Melihat Seluar Dalam Paris Hilton Ketika Sedang Membuat Konsert

on Tuesday, April 30, 2013

Untuk meningkatkan populalriti yang semakin surut, biasanya seorang bintang mencipta sebuah sensasi. Sensasi yang dilakukan oleh seorang bintang biasanya akan menjadi ladang subur bagi para wartawan untuk mendulang berita. Lihatlah sepak terajang para selebriti, yang paling banyak bikin kerenah dialah yang akan banyak mendapatkan populariti. Rupanya keadaan tersebut sangat di fahami oleh para Selebriti baik selebritis disini maupun luar negeri, sehingga ada khabar angin yang mengatakan kalau nak terkenal ya harus bikin masalah.

Seperti yang dilakukan oleh Paris Hilton beberapa tahun yang lalu ini, entah sengaja atau tidak seluar dalam yang dikenakannya terexpose oleh beberapa orang wartawan ketika dia sedang menggelar sebuah konsert. Gambar-gambar panasnyapun segera tersebar kemana-mana, orang yang sudah melupakan Paris Hilton akhirnya ingat kembali dengan aksinya tersebut.





                                    




 

                                Download Video Seks Paris Hilton Di Sini






 

Ingin Tahu Suasana Kota Iblis di China ??

Tahukah anda, ternyata di negeri China, terdapat sebuah kota bernama Xinjian. Di bandar ini, terdapat daerah terbengkalai yang disebut 'Moguicheng' atau bandar iblis (Devils 'Town). Di sana ada beberapa istana / istana kuno yang misteri.

Showdown 2013 Audition happening this 11th May! click HERE

[Terkini] Berita paling BEST untuk Tweeps di mobile!.. Lihat Di SiNi

Masyarakat setempat menyebutnya Moguicheng yang artinya bandar Iblis. Moguicheng, yang merupakan padang pasir terletak di Wilayah Xinjian. Daerah ini merupakan daerah terbengkalai, tidak ada satupun orang yang bermukim di situ.

Disebut sebagai kota iblis kerana bandar ini menyimpan sejumlah misteri. Jika kita berjalan pada hari yang cerah ke arah istana ditemani tiupan angin sepoi.

Nescaya kita akan mendengar alunan melodi yang menyerupai dentingan loceng ataupun dawai-dawai gitar yang dipetik dengan lembut.

Namun ketika badai datang, pasir yang berterbangan membuat langit seketika menjadi gelap. Alunan melodi itu akan berubah menjadi suara auman harimau, jerit tangis bayi, suara haiwan yang sedang disembelih, jeritan wanita tenat dan pada akhirnya semua akan berubah menjadi suara teriakan, tangis, dan kemarahan.

Sampai saat ini, fenomena tersebut tetap menjadi sebuah misteri. Tidak ada yang menguak misteri apa sebenarnya yang menyebabkan terdengarnya suara yang demikian.

Mitos mengatakan, mereka adalah suara yang berasal dari segerombolan hantu. Wow ...., sungguh menyeramkan!

Menjadikan Diri Sebagai Tukang Atau Ahli Sihir.

gambar hiasan
7. MENJADIKAN DIRI SEBAGAI TUKANG ATAU AHLI SIHIR

Cara untuk menjadi Tukang atau Ahli Sihir

Untuk menjadi Tukang atau Ahli Sihir atau lebih dikenali sebagai Tok Bomoh oleh Masyarakat Melayu, adalah melalui berbagai cara dan jalannya. Iaitu :-

1.         Melalui warisan, iaitu turun-temurun dari nenek moyangnya atau saka-baka, di mana ilmu ini telah dipelajari oleh datuk-nenek atau keturunannya terlebih dahulu atau pernah atau telah menjadi Ahli Sihir ( Tok Bomoh ). Lalu setelah mereka meninggal dunia, dengan secara tidak langsung ilmu itu akan mengalir terus ke dalam badan anak-cucu mereka pula.

2.         Mereka telah didatangi oleh Jin-Jin yang menyerupai rupa datuk-neneknya dalam mimpi dan memberitahunya supaya membaca ayat-ayat, jampi-jampi atau mentera-mentera tertentu. Kemudian diamalkannya ayat-ayat itu lalu datanglah Jin-Jin sebagai Khadamnya untuk memberi pertolongan.

3.         Melalui bacaan :- Wirid, ayat-ayat, jampi-serapah atau doa-doa tertentu yang diamalkannya.

4.         Melalui amalan-amalan dari seni mempertahakan diri iaitu Pencak Silat ataupun Kuda Kepang yang dipelajari atau ditunututnya.

5.         Melalui pertapaan - tidak kiralah di dalam hutan, gunung-ganang, gua, perigi buta, kubur dan sebagainya sehingga dikunjungi Jin-Jin yang berhasrat bagi menghasilkan hajatnya.

6.         Meniru tanpa berguru – samada dari Tok Guru atau Ahli Sihir lalu atau melihat cara orang lain membuat perubatan lalu mencubanya.

7.         Melalui Berguru yang memelihara Jin-Jin, lalu diajarkan dan diamalkannya melalui kitab-kitab tertentu atau secara bersendirian.


