Inilah Askar-Askar Wanita Korea Yang Cantik

on Saturday, April 6, 2013

Kebelakangan ini yang dikenali dari para perempuan Korea adalah kepiawaian mereka sebagai penyanyi K-Pop dengan wajah-wajah yang cantik dan tarian gemalai diatas pentas. Tapi bagaimana jika negara mereka dilanda perang seperti saat ini? Para perempuan Korea tersebut dengan semangat Nasionalisme yang tinggi, mereka mengangkat senjata dan maju di medan peperangan dengan memegang senjata dan maju ke medan laga dengan gagah dan penuh keberanian.


Download Dan Tonton Video Panas Artis Hollywood Di Sini 

Download Dan Tonton Video Panas Artis Hollywood Di Sini














Luahan Seorang Lelaki Yang Positif HIV


Gambar hiasan

Luahan Seorang Lelaki Yang Positif HIV | Seorang rakan yang menamakan dirinya MFZ telah bercerita sedikit tentang dirinya di ruang komen didalam entry “LELAKI GAY PALING TINGGI DIDIAGNOSIS HIV DI BRITAIN”, beliau telah disahkan HIV positif sekitar pada bulan November 2012 yang lalu.Naj Mi,Saya disahkan positive 2 bulan yang lalu. Alhamdulillah… Saya masih mampu menahan diri daripada melakukan perkara tersebut sehingga sekarang. Pernah seseorang ingin mengadakan hubungan dengan saya. Tapi saya berterus terang dengan beliau.

Saya tak mahu dipersalahkan jika saya menjangkitkan virus kepada orang lain. Jika saya berdiam diri, saya mungkin meletakkan nyawanya dalam bahaya. Saya fikir saya akan dituduh penipu dan mungkin orang tersebut tidak memaafkan saya (antara dosa yang paling saya takut sebab pengampunan dosa sesama manusia lebih sukar dibandingkan meminta ampun daripada Allah. Allah Maha Pengampun).

Mungkin inilah antara hikmah Allah hadiahkan virus ini kepada saya. Perkara ini bagaikan shield untuk saya dari terus melakukan perkara maksiat tersebut. Alhamdulillah.

Sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik untuk setiap hambaNya. Bersangka baiklah dengan Allah. Hidup yang memberi manfaat pada orang yang lain adalah dipandang mulia olehNya.

MFZ

Kemudian MFZ telah meninggalkan komen bercerita dan memberi sedikit nasihat diruang komen di dalam entry bertajuk “BEKAS SEORANG GAY DISERANG GATAL DIBADAN”,

Assalamualaikum…

Apabila bercakap tentang rawatan saya teringat kepada seorang kawan. Semasa saya pergi mendapat rawatan susulan di Hospital Sg. Buloh (HSB), saya terserempak dengan seorang kawan. Beliau kelihatan “sakit”. Saya hanya bertanya kenapa datang ke HSB. Jawapannya ringkas, demam. Saya tidak meneruskan soalan walaupun hati saya kuat mengatakan dia HIV.

Hendak dijadikan cerita, saya mendapat jemputan sebuah majlis dari kawan saya dan pada masa yang sama kawan yang disyaki mendapat HIV ini juga dijemput sama. Sebenarnya kawan saya syaki ini bukanlah begitu rapat dengan saya. Saya mengenali beliau melalui seorang kawan saya yang lain.

Dipendekkan cerita, saya tidak melepaskan peluang untuk bertanya status kesihatan beliau. Antara soalan saya yang mula-mula, “Engkau sudah ambil ubat? Dah mulakan HAART?”. Alhamdulillah, he gave me a good respond.

Cerita punya cerita, sebenarnya kawan saya ini telah mendapat tahu beliau mendapat jangkitan lebih kurang 5 tahun yang lalu. Malangnya, pada waktu tersebut apabila beliau mengetahui status kesihatan beliau, beliau tidak mendapatkan sebarang rawatan susulan. Beliau hanya berdiam diri dan pada masa yang sama beliau mempunyai teman lelaki.

Saya sangat kesal dengan apa yang telah berlaku. Tapi bagi saya it happened. Apa yang saya mampu buat hanyalah menasihati beliau untuk tabah dan bersikap positif. Saya juga menasihati beliau supaya memberitahu teman lelaki (sekarang bekas teman lelaki) beliau tentang status beliau atau setidak-tidaknya memberitahu bekas teman lelaki beliau untuk melakukan HIV Screening.

