Video: Pemandu Kereta Disamun Dekat Solaris, Mont Kiara

on Monday, May 13, 2013


JENAYAH boleh berlaku secara tiba-tiba dan tidak diduga.
Video di bawah dikongsi oleh seorang pengguna Facebook mengenai satu kejadian samun bermotorsikal berhampiran kawasan Solaris, Mont Kiara, Kuala Lumpur.
Kejadian tersebut berlaku baru-baru ini ketika jam menunjukkan pukul 12.05 minit tengah malam.
Lihat pada minit ke 1:26, sebuah motorsikal yang dinaiki dua lelaki tidak dikenali tiba-tiba menghimpit sebuah kereta sebelum berkali-kali cuba memecahkan cermin di bahagian tempat duduk hadapan.
Kejadian berlaku dekat lampu isyarat.
Nasib baik pemandunya cepat-cepat mengalihkan kenderaannya.
Tidak diketahui sama ada pelaku dapat melarikan barang berharga di dalam kereta tersebut atau tidak.
Yang pasti, kejadian yang berlaku dalam tempoh 15 saat ini boleh juga berlaku pada kita.
Justeru, elakkan meletakkan barangan berharga seperti telefon bimbit, gajet, beg tangan atau apa saja yang mengundang perhatian penjenayah. SUMBER

Aksi Seksi Lana Nordin dan Stephanie Liah


00
Saksikanlah aksi mereka berdua yang digemparkan oleh blogger pihak sebelah sana…jangan sampai anda buat AKSI sudah!! Hahaha
Rasanya gambar ini dimuat turun oleh Stephanie sendiri untuk peminatnya untuk telemovie “NOKTAH CINTA ” yang dibuat di Sarawak….

Sebenarnya Saya Pondan – Syarifah Sakinah


Apa kena la dengan Mak Cik sorang ni.Lepas insiden pakai b*a merah kini ada lagi video “keek” darinya yang berbunyi “sebenarnya saya pondan”

Mungkin Syarifah Sakinah mengalami kebosanan yang agak tinggi,jadi bagi mengisi masa lapang,beliau telah membuat sesuatu yang melawakkan
Video Syarifah Sakinah


United Menang 2-1 Keatas Swansea City..Hadiah Istimewa Ferdinand Untuk Fergie Di "Theatre of Dreams"


MANCHESTER, - Sebuah penghormatan besar diperolehi Sir Alex Ferguson di Old Trafford, Minggu (12/5/2013). Untuk terakhir kalinya, Ferguson melatih Manchester United di depan puluhan ribu penonton. Perlawanan terakhir bagi Ferguson itu dimenangi MU 2-1 Swansea City.

Sebelum perlawanan bermula, seluruh orang yang berada di stadium memberikan penghormatan khusus kepada pengurus Sir Alex Ferguson. Perlawanan ini menjadi perlawanan terakhir Ferguson melatih MU di Old Trafford, tempat yang akrab dengannya selama 26 tahun terakhir.

Bendera berwarna merah dengan tulisan "Champions 20 | 13" berkibar. Poster-poster kesedihan kehilangan seorang tokoh pengurus 71 tahun itu dan juga rasa terima kasih atas prestasi yang telah diberikan, menghiasi arena "Theatre of Dreams".


Lima minit perlawanan berjalan, MU langsung mengancam. Umpan Robin van Persie diterima Javier "Chicharito" Hernandez yang kemudian melepaskan tendangan kaki kiri dari jarak dekat. Namun, tendangan Chicharito hanya menggegarkan palang gawang.

Sepanjang babak pertama, MU mendominasi perlawanan. Namun, beberapa peluang yang dicipta selalu gagal berkesudahan gol.


Pada akhirnya, Chicharito memecah kebuntuan tuan rumah. Dengan lincah, Chicharito menyelinap masuk ke depan gawang Swansea dan melepaskan tendangan mendatar yang menggetarkan jaring lawan. MU menutup babak pertama dengan keunggulan 1-0.

Memasuki babak kedua, Swansea giliran memegang penuh kawalan serangan. Malahan, pada minit ke-49, The Swans mampu menyamakan kedudukan melalui penyerang utamanya, Michu. Umpan silang dari sebelah kanan disambar Michu lewat tendangan yang menembus pertahanan David de Gea.

Pada minit ke-66, awam Old Trafford terakhir kali melihat penampilan Paul Scholes di sana. Scholes dikeluarkan untuk digantikan Anderson. Itu menjadi perjalanan akhir Scholes bersama MU. Scholes telah mengutarakan janji bersara selamanya dari rumput hijau akhir musim ini.

Tiga minit jelang pertandingan berakhir, Rio Ferdinand memberikan kemenangan terakhir kepada Ferguson di Old Trafford. Bola penjuru Van Persie diteruskan Ferdinand dengan tendangan voli yang mengoyakkan keras jaring Swansea City. MU pun membalut kemenangan 2-1 atas Swansea pada perlawanan terakhir di old traford Ferguson.

