Paparan imej dibawah merupakan antara kelahiran bayi yang pelik didunia ni. Bayi tersebut baru sahaja dilahirkan namun mengalami kecatatan atau pertumbuhan yang tidak normal. Ini berpunca daripada beberapa faktor seperti mutasi genetik yang telah menyebabkan fenomena sebegini berlaku. Setelah dilahirkan, bayi ini hanya boleh hidup selama beberapa bulan sebaik sahaja dilaporkan mengalami pelbagai komplikasi yang serius justeru membawa kepada kematian .Kelahiran sebegini sememangnya jarang berlaku dan pihak saintis mengambil tindakan untuk mengawet bayi-bayi tersebut sebagai penyelidikan dan rujukan pada masa akan datang.
Home > All posts
Kejam!! Bayi di Awet
Posted by TerbaikLaH on Tuesday, April 2, 2013 at 3:19 AM
Paparan imej dibawah merupakan antara kelahiran bayi yang pelik didunia ni. Bayi tersebut baru sahaja dilahirkan namun mengalami kecatatan atau pertumbuhan yang tidak normal. Ini berpunca daripada beberapa faktor seperti mutasi genetik yang telah menyebabkan fenomena sebegini berlaku. Setelah dilahirkan, bayi ini hanya boleh hidup selama beberapa bulan sebaik sahaja dilaporkan mengalami pelbagai komplikasi yang serius justeru membawa kepada kematian .Kelahiran sebegini sememangnya jarang berlaku dan pihak saintis mengambil tindakan untuk mengawet bayi-bayi tersebut sebagai penyelidikan dan rujukan pada masa akan datang.
Batu Bata Yang Diperbuat Daripada Darah (4 Gambar)
Posted by TerbaikLaH at 3:17 AM
Bata ini dicipta oleh Jack Munroe seorang arkitek yang menggunakan kajian ini untuk mendapatkan M.A di University of Westminster. Bata ini menggunakan darah lembu dan dicampur dengan pasir kemudian ia dipanaskan selama 1 jam dalam suhu 70c.
Sejarah : Sabah, Brunei Dan Sulu, The Untold History (3 Gambar)
Posted by TerbaikLaH at 3:16 AM
1. Sekitar abad ke 6, hampir keseluruhan kepulauan Borneo adalah di bawah jajahan takluk Kesultanan Negara Brunei. Seperti juga Sarawak yang rata-ratanya menjadi tanah kuripan kepada golongan bangsawan dan juga pembesar dari Kesultanan Brunei maka begitulah juga sebaliknya kepada Sabah.
2. Segalanya bermula apabila berlakunya perang saudara di Brunei di antara Sultan Mohammad Ali dan Pengiran Bendahara Abdul Hakkul Mubin. Dikhabarkan persengketaan ini berlaku kerana anakanda Sultan Mohammad Ali telah dibunuh oleh Pengiran Muda Bongsu sewaktu menyabung ayam. Sultan Mohammad Ali telah bertindak membunuh Pengiran Muda Bongsu dan ini menyebabkan Pengiran Bendahara Abdul Hakkul Mubin ingin menuntut bela dan seterusnya mengambil alih puncak pemerintahan Sultan Mohammad Ali.
3. Pembunuhan Sultan Mohammad Ali telah menyebabkan Pengiran Bendahara Abdul Hakkul Mubin menaiki takhta selepas kemangkatannya. Sebagai langkah keselamatan, Sultan Abdul Hakkul Mubin telah berpindah ke Pulau Chermin, sebuah pulau di muara Sungai Brunei. Sultan Abdul Hakkul Mubin kemudian melantik anak saudara Sultan Mohammad Ali sebagai Pengiran Bendahara Brunei iaitu Pengiran Muda Muhyiddin.
