Lelaki Mimpi Ada Barang Purba Dalam Kebun.

on Saturday, May 18, 2013

Abd Samad (kanan) menunjukkan barang lama yang dijumpa di kebunnya sekitar tahun 1998, diperhatikan oleh Shamsudin.
JEMPOL – Mimpi didatangi seorang lelaki berkopiah membawa petunjuk penemuan sebuah barangan purba dipercayai berusia ratusan tahun di sebuah kebun sawit, dekat Felda Lui, di sini.

Kejadian berlaku kira-kira 15 tahun lalu, masih segar dalam ingatan pemilik kebun, Abd Samad Mahmud, 63, apabila bermimpi seseorang yang dipanggilnya sebagai Pak Sheikh memberitahu terdapat harta dalam kebunnya.

Menurut Abd Samad, pada mulanya dia tidak mengendahkan mimpi yang sering dialami sejak beberapa tahun kerana menganggap ia hanya sebagai mainan tidur.

Bagaimanapun, katanya, disebabkan kerap bermimpi perkara yang sama menyebabkan dia tertanya-tanya dan mahu tahu sama ada diperkatakan lelaki misteri dalam mimpi berkenaan benar atau sebaliknya, sebelum bertindak mencuba nasib selepas beberapa tahun bermimpi.

“Saya cuba beranikan diri mengorek di tempat yang dimaksudkan. Sebaik sahaja saya mengoreknya, saya terlihat beberapa barangan lama seperti mata wang purba, duit syiling lama, mata keris dan beberapa pinggan dipercayai diperbuat daripada tembaga, tertanam di situ.


“Tanpa berlengah lagi, saya terus membawa pulang kesemua barangan itu dan menunjukkannya kepada ahli keluarga lain,” katanya.

Abd. Samad berkata, dia tidak pernah mengamalkan sebarang amalan atau doa untuk mendapatkan mimpi seperti itu sebelum ini.

Katanya, mimpi tersebut muncul secara tiba-tiba dalam tidurnya setiap malam, selepas menunaikan solat Isyak.

“Walaupun sebelum ini saya tidak pernah mempercayai sebarang mimpi, tetapi kali ini berbeza kerana ia berhubung dengan ‘harta’ menyebabkan perasan ingin tahu itu semakin membuak-buak, saya cuba menggalinya,” katanya ketika ditemui di rumahnya dekat Felda Lui Muda, dekat sini.

Abd Samad bagaimanapun berkata, kini sudah 15 tahun berlalu dan kebanyakan barangan lama itu telah diberikan kepada individu yang berminat tanpa sebarang bayaran.

“Saya yakin, barang-barang ini adalah peninggalan zaman lama dahulu yang tidak dapat saya tafsirkan tarikh tepatnya dan mimpi itu sekadar petunjuk sahaja.

“Hanya keris, pinggan tembaga dan beberapa duit syiling purba lama sahaja yang masih saya simpan untuk dibuat kenangan, malah tidak pernah berhasrat untuk menjualnya,” katanya.

Kebun jadi tumpuan

Disebabkan kejadian unik itu, katanya, kebunnya juga menjadi tumpuan masyarakat sehingga ada yang sanggup melakukan amalan khurafat dan pemujaan di situ.

Sebab itu, katanya, dia bertindak mengawal dan tidak membenarkan sesiapa jua memasuki kawasan kebunnya yang terletak kira-kira satu kilometer dari rumahnya.

Sementara itu, bekas Imam I Masjid Ampangan, Norazman Mohamad ketika mengulas mengenai perkara itu berkata, mimpi hanya membawa dua maksud, sama ada ia memberi petanda baik atau sebaliknya.

Bagaimanapun, katanya, sesuatu itu juga boleh merosakkan akidah sekiranya dalam mimpi itu diajar perbuatan melanggari syariat Islam sehingga membawa kesesatan.

“Bagi kejadian mimpi yang dialami Abd Samad ini, ia membawa alamat yang baik memandangkan dia sendiri tidak pernah mengamalkan atau meminta untuk bermimpi sedemikian.

