Posted byTerbaikLaHon
Saturday, May 11, 2013at12:57 PM
Bulan Mei ini rasanya ada 2 hari yang akan disambut oleh kita rakyat Malaysia.Hari Ibu danHari Guru.ada lagi tak event lain?Kalau ada tolong ingatkan saya Apa hukum sambut hari ibu?Mari kita tanya Ustaz Azhar Idrus
Tarikh Hari Ibu ialah pada 12 Mei setiap tahun
Video Hukum Sambut Hari Ibu dan Tarian Poco-poco
So haram?Tengok juga petikan dari Wikipedia :
“In the Roman Catholic Church, the holiday is strongly associated with reverencing the Virgin Mary.[26] In many Catholic homes, families have a special shrine devoted to the Blessed Virgin Mary. In many Eastern Catholic and Eastern Orthodox Churches, a special prayer service is held in honor of"
Tingkat paling bawah adalah antara tingkat yang patut anda jauhi — terutamanya jika ia jauh dari lobi. Jika anda tidak dapat mengelak, minta agar diberi bilik yang pintunya menghadap kawasan dalaman hotel, dan bukannya menghadap jalan raya atau tempat letak kereta.
Ini kerana tingkat bawah merupakan sasaran mudah bagi mereka yang ingin memecah masuk ke bilik hotel anda.
Jauhi juga bilik-bilik di tingkat 6 dan ke atas kerana jika terjadi kebakaran besar, anda mungkin gagal diselamatkan. Ini kerana kebanyakan tangga bomba hanya boleh mencapai ke tingkat 5 atau 6 sahaja.
Bilik paling ideal adalah yang di tingkat 3 atau tingkat 4. Jika terjadi kebakaran, anda mudah diselamatkan. Bilik di sini juga tidak sepantas untuk di akses oleh penjenayah seperti di tingkat lebih rendah.
Syarikat-syarikat antarabangsa yang telah berpengalaman dengan krisis jenayah kebanyakannya mempunyai kontrak khas dengan hotel agar memberikan bilik di tingkat-tingkat ini untuk staff mereka.
2. Bawa Sendal Pintu
Alat keselamatan yang murah, ringan dan boleh dibeli di mana-mana.
Benda mudah ini mungkin menjadi sebab anda selamat — tidak kiralah jika anda menginap di hotel 5 bintang atau hotel murah yang dibina di dalam bangunan rumah kedai.
Secanggih manapun sistem keselamatan hotel anda, ia boleh dipecah masuk tanpa meninggalkan kesan. Pilihan terbaik anda ialah gunakan dead-bolt di pintu bersama sendal pintu yang anda bawa sendiri dari rumah.
Setiap kali anda berada di bilik, selitkan sendal getah ini di bawah pintu bilik. Alat kecil dan murah ini akan menjadi penghalang terakhir jika penjenayah berjaya mematahkan semua sistem keselamatan yang dipasang di pintu bilik hotel.
Benda terakhir yang anda mahu terjadi ialah penjenayah memasuki bilik anda sewaktu anda sedang tidur.
3. Biarkan Televisyen dan Lampu Terpasang
Membazir? Mungkin tidak. Membiarkan televisyen dan lampu terpasang apabila anda keluar memberi tanggapan kepada penjenayah yang anda masih berada di dalam bilik.
Jika anda perlukan khidmat housekeeping sewaktu di luar, biarkan lampu dan televisyen terpasang, dan letakkan notis “Jangan Ganggu” atau “Do Not Disturb” di tombol pintu. Sebelum keluar, telefon ke lobi dan beritahu mereka yang bilik anda boleh dibersihkan seperti biasa.
Ya, banyak hotel kini memerlukan keycard bilik diletakkan ke dalam slot kuasa di tepi pintu untuk memastikan sumber elektrik bilik anda terus terpasang. Jadi minta 2 kad bilik sewaktu anda mendaftar dan katakan ianya untuk teman sebilik yang mungkin datang kemudian.
Alternatif kedua ialah dengan menggunakan apa-apa kad lain yang sama saiz (seperti kad lama yang tidak diguna lagi) untuk dimasukkan ke slot itu (Nota: Helah ini mungkin berjaya untuk hotel dengan sistem lama sahaja).
4. Waspada dengan Kamera Tersembunyi
Pengesan kamera tersembunyi ini mungkin dapat menyelamatkan karier orang-orang politik di Malaysia
Sesiapa sahaja boleh menjadi sasaran kamera tersembunyi. Anda tidak perlu menjadi artis popular atau ahli politik — kerana sesiapa saja boleh menyorokkan kamera tersembunyi di bilik anda.