4. Pengiran Muda Muhyiddin naik takhta sebagai Sultan Negara Brunei dengan bergelar Sultan Muhyiddin selepas kemangkatan baginda. Dan sewaktu pemerintahan Sultan Abdul Hakkul Mubin inilah kerajaan Brunei telah menghadiahkan Kesultanan Sulu yang dahulunya Adipati Brunei tetapi telah bertindak menubuhkan kesultanan sendiri kerana kelemahan empayar kesultanan Brunei pada masa itu. Malah apabila Sultan Abdul Hakkul Mubin memohon pertolongan malah kesultanan Sulu sanggup menghulurkan bantuan. Maka jadilah pantai Timur Borneo menjadi hak milik kepada Kesultanan Sulu pada tahun 1662.
5. Pada awal tahun 1760, satu perjanjian telah ditandatangani di antara Alexander Dalrymple dengan Kesultanan Sulu bagi membuka pangkalan perdagangan Syarikat Hindia-Timur British di Pulau Balembangan. Pulau Balembangan terletak kira-kira 20 batu dari utara Kudat. Kemudian nama Pulau Balembangan telah ditukar kepada Felecia Island. Setelah bertapak buat seketika akhirnyaSyarikat Hindia-Timur Bristish pada tahun 1805 meninggalkan Pulau Balembangan kerana dikatakan tidak membuahkan hasil seperti yang diharapkan.
7. Pada tahun yang sama, Syarikat Overbeck telah mengalami masalah kewangan teruk dan akhirnya memohon bantuan kewangan daripada Alfred Dent, seorang jutawan British pada masa itu. Alfred Dent telah sanggup membantu dengan bersyarat iaitu hanya wakil British dibenarkan untuk menguasai perniagaan di Sabah. Akhirnya Baron Gustavus Von Overbeck yang berbangsa Austria telah menyerahkan keseluruhan perniagaannya di wilayah Sabah kepada Alfred Dent untuk diuruskan. Disinilah bermulanya pengaruh Syarikat Berpiagam Borneo Utara keatas tanah jajahan kerajaan Sulu di Sabah.
8. Pada tahun 1888, Syarikat Berpiagam Borneo Utara , Negara Sarawak dan Negara Brunei telah menandatangani satu perjanjian dengan Kerajaan Mahkota British iaitu menjadikan ketiga-tiga negara ini menjadi negara perlindungan bagi Kerajaan Mahkota British. Perjanjian ini akan memastikan bahawa tiada mana-mana negara di antara ketiga-tiga ini akan meluaskan empayar negara masing-masing dan sekiranya berlaku sesuatu peperangan maka mereka akan membantu di antara satu sama lain.
9. Semasa Perang Dunia Ke-2 iaitu semasa Jepun mulai meluaskan kuasanya ke Asia Tenggara, Sabah juga tidak terkecuali mendapat tempias sehinggakan ianya telah mengalami kemusnahan yang teruk. Syarikat Berpiagam Borneo Utara telah tidak mampu untuk membangunkan Sabah pada masa itu jadi pada tanggal 15 Julai 1946, Sabah secara rasminya telah diberikan kepada Kerajaan Koloni British dan menjadi jajahan takluk British. Sepanjang menjadi jajahan Syarikat Berpiagam Borneo Utara dan juga Koloni British, harga pajakan Sabah sentiasa dibayar kepada kerajaan Sulu.
Ramai wanita kini sudah hilang harga diri
Posted by TerbaikLaH at 12:27 AM
Ramai wanita kini sudah hilang harga diri | Saya percaya, ramai kaum wanita yang marah dengan tajuk perbincangan saya kali ini. Marahlah!! Kenyataan saya ini adalah satu hakikat. Kenapa? Sebab terlalu ramai wanita kini, tak kira remaja atau dewasa, dara atau isteri orang ataupun janda, selalu tampil dalam pakaian yang bertelanjang. Apa maksud pakaian yang bertelanjang? Saya yakin, ramai yang faham maksud saya.Ya!! Berpakaian tetapi dalam masa yang sama mendedahkan anggota badan yang tidak patut didedahkan. Jika dulu sekadar kain belah, berpakaian kain singkat setinggi paras lutut atau memakai pakaian yang berlengan pendek hingga menampakkan lengan atau ketiak. Kini, pakaian yang dikatakan mengikut fesyen terkini hampir menelanjangkan kaum wanita yang memakainya. Dah banyak kes sebegini yang saya jumpa.
