Ngeri! Lelaki Kerat Kepala Ibu Kandung (Kejam!)

on Sunday, May 12, 2013


relevan

Ngeri! Lelaki Kerat Kepala Ibu Kandung (Kejam!)| Memang sungguh kejam apabila seorang lelaki ini dipercayai bertindak kejam membunuh ibunya. Tidak cukup itu lagi, diamengerat tubuh ibunya. Bagi kita ia merupakan satu tindakan jenayah yang tidak berperikemanusiaan. Bukankah ibu itu patut disayangi dan dihormati bukan seperti apa yang berlaku sekarang ini. Kejadian bunuh seperti ini dianggap seperti satu permainan pula pada zaman ini. Semoga kita dielakkan daripada perkara sedemikian.

New York: Foto mengerikan menunjukkan seorang lelaki dari Bronx yang dituduh membunuh dan mengerat tubuh ibunya sambil tersenyum dan mempamerkan kepala si mati didedahkan di akhbar semalam.
Bahsid McLean, 23, bergaya di depan cermin bilik air memegang kepala ibunya, Tanya Byrd yang masih berlumuran darah, seperti trofi, dan menggunakan telefon bimbitnya untuk mengambil gambar mengerikan itu sebagai kenang-kenangan.

Gambar itu disiarkan akhbar New York Post, semalam. McLean dituduh membunuh Tanya, 45, selepas satu pertengkaran di mana si ibu memberitahu anak lelakinya itu agar menjadi matang dan berpindah keluar dari apartmen mereka. Menurut polis, foto mengejutkan itu hanya satu daripada beberapa imej yang ditemui dalam telefon bimbit McLean. Polis berkata, selepas McLean menikam ibunya, dia mengerat tubuh mangsa dengan gergaji.

Dia dan rakannya kemudian memasukkan bahagian tubuh mangsa ke dalam tiga beg sampah, sesetengahnya dizip dalam bagasi dan dibuang sekurang-kurangnya di empat lokasi di Morrisania.

McLean yang tampil di mahkamah Jumaat lalu untuk menghadapi pertuduhan, mendakwa dia tidak melakukan apa-apa kesalahan.

Dengan memakai beg plastik sampah berwarna hitam ke mahkamah kerana kerap terkencing, dia ditahan bagi mengelak membunuh diri selepas serangan mengerikan terhadap ibunya awal minggu lalu. Lelaki menghidap sakit mental itu memberitahu hakim dia cuba membantu ibunya yang sakit.

Ketika kemunculan di mahkamah, McLean melakukan beberapa aksi ganas dan dia ditahan tanpa ikat jamin.
“Dia benar-beanr sakit,” kata sumber polis kepada New York Post.

“Ia tindakan yang menakutkan. Lelaki terbabit memang betul-betul sakit mental kerana melakukan perbuatan kejam itu.” Gambar mengerikan itu ditemui polis dalam telefon bimbitnya dan pengakuan awalnya mendorong kepada tuduhan membunuh Rabu lalu.

Bayi Lahir Dengan Kaki Kambing Dan Tiada Leher.


Kejadian aneh apabila bayi lahir dengan kaki kambing dan tiada tengkuk tersiar dari berita terbaru dari Jigawa,utara barat Nigeria di mana seorang wanita didakwa telah melahirkan makhluk dibawah – bayi tanpa leher jelas dan dengan kaki kambingnya.

Menurut sumber cerita ini, wanita itu dikatakan telah mengeluh nasib beliau kerana ini adalah kali keempat dia melahirkan makhluk aneh seperti ini.

Ini mungkin musim kelahiran pelik dan kejadian yang sangat misteri dan saintifik, kita tidak mempunyai penjelasan bagi kejadian ini.

Bayi Masih Hidup Walaupun Dihanyutkan Oleh Banjir.

 
Ceritanya bermula daripada bencana banjir besar yang terjadi di Bangladesh yang telah menggelamkan seorang wanita hamil yang hampir melahirkan anak. Wanita tersebut telah dihanyutkan oleh air banjir dan terkubur di dalam tompokan lumpur.





Difahamkan, selepas beberapa hari pencarian, suatu keajaiban terjadi di mana perempuan hamil yang telah mati dan terkubur dalam lumpur tu, telah melahirkan bayinya yang menyembul di atas permukaan lumpur tanpa diketahui atas bantuan siapa. Bayi tersebut selamat walaupun sempat beberapa hari berada di dalam rahim ibunya yang sudah mati di dalam lumpur (Maha Suci Allah). Berikut merupakan gambar-gambar bayi tersebut semasa dijumpai.

Kebesaran Allah S.W.T. - Dahan Pokok Membentuk Kalimah Allah.


Mungkin pandangan mata kita atau secara kebetulan agaknya tetapi apa yang benar ialah dahan pokok di sebuah masjid iaitu di Masjid Sungai Masin, Batang Kali, Selangor berbentuk Kalimah Allah.


