Wanita Ini Melihat Dunia Dalam Keadaan Terbalik.

on Sunday, May 19, 2013


Sekiranya surat khabar yang kita lihat dalam keadaan terbalik, kita sendiri akan menterbalikkan semula, samala juga seperti televisyen, jika ia dalam posisi yang yang tidak menegak, ia akan menyukarkan kita untuk menontonnya. Tetapi tidak kepada wanita ini, apabila dipercayai mempunyai gaya hidup yang pelik. Gaya hidup yang dimaksudkan di sini adalah, penglihatannya lebih suka melihat dalam keadaan terbalik seperti menonton tv dan membaca surat khabar dalam keadaan sebaliknya.

Belgrade: Tidak seperti manusia lain, Bojana Danilovic amat unik kerana dunianya boleh dianggap ‘terbalik’ secara keseluruhan dan keadaan itu membingungkan pakar perubatan, bagi Bojana, setiap sesuatu yang disaksikannya dilihat terbalik disebabkan perhubungan ganjil bagi otaknya memproses sesuatu imej.

Disebabkan masalah itu, Bojana, 28, dilengkapi skrin komputer dan papan kekunci khas di pejabatnya, selain membaca dari bawah ke atas, sesuai dengan tugasnya sebagai pekerja majlis perbandaran di Uzice, barat Serbia, dia juga diberikan borang rasmi khas.

Apabila pulang, dia menonton televisyen dengan cara terbalik juga, kata Bojana, orang lain mungkin melihatnya sebagai luar biasa, tetapi dia sendiri hidup normal sepenuhnya. “Saya dilahirkan begitu.

“Ia cuma cara saya melihat dunia berbeza berbanding orang lain,” katanya. Bojana berkata, pakar neurologi di Institut Teknologi Massachusetts dan Universiti Harvard di AS berpendapat, dia menghidap masalah ‘fenomena orientasi ruang’ menyebabkan imej dilihat menjadi terbalik.

Murid Cedera Kena Objek Terbang



BALING – Seorang murid sebuah sekolah di sini, menerima 14 jahitan di muka apabila sebuah objek terbang mengenai mukanya ketika dia bersama dua rakannya dalam perjalanan pulang dari sekolah ke rumahnya di padang sekolah, kira-kira jam 1.30 petang Selasa lalu.

Nor Alia Shamimi Muhamad Jefri@Mimi, 10, cedera dan mengalami pendarahan teruk di muka, selain patah tulang hidung setelah objek itu secara tiba-tiba mengenai tepat ke mukanya.
Keadaan itu mengakibatkan anak kedua dari tiga beradik itu hampir pengsan dan terpaksa bertahan pada tiang gol bola sepak, sementara menunggu dua rakannya, Nur Ainul Madiah Mohd Karim, 10, dan Nuraidah Taqifah Samsuri, 10, memaklumkan kejadian itu kepada guru mereka.
“Mimi tak tau nak buat apa, Mimi terus nangis dan jerit panggil ibu. Memang sakit, rasa kebas satu muka. Mimi tinggal sorang diri sebab dua kawan lain lari untuk beritahu kepada guru dan ibu Mimi,” katanya semasa ditemui di rumahnya di Kampung Terbak, Mukim Siong, di sini, semalam.
Selepas beberapa minit menahan kesakitan, Mimi dibawa gurunya ke Hospital Baling seterusnya dihantar ke Hospital Sungai Petani.
Ditanya objek apakah yang mengenai mukanya itu, Mimi berkata, dia tidak tahu kerana terus rebah setelah objek tersebut mengenai mukanya.
“Tapi, kawan cakap, objek itu datang dari traktor mesin rumput kat padang. Mereka nampak objek itu keluar dari tayar traktor dan terus terbang ke arah kami.
“Dua rakan Mimi sempat elak, tapi Mimi tak nampak objek itu, sebab itu objek itu terus kena muka Mimi. Lagipun traktor itu tak berapa jauh dengan kami,” katanya.
Sementara itu, ibunya, Mazlina Md Desa, 40, berkata, doktor memaklumkan kedalaman luka anaknya itu hampir dua sentimeter dan terdapat sedikit retakan di bahagian tempurung kepala.
Menurutnya, anaknya itu akan dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah dalam beberapa minggu lagi untuk pemeriksaan di kepala. – Sinar Harian Online

35 Gambar David Beckham Dari Kecil Hingga Bersara

35 Gambar David Beckham Dari Kecil Hingga Bersara | Walaupun aku peminat Chelsea, tapi aku respek dengan David Beckham. Dia ni adalah antara Legend dan icon bola sepak dunia. Tak lupa juga sebagai salah seorang daripada free kick specialist. Sebagai tribute untuk persaraan David Beckham, jom kita tengok rupa David Beckham dari tahun 1998 hingga sekarang.

      


     
Pertama kali sign kontrak dengan Man Utd.