Pada masa yang sama juga, saya bertanya beliau mengenai status HIV beliau dan CD4 beliau ialah 13 counts…

Pengajaran dari kisah ini ialah:

1. Elakkan sama sekali dari berdiam diri mengharapkan HIV boleh self-cure apabila anda didiagnos positif HIV. Walaupun semasa anda mendapat tahu anda positif HIV, anda dalam keadaan sihat walafiat, jangan sekali-kali menganggap HIV akan hilang dengan sendirinya. Merujuk kepada keadaan kawan saya, jika beliau melakukan HAART sebaik sahaja didiagnos positif HIV atau beliau di bawah pemantauan doktor, insyaAllah CD4 count beliau tidak menurun hingga ke tahap 13 count.

2. Segera berjumpa doktor apabila anda mendapat penyakit yang agak luar biasa lebih-lebih lagi apabila anda melakukan aktiviti seks berisiko. Tiada gunanya malu untuk berjumpa doktor. Sebaliknya malulah pada diri sendiri kerana anda tidak menjaganya dengan baik. Inilah masanya untuk memperbaiki diri. Allah masih berikan masa. Alhamdulillah.

3. Jika anda didiagnos HIV, bertanggungjawablah. Segera beritahu pasangan anda. Jika kita tiada kesedaran, HIV akan terus merebak. Jika kita dijangkiti, cuba elakkan sebaiknya daripada menjangkiti orang lain. Jika anda rasa anda telah menjangkiti seseorang, berterus teranglah dengan beliau sebaiknya…

Sekian dahulu ceritaku.

MFZ

Pandangan dan nasihat MFZ kepada gay yang hendak berkahwin dalam apa jua keadaan sama ada terpaksa atau dipaksa, yang saya copy dari ruang komen didalam entry “BAKAL SUAMI BIMBANG PUNYA NALURI SONGSANG”

Assalamualaikum…Kepada gay-gay sekalian,

1. JANGAN sesekali anda mengikut keputusan kedua orang tuamu jika anda tidak mampu untuk berkahwin. Bertegaslah dengan ibu bapamu tetapi dengan penuh hikmah. Jangan sesekali bersetuju apabila orang tuamu ingin memperkenalkan seseorang wanita kerana ini akan menjerumus kepada keadaan yang lebih kompleks.

2. JANGAN sesekali berkahwin untuk tujuan menutup aibmu. Walaupun anda berkahwin tetapi masih melakukan seks dengan kaum sejenismu.

3. JANGAN sesekali berkahwin untuk menyambung zuriatmu sedangkan hati isteri kamu lukakan.

4. BERKAHWINLAH kamu apabila anda ada rasa cinta pada perempuan tersebut.

5. BERKAHWINLAH kamu apabila anda ada nafsu berahi pada perempuan tersebut.

6. BERKAHWINLAH dengan tujuan untuk kegembiraan anda dan isteri anda dengan niat kerana Allah.

7. HUKUM gay berkahwin selayaknya jatuh kepada harus dan boleh menjadi haram. Tetapi pendapat saya seorang gay tidak diwajibkan berkahwin. Sila rujuk hukum berkahwin mengikut keadaan kepada para ulama’.

Wallahua’lam.

MFZ

Nasihat lain dari MFZ pada kita semua,

Ramai gay yang tidak bertanggungjawab. Bagi mereka yang aktif bertukar pasangan enggan melakukan pemeriksaan kesihatan. Bagi mereka yang sudah tahu dijangkiti HIV, mereka terus menyebarkan penyakit sesuka hati tanpa memberitahu pasangan. Tidak ada perasaan bersalah pun di fikiran mereka.

To all HIV positive people, stop spreading this virus to others. Be responsible. You can do it!

MFZ

Terima kasih MFZ – Naj Mi


Kisah Benar Pelajar Dapat Bantuan Allah Waktu Peperiksaan



Kisah Benar Pelajar Dapat Bantuan Allah Waktu Peperiksaan | Ini adalah kisah benar yang berlaku di dewan peperiksaan di salah sebuah sekolah. Kisah ini diceritakan oleh salah seorang guru wanita yang berada dalam dewan peperiksaan tersebut.

Ceritanya begini :

Terdapat salah seorang pelajar masuk ke dewan peperiksaan dalam keadaan keletihan dan tertekan. Dia duduk di tempat yang telah dikhaskan untuknya.
Kemudian dia menerima kertas ujian dan setelah berlalu masa ujian beberapa ketika guru

tersebut mendapatinya tidak menulis apa-apa pun pada kertas jawapannya sehingga berlalu separuh masa peperiksaan. Maka guru tersebut mula memberi perhatian yang lebih kepadanya.