Hujung minggu baru ni, saya ke sebuah pasar segar berhambiran rumah saya. Ketika beratur di kaunter bayaran, terdengar suara seorang wanita awal 20-an menyoal tentang tanda harga kepada seorang pekerja kaunter sebelah saya. Saya memandang, sekadar nak kenal pemilik suara. Terkejut dan tiba-tiba saya rasa amat malu kerana terpandangkan pakaiannya: bajunya pendek menampakkan pusat dan pinggang seluarnya berada di bahagian bawah perut. Sungguh, jika tertarik sikit sahaja pun, pasti akan menampakkan alat sulitnya. Ya Allah!! Terasa kudung kepala saya tika itu. Dalam cubaan bersahaja, lelaki yang disoal wanita tadi tiba-tiba bersuara: seluar kau dah londeh tu. Kang aku naik geram, jangan nak salahkan aku pulak!! Ya Allah!!! Saya rasa macam nak lari sahaja dari situ. Malu… malu sangat!! Tapi wanita tadi, saya dengar tergelak manja. Astaghfirullah!! Apa dah jadi? Ke mana perginya rasa malu di dalam diri?
Semalam, dalam perjalanan balik dari kerja, ketika bergerak perlahan dalam kesesakan jalan raya, melintas di hadapan kereta kami (saya dan adik-adik berkongsi kereta) sebuah motosikal yang dinaiki oleh seorang lelaki dan seorang perempuan muda. Wanita muda tersebut memakai baju pendek dan seluarnya pula menampakkan belahan lubang duburnya ketika membonceng motosikal tersebut. Sungguh! Kalau dimasukkan sebatang pen, pasti akan terlekat kuat dan tak jatuh walau motosikal dipandu laju. Adik saya yang memandu kereta berusaha ingin mengejar motosikal tersebut, nak khabarkan lubang duburnya dah dilihat orang tapi, mana mungkin sebuah kereta dapat menegjar motosikal tika kesesakan sedemikian.
Itu dua kes yang terdekat. Sebelum ini pun dah banyak kali saya nampak. Cuma sejak kebelakangan ini makin banyak pula kes wanita berpakaian tetapi bertelanjang dan membuatkan saya berfikir, ke mana perginya harga diri anda sebagai wanita? Kenapa nak dedah? Cantik sangatkah punggung anda tu? Lawa sangatkah pusat anda tu? Itu belum lagi yang sesenang hati mendedahkan belakang badan, bahagian dada malah bahagian paha? Allahu akbar!! Tak ada lagikah rasa malu di dalam diri? Yang paling menyedihkan, kebanyakan yang berpakaian tetapi bertelanjang ini adalah wanita Melayu yang kebanyakannya tahu dan faham sangat dengan hukum menutup aurat? Kalau lah tak nak ikut saranan hukum syarak agar menutup aurat pun, berpeganglah dengan prinsip budaya timur yang terkenal dengan adab dan sopan!!
Kalau dah berpakaian mendedahkan alat sulit sendiri, sopan apa lagi?? Ada pulak yang berpakaian dan cantik menutup semua aurat yang wajib ditutup tetapi berpakaian ketat hingga menampakkan bentuk badan. Kalau yang kering tu, tak la ngeri sangat. Tapi ada yang berbadan besar dan gempal. Bak kata Mr Os dalam sebuah filem tika saya remaja dulu (tak ingat apa tajuknya): dia punya ‘bumper’, kalau buat kari, 10 biji kelapa pun tak cukup… dah susuk badan macam tu, masih lagi nak berpakaian mengikut bentuk badan!! Seramnyaaa!!!