Sedar-sedar, rakaman di bilik hotel anda sudahpun ditonton rakan sekerja dan jutaan penonton di Youtube.
Kamera pengintip yang dahulunya hanya digunapakai oleh pihak berkuasa kini mudah dibeli di laman web dengan harga di bawah RM 100. Yang menakutkan ialah, kerana saiznya yang semakin kecil, kamera ini boleh disembunyikan di dalam lampu meja, kotak tisu, soket elektrik, pengesan asap, sehinggalah kepada objek kecil seperti pen.
Jika anda tidak mahu diri anda dirakam sewaktu di dalam bilik hotel, anda boleh membeli pengesan kamera tersembunyi yang ada di pasaran. Bergantung kepada jenis pengesan anda boleh mendapatkannya dengan kos di bawah harga RM 150.
5. Tips Untuk Barang Berharga
Sewaktu di bilik, pastikan barangan berharga seperti passport, wang atau dokumen penting tidak ditinggalkan. Tetapi jika anda terpaksa meninggalkannya, simpan atau sorok barangan anda. Antara caranya ialah menggunakan pita pelekat dan melekatkan dokumen itu di bawah laci meja atau tempat tersorok lainnya.
Pastikan juga laptop di simpan atau dikunci menggunakan kabel keselamatan jika anda meninggalkannya di bilik.
Jika anda mahu menyimpan barangan anda di peti besi bilik, uji peti besi itu terlebih dahulu. Ini kerana pihak hotel yang cuai kerap membiarkannya dengan password masterkey asal peti iaitu 000000. Untuk sesetengah hotel, dengan hanya menekan nombor tersebut, anda boleh menyebabkan pintu besi itu terbuka.
Jika ini terjadi, letakkan saja barangan anda di peti besi kaunter tetamu (untuk 3 bintang ke atas). Jika anda menghuni hotel bajet, anda perlu mencari alternatif lain.
Yang paling senang — jangan bawa barangan kesayangan anda sewaktu cuti.
6. Kenali Hotel Anda
Selepas check-in, ambil masa untuk cari tangga kecemasan. Jika terjadi kebakaran, anda tahu di mana tempat menyelamatkan diri.
Ambil juga beberapa minit untuk membiasakan diri anda dengan sistem telefon di bilik anda. Pastikan ianya berfungsi supaya anda dapat terus membuat panggilan kecemasan bila perlu.
Jika kunjungan kali pertama anda ke tempat letak kereta menakutkan anda (banyak hotel mempunyai tempat letak kereta yang gelap dan sunyi), gunakan valet parking. Ia mungkin agak mahal, tetapi ia lebih selamat, terutamanya jika anda seorang wanita dengan kereta mewah.
Jika terjadi sebarang kecurian, buat laporan polis kerana sesetengah barangan berharga yang dibeli dengan kad kredit mungkin dilindungi insuran.
7. Anda Wanita? Tips Tambahan
Pengembara wanita yang berseorangan lebih digemari oleh penjenayah
Jika anda menginap bersendirian, anda kena lebih berhati-hati kerana anda merupakan sasaran kegemaran penjenayah. Ini kerana kaum wanita kerap membawa barang kemas berharga, lebih mudah dilemahkan, dan menjadi bonus untuk penjenayah yang mempunyai motif seks.
Pastikan sewaktu anda diberi kunci bilik, tetamu lain tidak tahu akan nombor bilik anda. Sewaktu menaiki lif, pastikan juga anda tidak bersendirian dengan tetamu lelaki lain. Jika anda diserang di dalam lif, tekan semua butang lif agar lif berhenti dan terbuka di setiap tingkat.
Jika anda ada sebarang urusan peribadi, buat urusan di kawasan orang ramai seperti di lobi atau di restoran di luar hotel. Kebanyakan kes jenayah bunuh di hotel selalunya terjadi akibat pertengkaran yang tidak terkawal di dalam bilik.
Percutian bersama keluarga atau kerja di luar kawasan yang menyebabkan anda terpaksa menginap di hotel mungkin memenatkan. Tetapi apapun situasi anda, jaga keselamatan diri.
Kerapkali tetamu yang tidak diundang mungkin staff housekeeping yang mahu membersihkan bilik. Tetapi pada masa yang sama, bilik anda juga mungkin diintai penjenayah tegar yang baru keluar 3 bulan dari penjara.
Jangan ambil ringan keselamatan di bilik hotel. Anda tidak mahu diri anda pula menjadi tajuk utama akhbar dengan tajuk — Pembunuhan Ngeri di Bilik Hotel.
