Ainul Mardhiah - Ketua Bidadari Syurga.

on Friday, April 26, 2013

Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki yang memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya adalah dikalangan bidadari2 kurniaan Allah dan dia (isteri solehah merupakan ketua kepada segala bidadari- bidadari).

Berjihad/berdakwah untuk agama Allah swt merupakan satu amalan yang akan menjadi kesukaan Allah swt dan ini merupakan sunnah besar nabi SAW dan kalangan sahabat-sahabat r.hum. Setiap manusia yang mati walaupun berapa umurnya maka akan ditanya dimanakah masa mudanya dihabiskan.

Rasulullah saw bersabda:

“Tidak akan berganjak kaki anak Adam di Hari Kiamat hingga disoal tentang empat perkara: tentang usianya pada apa dihabiskannya, tentang masa mudanya apa yang telah diperjuangkannya, tentang hartanya dari mana datangnya dan ke mana telah dibelanjakannya dan tentang ilmunya apa yang telah dibuatnya.”(Hadith sahih riwayat Tirmizi)


Ainul Mardhiah (bidadari untuk orang yang berjihad/berdakwah untuk agama Allah swt.)


Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan.
QS. ar-Rahman (55) : 58


Di dalam surga-surga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik.
QS. ar-Rahman (55) : 70


(Bidadari-bidadari) yang jelita, putih bersih dipingit dalam rumah.
QS. ar-Rahman (55) : 72


Mereka tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni surga yang menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin.
QS. ar-Rahman (55) : 74

‘Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari-bidadari yang lain (bermaksud mata yang di redhai). Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad/berdakwah untuk agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia syahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari2 syurga.

Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya muda teringin sangat hendak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut,tetapi di sebabkan sahabat ini malu hendak bertanyakan kepada nabi saw,kerana malu kepada sahabat-sahabat yang lain.

Namun dia tetap memberi nama sebagai salah sorang yang akan keluar di jalan Allah. Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar (dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah yang hendak berangkat tadi tidur bersama-sama sekejap.

Tiba-tiba dalam tidur sahabat tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri2,lalu ditanya sahabat ini ,di manakah beliau berada,lalu ada suara yang menjawab,inilah syurga,tiba2 dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan Ainul Mardhiah (bidadari yang Nabi saw bagitahu tadi),lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalanlah sahabat ini, disuatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan yang sebegitu,tak pernah dilihat didunia ini,lalu diberikan salam dan sahabat ini bertanya, andakah ini Ainul Mardhiah,wanita itu menjawab ehh tidakk(lebih kurang macam tu la dalam bahasa kita),saya penjaganya,Ainul Mardhiah ada di dalam singgahsana di sana.

Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda daripada yang pertama tadi di lihatnya, sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai,lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah ini Ainul Mardiah lalu wanita itu menjawab,eh tidak, saya hanya penjaganya di dalam mahligai ini,Ainul Mardiah ada di atas mahligai sana, lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu, kecantikkannya sungguh mengkagumkan,lalu sahabat ini sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda catiknya dari yang kedua yang beliau jumpa tadi,dan tidak pernah di lihat di dunia,lalu wanita itu berkata,akulah Ainul Mardhiah, aku diciptakan untuk kamu dan kamu diciptakan untuk aku,bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab,nanti kamu belum syahid lagi,tersentak daripada itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada Nabi SAW,tapi sekiranya dia syahid barulah di ceritakan kepada Nabi saw.

Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi saw di dalamnya telah keluar berperang/berjihad lalu ditakdirkan pemuda tadi telah syahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang syahid tadi telah bangun dan merapati nabi saw dan menceritakan perihal mimpi pemuda yang syahid tadi.

Sahabat pemuda yang syahid tadi,dalam menceritakan kepada nabi saw,Nabi saw menjawab benar,benar,benar sepanjang cerita tersebut. Akhirnya nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga.

Ainul Mardhiah adalah bidadari yang paling cantik di syurga, kita hanya la manusia biasa takkan mampu kita membayangkan nikmat-nikmat di syurga Allah.


Kisah Remaja 17 Tahun Yang Masuk Syurga.

Pernahkah saudara mendengar tentang kisah Ta’labah? Salah seorang daripada para sahabat Nabi S.A.W. Seorang pemuda yang punya misi dan visi yang sangat agung.

Seorang remaja yang begitu hebat di zaman Rasulullah S.A.W. Namanya Tha’labah bin Abdul Rahman, seorang remaja berusia 17 tahun. Setelah memeluk Islam, beliau selalu mengikut Rasulullah S.A.W mengajar. Jika Rasulullah berhajatkan sesuatu, Rasulullah S.A.W akan khabarkan kepada Ta’labah.

Suatu hari Rasulullah menyuruh Tha’labah mencari sesuatu. Ketika dalam perjalanan mencari barang yang Rasulullah hajati itu, Tha’labah telah melalui sebuah rumah yang pintunya terbuka. Angin yang bertiup membuatkan pintu tandas rumah tersebut juga terbuka, dan ketika itu Tha’labah terlihat akan seorang perempuan yang sedang mandi.