Jangan salah faham…. saya bukan menghina! Apa yang saya bincangkan ini adalah satu hakikat, satu kebenaran. Saya sendiri bersusuk badan besar, bertudung labuh menutup dada tetapi jika sesekali angina bertiup hingga pakaian melekat di badan, saya dah kalut nak betulkan! Kenapa? Sebab saya malu menampakkan susuk badan saya. Kalau mempunyai susuk tubuh badan yang cantik pun, tak perlu nak tunjukkan kepada umum. Cukuplah pamerkan kecantikan tersebut kepada suami anda.
Mungkin ada yang berpandangan: alaa, ada kes perempuan pakai tudung pun kena rogol jugak!! Ya! Saya akui kebenaran tersebut. Tahukan anda, kenapa jadi begitu? Sebab sikap dan perangai wanita yang tak ada harga diri, sesuka hati mendedahkan aurat dan susuk badan mereka kepada lelaki ajnabi. Dah kalau anda dah selalu dedah dan pamerkan, manalah nak tarikh perhatian lagi sebab dah tak ada harga!! Rasa teringin yang anda mulakan di dalam naluri lelaki jahat inilah, dilampiaskan kepada wanita-wanita yang berusaha menjaga maruah dan harga diri. Sebab itulah ada kes wanita bertudung menjadi mangsa seks lelaki buas. Jika tidak ada yang mendedahkan, takkan ada keinginan berunsur kebinatangan di dalam diri lelaki!!
Tak perlulah nak dedah lagi!! Tak guna buat pameran percuma, lelaki tengok pun tak teringin nak pilih anda sebab dah pasti, terpaksa berkongsi dengan lelaki lain! Ya lah!! Lelaki lain pun boleh tengok? Apa lagi yang istimewanya?? Lantas… jika bukan anda yang menjaga harga diri anda sendiri, siapa lagi!!
Sumber: Suzana Ghazali via halimislam
Mesti Baca : Tips Keselamatan Penumpang Teksi
Posted by TerbaikLaH on Monday, April 1, 2013 at 10:07 PM
Mesti Baca : Tips Keselamatan Penumpang Teksi |Dikongsikan dari laman facebook rasmi Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ). Kebelakangan ini sering dilaporkan mengenai jenayah yang melibatkan pengangkutan perkhidmatan awam, iaitu teksi.
Di sini kami berikan beberapa tips keselamatan yang boleh dijadikan panduan kepada penumpang teksi untuk lebih berhati-hati ketika menggunakan perkhidmatan tersebut, agar dapat mengelakkan diri daripada menjadi mangsa jenayah segelintir pemandu teksi yang tidak bertanggungjawab.
1. Perhatikan keadaan teksi sebelum menaikinya. Jika bahagian dalaman kereta tidak mempunyai pemegang pintu atau butang kunci, segera batalkan niat anda untuk menaiki teksi tersebut.
2. Jadikan sebagai tabiat untuk menghafal dan catat nombor plat teksi serta maklumat pemandu yang kebiasaannya ditampal pada papan pemuka (dashboard). Ambil gambar maklumat-maklumat berkenaan menggunakan telefon /kamera jika boleh.
3. Segera hubungi keluarga atau rakan dan bercakap dengan nada yang boleh didengari oleh pemandu teksi dengan menyatakan anda sedang berada di dalam kenderaan tersebut, dan beri anggaran waktu pukul berapa anda akan tiba ke destinasi.
4. Elakkan menaiki teksi yang telahpun mempunyai penumpang lain di dalamnya.
5. Elakkan daripada duduk di bahagian depan dan pastikan telefon sentiasa di tangan.
6. Berteman terutamanya kepada kaum wanita jika anda terpaksa menaiki teksi pada lewat malam. Gunakan alternatif lain terlebih dahulu seperti menghubungi ahli keluarga untuk mengambil anda atau bermalam di rumah rakan yang boleh dipercayai jika situasi tidak mengizinkan untuk anda pulang lebih awal.