Jom share artikel penting ini dengan rakan-rakan dan orang-orang yang anda sayang. SUMBER
Gempar! Pembaca Berita Kena Pecat Serta Merta | Bukan mudah sebenarnya bergelar seorang pembaca berita. Biarpun kerjaya pembaca berita itu mampu menempa populariti, namun ia tidaklah semudah yang disangka. Ada satu kisah di mana seorang lelaki berasa saat gembira tatkala diterima bekerja sebagai pembaca berita. Namun, nasibnya tidak menyebelahi dirinya apabila hanya mampu bergelar pembaca berita dalam tempoh sehari sahaja. Mengapa jadi begitu?
North Dakota -Seorang pembaca berita yang baru bekerja sehari rela dipecat. Hal itu berlaku ketika dia telah mengeluarkan kata-kata yang tak harus dikeluarkan ketika siaran berita sudah bermula.
Pembaca berita dari stesen televisyen KFYR, A.J Clemente tidak menyangka bahawa hari pertama dia bekerja turut menjadi hari terakhirnya bekerja.
Dia melontarkan kata-kata kesat seperti f***, S*** ketika slot berita sudah bermula secara live dan mikrofon telah pun menyala. Kata-kata kesat yang dilontarkannya adalah untuk mengurangkan rasa gugup semasa hari pertamanya.
Akibat kata-kata yang dilontarkan Clemente, stesen televisyen KFYR telah mengambil langkah untuk memecat pembaca berita yang baru bekerja kurang dari 24 jam itu.
Seperti diberitakan Daily Mail, Selasa (23/4/2013), Clemente menulis permohonan maaf pada akaun Twitternya dan bersetuju dengan keputusan KFYR TV yang telah memecatnya.
“Sayangnya KFYR TV telah memutuskan untuk membiarkan saya pergi. Saya minta maaf pada semua. Terima kasih kepada semua orang yang telah memberikan saya kesempatan dan juga atas segala dorongan,” tulis Clemente pada akaun Twitternya.
Kesalahan yang dilakukan oleh Clemente ini telah menjadi perbincangan hangat di kalangan semua orang, bahkan menjadi bahan ketawa di Internet. SUMBER
Hai saya Sharifah Sakinah. saya hack telefon Anzalna sebab nak populariti yang tinggi. hari ini saya pakai lipstik merah, spender merah dan bra merah. tak sabar nak tunggu orang kutuk.
SHAH ALAM 10 Mei - Bedah siasat ke atas Nur Amyliana Shuhada Mohd. Noor mendapati, kanak-kanak berusia 11 tahun itu mati akibat lemas (asphyxia death).
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Senior Asisten Komisioner Mohamad Md. Yusop berkata, peralatan seperti tuala atau bantal mungkin digunakan oleh suspek untuk melemaskan mangsa. Menurutnya, doktor turut mengesahkan tiada kesan kecederaan ditemui pada anggota badan tetapi berdasarkan kesan pendarahan di kemaluannya, mangsa telah dirogol sebelum dibunuh. Dalam pada itu, polis yakin penangkapan dua suspek lelaki semalam mampu membantu siasatan kes rogol dan pembunuhan kejam itu. Katanya, setakat ini, hanya dua suspek berusia 19 dan 24 tahun dari Sabah itu sahaja yang ditahan. “Polis masih menjalankan siasatan termasuk meneliti rakaman CCTV (kamera litar tertutup) yang diletakkan di hadapan rumah kedai didiami mangsa. “Bagaimanapun, rakaman itu tidak jelas dan setakat ini juga tiada tangkapan baru dibuat," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini. Mayat Nur Amyliana Shuhada yang dibunuh selepas dirogol dijumpai di tempat letak kereta Lorong Batu Nilam 1E, Bukit Tinggi di sini kira-kira 200 meter dari rumahnya, kelmarin. Sementara itu, kakak kedua mangsa, Nur Hidayah Tun Erni, 16, berkata, jenazah adiknya selamat dikebumikan pada pukul 11 malam tadi selepas selesai proses bedah siasat. “Sejurus proses bedah siasat selesai, kami membawa jenazah adik ke rumah sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang dekat sini malam tadi," katanya ketika dihubungi. Dalam pada itu, Pengerusi Yayasan Kebajikan Negara, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang melawat keluarga mangsa hari ini, memohon polis mempercepat siasatan supaya penjenayah terlibat dapat dihukum. Menurut beliau, hanya manusia berhati binatang yang sanggup melakukan perbuatan kejam seperti itu untuk memuaskan