“A’uzubillah! Ya Allah aku takut nanti malaikat Jibril memberitahu kepada Rasulullah S.A.W! Ya Allah, aku takut turunnya ayat quran yang menyenaraikan aku dalam golongan orang yang berbuat dosa!
Ya Allah…”

Rintihan Tha’labah

Dia merintih sehingga dia lupa akan barang yang dipesan oleh Rasulullah S.A.W. Dia melarikan diri dan terjumpa satu bukit di pinggir Madinah yang dipuncaknya ada sebuah gua. Tha’labah masuk ke dalam gua tersebut dan asyik menangis. Tha’labah menangis dan menangis, beliau kesal amat dengan dosanya.

Pada masa yang sama, Rasulullah S.A.W menanti kepulangan Tha’labah beberapa hari namun Tha’labah tidak kunjung tiba. Lalu Rasulullah S.A.W mengarahkan Saidina Umar RA untuk mencari Tha’labah dan beliau terjumpa Tha’labah di tempat dia bersembunyi di puncak bukit.

Umar berkata “Tha’labah, Rasulullah mahu berjumpa kamu.”

“Kenapa? Sudah turunkah ayat al-Quran tentang dosaku, sudah beritahukah Jibril kepada Rasulullah, aku tidak mahu masuk neraka, aku tidak mahu masuk neraka.” Kata Tha’labah dalam ketakutan yang amat sangat.

Oleh sebab Tha’labah sudah tersangat lemah, Saidina Umar RA memimpinnya pulang ke rumah. Apabila Rasulullah SAW menziarah Tha’labah, Tha’labah sedang terlentang lalu Rasulullah SAW meriba kepala Tha’labah.

Tetapi Ta’labah mengetepikan kepalanya. Rasulullah bertanya, “kenapa wahai Tha’labah?”

“Wahai Rasulullah, kepala yang penuh dosa ini tidak layak untuk berada di ribamu,” kata Tha’labah.

“Apa yang kamu mahu Tha’labah?”

“Ya Rasulullah, aku mahukan keampunan Allah”


Cita-citanya hanya Syurga

“Apa cita-cita kamu wahai Ta’labah?”

“Cita-cita aku hanya syurga Allah. Tolonglah doakan moga Allah mengampunkan dosa-dosaku.”

Lalu Rasulullah s.a.w berkata, “wahai Tha’labah aku menjamin kepadamu apa yang kamu mahu dan cita-citamu. Inilah bukti taubatmu.”

Tidak lama selepas itu, Tha’labah menghembuskan nafasnya yang terakhir di riba Rasulullah SAW.

Ketika mayat Tha’labah siap dikafan dan tiba masa untuk dikebumikan, Rasulullah SAW datang agak lewat ketika itu. Para sahabat membuka jalan kepada Rasulullah untuk rapat ke kubur Tha’labah. Tetapi Rasulullah berjalan merapati kubur Tha’labah dalam keadaan berjalan yang perlahan, dan seperti tersekat-sekat.

Sahabat-sahabat bertanya, “wahai Rasulullah, kami telah membuka jalan, mengapa Rasulullah berjalan dengan tidak selesa?”

Rasulullah menjawab, “kamu tidak dapat melihat betapa ramainya malaikat yang hadir menghantar Tha’labah ke kubur.”

Itulah kisah hidup seorang remaja hebat bernama Tha’labah. Betapa takutnya beliau dengan azab Allah SWT walaupun beliau tidak sengaja terpandang perempuan yang sedang mandi itu. Begitu malu bertemu Rasulullah, begitu mengharap keampunan Allah SWT, dan akhirnya menhembus nafas yang terakhir di ribaan insan mulia bernama Muhammad bin Abdullah, dan jasadnya diiringi malaikat ke kuburan. Subhanallah!

Inilah Wanita Yang Mempunyai Ukuran Pinggang Paling Ramping Sekali


At first sight, this girl’s waist seems to be unreal.
And frankly, I thought that it was photoshopped. But apparently the pictures are real. Have a look.


Mash-up your own video, share it and WIN! cLick HERE

 [Terkini] Berita paling BEST untuk Tweeps di mobile!.. Lihat Di SiNi

 [SOKONGAN DIPERLUKAN] Lebih 600,000 Rakyat Malaysia Telah Berikrar Lihat Di Sini







Lelaki Berbadan Separuh Tetapi Masih Hidup.


Kita sebagai manusia perlu bersyukur dengan apa yang kita ada. Jika Allah mahu tarik nikmat, bila-bila masa sahaja Dia boleh melakukan perkara itu terhadap hambaNya. Ia terjadi kepada seorang lelaki bernama Peng Shuilin. Dirinya ini telah kehilangan separuh daripada badannya setelah dipotong selepas berlanggar dengan sebuah trak. Tetapi dia tidak pernah berputus asa! Proses pemulihan yang  beliau jalani telah mengagumkan para pakar bedah selepas hampir dua tahun menjalani satu siri pembedahan.