7. Membuat tempahan secara online dengan syarikat teksi yang bereputasi baik. Ia bagi memudahkan anda membuat semakan maklumat teksi yang diberi adalah tepat dengan kenderaan yang dihantar.
8. Penggunaan aplikasi tempahan teksi juga didapati merupakan cara yang selamat bagi wanita yang terpaksa pulang ke rumah pada lewat malam. MyTeksi adalah contoh aplikasi yang disediakan kepada pengguna Android dan iPhone di Malaysia bagi tujuan tersebut.
9. Akhir sekali, percaya kepada naluri hati anda. Jika rasa tidak sedap hati dengan keadaan teksi atau penampilan pemandu yang mencurigakan, JANGAN NAIKI TEKSI TERSEBUT! Tidak perlu rasa bersalah dengan tindakan itu kerana anda perlu percaya pada diri sendiri lebih daripada orang lain.
Kongsikan dengan kami jika anda mempunyai tips keselamatan lain ketika menaiki teksi yang boleh dipraktikkan demi kebaikan ahli keluarga dan rakan-rakan yang lain.
Cerita Di Sebalik Gambar Pasangan Berkepit Di Tanah Suci
Posted by TerbaikLaH at 9:08 PM
Cerita Di Sebalik Gambar Pasangan Berkepit Di Tanah Suci | Ada satu email menarik yang rasanya patut dikongsi bersama yang lain. Pernah tengokgambar berkepit di tanah suci seperti di bawah ni tak? Kali pertama tengok, timbul juga rasa pelik. Nak jatuhkan hukum pun aku tak tahu sangat sebab aku tengok gambar ni pada mulanya di facebook. Hanya gambar dan beberapa ayat negatif pasal gambar ni.
Selepas tengok gambar kedua, baru aku mula perhatikan bahagian yang dianak-panahkan tu. Sebelum ni memang tak perasan langsung pasal tu. Perasan tak?
Aku tak faham pun bahasa Arab di sebelah kanan tu. Tapi kalau mengikut kandungan email yang aku dapat, saudara tu dipapah oleh isterinya sebab kurang upaya. Tak tahulah mereka ni betul-betul suami isteri ke tak. Bagi aku, takkan pasangan bercinta nak bercanda di tanah suci kot. Mesti orang yang ingin berada di tempat macam ni dapat bezakan halal dan haram.
Kalau kandungan email ni betul, harapnya pasangan ni mendapat rahmatNya. Walaupun berkeadaan macam tu masih nampak usahanya untuk beramal. Sebagaimana yang selalu digunakan, don't judge a book by its cover!
KEJAM :Remaja Dibakar Hidup-Hidup Tak Bayar Tambang Teksi (6 Gambar)
Posted by TerbaikLaH at 9:02 PM
KEJAM : Remaja Dibakar Hidup-Hidup Tak Bayar Tambang Teksi (6 Gambar) | Seorang budak berumur 14 tahun telah ditangkap oleh beberapa pemandu teksi dan membelasah beliau dengan teruk kerana cuba untuk lari dari membayar tambang teksi.
Kemudian pemandu-pemandu teksi itu memutuskan untuk membakar budak lalu mereka mencurahkan gas gasolin pada tubuh badan budak tersebut. Budak tersebut tahu apa yang bakal mereka buat, dan dia merayu-rayu untuk hidup dia, tapi mereka terus membakar budak itu.
Kejadian menyayat hati ini berlaku di tempat awam, orang ramai hanya memerhati, termasuk beberapa orang anggota polis, tiada siapa yang cuba untuk tolong. DiMexico, inilah yang berlaku apabila anda tidak membayar tambang teksi.
entah berapa nilai tambang tu,,sampai pemandu-pemandu teksi membakar remaja itu,,,Ngeri...
Lagi 5 keping gambar dibawah :-