The world's largest biceps belong to Mostafa Ismail (Egypt) and were measured for left arm flexed at 64.77 cm (25.5 in) and non-flexed 62.23 cm (24.5 in) and for right arm flexed at 63.5 cm (25 in) and non-flexed 60.96 cm (24 in). The measurements were taken in Franklin, Massachusetts, USA which is where Mostafa now resides.
Home > All posts
Guinness World Records 2013 - The world's largest biceps
Posted by TerbaikLaH on Tuesday, April 23, 2013 at 6:45 AM
WANITA DENGAN KUKU TERPANJANG
Posted by TerbaikLaH at 6:39 AM
Chris "The Duchess" Walton sedang menunjukkan kukunya yang mempunyai kepanjangan 10 kaki 2 inci pada tangan kirinya dan 9 kaki 7 inci di tangan kanannya yang dibiar panjang sejak 18 tahun yang lalu.
BARBEKU TERBESAR DI DUNIA
Posted by TerbaikLaH at 6:37 AM
Satu rekod dunia memanggang daging telah dicipta di Mariano Roque Alonso berhampiran Asuncion pada 26 Oktober 2008.
30,000 orang pemanggang terlibat untuk memanggang 28,000 kilogram daging dan meliputi kawasan 60m lebar dan 100 m panjang.
Siapa yang nak menghabiskan semua tu?????
JALAN PALING PELIK DI DUNIA
Posted by TerbaikLaH at 6:34 AM
Jalan Atlantic terletak di Norway dan dibuka pada tahun 1989. Jalan bebas tol ini dipilih sebagai “Norway’s construction of the century” pada 2005, rangkaian jalan raya sepanjang 8.72 Kilometer(5.4 batu) ini melalui tepi pantai.
Hattrick Van Persie Bawa Manchester United Juarai EPL Kali Ke 20
Posted by TerbaikLaH at 6:04 AM
MANCHESTER, - Manchester United mengukuhkan gelaran juara Premier League ke-20 selepas berjaya mengalahkan Aston Villa dengan skor 3-0 di Old Trafford, Isnin atau Selasa (23/4/2013). Berkat kemenangan ini, Setan Merah kukuh di puncak liga dengan merangkum 84 mata, atau unggul 16 mata dari pesaing terdekatnya, Manchester City.
Kemenangan The Red Devils tidak terlepas dari penampilan gemilang Robin van Persie yang berjaya mencipta hattrick pada pertandingan ini.
Van Persie menjaringkan gol pertamanya saat perlawanan baru berusia dua minit. Gol berawal dari umpan tepat yang dilepaskan Rafael kepada Ryan Giggs yang berdiri di dalam kotak penalti lawan. Dengan cepat, Giggs melepaskan umpan yang langsung disambut Van Persie dengan tendangan keras. Penjaga gol Brad Guzan tak mampu berbuat apa-apa setelah bola bersarang ke sisi kiri gawang. Van Persie merayakan golnya dengan emosional kerana gelaran juara yang diidam-idamkannya semakin dekat.
Van Persie benar-benar tampil trengginas. Pemain yang dibawa kembali Arsenal itu kembali mencetak gol pada minit ke-13.
Kali ini, gol Van Persie dinyatakan indah. Tanpa mengawal bola, Van Persie langsung melepaskan tembakan dari umpan yang dilepaskan Wayne Rooney dari tengah lapangan. Bola meluncur deras ke sisi kanan gawang Villa.
Nama Van Persie kembali dialu-alukan penyokong di Old Trafford selepas pemain berusia 29 tahun tersebut mencetak gol ketiga pada minit ke-33. Itu menjadi hattrick kelima bagi Van Persie di Premier League, sejajar dengan Andy Cole, Dimitar Berbatov, Ian Wright, dan Ruud van Nistelrooy.
Gol ini tidak terlepas dari penampilan cemerlang Giggs yang berjaya mengeksploitasi sisi kanan pertahanan pasukan pelawat. Berjaya menembusi ke dalam kotak penalti lawan, pemain gaek asal Wales ini dengan taat menghantar bola kepada Van Persie. Van Persie berjaya mengawal bola dan kemudian berjaya menjaringkan si kulit bulat walaupun ada beberapa pemain Villa berdiri di bawah palang untuk menghalau tembakan Van Persie. Torehan tiga gol ini menambah pundi-pundi gol penyerang berusia 29 tahun tersebut menjadi 23 gol. Gol itu pula membuat Setan Merah unggul 3-0 pada babak pertama.