Tiba-tiba pelajar tersebut mula menulis dan menjawab semua soalan dengan pantas dan ini mengejutkan guru yang memerhatikannya sejak tadi. Pelajar tersebut menjawab semua soalan peperiksaan dengan baik. Ini menambahkan lagi rasa ragu-ragu pada guru tersebut dan dia beranggapan pelajar tersebut telah menggunakan taktik baru dalam meniru. Tetapi guru tersebut tidak menjumpai apa-apa tanda yang pelajar itu telah meniru dalam peperiksaan.
Setelah pelajar itu menyerahkan kertas jawapannya, guru telah bertanya kepadanya apa yang berlaku sebenarnya.

Dan jawapannya amat mengejutkan dan menyentuh perasaan. Tahukah anda apakah jawapan pelajar itu?
Pelajar tersebut menceritakan : “semalam saya berjaga sepanjang malam sehingga subuh. Saya dalam keadaan tidak sihat dan menjaga ibu saya yang sakit tanpa sempat untuk mengulangkaji untuk ujian keesokannya. Maka sepanjang malam saya menjaga ibu dan saya datang menghadiri peperiksaan dengan harapan aku dapat melakukan sesuatu dalam peperiksaan nanti.
Saya melihat soalan-soalan namun tidak dapat menjawabnya. Saya hanya berdoa kepada Allah dengan amalan terbaik yang saya lakukan iaitu berbakti kepada ibuku semata-mata kerana Allah.

Tidak lama selepas itu, Allah memakbulkan doa saya dan seolah-olah saya nampak buku di depan. Saya mula menulis dengan pantas. Itulah yang saya dapat dan amat bersyukur kepada Allah kerana menerima permohonan saya.

Kisah yang menakjubkan ini menjelaskan bahawa betapa besarnya ganjaran berbuat baik kepada ibu bapa dan merupakan amalan yang paling Allah sukai. Maka Allah membalasnya dengan memberi kebaikan kepadanya kerana berbakti kepada orang tua.

Aku menyeru kepada sesiapa yang masih mempunyai ibu dan bapa agar berbaktilah kepada mereka untuk mencari keredaan Allah sebelum mereka pergi meninggalkan kita.

Download Naruto Shippuden Eps 307 Indonesia Subtitle

on Friday, April 5, 2013


DOWNLOAD DI LINK DI BAWAH..

indo sub..

MP4 Link 1




MP4 Link 2

Trend Terbaru Untuk Gigi Di Afrika Yang Pelik

Sebuah trend kadang tercipta dari sebuah tradisi yang sudah dijalani oleh masyarakat. Seperti halnya dengan satu trend yang kini makin digandrungi anak muda di Afrika Selatan. Apa trend tersebut? Ompong!


Ya, menjadi ompong kini adalah trend fashion di kalangan generasi muda di Afrika Selatan, terutama di bandar cape Town. Kedengarannya aneh, kalau anak-anak muda itu justeru mengharapkan menjadi ompong tidak mempunyai gigi depan. Apalagi jika gigi mereka masih sihat dan kuat. Apa yang membuat mereka justeru ingin kelihatan seperti datuk-datuk yang tidak punya gigi?

Tren yang disebut Smile Cape Flats berasal dari lingkungan yang padat penduduknya di mana di daerah tersebut anak mudanya biasa mengubah tubuhnya menjadi aneh. Menurut Friendling Jacqui dari University of Cape Towns human biology mengatakan trend ini menjadi fashion kerana tekanan rakan sebaya sehingga mereka mencabut gigi depannya, kemudian alasan perubatan dan alasan gangster. Walaupun sebenarnya bergigi ompong sudah diterapkan oleh kalangan nelayan Afrika Selatan agar dapat berkomunikasi antara satu sama lain di kapal dengan bersiul. Dengan tidak ada halangan gigi depan, bersiul makin mudah dilakukan. Sekarang tradisi menjadi trend bahkan berkembang untuk menarik wanita.

Namun menjadi ompong juga kadang mencipta jurang ketika bersosial. Untuk itu mereka selain mencabut gigi depan, juga membuat gigi palsu yang boleh dikenakan dikala kerja. Tak Cuma laki-lelaki yang ingin mencabut giginya, bahwan kaum wanitanya juga demikian. Mereka datang ke doktor gigi meminta mencabut gigi sihatnya dan sekaligus membuat gigi palsu. Menurut Rob Barry dari fakulti perubatan gigi di University of Western Cape, frekuensi pencabutan gigi telah meningkat meskipun doktor gigi berlatih secara beretika dilarang membuang gigi yang sihat. Untuk gigi palsu kadang mereka mengkreasikan dengan menambah emas, berlian atau platina untuk menaikkan status sosialnya. Tapi kes kecurian gigi palsu melalui pergaduhan juga meningkat. Cukup pelik kan

Menyayat Hati: Perbualan Jururawat dan Pesakit



Menyayat Hati: Perbualan Jururawat dan Pesakit | Pesakit: "Abang jururawat, best ke kerja di hospital? Dah lama ke kerja sini?"