Wahai orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan yang menyampaikan kamu kepada-Nya (kepada Allah), dan berjihadlah pada jalan-Nya (jalan Allah), semoga kamu memperolehi kejayaan - Al -Maidah ( 5-35 )

Apakah kamu tidak mengetahui bahawa kepunyaan Allah kekuasaan di langit dan di bumi. Dia (Allah) menyeksa sesiapa yang Dia (Allah) kehendaki dan Dia (Allah) mengampunkan sesiapa yang Dia (Allah) kehendaki. Dan Allah atas segala sesuatu adalah al-Qadir (Maha Kuasa) - Al-Maidah ( 5-40 )

Kuasa Allah S.W.T., Lelaki Sembuh Daripada Bisu Dan Pekak Selepas Minum Air Zam-Zam.

Kerana segelas air zam-zam, seorang lelaki warga Somalia boleh bercakap dan mendengar selepas 20 tahun menjadi bisu dan pekak.

Ali Abdul Rahman Asy-Syarif, 42, mengaku selepas meneguk segelas air zam-zam sewaktu menunaikan rukun haji dia boleh bercakap dan mendengar.

As-Syarif yang mengalami kecederaan teruk dibahagian kepala dalam perang saudara di Somalia, menjadikan dia bisu dan pekak.

Walaupun pernah menjalani pemeriksaan dan rawatan di hospital sebelum ini, keadaan As-Syarif masih tidak berubah.

Beberapa orang doktor yang terkejut melihat perubahan itu menyifatkan ia satu keajaiban yang jarang dialami oleh orang lain.

As-Syarif yang kini tinggal bersama keluarganya di England mengakui ia satu keajaiban dan anugerah dari Allah.

Katanya, selepas minum air zam-zam, dia boleh bercakap malah terkejut apabila boleh mendengar azan dari Masjidilharam ketika berada di Mekah.

"Saya bersyukur kepada Allah kerana memberikan peluang bercakap dan mendengar semula. Ini satu keajaiban yang menakjubkan", ujarnya.

Sewaktu berada di England, kata As-Syarif, seorang doktor pernah berkata keadaan bisu dan pekak yang saya alami sukar dipulihkan.

"Saya disahkan bisu dan pekak sepanjang hayat. Keadaan ini menyebabkan saya rasa sedih dan akur dengan kenyataan itu".

Katanya keajaiban itu bermula apabila dia bangun subuh untuk menunaikan solat subuh. Selepas meneguk air zam-zam dia terdengar bunyi azan subuh dari Masjidilharam.

Terlalu gembira, dia segera memberitahu perkara itu kepada isterinya dan sekali lagi terkejut apabila dia sudah boleh bersuara.

Inilah janji Allah .Bahawasanya air zam-zam itu adalah raja segala air dan ubat segala penyakit kecuali mati dan tua.Marilah kita mengamalkan untuk minum air zam-zam jika kita berpeluang kerana anda pasti akan merasa keajaiban air tersebut.

Emma Maembong Nafi Rampas Kekasih Uqasha Senrose

emma_uqasha
Emma Maembong

Kalau baca seimbas lalu tajuk yang disiarkan akhbar hari ini memang akan terfikir yang Emma Maembong telah merampas Pekin Ibrahim dari tangan Uqasha Senrose. Drama sungguh kalau ianya benar.



Hujung minggu lalu, gossip timbul mengatakan yang Emma Maembong dan Uqasha Senrose kini tidak bertegur sapa gara gara Emma yang di katakan telah merampas kekasih Uqasha sebelum ini, Ally.

Selain tidak tahu bagaimana kisah tersebut boleh tiba tiba timbul, Emma Ma’embong berkata kepada Kosmo! hari ini yang dakwaan tersebut tidak benar sama sekali. Berikut penjelasan beliau.


“Saya berkenalan dengan lelaki itu (dikenali dengan nama Ally) selepas Uqasha dan Ally berpisah selama empat bulan”

“Apabila saya mendapat tahu yang Ally pernah bercinta dengan Uqasha, saya memberikan peluang kepada Ally untuk kembali kepada Uqasha tetapi dia sendiri yang pilih saya”

“Saya tidak pasti kenapa Ally dan Uqasha putus cinta,” jelas Emma lagi.


uqasha_emma
Uqasha Senrose


Impian besar Agnes




Impian Agnes Monica, 26, untuk melebarkan sayap ke peringkat antarabangsa sudah lama digembar-gembur.



Namun, semuanya tinggal tanda tanya. Baik daripada pihak Agnes sendiri, impian yang berkemungkinan besar bakal menjadi kenyataan itu terus dibiar tergantung tanpa sebarang pengesahan nyata.

Di laman sosial miliknya seperti di Twitter mahupun di Instagram, penyanyi lagu Matahari ini terus membuatkan peminat tersayangnya yang menggelarkan diri mereka NIC (NEZindaClub Official) jadi teruja dan tertunggu-tunggu mengenai buah tangan terbarunya yang difahamkan diberi judul Carried sekitar Jun ini.

Malah tarikh album itu bakal dipasarkan juga terus mencipta spekulasi.

Tak kurang juga yang menulis komen berseloroh di Twitter iaitu peminat penyanyi Timbaland sendiri mengenai tarikh kemunculan album Agnes. Tetapi pada akhirnya komen itu dianggap hanya sekadar gurauan April Fool.
Tetapi ironinya kini, Agnes yang sedang berada di Los Angeles, Amerika Syarikat sedang sibuk menyiapkan ‘sesuatu’ seperti yang diharapkan penggemar muziknya. Beberapa komen di laman Twitternya jelas membayangkan apa yang diperkatakan itu.