Bangunan runtuh, 100 dikhuatiri terbunuh

on Thursday, April 25, 2013


SAVAR 24 April 2013 - Tidak kurang 100 orang terbunuh dengan ramai lagi mangsa dikhuatiri mati selepas sebuah bangunan runtuh di Bangladesh semalam, menurut sumber rasmi.

Bangunan lapan tingkat tersebut, Plaza Rana, menempatkan beberapa premis perniagaan termasuk sebuah pasar raya dan kilang pakaian.

Seorang pegawai berkata, hanya tingkat bawah bangunan itu yang menempatkan sebuah bank masih berada dalam keadaan sempurna.

Bangunan itu terletak di bandar ini, 30 kilometer dari ibu kota Bangladesh, Dhaka.

"Setakat ini, kami telah menjumpai 15 mayat dengan ramai lagi dikhuatiri mati," kata Pengarah Jabatan Bomba, Mejar Zehadul Islam kepada agensi berita AFP.

Menurutnya, pasukan tentera turut dipanggil bagi membantu usaha menyelamatkan mangsa.

Sekitar 2,000 orang berada di dalam bangunan tersebut ketika ia runtuh pada pukul 9 pagi (waktu tempatan).

Ketua polis tempatan, M. Asaduzzaman pula memberitahu, situasi kini genting dengan sekurang-kurangnya 150 dibimbangi masih terperangkap di bawah timbunan runtuhan.


Kejadian bangunan runtuh kerap berlaku di Bangladesh ekoran sikap pemaju yang tidak mempedulikan peraturan pembinaan bangunan bertingkat.



Sumber

Kementerian Pertahanan sahkan 35 pengganas Kiram ditembak mati

Oleh MOHD. FIRDAUS ISMAIL

PULAU PINANG 25 April - Kementerian Pertahanan hari ini mengesahkan sebanyak 35 lelaki yang dipercayai ada kaitan dengan pengganas Kiram telah ditembak mati oleh pasukan keselamatan Filipina.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kumpulan lelaki tersebut ditembak mati Tentera Laut Filipina ketika cuba memasuki perairan negara.

Utusan Malaysiadalam laporan eksklusif hari ini melaporkan pasukan keselamatan Filipina menembak mati 35 anggota pengganas Kiram dalam satu pertempuran sengit di Pulau Sibutu di negara jiran itu Sabtu lalu.

Menurut sumber, kumpulan tersebut merancang strategi untuk menceroboh dan menyerang pantai timur Sabah bagi mengganggu kelancaran Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Sumber tersebut memberitahu, dalam pertempuran lewat malam itu, dua daripada kira-kira 200 anggota pasukan keselamatan Filipina yang terlibat dalam serangan tersebut turut terbunuh.

"Dengan kejayaan itu, satu lagi usaha pencerobohan pengganas Kiram yang diketuai pemimpin kanannya, Kalling Amirul untuk masuk ke negara ini berjaya digagalkan dengan kerjasama pihak berkuasa Malaysia dan Filipina.

"Dalam serangan berkenaan, Kalling dilaporkan terbunuh. Pasukan keselamatan turut merampas lebih 20 laras senjata api M16 dan rifel Garand," kata sumber itu ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Zain Saidin Buat Perangai Dalam Masterchef Selebriti Malaysia 2?





Penglibatan pasangan selebriti Zain Saidin dan kekasihnya Rozita Che Wan memang menjadi perbualan hangat buat para peminat siri Masterchef Selebriti Malaysia musim 2. Satu lagi kontroversi hangat melanda apabila Zain Saidin tiba tiba meninggalkan dapur MSM2. Kemudian di Metro Ahad yang lepas, Chef Jo mendedahkan karakter sebenar Zain Saidin di dapur. 

Satu sikapnya yang saya perhatikan, apa saja orang cakap, semuanya tidak betul. Saya dikhabarkan, orang produksi turut dimarahinya apabila meminta dia menyalin resepi yang dimasak. Sepanjang terbabit dalam rancangan ini, saya nampak setiap kali apabila ke dapur MCSM2, dia akan ambil epal walaupun ia tidak digunakan dalam resipi. Dia akan makan sedikit dan tinggalkan epal itu. Kadangkala dia sengaja ambil susu di dapur dan minum dan bukan digunakan untuk memasak.

Malah menurut Chef Jo, ada juga kelakuan Zain seperti sengaja mencabar tahap kesabaran barisan juri. Contohnya, apabila Chef Zubir bercakap memberi arahan atau penerangan, dia akan memotong dan memberi alasan.

