Juanda: PKR Perlis tidak beradab

on Saturday, April 20, 2013

Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya

KUALA LUMPUR: Mufti Perlis Dr Juanda Jaya membidas tindakan PKR Perlis mengumumkan beliau sebagai calon parti itu untuk kerusi Parlimen Kangar sebagai “tidak beradab.”

"Apa yang disebut oleh PKR Perlis langsung tidak dirujuk kepada saya, saya agak terkilan sebab jual nama saya tanpa izin...saya tak pernah jumpa pimpinan PKR Perlis,” kata beliau kepada Antarpos.

"Isytihar secara 'unilateral(sendiri)' (adalah) suatu sikap yang tak beradab kepada orang lain apatah lagi kedudukan saya yang agak sensitif kepada banyak pihak. Ini perlu difahami terutamanya mereka yang mahu jadi ahli politik.

"Saya ambil sikap diam diri kerana tak mahu sakiti hati mana-mana pihak kerana semuanya saudara seagama. Pelajaran daripada isu ini ialah orang politik kita masih belum matang seperti negara lain," katanya.

“Pencalonan” Juanda untuk Parlimen Kangar dibuat oleh Pengerusi PKR Perlis Mohd Faisol Abdul Rahman minggu lalu selepas PAS mengumumkan ia akan bertanding di ketiga-tiga kerusi Parlimen di negeri itu.

Juanda menegaskan beliau memutuskan tidak bertanding di PRU kali ini kerana merasakan penerimaan rakyat terhadap golongan berpendidikan agama masih kurang.

"Saya dapati PRU13 tidak sesuai untuk saya kerana terlalu banyak fitnah dan penerimaan terhadap 'scholar' belum mantap. Pilihan tempat (bertanding) memang banyak tetapi tiada yang sesuai, politik bukanlah perkara mudah untuk orang macam saya sebab itu agak hairan ramai yang lobi tanpa fikirkan kesannya di dunia dan akhirat.

"Perbincangan membabitkan banyak pihak bukan hanya Pakatan Rakyat, kawan-kawan BN pun tanya ajak berbincang. Isu Kangar hanya di tahap perbincangan dan ziarah kawan-kawan daripada kedua-dua belah pihak, ini normal bagi orang politik yang mencari dokongan.

"Saya kurang berminat sebab saya bukan penduduk tempatan, kalau BN 'offer' pun tetap akan timbul isu orang luar. Politik Malaysia belum matang untuk menerima kepelbagaian, sentiman sentiasa menjuarai itu," katanya.

Juanda merupakan antara tokoh ulama yang disebut-sebut akan bertanding kali selain bekas Mufti Perlis Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang turut menolak untuk bertanding pada kali ini.

Juanda memegang jawatan mufti sejak awal 2009 menggantikan Mohd Asri.

Sumber: AntaraPos.com

Durian dalam durian

dua kali untung.......


KOTA BHARU – Seorang peniaga durian di Kampung Jambu Merah Melor, Rosli Deraman, 40- an, terkejut selepas melihat sebiji lagi durian berada di dalam durian yang dijualnya di kampung terbabit kelmarin.

“Ini merupakan kejadian pertama, sepanjang berniaga di kawasan ini, memang pelik apabila sebiji durian yang merekah mengeluarkan durian lain bersama isi durian yang bukan seperti kebiasaannya.

Durian ini memang unik, namun ia tidak mengeluarkan buah,” katanya kepada Sinar Harian.

Kejadian terbabit turut disaksikan seorang penggemar buah terbabit, Halim Razak, 33, dan dia juga amat terkejut dengan kejadian itu.

“Saya memang penggemar durian, tetapi ini merupakan pengalaman pertama melihat durian mengeluarkan sebiji lagi durian dan bukan isinya.

“Memang agak pelik, walaupun ia tidak mempunyai buah namun keunikannya itu menjadi perhatian ramai,” katanya.

Sumber: Sinar

Dakwa Dinikah Malaikat


KUALA LUMPUR: “Saya pernah disampaikan ajaran songsang oleh selebriti itu, tetapi terpaksa menolaknya kerana didapati melanggar hukum syarak dan syariat,” kata Sudin, 40-an, antara individu yang pernah disampaikan dakyah palsu oleh Selebriti Sesat (SS) yang mengakui dirinya sebagai rasul.

Harian Metro Sabtu lalu melaporkan, seorang SS mengakui dirinya diutuskan sebagai seorang rasul bagi merahmati sekalian alam, mendakwa wujud sebelum Nabi Adam a.s, selain berada di barisan depan di Padang Mahsyar untuk memberikan syafaat kepada pengikutnya.

Menurut Sudin, selama dua bulan bersama SS, artis terbabit berbual dengannya hal agama berkaitan hakikat dan syariat, malah pernah disuruhnya tidak berpuasa dan bersolat kerana perlu kembali kepada hakikat.

Kata Sudin, biarpun selebriti berkenaan sudah beristeri, dia juga didakwa ada menjalinkan hubungan cinta dengan wanita lain kononnya malaikat yang nikahkan mereka.

“Saya beranggapan SS ibarat baru lahir terus masuk ke universiti, sama juga seperti dia belajar agama seorang diri seterusnya mengakui dirinya Rasul,” katanya.

Sumber: Metro

Gadis ‘Ghaib’ SMS Dari Dalam Kubur




JERTIH: ”Ibu cepatlah datang segera ke kubur, Siti takut tiada orang lain di sini.” Itulah khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar Siti Balqis Mohd Nor, gadis yang mendakwa sering ghaib dari rumah selepas tiba-tiba menyedari berada di perkuburan Kampung Bukit Kenak, kira-kira lima kilometer dari rumahnya tiga hari sebelum Aidilfitri lalu.

