Wanita Lahirkan Anak Kuda.

on Friday, April 26, 2013


Sebenarnya banyak kita dengar kes-kes tentang wanita melahirkan anak tetapi dalam bentuk fizikal haiwan. Seperti sebelum-sebelum ini kita juga pernah mendengar kes melahirkan ular dan sebagainya. Kejadian pelik kali ini pula berlaku di  Benin City, Nigeria di  sebuah gereja. Seorang wanita yang dikatakan tidak pernah mengandung selama 11 tahun telah melahirkan sesuatu yang amat pelik, iaitu seorang bayi yang menyerupai kuda. Bahkan ada juga yang mengatakan ia menyerupai seekor kambing.

Seorang saksi, Puan Veronica Egiebor, seorang jururawat, menyatakan bahawa wanita itu adalah seorang penjual sayur-sayuran dan telah berkahwin. Tujuannya datang ke gereja adalah berdoa dan memohon diberikan anak.

Beliau telah memegang kaki seseorang itu dengan pakaian kerana dia menolak sukar untuk bayi untuk keluar. Kemudian, ada sesuatu yang kelihatan jatuh. Namun bila dilihat, sesetengah orang memanggilnya kambing tetapi ia kelihatan seperti kuda. Ianya mempunyai leher yang panjang dan telinga yang panjang. Ia adalah sama seperti kuda, walaupun ia adalah dalam bentuk bayi.

Kejadian tersebut berlaku dalam sebuah gereja yang di gelar World Liberation Ministry, Evuoriaria Community di Nigeria sewaktu sessi berdoa oleh paderi.

Bayi berupa kuda itu dikatakan mati setelah beberapa ketika, ianya dibiarkan diatas lantai gereja untuk tatapan orang ramai sebelum dibuang pada keesokkan harinya.

Sumber  

Kuasa Allah, Ikan Berkepala Babi.

Memang sangat pelik bila melihat babi berbadan ikan yang dipercayai telah ditemui di Palembang.

Bolehke babi mengawan dengan ikan?.

Semua yang terjadi atas izin dan kekuasaan Allah. MashaAllah!.

Sumber  

Anak Lembu Mirip Manusia Bermata Satu Dilahirkan.

Seekor lembu telah melahirkan anaknya dan peristiwa itu telah mengejutkan pendududk di Desa Nyakaban Timur, Kecamatan Batang-Batang Sumenep, Madura. Ia adalah disebabkan lembu pelik tersebut telah melahirkan anaknya dalam bentuk fizikial mirip manusia. Anak lembu itu lahir tanpa bulu dan mirip kulit bayi.

Kepala dan muka bayi lembu pelik itu pun bulat mirip manusia, bahkan dua kaki depan posisinya seperti lengan manusia. Anak lembu ini lahir tidak normal dan ketika lahir mempunyai berat 2 kg dan panjang 50 cm.

Ular Berkaki Empat Ditemui Di Malaysia.



Kalau sebelum ini, seekor ular pelik berkaki dua telah ditemui di negara China, kini seekor ular yang lebih kurang sama iaitu seekor ular hitam yang bersaiz kecil telah dijumpai mempunyai 4 kaki di sebuah tempat di Malaysia. Ular pelik yang mempunyai panjang 10cm itu telah ditangkap hidup-hidup dan kini berada dalam sebuah makmal di sebuah universiti tempat untuk kajian lebih lanjut. Di bawah merupakan gambar ular pelikberkaki empat yang telah ditangkap tersebut.


Subhanallah....... Kuwait Dilanda Tsunami Ribut Pasir (Gambar & Video).


Kali ini di Kuwait sebuah fenomena alam yang sangat menyeramkan telah berlaku di sana. Kejadian ini berlaku seperti satu tsunami yang amat dasyat melibatkan gelombang pasir yang membentuk seperti ombak.



- Video 1 -



- Video 2 -






Cuba bayangkan jika ia berlaku di depan mata kita. Allah, minta Allah jauhkan perkara-perkara seperti ini daripada kita. Boleh bayangkan betapa seramnya jika ia berlaku kerana ribut pasir satu perkara yang sangat berbahaya. Pasir boleh masuk mata, dan secara tidak langsung boleh menyebabkan sistem pernafasan kita akan mengundang masalah. Namun peristiwa ini menggambarkan betapa besarnya kekuasaan Allah SWT.