PERALATAN TUKANG ATAU AHLI SIHIR

Peralatan Pemujaan oleh Tukang atau Ahli Sihir

Peralatan yang sering digunakan untuk pemujaan Jin dikalangan Masyarakat Melayu ialah seperti brikut :-

1. Pemujaan Kubur

Adalah sebahagian dari amalan yang diamalkan oleh Ahli Sihir. Mereka percaya penghuni kubur itu boleh membantunya untuk menghasilkan hajat yang diperlukannya. Terutama sekali penghuni kubur itu sendiri adalah seorang Ahli Sihir. Diharapkan dapat diberikan pertolongan atau kekuasaan dan ilmu kebatinan.

Sambil itu semasa pemujaan, ada jamuan yang disediakan seperti ayam panggang, pulut kunyit, bertih, pisang emas dan sebagainya, yang dikatakan mereka untuk menjamu Jin tetapi pada hakikatnya mereka telah tertipu dengan permainan Jin yang ingin menyesatkan mereka.

2. Keris, Lembing dan Limau

Memang telah dikaitkan dalam Masyarakat Melayu sebagai senjata seni mempertahanan diri, kekuatan, kemegahan dan lambang kemashuran. Pada Ahli Sihir keris tersebut harus dimandikan dengan limau dan diasapkan dengan kemenyan serta dibalut dengan kain kuning atau hitam.

Pemujaan keris ini selalunya dibuat pada malam jumaat dituruti dengan mantera dan jampi tertentu. Pada Ahli Sihir pemujaan itu dapat memberikan kekuatan keris tersebut, supaya penjaga keris itu tidak mengganggu mereka malah dapat membantu mereka.

3. Ancak

Diperbuat daripada buluh yang agak sama dengan sangkak. Ada juga Ancak yang diperbuat dari pada daun pisang yang diisi dengan pulut kuning bertih, ketupat dan sebagainya. Ancak juga digunakan untuk jamuan Jin keturunan atau Jin penjaga kampong. Yang dikatakan dapat menjaga kampong dan anak-anak kampong.

4. Sanggu

Atau sampan selalunya diperbuat daripada upih pinang atau seludang kelapa. Upih atau seludang yang digunakan mestilah yang jatuh dari pokok dalam keadaan tercacak pada pangkal pokok yang mesti di ambil pada waktu senja. Waktu membuat sanggu pula mestilah pada waktu tengah malam, mengadap ke arah matahari naik dan hendaklah di asap dengan kemenyan dan di baca mentera atau jampi tertentu.

Tujuan pemujaan Jin ini adalah untuk memuja Jin keturunan atau saka. Perkakas dan alat untuk jamuan Jin yang di isi di dalam sanggu ini ialah, antaranya pulut kuning, ayam panggang, bertih, beras kunyit dan sireh pinang. Di tengah-tengah sanggu itu dipacakkan layar, lilin di letakkan di hujung dan di belakang sanggu. Kemudian sanggu tersebut di layarkan sebagai jamuan bagi Jin-Jin keturunannya.

5. Sangkak

Diperbuat daripada buluh dengan mengikut syarat-syarat tertentu. Di atasnya diletakkan seekor ayam panggang yang telah mengikut syarat-syarat tertentu ataupun pulut kuning dan bertih sebagai jamuan Jin yang dihajatinya, samada Jin keturunannya atau Jin penjaga kampung supaya jangan menggangu keluarga atau kampong mereka. Kemenyan dibakar sebagai bauan wangi yang sangat di sukai oleh Jin yang juga menjadi syarat utama untuk memanggil Jin tersebut.

Ada dua cara menguna dan meletakkan sangkak ini. Jika sangkak tersebut di buat untuk keselamatan keluarga maka ianya dibuat dan diletakkan di dalam rumah dengan di ikuti oleh majlis tahlil dan sebagainya. Jika sangkak tersebut di buat untuk menjaga kampung pula maka ianya di letakkan di tepi hutan atau di pinggir kampung dengan bacaan mentera dan jampi serapah tertentu dan kadang-kadang di sembelih pula seekor kambing atau kerbau.

6. Pemujaan Tanduk Kerbau

Sering dijadikan bahan pemujaan yang mempercayai akan kuasa yang ada padanya. Selalunya digunakan dalam majlis-majlis tertentu seperti pertabalan pangkat atau meraikan sesuatu majlis. Pemujaan tanduk kerbau ini digunakan sebagai alat pemujaan untuk menyeru Jin dan sebagai makanan atau jamuan kepada Jin. Tujuannya supaya Jin itu tidak menggangu kampung atau anak cucu mereka.

Biasanya tanduk tersebut diletakkan di tempat yang tertentu yang di atasnya di nyalakan lilin. Kain warna kuning atau merah di mahkotakan di bahagian kepala, sementara di sekelilingnya dihidangkan dengan kuih muih, pulut kuning, bubur merah dan lain-lain lagi. Ahli Sihir akan memulakan upacara dengan membaca mentera atau jampi serapah untuk memanggil Jin berkenaan. Jika Jin itu datang, ia akan memasuki tubuh ahli sihir dan akan mengatakan sesuatu sesuatu atau memberi nasihat atau amaran kepada mereka.