Selepas rehat, MU cukup mendapatkan tekanan bertubi-tubi dari kubu lawan. Sebuah tendangan jarak jauh yang dilepaskan El Ahmadi nyaris bersarang ke gawang MU. Beruntung, penjaga gol David De Gea berjaya menepis bola.
MU membalasnya melalui tusukan Antonio Valencia di sisi kanan. Valencia dengan tenang memberikan bola kepada Shinji Kagawa yang berdiri di dalam kotak penalti pada minit ke-76.
Begitu menguasai bola, Kagawa berjaya mengecoh lawan. Namun, tinggal berhadapan dengan lawan, Kagawa gagal menjaringkan bola. Tembakan kaki kiri yang dilepaskan bekas pemain Borussia Dortmund itu malah melayang di atas mistar gawang Villa.
Ancaman tersebut tak membuat Villa kehilangan semangat. Mereka tetap memberikan perlawanan, sedangkan Setan Merah berusaha bersabar dalam mengkreasi serangan. Sama halnya dengan babak pertama, Robin van Persie dan kawan-kawan lebih banyak mengeksploitasi sisi kiri pertahanan pasukan pelawat.
Pada minit-minit akhir, Old Trafford bergemuruh dengan teriakan "Champione ... Champione ...." Dan benar saja, begitu laga usai, penonton berteriak dan bernyanyi. Pemain MU pun bernyanyi dan melompat-lompat.
Luis Suarez minta maaf
Posted by TerbaikLaH at 4:35 AM
![]() |
Adakah Luis suarez boleh dikenakan hukuman menutup mulutnya dengan penutup mulut anjing |
Luis Suarez telah meminta maaf kerana mengigit lengan pemain Chelsea, Branislav Ivanovic.
Selepas perlawanan pagi ini Suarez didalam Twitternya meminta maaf diatas kelakuannya mengigit lengan Ivanovic dan selepas itu beliau telah menalipon Ivanovic secara peribadi meminta maaf kepadanya.
“I've just spoken to Ivanovic on the phone and I could apologise directly to him. Thanks for accepting.
— Luis Suarez (@luis16suarez) April 21, 2013”
PRU-13: Golongan artis turut bantu kempen calon BN
Posted by TerbaikLaH at 4:18 AM
![]() |
PELAWAK, Rahim R2 (dua kiri) dan Mamat Sepah (tiga kiri) turut turun membantu kempen bagi calon Parlimen Tenggara, Datuk Halimah Mohamed Sadique (tengah) di Kota Tinggi semalam. - UTUSAN |
KOTA TINGGI 22 April - Golongan artis tidak ketinggalan menghangatkan suasana kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini apabila turut membantu dalam kempen-kempen yang diadakan oleh calon-calon yang yang bertanding.
Antara artis yang berbuat demikian ialah pelakon dan pelawak Mamat Sepah dan Rahim R2 yang 'turun padang' membantu calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Tenggara, Datuk Halimah Mohamed Sadique dan Datuk Baderi Dasuki di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Panti.
Mamat yang mula turun berkempen semalam berkata, dia berasa terpanggil untuk membantu calon BN kerana mahu pengundi membuat pilihan bijak pada hari mengundi pada 5 Mei ini.
"Ini juga tanggungjawab sosial yang perlu kami lakukan memandangkan ramai yang mengenali kami. Jadi, mudah bagi golongan artis untuk mendekati pengundi," katanya ketika ditemui di sini.
Katanya, selain berkempen mereka juga akan mengadakan persembahan bersama rakan-rakan artis lain iaitu Iffa Radziah dan Nash pada 27 April ini di Taman Anggerik Tenggara, Bandar Tenggara.
"Pada 3 Mei kami akan membuat persembahan bersama Mawi dan Rafidah Ibrahim di Kampung Lukut, Kota Tinggi. Saya percaya dan yakin BN akan berjaya mengekalkan kemenangan dengan majoriti besar di Tenggara kerana rekod baik parti itu dalam membawa kemajuan dan kemakmuran kepada rakyat," katanya.
Sementara itu, Rahim R2 atau nama sebenarnya Rahim Mat Ali berkata, bermula semalam mereka berdua mula bersama mengikuti rombongan jentera pilihan raya BN Tenggara bagi membantu calon-calon yang bertanding.
"Kehadiran kami sehingga hari mengundi di sini adalah secara sukarela dan secara tidak langsung sebagai sumbangan untuk pemimpin dan parti yang kami sayangi.
"Ayuh bersama sokong dan keluar mengundi. Pilihlah calon pilihan parti BN yang boleh membawa kemajuan serta keamanan kepada rakyat," katanya.