Kambing Ini Berharga RM640 Ribu.


Alhamdulillah, syukur kita kepada Allah SWT kerana baru sahaja menunaikan ibadah korban sejak Jumaat yang lalu. Di Malaysia ibadah korban lebih sinonim kepada haiwan seperti lembu, dan kambing. Namun pada kali ini kita akan bercerita tentang seekor kambing yang mempunyai nilai mencecah RM640 ribu. Tetapi mengapa ia terlalu mahal. Apa yang isttimewanya kambing ini?

Slam Bhati, 37, dari Rajasthan berusaha menjual kambing ajaib dengan harga itu kepada keluarga Islam yang menyambut Aidiladha. Haiwan berusia dua tahun itu mempunyai perkataan ‘Allah’ tertera pada sebelah badannya.

Pada sebelah lagi, terpampang pula imej bulan sabit dan bintang.

“Ia haiwan ajaib dan saya beruntung memilikinya. Kami menjaga kambing ini seperti anak kami dan ia yang terbaik di kawasan ini.

“Kami dengan senang boleh menjual haiwan ‘suci’ ini dengan 11 juta rupi (RM640,000). Harga itu agak berpatutan,” kata Islam.


Dia yang menguruskan perdagangan batu marmar milik keluarganya membeli kambing itu di kawasan ternakan berdekatan.

“Saya menyedari mengenai perkataan Allah dan imej bintang dan bulan itu sebaik membelinya. “Sejak membawanya pulang ke rumah, kami menjaganya dan memberinya makan kekacang, daun pokok segar dan buah-buahan kering. “Dagingnya sudah pasti enak,” kata lelaki itu.

Islam ditawarkan dengan harga yang tinggi untuk kambing berkenaan sejak mengiklankannya di Internet minggu lalu.

Bagaimanapun, belum ada sesiapa mahu membelinya.

Menurutnya: “Tawaran paling tinggi yang saya terima ialah 2.5 juta rupi (RM150,000) tetapi saya menolak.

“Kambing ini tidak ternilai. Saya hanya ingin menjualnya dengan harga yang saya tawarkan. Dan jika berjaya menjualnya, saya akan mendermakan 50 peratus wang berkenaan kepada sebuah rumah anak yatim tempatan.” kata Islam.

Telur Ayam Bertanduk.


Jika sebelum ini heboh diperkatakan, satu kejadian aneh ketika gerhana berlaku, yang mana beberapa biji telur dapat berdiri tegak. Namun kali lain pula, kerana terdapat yang istimewa dengan telur ayam yang satu ini.

Di bahagian hujung telur pelik ini terdapat kulit yang menjulur seperti ekor ayam. Telur yang dimiliki Saleh Lasing, penduduk Daerah Galang, Tolitoli itu kini menjadi perhatian penduduk sekeliling.

Sejak telur itu keluar dari ibu ayam kampung, penduduk sekitar tidak henti-henti menziarahi rumahnya untuk melihat secara langsung keanehan telur berwarna coklat keputihan tersebut. Ramai yang tidak melepaskan peluang untuk mengabadikan foto kenangan bersama telur pelik tersebut.

Saleh menceritakan, ketika hendak melaksanakan solat Maghrib, dia dikejutkan dengan suara ayam berkokok dalam bilik tidurnya.

Setelah diperhatikan, Saleh ternyata terkejut dan mendapati sudah ada seekor ayam di atas tempat tidurnya. Tidak lama kemudian Saleh melihat ayam tersebut mengeluarkan beberapa biji telur ayam. Namun salah satunya ternyata berbeza dibandingkan yang lain. Telur ayam itu mempunyai ekor di ujungnya.

Kerana dianggap unik, bapa kepada dua orang anak ini menyimpan telur pelik tersebut dalam bekas untuk dijadikan pameran dalam rumahnya. Saleh tidak berniat untuk menjual telur pelik ini meskipun banyak yang sudah menawarnya dengan harga yang tidak diberitahu.