Kesimpulannya pemujaan-pemujaan seperti berikut adalah amat bertentangan dengan agama Islam. Ia adalah semata-mata perbuatan Khurafat yang mesti kita jauhi untuk kebahagian hidup kita di dunia dan akhirat. Keselamatan, kesihatan dan rezeki semua telah di tentukan oleh Allah s.w.t dan bukannya bersebab dari upacara pemujaan tersebut. Hanya orang-orang yang sesat sahaja yang masih percaya kepada kuasa-kuasa pemujaan dan perkara-perkara Khurafat tersebut lah yang memberi sebab kepada keselamatan, kesihatan dan keselamatan mereka.

PERINGATAN !!! Pemujaan di atas ini hanya untuk dijadikan sempadan, tidak harus dipraktikkan !!!..... subhanallah.

Kesombongan Iblis.


gambar hiasan
Peperangan antara manusia dengan syaitan telah menjadi sejarah yang cukup lama, di mulai sejak penolakan iblis terhadap perintah Allah untuk bersujud kepada Nabi Adam A.S. Allah berfirman, ertinya : "Apakah yang menghalangimu untuk bersujud ( kepada Adam ) diwaktu Aku menyuruhmu?. Menjawab iblis : "Saya lebih baik daripadanya, Engkau ciptakan aku dari api sedang dia Engkau ciptakan dari tanah." ( Al-A'raf : 12 )

Iblis - semoga laknat Allah atasnya - sangat faham bahwa Allah adalah Rabb Yang Maha Pencipta, Maha Pemilik, Maha Pemberi Rezeki dan Maha Pengatur, tiada sesuatupun yang terjadi kecuali atas izin dan ketetapanNya, akan tetapi dia tidak mentaati Allah.

Maka balasan yang adil atas keberanian iblis dalam menentang perintah Allah sebagaimana disebutkan dalam firman Allah, ertinya : "Allah berfirman :Turunlah kamu dari Syurga itu; kerana kamu tidak sepatutnya menyombongkan diri di dalamnya, maka keluarlah, sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang hina." ( Al-A'raf : 13 )

Pengetahuan dan keyakinan iblis terhadap wujud dan sifat-sifat Allah tidaklah bermanfaat dan juga siapa saja yang mengedepankan logika daripada perintah Allah sehingga ia bisa dengan leluasa menerima atau menolaknya atau berhukum dengan perintah Allah tetapi menolak keputusan Allah. Dalam hal ini maka ilmu dan kepercayaan tentang Allah tidaklah bermanfaat. Jadi iblis dinyatakan kafir dengan disertai ilmu dan kepercayaan yang sangat cukup.

Iblis telah terusir dari Syurga dan rahmat Allah sehingga berhak mendapatkan laknat dan tergolong dari makhluk yang hina selama-lamanya. Tetapi memang dasar iblis keparat tidak mahu melupakan Adam A.S. yang telah menjadi penyebab ia terusir dan terkutuk, sehingga ia tidak mahu tinggal diam tanpa balas dendam dan dendamnya itu dilampiaskan sesuai dengan tabiat jahatnya sebisa mungkin.

Allah berfirman, ertinya : "Iblis menjawab : Beri tangguhlah aku sampai waktu mereka dibangkitkan. Allah berfirman : Sesungguhnya kamu termasuk mereka yang diberi tangguh. Iblis menjawab : Kerana Engkau menghukum aku tersesat, aku benar-benar akan ( menghalang-halang ) mereka dari jalan Engkau yang lurus kemudian aku akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakan mereka, dari kanan dan dari kiri mereka dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakkan mereka bersyukur ( taat )." ( Al-A'raf : 14-17 )

Keinginan iblis yang sangat kuat dan jahat untuk menyesatkan anak Adam menyingkap tabiat jahat iblis. Dia adalah makhluk yang benar-benar jahat bukan sifat yang hanya bersifat sementara, dia makhluk yang murni jahat, pembangkang, keparat dan terkutuk. Sehingga iblis menjadi makhluk terlaknat dan terkutuk serta memiliki sifat sombong dan jahat dan Allah memberikan kesempatan hidup yang sangat panjang. Terlaknat dan terkutuknya iblis di keranakan maksiat dan sombong kepada Allah yang menjadikan ia makhluk terhina padahal sebelumnya ia termasuk makhluk yang terhormat. Kerana penolakannya terhadap perintah Allah untuk sujud kepada Nabi Adam A.S. mengakibatkan dia terusir dan terkutuk dari rahmat Allah.