“Namun, dari segi pemilikan harta itu pula, dia tidak berhak untuk menyimpannya kerana itu bukan miliknya dan harus diserahkan kepada individu menguruskan harta purba tersebut,” katanya kepada Sinar Harian di sini.

Norazman berkata, sesungguhnya mimpi itu dapat ditafsirkan, namun tidak semua orang mampu menafsirkan kebenarannya.

Manakala, katanya, mimpi itu memang diakui ada dalam syariat Islam.

Yakuza (Mafia Jepun) Peluk Islam dan Menjadi Imam.

 

Difahamkan di Jepun terdapat seorang lelaki yang dikenali sebagai Shaykh Abdullah Takazawa. Lelaki ini sebenarnya merupakan seorang Imam dan dikatakan merupakan bekas Mafia atau Yakuza di Jepun. Maka beruntunglah kepada sesiapa yang menerima hidayah Allah. Menerima hidayah Allah merupakan salah satu nikmat yang tidak terhingga diberikan kepada hambaNya. Samalah juga seperti kita yang beragama Islam, dilahirkan sebagai Islam merupakan nikmat yang paling besar.


Sebelum ini dikatakan merupakan seorang artis tatu untuk Yakuza (Mafia Jepun), tetapi apabila Allah memberkati dia dengan Islam melalui dakwah saudara asing, beliau mengembara ke Arab untuk membuat Haji. Kemudian beliau telah ditawarkan biasiswa untuk menimba ilmu agama Islam di sana, di mana beliau tinggal selama beberapa tahun. Dia datang kembali untuk menjadi seorang Imam di Tokyo.


Sedikit maklumat informasi tentang penganut agama Islam di negara matahari terbit iaitu negara Jepun ni : 
  • Populasi di Jepun: 127,000,000 orang
  • Anggaran masyarakat Jepun Muslim: 10,000 orang
  • Anggaran masyarakat Jepun yang memeluk Islam (bukan untuk tujuan perkahwinan): 2 ke 300 orang
  • Jumlah imam Jepun di Jepun: 5 orang
  • Jumlah imam Jepun di Tokyo: 1 orang

Bayangkan, dalam jumlah yang sangat ramai dan umat Islam adalah golongan minoriti, seorang Yakuza telah memeluk agama Islam dan menjadi seorang Imam. Syukur alhamdulillah. Kalau dulu sebelum ini dia tidak mengenal Islam secara lebih mendalam, tetapi kini ilmunya lebih tinggi berbanding kita. Oleh kerana itulah kita tidak boleh memandang rendah, dan memandang hina terhadap orang lain. Kelak orang tersebut menjadi lebih hebat dari kita. Namun tentang Mafia Jepun itu, hanya Allah SWT sahaja yang tahu.

Menakjubkan! Manusia Paling Seimbang Di Dunia (Video).


Mengimbangi sesuatu objek bukanlah satu perkara yang mudah apatah lagi jika ia dilakukan dengan cantuman objek seperti yang ditunjukkan dalam video di atas. Apa yang anda bakal saksikan adalah wanita ini mampu mengimbangi batang kayu dalam kuantut yang banyak dalam suatu masa. Kelincahan dan sikap bersahaja menyebabkan mata para penonton tidak berkedip menyaksikan aksi hebat ini. Jom tonton video ini -  


10 Jambatan Paling Ngeri Di Dunia.

1) The Immortal Bridge (China)

Kita sedia maklum bahawa jambatan merupakan satu platform penghubung di antara dua tempat, sama ada di kawasan berpulau, mahupun di kawasan susur laluan air sungai. Pernahkah kita terfikir bahawa di dunia ini terdapat banyak jambatan yang dianggap paling ngeri dan berbahaya.

Berbahaya di sini adalah berkemungkinan ia boleh meragut nyawa kita jika merentasinya tanpa berhati-hati. Jom lihat jambatan tersebut di bawah ini.

2) The Old Bridge of Konitsa (Greece)
3) The Carrick-a-Rede Rope Bridge (Ireland)
4) Royal Gorge Bridge (Colorado)
5) Inca Rope Bridge (Inca Empire, Peru)
6) Pulau Langkawi’s Suspended Bridge (Malaysia)
7) Puente de Ojuela (Mexico)
8) Hussaini Hanging Bridge (Pakistan)
9) Vitim River Bridge (Siberia)
10) Bryce Canyon’s Natural Bridge (Utah, US)

Bagaimana Resipi Rahsia KFC Disimpan?.