Siti Balqis (atas), 22, yang menghadapi gangguan misteri sejak dua bulan lalu menyebabkannya sering ghaib dari rumahnya di Kampung Gong Nangka, Apal, di sini mendakwa ketika itu telefon bimbit yang ada bersamanya menunjukkan jam 2 pagi.

“Namun, saya tidak tahu bagaimana boleh berada di tanah perkuburan dan lebih dahsyat saya berada di dua tanah perkuburan pada malam itu.

Selepas tersedar berada di kubur Kampung Bukit Kenak, saya tiba-tiba berada pula di kubur Kampung Gong Rengas, kira-kira 10 kilometer dari rumah kami,” katanya ketika ditemui semalam.

Siti Balqis mendakwa hanya mengetahui kisah kubur berkenaan apabila dibawa semula ke kawasan berkenaan, tetapi hingga kini tidak tahu siapa yang membawanya, apa yang dilihat dan dilakukannya sepanjang lima hingga enam jam berada ‘di alam ghaib’.

Namun, Siti Balqis mendakwa sepanjang di tanah perkuburan itu, dia mendengar orang menangis, meminta tolong dan mengaji al-Quran.

Sementara itu, ibunya, Norizan Said, 47, berkata, pada malam mendapat SMS Siti Balqis, beliau bersama suami serta seorang lagi anaknya bergegas ke kubur berkenaan, tetapi selepas puas mencari, mereka tidak menemuinya.

“Kami bergegas pula ke kubur di Kampung Gong Rengas dan di satu kubur baru, ada bekas seperti diduduki seseorang, tetapi Siti tiada di situ,” katanya dan menambah mereka kemudian ke Balai Polis Jertih pada jam 5 pagi untuk membuat laporan.

Bagaimanapun, sejurus masuk ke rumah kira-kira jam 6 pagi, Siti muncul di depan rumah dengan tubuhnya dibasahi air dan baju berlumuran tanah merah.

Kisah Siti Balqis menggemparkan penduduk daerah ini hinggakan ramai yang sukarela membantu berjaga bersama keluarganya selepas anak sulung empat beradik itu dikatakan ghaib ke pelbagai tempat termasuk siling rumah, atas pokok, dalam mesin pembancuh simen dan atas kubur.

Siti Balqis juga mendakwa dia luka pada tangan dan kaki ketika berada di sebuah mesin pembancuh simen tidak jauh dari rumah dan ketika di atas pokok manggis, di belakang rumahnya.

Dia juga mendakwa ternampak saudara mara dan orang kampung mencarinya, malah ketika berada di sebuah rumah tinggal, dia menyentuh bapa saudaranya tetapi tidak perasan kehadirannya.

Malam tadi, Norizan menggunakan khidmat tujuh bomoh untuk mengubati anaknya secara tradisional dan wakil Berita Harian turut berada di rumah Siti Balqis bagi meninjau dan memastikan dakwaan dia ghaib.

Sementara itu, kalangan ahli agama di negeri ini berpendapat kejadian itu mungkin disebabkan gangguan jin yang cuba merosak keimanan manusia dan cara terbaik mengatasinya ialah amalan zikir dan membaca al-Quran serta solat hajat dan tahajud.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Muhammad Ramli Nuh, berkata kejadian adalah luar biasa tetapi perlu dilihat secara positif dari sudut agama.

Muhammad Ramli berkata, cara terbaik mengatasinya ialah ahli keluarga Siti Balqis sentiasa berdoa kepada Allah meminta dilindungi daripada perbuatan sihir dan diganggu syaitan.

Timbalan Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Negeri (Operasi), Omar Musa, pula berkata apa yang dialami Siti Balqis itu mungkin ada kaitan dengan gangguan makhluk halus.

Katanya, keluarga mangsa hendaklah bersabar dan mendapatkan rawatan alternatif perubatan Islam bagi membolehkannya tidak lagi diganggu oleh makhluk halus.

“Tetapi, perlu diingatkan jangan sekali-kali beranggapan apa yang terjadi terhadap Siti Balqis ada kaitan dengan keramat kerana ada makhluk jin yang mahu merosakkan dan menyesatkan pemikiran dan akidah orang Islam,” katanya.

Sumber: Informasi.my

Fenomena Air Laut Bertukar Menjadi Warna Merah Darah

 

Pantai Bondi yang terkenal di dunia telah mengalami fenomena semulajadi yang jarang berlaku apabila airnya bertukar ke warna merah darah. Bondi adalah antara beberapa pantai yang popular di Sydney, Australia, yang terpaksa ditutup selepas kumpulan alga yang besar mengubah laut menjadi sesuatu yang menyerupai adegan dari filem ‘Jaws’.

Fenomena semulajadi ini adalah disebabkan apabila sejenis alga laut, tumbuhan seperti rumpai laut berkumpul dalam kumpulan yang banyak dan menyebarkan sejenis organisma tertentu yang menjadikan laut bertukar berwarna merah seperti darah pekat.

Dikenali sebagai Nocturnal Scintillans atau ‘sea sparkle’, ianya dikatakan tidak mempunyai sebarang kesan toksik tetapi orang ramai masih dinasihatkan untuk mengelakkan berenang di kawasan yang airnya berubah warna, kerana alga dikuatiri mengandungi kadar ammonia yang tinggi dan boleh menyebabkan kerengsaan kulit.

Terjemahan: infoduniaaku