SUMPAH IBLIS UNTUK SELALU MENGGODA KETURUNAN ADAM

Kerana sebab itu iblis bersumpah dan berjanji untuk menyesatkan anak-anak Adam dari jalan Allah yang lurus dan menutup rapat jalan bagi setiap orang yang ingis melintasinya. Dan menutup rapat semua jalan menuju keimanan dan ketaatan yang bisa mendatangkan redha Allah. Dan dia tidak akan berhenti menggoda setiap manusia dari seluruh penjuru untuk menghalangi mereka dari keimanan dan ketaatan. Allah menjawab ikrar iblis dengan firmanNya, ertinya : "Allah berfirman : Keluarlah kamu dari Syurga itu sebagai orang yang terhina lagi terusir. Sesungguhnya barangsiapa diantara mereka mengikuti kamu, benar-benar Aku akan mengisi Neraka Jahanam dengan kamu semuanya." ( Al-A'raf : 18 )

Dalam hal ini Allah memberi kesempatan bagi iblis dan pengikutnya untuk menysatkan dan Allah juga memberi kepada anak-anak Adam kesempatan memilih sebagai ujian dan cobaan dan semua itu berdasarkan kehendak Allah, iblis dijadikan makhluk yang memiliki keistimewaan tertentu.

Tetapi Allah tidak membiarkan kita bertempur tanpa petunjuk serta senjata untuk melawan kejahatan iblis. Al-Quran dan Sunnah Nabi S.A.W. sangat cukup sebagai petunjuk dan senjata untuk berlaga dalam pertempuran. Allahu a'lam bish-shawab. ( Maraji' terjemahan "Perendam Makar Setan", karangan Syeikh Jamal Ash-Shawali terbitan Darul Haq, Ighatsatul lahfan, karya Ibnu Qayyim dan Tablis Iblis, karya Ibnul Jauzy )

KISAH SYAITAN BERTEMU RASULLULLAH SAW

1.         Dari Abu Darda' ra, ia berkata : Rasullullah SAW berdiri melakukan solat kemudian kami mendengarnya mengucapkan : "Aku berlindung kepada Allah darimu", kemudian bersabda : "Aku laknati kamu dengan laknat Allah" seraya membuka tangannya tiga kali seolah-olah memegang sesuatu. Ketika selesai solat, kami bertanya, wahai Rasulullah kami mendengarmu mengucapkan sesuatu di dalam solat, kami belum pernah mendengarmu mengucapkannya sebelumnya dan kami melihat kamu membuka tangan?. Nabi SAW menjawab : "Sesungguhnya musuh Allah, iblis, datang membawa obor dari api untuk diletakkan diwajahku, lalu aku mengucapkan "Aku berlindung dari Allah" tiga kali, kemudian aku katakan "Aku melaknatimu dengan laknat Allah yang sempurna" tetapi tidak mundur sampai tiga kali kemudian aku ingin mencuba menangkapnya. Demi Allah kalau bukan kerana doa saudara kita Sulaiman nescaya dia sudah terikat dijadikan mainan oleh anak-anak penduduk Madinah".

2.         Dari Abu At Tayah, ia berkata : Aku berkata kepada Abdur Rahman bin Khanbasy At Tamimi, ia seorang yang sudah tua : "Engkau pernah berjumpa Rasulullah SAW?." Ia menjawab : "Ya. Aku bertanya : "Bagaimana beliau berbuat pada malam diserang oleh Jin dan Syaitan?". Ia berkata : "Sesungguhnya syaitan mendatangi Rasulullah SAW malam itu dari berbagai lembah dan lorong, diantara mereka adalah syaitan yang membawa obor api di tangannya ingin membakar wajah Rasulullah SAW. Kemudian Jibril turun kepadanya seraya berkata : "Wahai Muhammad, ucapkan". Nabi SAW bertanya : "Apa yang harus aku ucapkan?" Jibril berkata : Ucapkanlah :


"Aku berlindung dengan kalimat Allah yang sempurna dari kejahatan apa yang Dia ciptakan, dari kejahatan apa yang turun dari langit, dari kejahatan yang naik kepadanya, dari kejahatan fitnah siang dan malam, dan dari setiap kejahatan yang datang di malam hari kecuali yang datang dengan membawa kebaikan, wahai Yang Maha Rahman."

Ia berkata : kemudian padam api mereka dan Allah mengalah kan mereka.



Gangguan Jin

gambar hiasan
Tanda-Tanda Gangguan Pada Waktu Tidur

1. Sangat susah tidur pada waktu malam, kalaupun dapat tidur sudah lama bersusah payah.
2. Rasa cemas dan sering terbangun pada waktu malam.
3. Mimpi yang buruk atau mimpi melihat sesuatu yang menakutkan serta ingin memekik untuk meminta pertolongan akan tetapi tidak sanggup.
4. Mimpi yang sangat menyeramkan.
5. Mimpi melihat berbagai macam binatang seperti melihat kuching, anjing, unta, ular, singa, serigala atau tikus.
6. Gigi geraham yang berbunyi pada waktu tidur.
7. Tertawa, menangis atau memekik pada waktu tidur.
8. Berperasaan sedih pada saat tidur.
9. Berdiri serta berjalan ketika tidur tanpa sedar.
10. Mimpi seolah-olah akan jatuh dari tempat yang tinggi.
11. Mimpi sedang berada di kuburan, ditempat pembuangan sampah atau tempat yang            mengerikan.
12. Bermimpi melihat orang sangat aneh, seperti sangat tinggi, sangat pendek atau sangat hitam.
13. Bermimpi melihat hantu.