Makanan Fast Food seperti KFC sememangnya amat digemari oleh semua lapisan masyarakat. Biarpun ia tidak digalakkan untuk makan selalu, restoran terkemuka dunia ini sering dipenuhi oleh pelanggan yang rata-rata datang dari pelbagai kaum. Mungkin ada di antara kita pernah tertanya-tanya apakah sebenarnya resipi yang telah KFC gunakan untuk ayamnya tersebut.


Adakah ia didedahkan kepada umum? Tidak, malah resipi untuk kini menjadi rahsia sehingga hari ini.

Tahukah anda, dalam dunia ini hanya 2 orang eskekutif KFC sahaja yang tahu resepi sebenar KFC?, mungkin anda pernah mendengar kenapa KFC tak dapat pengiktirafan ISO bagi jaminan kualiti dan mempunyai panel syariah tersendiri, rupa-rupanya KFC tak mahu rahsia gabungan 11 herba dan rempah ratusnya didedahkan.


Resipi rahsia Kolonel merupakan salah satu daripada rahsia perdagangan Louisville yang paling ketat disimpan, dengan salinan-salinan separa tersimpan di beberapa tempat yang lain sebagai sokongan. Dua pembekal perasa digunakan dan setiap mereka hanya membekalkan sebahagian resipi itu, dan mereka tidak mengetahui satu sama lain.


Presiden syarikat juga tidak tahu akan senarai bahan-bahan, dan beberapa orang yang mengetahuinya diperlukan menandatangani perjanjian kerahsiaan yang ketat. Satu analisis kimia yang diarahkan oleh pengarang William Poundstone mendedahkan sebahagian daripada bahan-bahan utama: garam, lada hitam yang kisar, tepung gandum, dan monosodium glutamat. KFC mendakwa bahawa resipi Kolonel Sander mengandungi sebelas herba dan rempah rahsia.

Pada tahun 2009, resepi ini telah kembali ke tanah lahirnya di Loisville setelah ianya pernah dipindahkan pada september tahun sebelumnya.

Col. Handers pernah berkata bahawa resepi yang dimiliki oleh beliau akan mendapat perhatian dan kawalan yang ketat suatu hari nanti. Ternyata tanggapan sang pencipta resepi ini bukanlah satu dongengan. Presiden KFC, Robert Eaton pernah berkata :-

“This recipe has amazing global importance and the reason is that you could maybe put on your hand the number of world, global trade secrets that are housed in a single packet, in a single form,”

Persoalannya macam mana rahsia resepi ini disimpan? Sekiranya anda seorang pencuri paling pro di atas muka bumi ini sekalipun, mungkin mustahil untuk anda mencurinya. Kenapa?.

“We fortified the ceiling and the floor around here with concrete bricks two feet thick,” Dietl said. “We put in motion sensors also CCTV that’s hooked up to security downstairs. They have 24/7 armed guys downstairs, so in the amount of 30 seconds you’ll have somebody up here. Once in here, you have to have two people with two keys and two different PIN numbers, and that’s what you have to have. This safe is bolted down and there is no way anybody can get in here unauthorized without us knowing about it.”

Bo Dietl, ex-NYC police detective dan pakar ditektif.

Secara ringkas, untuk mencurinya, perlu ada 2 orang dengan 2 kunci serta 2 nombor pin yang berbeza dan barulah boleh melepasi sistem kawalannya. Tetapi sebelum itu anda perlu melepasi terlebih dahulu lantai, dinding dan siling konkrit setebal 2 kaki. CCTV dan sensor beroperasi 24 jam. Tak cukup dengan itu pakar pengawal keselamatan bersenjata juga turut diupah untuk menjaga kawasan itu.

Benarkah Pencipta Kamera Adalah Orang Islam?.

