM Kubang Kerian, Dr Wan Nudri Wan Daud berkata, pihaknya mengadakan Rawatid yang membolehkan 13 kakitangan USM bakal memperoleh sijil pada majlis konvokesyen bidang itu pada 23 Disember depan.

“Kami membantu pesakit di wad mendapatkan rawatan Islam berdasarkan permintaan keluarga setelah pesakit itu tidak dikenal pasti penyakitnya atau perlu segera diselamatkan daripada gangguan jin atau sihir,” katanya.-sinar harian

[VIDEO]Kejam! Ibu Diikat Seperti Anjing Ketika Dibawa berjalan



[VIDEO]Kejam! Ibu Diikat Seperti Anjing Ketika Dibawa berjalan | Sungguh kejam seorang anak apabila mengikat ibunya seperti anjing ketika dibawa berjalan-jalan. Dalam video yang tersebar luas di internet itu, seorang anak mengikat pinggang ibunya dengan tali dan lelaki itu menjadikan ibunya seperti anjing.

Walaupun ibunya itu beberapa kali jatuh tetapi anaknya langsung tidak membantu. Tindakan lelaki itu menimbulkan kemarahan orang ramai apabila kelakuannya dirakam dan video itu dimuat naik di internet.

Pihak berkuasa Taiwan menyiasat kejadian itu apabila ramai pihak tidak berpuas hati dengan tindakan kejam seorang anak yang memperlakukan ibunya seperti anjing. Ikuti video rakaman dibawah untuk melihat secara lebih jelas perlakuan kejam seorang anak kepada ibunya.


5 Hukuman Mati Paling Kejam dan Ngeri DI Dunia



5 Hukuman Mati Paling Kejam dan Ngeri DI Dunia | 1)Ditanam Hidup-hidup
Hukuman ini telah digunakan kepada individu ataupun secara kelompok.Mangsa biasanya diikat dan kemudian ditempatkan dalam sebuah lubang dan ditanam. Salah satu yang paling terkenal adalah pembunuhan ketika Perang Dunia II semasa tentera Jepun menanam hidup-hidup warga sipil China.Tahukah korang berapa mangsa yang ditanam hidup-hidup ? Mengikut info,hampir 10,000 orang telah ditanam hidup2 dalam tanah!mai !..kejam siott..

2)Snake Pit
ini adalah salah satu lagi bentuk Penyiksaan yang boleh dikatakan kejam dan ngeri. Narapidana dilemparkan ke dalam lubang dalam dengan ular berbisa.Beberapa pemimpin terkenal dikatakan mati dengan cara ini termasuklah Ragnar Lodbrok, panglima perang Viking, dan Gunnar Raja Burgundi.

3)Cakar Sepanyol
Penyiksaan ini umumnya digunakan di Eropah selama Abad Pertengahan. Digunakan untuk merobek kulit mangsa, senjata ini boleh robek melalui apa pun, termasuk otot dan tulang.Mangsa diikat telanjang, kadang-kadang di depan umum.Bentuk penyiksaan ini biasanya dimulakan pada tungkai kaki dan hanya menyiksa leher dan wajah saja.

4)Dihiris Perlahan Lahan
Ling Chi, diterjemahkan sebagai “lambat mengiris” atau “kematian yang masih tersisa” itu digambarkan sebagai kematian dengan seribu luka. Penyiksaan seperti ini bermula pada tahun 900 M sampai tahun 1905, bentuk penyiksaan dengan cara ini perlahan-lahan membuat luka dan menghilangkan beberapa bahagian tubuh, memperpanjang hidup mangsa penyiksaan selama mungkin.

5)Dibakar
Kematian dengan membakar telah digunakan sebagai suatu bentuk hukuman mati selama berabad-abad dan sering dikaitkan dengan kejahatan seperti pengkhianatan dan sihir. Sekarang ini dianggap sebagai hukuman yang kejam.Sebelum abad ke-18, yang dibakar pada tiang panjang adalah amalan umum.Mangsa diikat dan dibakar dihadapan orang ramai yang menyaksikan hukuman ini.



Negara Yang Paling ‘Digeruni’ Tikus (9 gambar)



Negara Yang Paling ‘Digeruni’ Tikus (9 gambar)| Gambar-Gambar di bawah ini memaparkan tentang potret penduduk Vietnam yang memburu dan menjual tikus di pasaran.
Dalam posting saya sebelum ini saya sudah tuliskan juga tentang hal serupa iaitu bahawa di negara tersebut Tikus Ditangkap Dan Di masak Sebagai Lauk.