Tanda-Tanda Pada Waktu Sedar Atau Jaga

1.         Kepala selalu pusing, yang tidak disebabkan oleh penyakit pada dua mata, telinga,             hidung, gigi, tekak atau perut.
2.         Selalu lupa dari zikir Allah, solat dan ketaatan lainnya.

3.         Fikiran yang kacau / Selalu lesu dan malas / Saraf yang tersumbat.

4.         Rasa sakit pada salah satu anggota badan sedangkan doktor perubatan tidak sanggup        mengubatinya.

Macam-Macam Gangguan Jin

1. Gangguan sepenuhnya, iaitu jin mengganggu seluruh badan seperti orang yang mengalami berbagai macam saraf yang tersumbat.
2. Gangguan tidak secara keseluruhan, iaitu jin mengganggu salah satu dari anggota badan, seperti tangan, kaki atau lidah.
3. Gangguan yang berterusan, iaitu jin terus berada dalam tubuh seseorang sehingga memakan waktu yang sangat lama.
4. Gangguan seketika, iaitu tidak lebih dari beberapa detik seperti seseorang yang mengalami mimpi buruk.

Diantara Penyebab Gangguan jin

1. Jin lelaki kadangkala jatuh cinta kepada orang perempuan dan kadangkala jin perempuan jatuh cinta kepada orang lelaki.
2. Kerana kezaliman manusia terhadap mereka, seperti menumpahkan air panas atau menimpakan sesuatu barang dari tempat yang tinggi.
3. Kezaliman yang dilakukan oleh makhluk jin kepada manusia tanpa sesuatu sebab tertentu. Yang berhubungan dengan prekara ini jin tidak akan dapat menganggu manusia kecuali manusia itu dalam keadaan : Sangat marah, Sangat takut, Sangat lalai dan Mempunyai nafsu syahwat yang tinggi.

Sebab & Cara Jin Masuk Ke Tubuh Manusia

Kadang-kadang terjadinya gangguan jin kepada manusia adalah dikeranakan syahwat, hawa nafsu dan mabuk cinta, keadaan ini sama seperti yang dialami manusia. Ada pula kadangkala manusia dan jin melakukan perkahwinan serta mempunyai anak. Perkara yang demikian banyak terjadi dan banyak pula ulama' yang membicarakannya.

Berlakunya perkara tersebut adalah disebabkan kebencian atau pembalasan oleh kerana ia disakiti sebahagian manusia, atau makhluk jin ini menyangka bahawa sebahagian manusia sengaja menyakitinya dengan cara mengencingi mereka, menumpahkan air panas, atau membunuh mereka, padahal manusia tidak mengetahuinya. Dikalangan makhluk jin juga ada yang bodoh, ada yang zalim, sehingga mereka menjatuhkan hukuman dengan cara yang tidak patut, keadaan ini sebagaimana juga yang kita jumpai dalam kehidupan manusia yang bodoh.

Jika keadaan tersebut terjadi, perbuatan yang demikian itu adalah merupakan perbuatan yang keji dan dilarang oleh Allah SWT. Justeru itu perkara ini haruslah dijelaskan kepada jin tersebut dengan mengatakan bahawa perbuatan mereka itu dalah perbuatan keji yang diharamkan. Penjelasan seperti ini perlu dijelaskan kepada mereka supaya mereka tahu bahawa pada diri mereka akan berlaku hukuman Allah dan Rasul-Nya yang diutus kepada semua makhluk manusia dan makhluk jin.

Kepada mereka juga harus dijelaskan, bahawa manusia tersebut tidak mengetahui dan tidak sengaja menyakiti mereka sehingga tidak patut untuk dihukum. Jika mereka melakukan hal itu di rumah atau di kerajaan mereka maka mereka dibolehkan atau bebas bertindak.

Sedangkan mereka tidak mempunyai hak untuk tinggal di tempat kediaman manusia tanpa izin dari mereka, mereka hanya berhak tinggal di tempat-tempat kosong yang bukan menjadi tempat tinggal manusia.

Cara-Cara Masuknya Jin Ke Dalam Tubuh Manusia

Jin adalah sejenis makhluk berwujud udara sedangkan manusia memiliki lubang bulu roma, kerana itulah dia dapat masuk ke dalam tubuh manusia dari bahagian manapun juga. Makhluk jin diciptakan dari zat yang sejenis udara sebagaimana firman Allah : Ertinya,"Dan Allah menciptakan jin dari api yang menyala". ( Ar-Rahman: 15 ) Dalam hal ini Ibn Abbas berkata: Iaitu dari hujung nyalanya api, sedangkan hujung nyalanya api adalah merupakan udara panas yang keluar dari api.