 

Pada zaman sekarang, sebut sahaja kamera, sudah tentu kita akan terbayang tentang kamera jenis DSLR. Inilah yang menjadi kegilaan masyarakat sekarang. Biarpun harganya mencecah ribuan ringgit, ada yang sanggup mengikat perut semata-mata untuk memenuhi impian hobinya. Persoalannya, siapakah sebenarnya yang mencipta kamera ini? Adakah benar pencipta kamera ini sebenarnya adalah orang Islam? Jom baca artikel di bawah ini.

Akhbar terkemuka di UK, The Independent pada edisi 11 Mac 2006 pernah menyiarkan sebuah artikel yang sangat menarik bertajuk ”Bagaimana para perekacipta Muslim mengubah dunia.” Akhbar tersebut menyenaraikan sekitar 20 penemuan penting yang mampu mengubah peradaban umat manusia, salah satunya adalah penciptaan kamera obscura.

Kamera merupakan salah satu penemuan penting yang dicapai umat manusia.Melalui bidikan kamera, manusia dapat merakam dan mengabadikan pelbagai bentuk gambar mulai dari sel manusia hingga galaksi di luar angkasa. Teknologi pembuatan kamera, kini dikuasai peradaban Barat serta Jepun. Sehingga, ramai antara kita meyakini kamera berasal dari peradaban Barat.

Jauh sebelum masyarakat Barat menemukannya, prinsip-prinsip dasar pembuatan kamera telah dicetuskan seorang sarjana Muslim sekitar 1000 tahun lalu. Peletak prinsip kerja kamera itu adalah seorang saintis legenda Muslim bernama Ibnu al-Haitham. Pada akhir abad ke-10 M, al-Haitham berjaya menemui sebuah kamera obscura. Itulah salah satu karya al-Haitham yang paling monumental. Penemuan itu dilakukan al-Haithan bersama Kamaluddin al-Farisi. Kedua-duanya berjaya meneliti dan merakam fenomena kamera obscura. Penemuan itu berawal ketika kedua mereka mempelajari gerhana matahari.

Untuk mempelajari fenomena gerhana, Al-Haitham membuat lubang kecil pada dinding yang memungkinkan citra matahari semi-nyata ditumpukan melalui permukaan datar.


Kajian ilmu optik berupa kamera obscura itulah yang mendasari fungsi kamera yang ketika ini digunakan umat manusia. Mengikut kamus Webster, fenomena ini secara harfiah diertikan sebagai ”ruang gelap”. Biasanya bentuknya berupa kertas kardus dengan lubang kecil untuk masuknya cahaya. Teori yang dipecahkan Al-Haitham itu telah mengilhami penemuan film yang kemudiannya disambung-sambung dan dimainkan kepada para penonton.


“Kamera obscura pertama kali dibuat ilmuwan Muslim, Abu Ali Al-Hasan Ibnu al-Haitham, yang lahir di Basra (965-1039 M),” ungkap Nicholas J Wade dan Stanley Finger dalam karyanya berjudul The eye as an optical instrument: from camera obscura to Helmholtz’s perspective.

Dunia mengenal al-Haitham sebagai perintis di bidang optik yang terkenal melalui bukunya bertajuk Kitab al-Manazir (Buku optik). Untuk membuktikan teori-teori dalam bukunya itu, beliau menyusun Al-Bayt Al-Muzlim atau lebih dikenali dengan sebutan kamera obscura, atau kamar gelap.


Bradley Steffens dalam karyanya berjudul Ibn al-Haytham: First Scientist mengungkapkan bahawa Kitab al-Manazir merupakan buku pertama yang menjelaskan prinsip kerja kamera obscura. “Dia merupakan ilmuwan pertama yang berjaya menumpukan seluruh gambar dari luar rumah ke dalam gambar dengan kamera obscura,” papar Bradley.


Istilah kamera obscura yang ditemukan al-Haitham kemudiannya diperkenalkan di Barat sekitar abad ke-16 Masihi, iaitu sekitar 5 abad setelah penemuan kamera obscura, Cardano Geronimo (1501 -1576), yang terpengaruh pemikiran al-Haitham mulai mengganti lubang bidik lensa dengan lensa (camera).