Setiap malam penduduk tempatan melakukakan perburuan binatang pengerat ini di tumpukan sampah bandar, setelah itu tikus di hilangkan bulunya dengan cara di bakar dengan api.
Setelah tikus di bersihkan dari sisa abu yang melekat di tubuhnya kemudian mereka menjualnya ke pasaran.
Menjijikkan memang kalau di lihat dengan kacamata orang Malaysia yang tidak lazim dengan kebiasaan makan daging tikus, apatah lagi penduduk Malaysia yang majoriti penduduknya Muslim.

Namun begitulah kenyataannya di Vietnam tikus di makan seperti halnya orang Malaysia memakan daging ayam.
Apa yang kelihatannya buruk di suatu kawasan / negara boleh jadi hal tersebut adalah perkara baik di daerah / negara lain.Saling menghargai atas kebiasaan yang berbeza adalah hal terbaik untuk mengelakkan perselisihan.










Kamu Cantik Sekali, Tapi..



Kamu Cantik Sekali, Tapi.. | Saudari, kamu cantik sekali

Tapi hanya di mata manusia. Sedangkan yang Maha Kuasa tak pernah memandang rupa atau pun bentuk tubuh kita. Namun Dia melihat pada hati dan amal-amal yang dilakukan hamba-Nya.

Saudari, kamu cantik sekali

Tapi cantik luaran tak akan pernah abadi. Saat ini kita boleh berbangga dengan kemolekan wajah ataupun bentuk tubuh. Namun beberapa waktu nanti, saat wajah telah keriput, rambut pun kusut dan berubah warna putih, tubuh tak lagi tegap, membongkok dimakan usia, tak akan ada lagi yang boleh dibanggakan. Lebih-lebih jika telah memasuki liang lahad, tentu tiada manusia yang mahu mendekat.

Saudari, kamu cantik sekali

Tapi kecantikan hanyalah pemberian dan untuk apa dibangga-banggakan? Sesungguhnya kecantikan patut disyukuri dengan cara yang baik. Mensyukuri kecantikan bukanlah dengan cara mempamerkan gambar atau membandingkan rupa, sedangkan hakikatnya wajah itu bukan milik kita.

Tidakkah engkau rimas bila banyak mata lelaki yang memandang berhari-hari? Tidakkah engkau malu ketika wajahmu dinikmati tanpa kebenaran engkau sendiri yang menayang gambar. Ataukah rasa malu itu telah punah musnah? Betapa sayangnya jika demikian sedangkan ia sebahagian dari keimanan.

Saudari, kamu cantik sekali

Tapi apa manfaat pujian dan kekaguman seseorang? Adakah ia akan menambah pahala dari-Nya? Adakah darjatmu akan meninggi di sisi Ilahi setelah dipuji? Tiada yang menjamin wahai ukhti. Mungkin malah sebaliknya, wajah cantik itu menjadikanmu tiada harga di hadapan-Nya, kerana kamu tak mampu memelihara sesuai dengan ketentuan-Nya.

Saudari, kamu cantik sekali

Kecantikan itu harta berharga bukan barang murah yang boleh dinikmati dengan mudah. Dimana nilainya jika setiap mata begitu leluasa memandang cantiknya rupa. Dimana harganya dan kehormatan sebagai hamba Tuhan jika setiap orang, baik dia seorang kafir, musyrik atau munafik begitu mudah menikmati wajah para muslimah?

Saudari, kamu cantik sekali

Alangkah indah jika kecantikan luaran itu dipadu dengan kecantikan hatimu. Apalah erti cantik rupawan bila tak memiliki keimanan. Apalah guna tubuh molek memikat bila tiada rasa malu yang lekat. Cantikkan dirimu dengan cahayaNya. Cahaya yang bersinar dari hati benderang penuh keimanan. Hati yang taat sentiasa patuh pada syariat. Hati yang taqwa, yang selalu menjalankan perintah dan menjauhi larangan-Nya. Hati yang sederhana, yang tak berlebihan dalam segala urusan dunia.

Maka tampillah cantik di hadapan Penciptamu kerana itu lebih bererti daripada menampilkan kecantikan pada manusia yang bukan muhrimmu. Tampillah cantik di hadapan suamimu, kerana itu adalah sebahagian dari jihadmu. Mengabdi pada manusia yang kamu kasihi demi keredhaan Ilahi.
Tampillah cantik, cantik iman, cantik batin, cantik hati, kerana itu lebih abadi.