Ketika jin masuk ke dalam tubuh manusia, makhluk ini langsung menuju ke otak, melalui otak ini dia dapat mempengaruhi bahagian mana saja yang dia sukai dari tubuh manusia. Para doktor perubatan telah mengkaji dan membuktikan bahawa orang yang terkena penyakit kerasukan jin memiliki gelombang otak yang sangat halus dan sangat aneh yang ada di dalam otaknya. Ditambah lagi dengan keterangan dari orang yang ahli tentang cara pengubatan orang yang kerasukan jin, bahawa jin itu memberitahunya bahawa mereka berada di otak manusia.

Perlindungan

Perlindungan Terhadap Gangguan

1. Sentiasa berzikir dan bertaqarrub kepada Allah dengan memperbanyakkan istighfar. Ini adalah kerana apabila seseorang semakin bertambah dekat dengan Allah maka syaitan akan semakin menjauinya.
2. Mengucapkan "Bismillah" pada setiap kesempatan, iaitu ketika :-

Hendak melompat dari tempat yang tinggi.

Terjumpa sesuatu di atas tanah.

Memasuki tempat yang menakutkan seperti tempat yang gelap, sunyi dan kosong.

Berzikir kepada Allah pada waktu-waktu tertentu. Seperti pada waktu pagi, petang ataupun pada waktu makan.

- Tidak membunuh ular yang bersada di dalam rumah kecuali telah memohon kepada Allah agar ia keluar dari rumah.

- Tidak mendengar nyanyian ataupun seruling yang dapat mengundang syaitan dan menimbulkan perbuatan zina. Yakni, nyanyian yang dapat merangsang nafsu seseorang.

- Tidak memandang wanita dengan penuh nafsu dan juga tidak berdua-duaan dangan wanita yang bukan muhrimnya.

- Jangan tinggal di rumah kosong yang sudah lama tidak dihuni orang, di kawasan perkuburan dan tempat-tempat kotor lainnya. 

- Jangan menunaikan solat sewaktu matahari terbit dan terbenam.

- Jangan membuang air kecil merata-rata atau di lubang binatang.

Jangan sekali-kali menyeksa dan menyakiti anjing atau kucing.

- Hindarkan dari melakukan perbuatan maksiat. Perbuatan maksiat itu adalah senjata ampuh bagi syaitan.

Jenis-Jenis Sihir ( Dalam Masyarakat Melayu )

gambar hiasan
Sihir Dalam Masyarakat Melayu

Dalam masyarakat melayu memang terkenal mengenai Ilmu Sihir. Ilmu Sihir ini selalu dikaitkan dengan Bomoh dan Dukun. Ia sering dirujuk dalam masyarakat kita sebagai perbuatan orang atau kemasukan syaitan.

Bahan yang sering digunakan oleh tukang sihir di kalangan masyarakat Melayu bergantung kepada keperluan tukang sihir itu sendiri. Lazimnya air sihir, keris, darah, telur, jarum dan patung merupakan bahan yang popular digunakan di kalangan bomoh atau tukang sihir Melayu. Di samping itu ia turut dibantu beberapa jenis jin atau hantu bagi tercapainya apa yang diminta. Antara jin atau hantu tersebut dikenali sebagai berikut :-

Hantu Bungkus : Mempunyai kuasa dan boleh meresap dalam tubuh manusia,

Langsuir : Perempuan yang mati ketika melahirkan anak, boleh digunakan bagi tujuan mengganggu,

Polong : Bagi menghisap darah mangsa

Jembalang : Tukang sihir akan membuat perjanjian dengan jembalang sebagai pengawal apabila sesuatu tapak atau kawasan diganggu oleh orang lain.

Kesemua ini diperolehi tukang sihir sama ada secara warisan keturunan nenek moyang kita atau dipelajari oleh seorang guru sihir. Dalam hubungan ini syaitanlah yang memainkankan peranan yang paling besar.


Jenis-Jenis Sihir

Patung

Tukang sihir akan menggunakan bahan-bahan yang didapati daripada tubuh badan mangsa seperti rambut, kuku dan sebagainya yang kemudian diikat pada patung. Seterusnya patung itu dicucuk dengan jarum. Pada masa yang sama jampi mantera dibaca oleh tukang sihir tersebut dan dipercayai mangsa akan berasa sakit dan boleh membawa maut.

Santau
Nama ini sudah begitu popular di kalangan masyarakat Melayu. Santau merupakan bahan campuran antara kaca yang ditumbuk halus dan ia akan dimasukkan ke dalam makanan atau minuman mangsa dengan membaca ayat-ayat tertentu oleh tukang sihir.

Telur Layang
Tukang sihir akan mengambil sebiji telur yang telah dijampi yang lalu dibalut dengan kain kuning. Kemudian sebatang jarum akan dicucuk ke dalam telur tersebut sambil jampi mantera dibaca. Akibatnya mangsa akan berasa sakit serta boleh membawa maut.

Tangkal Dan Azimat
Tukang sihir akan menulis ayat azimat dengan lidi daun pokok kabong berserta dakwat merah yang dicampur dengan bedak za'faran dan air ros. Dakwat merah tersebut ialah darah seseorang yang telah mati dibunuh dengan kejam atau darah ayam jantan. Kemudian tangkal atau azimat tadi diperasap dengan kemenyan yang dilakukan pada malam jumaat atau malam khamis yang ditujukan kepada mangsanya.