SEBAB Kenapa Ustaz Azhar Idrus Tak Bertanding Dalam PRU Ke 13




Assalam & Selamat Malam para pembaca. Entri malam ini berkenaan satu perkara yang pernah terlintas di fikiran Zam sebelum ini, & akhirnya terjawab dengan persoalan yang dikemukakan kepada Ustaz Azhar Idrus baru-baru ini. KENAPA UAI TIDAK BERTANDING DI DALAM PRU 13 INI?. Jawapannya, telah diberikan. Apapun, jika nak buat & lakukan sesuatu, kena lah ada minat, kan.. Tak boleh dipaksa untuk melakukan bidang yang di luar minat kita.. ;)

FDAM Mohon Maaf, Akan Pulangkan Wang Aaron Aziz


Persatuan Sutradara Filem Malaysia (FDAM) akan memulangkan semula lebihan wang daripada pembayaran RM1,500 yang dibuat oleh pelakon Aaron Aziz untuk menjadi ahli persatuan itu selepas timbul salah faham berhubung taraf kerakyatannya di negara ini.
Presiden FDAM, Othman Hafsham, 72, berkata, jumlah amaun itu sepatutnya dibayar bagi mereka yang bukan warganegara Malaysia.
p/s : Ha, lain kali cek betul betul.. :)
FDAM Mohon Maaf, Akan Pulangkan Wang Aaron Aziz - Terbakor

“Saya mewakili pihak FDAM memohon maaf atas kesilapan mengenai hal pembayaran yuran Aaron. Orang yang menjaga hal-hal itu mungkin tidak peka dengan status Aaron yang kini sudah mendapat taraf penduduk tetap di negara ini.
“Diharap Aaron dapat hadir ke pejabat kami untuk menerima semula baki wang yuran berkenaan.
“Bagaimanapun, saya cuba menghubungi Aaron sejak pagi tadi (Rabu), tetapi tidak berjawab,” katanya yang dihubungi mStar Online pada Rabu.
Beritahu Othman, sepatutnya, bagi warganegara Malaysia, yuran ahli yang dikenakan hanyalah RM300 sahaja manakala yang bukan warganegara perlu membayar RM1,000.
Menerusi laman Instagram milik Aaron pada Selasa lalu, dia memaparkan sekeping resit pembayaran selepas mendaftar sebagai ahli persatuan tersebut yang dilakukan pada 14 April lalu.
Aaron juga meluahkan rasa tidak puas hati dengan bayaran yang tinggi dikenakan terhadapnya.
Malah, Aaron juga terkilan apabila pihak FDAM tidak meneliti statusnya sebagai penduduk tetap negara ini selain menuduhnya sebagai pekerja asing yang tidak tahu peraturan selepas mendapat peluang mengarah filem Romeo Kota, terbitan Excellent Pictures tanpa menjadi ahli persatuan itu.
Terdahulu, pihak FDAM mendakwa Aaron belum mendaftar sebagai ahli sewaktu memulakan pengarahannya sehingga menyebabkan pihak penguat kuasa Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) dan FDAM menyerbu lokasi penggambaran filem itu pada 3 April lalu.
Sementara itu, penerbit Excellent Picture iaitu Ahmad Idham mengakui tentang kedudukan Aaron yang tidak menjadi ahli persatuan berkenaan ketika menawarkannya mengarah filem berkenaan.
Kata Idham, dia turut memohon maaf kerana tidak peka dengan perkara tersebut kerana beranggapan Aaron hanya boleh mendaftar selepas dia diberi peluang mengarah sebuah filem bagi tujuan rujukan pihak FDAM.
“Memang saya tahu Aaron bukan ahli FDAM sebelum ini dan saya mengambil dia sebagai pengarah atas penilaian saya terhadapnya yang begitu efisien dalam kerja.
“Lagipun biasanya sebelum ini pihak FDAM mahu melihat profil pengarah yang mana mereka haruslah berpengalaman mengarahkan sekurang-kurangnya sebuah karya sebelum diberi kad ahli FDAM. .
“Maka saya menganggap Aaron juga akan mendaftar selepas menyiapkan penggambaranRomeo Kota. Tapi tak sangka pula ketika di set penggambaran, kami diserbu tanpa sebarang notis,” ujarnya.
Tambah Idham, dia berharap perkara seperti ini tidak akan berulang lagi kerana ia sedikit sebanyak boleh mengganggu kerja-kerja produksi dan meminta mana-mana pihak persatuan seni negara ini peka sebelum bertindak.