# 1David Beckham then and now 01
Beck and Vic in 1998
# 2David Beckham then and now 02
Promoting his book “My story” in 1998
# 3David Beckham then and now 03
1999
# 4David Beckham then and now 04
2001
# 5David Beckham then and now 05
June, 2001
# 6David Beckham then and now 06
September, 2001.
# 7David Beckham then and now 07
2002
# 8David Beckham then and now 08
# 9David Beckham then and now 09
2003
# 10David Beckham then and now 10
2005
# 11David Beckham then and now 11
# 12David Beckham then and now 12
2005 in Singapore
# 13David Beckham then and now 13
2007
# 14David Beckham then and now 14
# 15David Beckham then and now 15
# 16David Beckham then and now 16
2008
# 17David Beckham then and now 17
# 18David Beckham then and now 18
2009
# 19David Beckham then and now 19
# 20David Beckham then and now 20
# 21David Beckham then and now 21
2011
# 22David Beckham then and now 22
# 23David Beckham then and now 23
# 24David Beckham then and now 24
# 25David Beckham then and now 25
2012
# 26David Beckham then and now 26
# 27David Beckham then and now 27
# 28David Beckham then and now 28
Most recent
# 29David Beckham then and now 29
# 30David Beckham then and now 30

Padah tarik duit

Medan (Indonesia): “Apabila saya genggam al-Quran itu (al-Quran mini atau turut dipanggil al-Quran Istanbul) dan minta kawan tetak tangan dengan parang, tangan saya langsung tak cedera,” kata lelaki Malaysia yang hanya mahu dikenali sebagai Cik Mat.


Lebih menarik minatnya apabila penjual barangan antik dari Bandar Polonia, di sini, yang memiliki al-Quran berkenaan dikenali sebagai Haji Hasbul mendakwa ‘kitab’ mini itu juga boleh dijadikan ibu duit dalam upacara tarik duit. “Haji Hasbul mendakwa kalau upacara tarik duit itu berjaya, saya mampu memperoleh sehingga 500 bilion rupiah (RM160 juta),” kata kontraktor berusia 43 tahun berasal dari Kedah ini. 

Terpengaruh dengan keistimewaan itu, dia terus membeli al-Quran mini berkenaan dua tahun lalu, dengan harga 130 juta rupiah (kira-kira RM40,000).

 Al-Quran mini yang turut dipanggil al-Quran Istanbul yang menjadi punca rakyat Malaysia meringkuk di penjara Medan, Indonesia.

 Sejak itu, bermula episod hitam dalam hidupnya apabila Cik Mat bukan saja terus menanggung rugi, malah terpaksa meringkuk di penjara di sini selama dua tahun.

Download Naruto Shippuden Eps 313 Subtitle Indonesia

on Saturday, May 18, 2013


DOWNLOAD DI LINK DI BAWAH..

indo sub..

MP4 Link 1


Unik..!!.Tanaman Ini Berbentuk Seperti Bibir Seksi Wanita Yang Berwarna Merah


Sebuah tanaman rupanya juga boleh muncul sangat menggoda kerana keseksiannya. Ini kerana tanaman ini memiliki bentuk unik berupa bibir merah merona yang merekah. Namanya adalah Psychotria Elata atau yang juga sering disebut Hot Lips.

Dilaporkan oleh wowkeren, Sebenarnya bentuk merekah yang merah itu adalah daun kecil pada bunga, bukan bunga itu sendiri. Sayangnya bentuk menyerupai bibir ini hanya bertahan sebentar ketika bunga belum jadi. Saat mekar daun kecilnya akan ikut merekah sehingga tidak lagi rapat membentuk bibir.


Tanaman unik ini boleh didapati di hutan hujan tropika di Amerika Selatan seperti Colombia, Costa Rica, Panama dan Ecuador. Penampilan eksentrik Psychotria Elata ini juga berguna untuk menarik serangga mendekat, seperti burung dan rama-rama.


Meski unik namun kewujudan tanaman yang juga digelar Hooker Lips ini juga terancam kelestariannya. Pembabatan hutan di negara-negara lokasinya tumbuh terus meningkat sehingga penyebarannya semakin berkurang.

Luar Biasa! Arnab Paling Berat Di Dunia.

 

Ini bukan anjing, mahupun anjing laut. Tetapi ia merupakan seekor arnab yang dipercayai antara terberat di dunia. Arnab yang diberi nama Ralph ini, dikatakan mempunyai berat melampau gara-gara pemakanannnya yang luar biasa. Sungguh unik dan luar biasa. Seperti manusia pula kan, makan banyak badan akan menjadi gemuk.


London: Seekor arnab bernama Ralph mencipta kemasyhuran apabila menjadi arnab paling berat di dunia dengan 25.5 kilogram.

Kini berusia empat tahun, Ralph mendapat pengiktirafan itu pada 2010 sebelum tempatnya diambil alih arnab lain, Darius, yang mempunyai berat 22.2 kilogram. Pemilik haiwan itu, Pauline Grant berkata, Ralph kini lebih berat berbanding kanak-kanak normal berusia tiga tahun. “Ralph kini semakin matang dan beratnya tidak pernah dicapai sebelum ini.

“Walaupun begitu, Ralph sihat,” katanya.

Satu-satunya masalah dihadapi Pauline ialah bulunya yang sering mengganggu orang lain. Kata Pauline, pemakanan Ralph sejak sekian lama tetap sama walaupun doktor haiwan pernah menasihati supaya ia dikawal.

“Saya dapati pemakanan biasa Ralph tidak memudaratkannya,” katanya. Sebelum ini, ibu Ralph, Amy, diiktiraf Buku Rekod Guinness sebagai arnab terbesar di dunia sebelum haiwan itu mati empat tahun lalu.