Sihir Pembenci Dan Kasih Sayang
Sihir pembenci bertujuan memisahkan sepasang kekasih atau suami-isteri. Manakala sihir kasih-sayang boleh dilakukan oleh tukang sihir dengan menulis ayat-ayat jampi di atas kertas kemudian dibakar dan habuknya dimasukkan ke dalam minuman yang disertakan dengan jampi tiga kali sambil menyebut nama orang yang dihajati.


JENIS-JENIS SIHIR - ( Cara Mengatasinya )

Cara Mengatasi Gejala Sihir

Apabila telah disahkan seseorang itu terkena sihir samada dari segi fizikal, mental atau spiritual, maka dalam dalam konsep Islam, tiap-tiap yang bermasalah ada penyelesaiannya. Tiap-tiap penyakit ada penawarnya. Islam telah membuat beberapa peraturan untuk mengatasi penyakit disebabkan sihir. Terutamanya setelah kita melihat fakta yang jelas bahawa Nabi Muhammad s.a.w. pernah terkena sihir dalam kisah yang terkenal dengan Labid bin A'sam. Peristiwa ini berlaku untuk memberitahu kita bahawa terdapat ayat Al-Qur'an yang dinamakan Al-Mu'awwizat, iaitu beramal bersungguh-sungguh dan yakin dengan ayat-ayat itu sehingga ia menjadi penawar.

Begitu juga dengan ayat Kursi dan memang dari kaedahnya ayat tersebut adalah pengubat dan penyembur sihir. Malah Nabi Muhammad s.a.w. telah menyebut secara terperinci bahawa sihir itu boleh diubati dengan membaca enam ayat pertama surah Al-Baqarah, tiga ayat daripada surah Al-Baqarah iaitu ayat 255, 256 dan 257 dan tiga ayat terakhir daripada surah tersebut. Ayat-ayat ini hendaklah diamalkan dengan penuh yakin bahawa Allah S.W.T. boleh menyembuhkan sihir.

Ayat-ayat tersebut adalah seperti berikut :-

1.         Surah Al-Baqarah 2 : 1-6
2.         Surah Al-Baqarah 2 : 255-257
3.         Surah Al-Baqarah 2 : 284-286


Saka ( Keturunan )

Saka adalah jin yang telah berada dalam tubuh manusia yang sudah sekian lama hingga sudah menjadi sebati dengan manusia itu. Ini berlaku samada seseorang itu tahu atau tidak, kerana ia datang dari keturunan kita. Kemungkinan ilmu ini telah dipelajari oleh nenek-moyang kita terdahulu. Dan diturunkan kepada kita tanpa diketahui atau jin itu sendiri yang memilih untuk mendampingi keturunannya yang dia kehendaki.

Dari itu memang sukar menghalau jin di dalam tubuh seseorang yang telah dianggap saka. Ia tetap akan kembali lagi ke tubuh tuannya itu walaupun sudah beberapa kali diberi amaran atau bersumpah di atas nama Allah s.w.t. bahawa ia tidak akan datang lagi.

Namun begitu, dibawah ini ada cara yang boleh mengeluarkan saka dalam tubuh seseorang itu, tetapi ia memakan masa yang lama mungkin makan bulan malah tahun.

Caranya ialah ambil tempat (tumbler) berisi air, lalu bacakanlah air tersebut dengan surah-surah dibawah ini. Ia dilakukan diwaktu sesudah mendirikan solat subuh.

1.         Surah Al-Fatihah ( Ayat 1-7 )
2.         Surah Al-Baqarah ( Ayat 255 )
3.         Surah Al-Insyirah ( 1-8 )

Air ini digunakan sebagai minuman harian. Apabila kamu minum air yang dibacakan ayat-ayat Al Qur'an ia akan menjadi darah daging kamu. Lakukanlah pada tiap-tiap hari, jangan mudah jemu, sudah dikatakan proses ini memakan masa yang lama.

Dengan izin Allah...... Jin (saka) yang berada di dalam tubuh kamu akan merasakan kepanasan lalu terbakarlah dia dengan azab Allah s.w.t. Insya Allah....

Setelah kamu minum air tersebut berterusan, kamu dapat merasakan seluruh anggota kamu akan menjadi pija (panas) terutama di bahagian tengkuk, kerana disitulah tempat duduknya jin tersebut. Ini menunjukkan, usaha anda telah berhasil. Itu petanda Allah s.w.t. telah mengazabkan jin di dalam tubuh kamu itu. Itulah kemujarabannya.

Mengenali Sihir ( Pengertian )

gambar hiasan
Pengertian Sihir

Sihir tergolong dalam kejahatan yang tidak dikehendaki Allah s.w.t. Wujudnya ia di dunia ini sebagai ujian dan cubaan, walaupun tidak diredhaiNya. Allah s.w.t. melarang manusia melakukannya. Definasi ringkas ialah, "Suatu perbuatan yang dilakukan dengan syarat-syarat yang tertentu, dibawah keadaan dan persiapan-persiapan yang aneh dengan cara-cara yang misterius." Terdapat perbezaan yang tipis antara sihir dengan mukjizat.