Penampilan Artis Korea Lee Pani Yang Seksi Semasa Pelancaran Album Barunya


Zaman sekarang siapa yang tidak kenal dengan K-Pop aka muzik Korea yang menyerang seluruh dunia

Disamping bakat yang cukup mantap para artis Korea juga disokong oleh pemasaran yang agresif dan kreatif. Kerja para pemasar ini menjadi lebih ringan kerana "barang" yang dijual ini lancar dan cantik.

Yup, selain sudah cantik dari sananya mereka juga kerap melakukan pembedahan plastik. Apakah kombinasi bakat, "pembungkusan", dan pemasaran itu sudah cukup bagi para artis Korea untuk cukup menumpukan melakukan tugasnya?

Tidak, banyak fenomena yang terkesan menjadi "formula" yang dipaksakan. Yaitu mereka, tetap saja menjual dan mempamerkan aurat baik daripada paparan show panggung maupun dalam berbusana yang bagi para pengkritik adalah sebuah bencana fashion (dengan kata lain cara berbusananya tidak pantas).


Dari beberapa contoh, salah satunya adalah penampilan Lee Pani saat mengadakan sidang media pelancaran albumnya.



4 Gol Robert Lewandowski Bantu Borussia Dortmund Tewaskan Real Madrid Di Tempat Sendiri




DORTMUND, - Penyerang Robert Lewandowski menjaringkan empat gol yang menentukan kemenangan Borussia Dortmund 4-1 atas Real Madrid pada perlawanan separuh akhir Liga Juara-Juara, di Signal Iduna Park, Rabu (24/4/2013). Dengan begitu, untuk masuk final, Madrid perlu menang sekurang-kurangnya 3-0 pada leg kedua, di Santiago Bernabeu, 30 April 2013.

Dortmund unggul lebih dulu melalui Robert Lewandowski pada minit ketujuh. Gol bermula dari pergerakan Mario Goetze di sektor kanan pertahanan Madrid, yang berkesudahan umpan silang. Setelah memenangi perebutan kedudukan dengan Pepe di depan gawang Madrid, Lewandowski meniru umpan Goetze itu masuk ke sudut kiri bawah gawang.





[Terkini] Berita paling BEST untuk Tweeps di mobile!.. Lihat Di SiNi

 [SOKONGAN DIPERLUKAN] Lebih 600,000 Rakyat Malaysia Telah Berikrar Lihat Di Sini

Madrid menyamakan kedudukan melalui Cristiano Ronaldo pada minit ke-43. Memanfaatkan bola yang lepas dari penguasaan Mats Hummels, Gonzalo Higuain menggelecek bola di sektor kiri pertahanan Dortmund dan menamatkan pergerakannya dengan melepaskan umpan silang, yang disepak Ronaldo masuk ke tengah gawang Roman Weidenfeller.

Dortmund memulihkan keunggulan melalui Lewandowski pada minit ke-50. Dari jarak dekat, ia menyepak bola kiriman Marco Reus masuk ke sudut kiri bawah gawang Los Blancos.

Dalam masa lima minit selepas itu, Lewandowski kembali masuk senarai penjaring. Setelah menguasai umpan Marcel Schmelzer di kotak penalti lawan, Lewandowski sempat memperdaya Pepe sebelum membalikkan badan ke arah gawang dan melepaskan tembakan tepat ke sudut kiri atas gawang yang tak boleh dibendung Lopez.


Pada minit ke-66, Dortmund mendapat gol keempat, dari Lewandowski. Gol ini merupakan hasil tendangan penalti ke tengah gawang. Penalti diberikan kerana Xabi Alonso telah melanggar Reus.

Setelah bertukar penguasaan bola dengan Madrid tanpa pergerakan berbahaya untuk lawan pada minit-minit awal, Dortmund melancarkan dua serangan beruntung, yang semuanya berujung ancaman serius untuk gawang Diego Lopez.


Menurut catatan UEFA, sepanjang perlawanan itu, Dortmund menguasai bola sebanyak 48 peratus dan melepaskan lapan percubaan tepat dari sepuluh percubaan. Sementara Madrid mencipta enam peluang emas dari lapan percubaan.Tamat Perlawanan Dortmund 4-1 Real madrid