Setelah itu, penggunaan lensa pada kamera obscura juga dilakukan Giovanni Batista della Porta (1535-1615 M). Ada pula yang menyebutkan bahawa istilah kamera obscura yang ditemukan al-Haitham pertama kali diperkenalkan di Barat oleh Joseph Kepler (1571 – 1630 M). Kepler meningkatkan fungsi kamera itu dengan menggunakan lensa negatif di belakang lensa positif, sehingga dapat memperbesar gambar (prinsip digunakan dalam dunia lensa foto jarak jauh modern).


Setelah itu, Robert Boyle (1627-1691 M), mulai menyusun kamera yang berbentuk kecil, tanpa kabel, jenisnya kotak kamera obscura pada 1665 M. Setelah 900 tahun dari penemuan al-Haitham pelat-pelat foto pertama kali digunakan secara kekal untuk menangkap gambar yang dihasilkan oleh kamera obscura. Foto kekal pertama diambil oleh Joseph Nicephore Niepce di Perancis pada 1827.


Tahun 1855, Roger Fenton menggunakan plat kaca negatif untuk mengambil gambar dari tentera Inggeris ketika Perang Crimean. Dia mengembangkan plat-plat dalam perjalanan kamar gelapnya . Tahun 1888, George Eastman mengembangkan prinsip kerja kamera obscura ciptaan al-Hitham dengan baik sekali. Eastman menciptakan kamera kodak. Sejak itulah, kamera terus berubah mengikuti perkembangan teknologi.


Peradaban dunia modern tentu sangat terhutang budi kepada ahli fizik Muslim yang lahir di Kota Basrah, Iraq. Al-Haitham selama hidupnya telah menulis lebih dari 200 karya ilmiah. Semua didedikasikannya untuk kemajuan peradaban manusia.






Mandi Di SPA Menggunakan Minyak Mentah?.


Kebiasaannya kita mendengar orang yang berkunjung ke spa akan memanjakan dirinya dengan mandian susu dan sebagainya. Tetapi penggunaan minyak, seperti agak asing bagi kita. Namun sebenarnya ia telah dilakukan pada zaman dahulu lagi. Tetapi bukan di negara kita, pada ketika itu ia amat popular di era Soviet. Apa khasiat sebenarnya mandi dengan minyak mentah ini?.



Di bandar Azerbaijan , 320 kilometer di utara-barat capital Baku, minyak mentah didapati dengan banyaknya . Semasa era Soviet, terkenal dengan mandi minyak mentah Naftalan yang digunakan untuk menarik pelancong dari seluruh Kesatuan Soviet.

Adalah dipercayai bahawa minyak mentah Naftalan mempunyai ciri-ciri perubatan dan baik untuk merawat keadaan kulit seperti ekzema dan psoriasis, mengurangkan sakit sendi dan biasanya menenangkan saraf.

Di puncak pada 1980-an, Naftalan spa mempunyai 75,000 pengunjung setahun. Ini dikurangkan apabila perang tercetus antara Azerbaijan dan etnik Armenia di berdekatan Nagorno-Karabakh pada tahun 1988, dan banyak resort telah ditukar kepada kem-kem pelarian untuk perumahan. Selepas kejatuhan Kesatuan Soviet, mandi petroleum ditutup sepenuhnya. Kini hampir dua dekad kemudian, spa minyak mentah telah mula dibuka kembali.

Sifat-sifat minyak Naftalan telah diketahui sejak zaman purba. Dalam centaury 13 AD, yang terkenal explorer Marko Polo yang melalui Azerbaijan dalam perjalanan dari Venice ke China beliau menyebut tentang minyak Naftalan yang dilihatnya sedang dimuatkan ke unta. Beliau berkata ciri-ciri terapeutik minyak dan bagaimana ia boleh merawat manusia dan haiwan yang mempunyai penyakit kulit. Penggunaan moden minyak bermula pada tahun 1870-an di bawah Czarist Rusia. By 1912, sebuah syarikat usaha saham Jerman telah ditubuhkan untuk eksport dan perdagangan minyak, yang telah digunakan sebagai rawatan dalam Perang Rusia-Jepun.