Mukjizat mengubah sesuatu hakikat ( realiti ) dengan percubaan yang betul-betul terjadi, dan mukjizat inilah yang menjadi rahsia masuk Islamnya para penyihir Fir'aun.

Punca Wujud Ilmu Sihir

Sihir telah wujud pada zaman para Nabi. Penggunanya secara berleluasa dapat dilihat pada zaman Nabi Musa a.s. ketika mana Firaun dan pengikutnya telah mencabar kerasulan Nabi Musa a.s. Ketika inilah tukang-tukang sihir telah menggunakan ilmu yang telah dimiliki untuk mencabar mukjizat Nabi Musa a.s.

Memiliki ilmu sihir menyebabkan seseorang itu akan kelihatan hebat dan berani kerana keyakinan individu terhadap keistimewaan ilmu sihir. Kadang-kadang manusia yang mengamalkannya boleh menggunakan untuk tujuan kejahatan seperti mengenakan sihir kepada orang lain atau membalas demdam kepada seseorang individu.

Bagaimana Ahli Sihir Mendekatkan Diri Kepada Jin

Untuk mendekatkan diri kepada Jin atau Syaitan, para ahli sihir ini ada yang menjadikan Al-Qur'an ( Mushaf ) sebagai alas kaki untuk masuk ke tandas. Ada juga yang menulis sebahagian ayat Al-Qur'an dengan menggunakan kotoran dan najis atau menulisnya dengan darah haid. Ada pula juga yang menulisnya di tapak kaki atau menulis surah Al-Fatihah secara songsang.

Menunaikan solat tanpa berwudhuk atau tetap dalam keadaan junub. Menyembelih binatang untuk dipersembahkan kepada jin / syaitan dan menyembelihnya dengan tidak menyebut nama Allah kemudian melemparkannya ke suatu sudut yang telah ditentukan oleh jin / syaitan.

Terdapat juga pengamal sihir yang menggauli ibu atau anak perempuannya. Menulis jampi-serapah dengan lafaz yang mengandungi kekafiran.

Dari sini jelaslah bahawa jin / syaitan tidak akan membantu untuk menjadi khadamnya kecuali dengan satu imbalan atau balasan.

Semakin besar kekafirannya itu makin besarlah ketaatan jin / syaitan terhadapnya. Jika si ahli sihir tidak mahu melaksanakan kekafiran-kekafiran yang diperintahkan jin / syaitan tersebut maka ia juga tidak akan bersedia menjadi khadamnya.

Sesungguhnya bahwa mereka berdua adalah dua sejoli yang bertemu dalam rangka maksiat kepada Allah. Jika diperhatikan pada wajah ahli sihir itu maka akan kelihatan kegelapan disebabkan oleh kekafirannya.

Seseorang yang menjadi ahli sihir akan menjalani kehidupan yang penuh dengan sesengsaraan jiwa.

Dia tidak dapat tidur dengan tenang, bahkan senantiasa merasa cemas setiap kali tidur di samping memikirkan syaitan-syaitan itu sering menyakiti anak-anak dan isterinya dan menimbulkan pertengkaran di kalangan mereka.

MENGENALI SIHIR - ( Perjanjian )

Perjanjian Ahli Sihir Dengan Jin

Di bawah ini adalah surat perjanjian yang diperkatakan antara "seorang ahli sihir dengan wakil syaitan" yang bernama Asmodeus dan tulisan yang terdapat di surat itu adalah tulisan manusia, tetapi copnya ialah Cop Jin.

Tetapi sebenarnya Jin tersebut telah mempermainkan manusia. Cop yang tertera di surat ini bukan cop perwakilan Iblis, bahkan juga bukan cop 'Ifrit, jenis Jin yang paling perkasa.

Ia merupakan cop milik Jin jahat biasa.


Di bawah ini pula surat perjanjian yang diperkatakan antara "Syaitan dengan O'Ryan Greenfield" seorang ahli sihir dari barat.

Sebenarnya surat itu ialah perjanjian otentik antara seorang penyihir dengan empat Jin yang tanda tangan mereka tertera jelas, yang kemudian diperkuat oleh cop 'Ifrit.

Cara-Cara Ahli Sihir Memanggil Jin

Cara Pertama   - Thariqotul Iqsam - Bersumpah atas Nama Jin atau Syaitan.
Cara Kedua     - Thariqatuz Zabhi - Penyembelihan Binatang.
Cara Ketiga     - Thariqah Sufliyah - Melakukan Kenistaan.
Cara Keempat - Thariqatun Najasah - Menulis Ayat-Ayat Al Qur'an dengan Najis.
Cara Kelima    - Thariqatut Tankis - Menulis Ayat-Ayat Al Qur'an secara Songsang.
Cara Keenam  - Thariqatun Tanjim - Menyembah Binatang.
Cara Ketujuh   - Thariqatul Kaffi - Melihat melalui Tapak Tangan.
Cara Kelapan  - Thariqatul Atsar - Menggunakan benda Bekas Pakai.