Abang misi: "Bolehlah. Nak kata best, ada juga stressnya. Tapi, selama 5 tahun kerja di sini, dapat banyak pengalaman yang bernilai yang orang luar di sana takkan dapat rasa."

Pesakit: "Apa yang best sangat tu? Nurse-nurse lawa-lawa eh?"

Abang misi: "Bukan. Tu tak best. Ada yang lagi best."

Pesakit: "Wah, apa dia?"

Abang misi: "Di sini setiap hari saya lihat pesakit meninggal dunia. Kerja saya uruskan kencing berak mereka, bersihkan mereka hinggalah ke urusan jenazah. Apa yang saya lihat sepanjang saya bekerja di hospital ni, betapa ramainya di antara mereka yang sudah meninggal..sebelum meninggal meminta-minta sama ada dari waris atau jururawat untuk pegang naskhah al-Quran. Ada yang tak boleh baca, ada yang suruh kami bacakan. Ada juga yang tidak sempat sentuh al-Quran, tak sempat baca al-Quran, Allah telah pun mengambil nyawa mereka. Bila dibacakan sahaja al-Quran pada mereka, berlinangan air mata.

Saya lihat betapa orang-orang yang berada di akhir nafas, majoriti nak sangat sentuh al-Quran. Kalau boleh, nak mati dengan peluk al-Quran. Pengalaman-pengalaman yang saya lalui di sini buat hati ini insaf. Sedar satu perkara yang sangat penting."

Pesakit: "Hm. Apa dia?"

Abang misi: "Apa yang kita biasa pegang ketika kita masih sihat, apa yang kita biasa baca dan belai ketika masih hidup gembira tika tak datangnya sakit...itu jugalah yang kita akan dapat pegang dan sentuh di akhir hayat. Jika kita selalu pegang handphone di tangan setiap masa, sibuk dengan gajet di tangan dan lalai kerananya, agak-agak di akhir hayat kita nanti...dapatkah kita sentuh dan pegang al-Quran? Sedangkan tangan kita tak biasa pegang al-Quran, sehari sekali pun susah nak belai dan belek al-Quran apatah lagi membaca atau mentadabburnya...Allah...Allah...

Sungguh, kita dah tak perlu handphone atau gajet di akhir nyawa kita..kita sangat memerlukan al-Quran...barulah kita sedar masa itu apa yang dah kita rugi...Allah..Allah..."

Pesakit: "(menitis air mata.....) Abang..bacakan saya al-Quran...saya tak boleh baca..buta tajwid... :( "

Abang misi tersenyum. Dikeluarkan al-Quran mini dari kocek bajunya.


Unik, Jambatan Di China Berbentuk Seperti Piano



Jambatan di China ini mempunyai bentuk yang unik kerana bentuknya mirip seperti piano gergasi yang digantung di tengah jalan raya.

Dipetik dari media tempatan, Jambatan biasa dibuat dari rangka besi dan telihat membosankan kerana polos dan terlihat hanya besi besi yang menyanga kembatan sehinga orang yang setiap hari melihat jambatan menjadi bosan.


Nah di China tepatnya di bandar Shijiazhuang, wilayah Hebei ada sebuah jambatan yang sangat unik jambatan ini sengaja di cat mirip seperti tuts piano sehinga banyak orang yang kagum dengan melihat jambatan unik ini.


"Jambatan itu sebelumnya kelihatan membosankan. Sekarang kelihatan sangat artistik, "kata salah seorang pemandu kereta, seperti dipetik dari Orange, Rabu (27/3/2013).
Seorang jurucakap bandar juga menjelaskan jika tidak memerlukan biyaya mahal untuk membuat jambatan itu mirip seperti piano biyaya tambahan yang dikeluarkan sepertinya terbayarkan dengan warga yang suka dan menikmati jambatan unik itu.


"Tidak perlu banyak bayaran untuk merubah jambatan itu. Pemerintah hanya ingin membuat orang-orang bahagia, "kata beliau.


"Mungkin hal ini akan menginspirasi orang-orang untuk lebih menyukai muzik dan kami berharap dekorasi ini akan memberi semangat kepada setiap langkah mereka," tambahnya.