Gemukpun Salah...... Kuruspun Salah.

macam ni diaorang cakap kurus, yerke?.......... 

London: Seorang lelaki yang diiktiraf orang paling gemuk di dunia menunjukkan kepada umum mengapa kejayaannya menurunkan berat badan tidak begitu bermakna untuk dirinya.

Pernah memiliki tubuh seberat 444.5 kilogram (kg), Paul Mason berjaya mengurangkan 292.1 kilogram daripada berat badannya itu dalam tempoh tiga tahun.

Bagaimanapun, perubahan itu menyebabkan kulit badannya menggeleber teruk dan Mason, 52, memilih satu cara untuk membuktikannya - dengan berbogel tanpa perlu bimbang alat sulitnya dilihat sesiapa.

Mason, menghilangkan dua pertiga daripada berat badannya melalui pembedahan pintasan gastrik dan mengubah perutnya menjadi sebesar telur.

Kata Mason dia berbogel dengan harapan foto itu cukup untuk mengejutkan pakar perubatan dan mendorong mereka mencari jalan membantunya membuang lebihan kulit berkenaan.


“Saya mahu pakar kesihatan melihat apa yang saya alami dan mudah-mudahan mereka terfikir untuk membantu lelaki ini,” katanya.

Kos pembedahan membuang kulit berkenaan dianggarkan lebih RM275,000.

Sebelum mengalami perubahan itu, Mason pernah mengambil makanan dengan jumlah 20,000 kalori sehari - 10 kali melebihi tahap sihat.

Perubahan akhirnya berlaku apabila dia menjalani pembedahan pada 2010.

Sejak itu, dia hanya memakan empat hidangan fish and chips, dua kebab dan roti bakar untuk sajian tengah hari.

Kini berat badannya 152 kilogram dan dia ingin lebih kurus.

Mason berkata, kira-kira 50 kilogram boleh dikurangkan jika pakar bedah membuang kulit kendur itu yang mengehadkan pergerakannya dan menyebabkan kesakitan.

“Doktor peribadi saya akan menunjukkan foto bogel ini kepada pakar bedah sebagai bukti saya memerlukan pembedahan,” katanya.

Namun, impian Mason mungkin tinggal harapan.

Kata Mason, baru-baru ini dia bertemu seorang wanita yang sudah menunggu 13 tahun untuk membuang 12 kilogram kulit kendurnya.

‘Emak saya terhebat’.


Kota Bharu: Kudung kedua-dua kaki dan tangan tidak melemahkan semangat seorang wanita yang gigih menggunakan sepenuh kudrat untuk membesarkan tiga anaknya seperti ibu normal yang lain.


Zabedah Setapa, 43, dari Kampung Membatu, Ketereh yang cacat sejak lahir, selayaknya diberi penghormatan istimewa sempena Hari Ibu yang disambut di seluruh dunia, semalam.

Wanita itu hanya mampu mengengsot untuk bergerak, namun dia amat cekap melakukan pelbagai kerja rumah seperti memasak, membasuh dan menjahit.

Dia yang mengahwini lelaki normal, Badrul Hussin, 39, sejak 14 tahun lalu dikurniakan tiga anak iaitu Mohd Imran, 13, Mohd Adam, 10, dan Nor Farah, 6, dan semuanya berfizikal normal.

Zabedah berkata, dia tidak pernah berasa rendah diri dengan kekurangannya, sebaliknya begitu bersemangat menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu.

.........kalau nak tahu lebih lanjut lagi kena beli Harian Metro ler....

Kereta Pertama John Lennon Dilelong.


LONDON - Kereta pertama penyanyi kumpulan legenda The Beatles, John Lennon (gambar) iaitu sebuah Ferrari 330 GT coupe tahun 1965 akan dilelong pada acara Goodwood Festival of Speed di Chichester, England Julai depan.

Nilai lelongan kereta itu dijangka mencecah AS$337,950 (RM1 juta), kata rumah lelongan Bonhams.

Bintang pop itu membeli Ferrari berwarna biru tersebut selepas lulus ujian memandu pada awal tahun 1965 ketika kumpulan muzik popular Britain tersebut merakamkan lagu hit Ticket to Ride.

Lennon yang pada ketika itu berusia 24 tahun membeli Ferrari tersebut pada harga AS$9,984 (RM29,817). Kereta itu digunakan selama tiga tahun sebelum ia dijual.

Cat biru asal Ferrari itu dikekalkan bersama plat pendaftaran asal. Ia turut dijual bersama dokumen yang membuktikan sejarahnya dengan Lennon.

Jelas Bonhams lagi, Lennon memilih Ferrari berbanding Maserati, Aston Martin dan Jaguar E-types selepas pengedar kereta-kereta mewah tersebut pergi ke rumahnya di selatan England setelah mengetahui penyanyi itu lulus ujian memandu.