Naib presiden hospital di mana ini lelaki China berusia 37 tahun telah dirawat berkata: “Dia amat mengagumkan dan satu-satunya orang di dunia untuk terus hidup setelah sekian banyak daripada badannya dipotong.” Dia menjalani kehidupan dengan baik sekarang dan telah membuka sebuah pasaraya murah sendiri – yang dipanggil ‘Pasaraya Separuh Manusia Separuh Harga’. Itu luar biasa.

Gambar Dua Biji Kelapa Berkongsi Tangkai.


Apabila bercerita mengenai penemuan pelik tentang kelapa ini, sebenarnya banyak yang terjadi seperti sebelum-sebelum ini. Ada yang kelapa bertunaskan pokok pisang dan sebagainya. Kali ini ia mungkin jarang ditemui, dua kelapa berkongsi satu tangkai. Namun itu penemuan pelik penjual air kelapa muda, Ramlee Mohamed, 41, di Kampung Kolam Emas, dekat sini, kelmarin.

Menurut Ramlee, kelapa muda itu dibeli daripada peniaga kelapa muda dua hari lalu dan tidak menyangka daripada lima kelapa muda dibeli, dua didapati kembar.

“Sebaik mendapati kelapa muda itu pelik kerana dua biji pada satu tangkai.

“Jadi saya simpan dahulu di rumah sementara menghabiskan kelapa lain dahulu untuk dijual airnya,” katanya.

Beliau berkata, sejak berniaga menjual air kelapa muda lima tahun lalu, inilah kali pertama menemui kejadian sebegitu dan kebiasaannya satu tangkai hanya sebiji kelapa.

“Saya kerap menemui perkara pelik sejak berniaga air kelapa muda dan tebu. Sebelum ini tebu yang ditanam hingga melebihi tujuh meter,’ katanya.

Sumber  

Kucing Ditembak 30 Kali Tetapi Masih Hidup.


Seekor kucing di Britain masih hidup walaupun ditembak sebanyak 30 kali. Apabila pemilik kucing yang dinamakan Hope itu berdarah, beliau menyangkakan haiwan kesayangannya itu diserang anjing.

Bagaimanapun selepas dibawa ke klinik haiwan, doktor memberitahu yang badan kucing itu penuh kecederaan akibat tembakan. Kebanyakan kecederaan di belakang dengan empat peluru di kepalanya.

Pakar perubatan mengeluarkan sebahagian 10 serpihan tetapi berputus asa mengeluarkan yang lain kerana bimbang akan mendatangkan komplikasi.

Persatuan Diraja Mencegah Kekejaman Haiwan (RSPCA) membuka siasatan ke atas kes itu.

Inspektor (RSPCA), Amy Collingsworth berkata, “Hope sangat mesra dan kucing yang menawan itu agak sukar memahami mengapa seseorang mahu menembak haiwan yang tidak bersalah,”.

“RSPCA menyiasat kejadian ini dan meminta sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai tembakan ini menghubungi kami,” katanya.

RSPCA melaporkan 567 kes penderaan haiwan membabitkan senjata tahun lalu saja. Hope sudah pulih dan dijangka dikembalikan kepada tuannya tidak lama lagi.

Sumber  

Air Liur Bayi Bertukar Jadi Kristal.


Seorang bayi yang dari luar fizikalnya ternyata normal mengejutkan ramai pihak apabila dirinya mampu mengeluarkan air liur kristal. Penduduk di Tumpang Permai, kampung Jeru, mukim Tumpang, daerah Malang, Jawa Timur sibuk memperkatakan berita mengenai air liur seorang bayi yang berubah menjadi kristal.

Kejadian itu berlaku bukan sekali tetapi setiap kali bayi itu mengeluarkan air liurnya dan sejurus selepas itu juga ia akan bertukar menjadi kristal.

Bayi yang diberi nama Rafael berumur setahun itu dilaporkan telah mengeluarkan 102 biji kristal seperti mutiara.

Menurut ibu bayi itu, Leni Marliani, 35, kejadian aneh yang berlaku ke atas bayi itu dikesan mula berlaku pada 14 Februari lalu.

“Ketika itu saya sedang menggendongnya dan melihat dia mengeluarkan air liur dan terperanjat apabila ia mengeras seperti kristal,” katanya kepada Kompas.com.

Melihat keanehan yang berlaku ke atas anaknya itu, Leni bersama suaminya membawa anak mereka itu ke klinik tetapi pihak klinik tidak dapat memutuskan jenis penyakit yang dihidapi bayi tersebut.

“Kalau kristal itu diambil, dia akan menangis. Saya terpaksa memantaunya selalu kerana takut kristal itu ditelannya. Namun, setakat ini dia tidak pernah mahu menelannya dan hanya dibuat main,” ujar Leni.