nafsu. “Kita minta polis menyiasat perkara ini dengan rapi dan jika benar kedua-dua suspek yang ditahan melakukan perbuatan ini, mereka perlu dijatuhkan hukuman yang setimpal. “ Penjenayah itu tidak boleh dibiarkan terlepas kerana ia boleh menyebabkan jenayah meningkat dan mengancam masyarakat terutama wanita dan kanak-kanak. “Ibu mangsa juga akan minta saya usahakan supaya siasatan kes anak ketiganya ini disegerakan kerana bimbang jika penjenayah dibiarkan mereka mungkin akan melakukan perkara sama terhadap kanak-kanak lain," katanya. Dalam pada itu, Shahrizat yang juga Ketua Wanita Barisan Nasional (BN) menasihati ibu bapa agar lebih berhati-hati kerana beliau dimaklumkan kawasan tersebut agak gelap pada waktu petang dan malam.-utusan
KEJAM!!! GADIS MELAYU 11 TAHUNDIROGOL DAN DIBUNUH DI KLANG-Klang: “Sayu hati saya melihat keadaannya yang terbaring kaku dalam keadaan mata kanan terbuka dan mulut berbuih,” kata R Kalaranjini, 19, saksi yang menemui mayat kanak-kanak berusia 11 tahun di tempat letak kereta di Lorong Batu Nilam 1E, Bukit Tinggi, di sini, malam kelmarin
Mangsa, Nur Amyliana Shuhada Mohd Noor dipercayai mati kurang 24 jam sebelum mayatnya ditemui jam 10.30malam dan polis percaya kanak-kanak itu menjadi mangsa jenayah seksual berdasarkan kewujudan kesan darah pada kemaluannya.
Kalaranjini berkata, dia lalu di lokasi kejadian untuk ke sebuah restoran bagi membeli nasi lemak dan terkejut sebaik melihat mangsaterbaring di kawasan yang kebiasaannya menjadi tempat parkir bas kilang.
Menurutnya, keadaan kawasan itu yang terletak 200 meter dari rumah mangsa agak terlindung serta gelap kerana tiada lampu jalan.
ACHA tidak dapat menahan kesedihan mengenang nasib anak perempuannya.
“Pada mulanya saya menyangka budak itu tidur, tapi mula curiga apabila dia langsung tidak memberi maklum balas apabila saya memanggilnya. Saya kemudian meminta seorang lelaki yang melalui kawasan itu menghubungi polis,” katanya.
Kalaranjini berkata, polis dan ambulans tiba di tempat kejadian tidak lama kemudian dan selepas pemeriksaan, mangsa disahkan sudah meninggal dunia.
Posted byTerbaikLaHon
Friday, May 10, 2013at9:41 PM
KUALA LUMPUR – Seorang wanita hidup dalam ketakutan selepas menerima ugutan bunuh orang ramai apabila fotonya dipercayai digunakan ‘cybertrooper’ dari negara jiran yang memalsukan akaun laman Facebook (FB) mencerca bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang kini dirawat di hospital di Pulau Pinang seterusnya membangkitkan kemarahan orang ramai. Foto Nor Amalina Nawi, 24, bersama temannya dimuat naik pada 13 Ogos 2012 dan dijadikan foto paparan utama FB didaftarkan dengan nama Lynn Rosmizan yang mencerca Azizan dengan kata-kata kesat selain banyak memaparkan bahan tulisan, foto dan video mengutuk pemimpin dan parti pembangkang dipercayai bertujuan mencetuskan kemarahan masyarakat dan melaga-lagakan penyokong kerajaan dan pembangkang.
Terdapat dua laman FB disyaki palsu menggunakan nama Lynn Rosmizan dengan kedua-duanya menggunakan foto Nor Amalina sebagai gambar profil didaftarkan di Singapura iaitu di Pasir Ris dan Woodlands pada Ogos dan Disember lalu.
Bagaimanapun, cubaan mengakses laman FB Lynn Rosmizan yang didaftarkan di Pasir Ris itu malam tadi gagal selepas dipercayai sudah dipadamkan pemiliknya. Sebuah lagi akaun FB Lynn Rosmizan yang tidak membicarakan hal politik dan didaftar di Woodlands pada 13 Disember 2012 masih wujud. Nor Amalina berkata, dia dimaklumkan rakannya, kelmarin melalui satu pesanan ringkas memberitahu namanya kini sedang hangat diperkatakan di laman FB itu.
“Saya terus membuka Facebook dinyatakan dan terkejut gambar digunakan itu adalah saya bersama kawan lelaki saya, tapi ia menggunakan nama individu lain.
“Facebook itu menerima kecaman hebat daripada lebih 700 pengguna (kini lebih 1,000 komentar) yang rata-ratanya tidak berpuas hati dan mengugut mahu membunuh sekiranya dapat mengesan saya,” katanya.