Menakjubkan! Melukis Kaligrafi Hanya Guna Air Mata.

on Sunday, May 19, 2013


Semua orang di dunia ini tidak terkecuali mempunyai pengalaman mengalirkan atau menitiskan air mata. Semasa dilahirkan pun, kita sudah mengalirkan air mata tanda menangis. Namun jangan terkejut kerana seorang lelaki ini mampu mengeluarkan air mata yang sangat berbeza dengan kita. Ia bukan menangis, akan tetapi mengeluarkan air mata berbentuk pancutan. Memang pelik dan ini sungguh menakjubkan. Ternyata, tidak semua orang memiliki kebolehan seperti lelaki ini.

Seorang pelari berumur 56 tahun asal China, Ru Anting, dikurniakan sebuah bakat yang luar biasa nan unik. Cuba anda bayangkan, dirinya boleh membuat sebuah tulisan kaligrafi dengan memancutkan air dari matanya. Awalnya Ia menghisap air menggunakan hidungnya, setelah itu air tersebut disemburkan melalui kelopak mata.


Ru mencari bakat uniknya ini ketika dirinya masih kecil. Ketika itu dirinya sedang berenang, Ia seringkali terminum air sungai tersebut. Setelah itu, secara tiba-tibat tidak sengaja air keluar dari matanya dan membuat teman-temannya terkejut.


Setelah kehilangan pekerjaan di sebuah kilang selama 20 tahun lamanya, Ru mula mengembangkan bakat uniknya tersebut. Setelah berlatih secara intensif, Ia pun boleh memancutkan air dari matanya secara tepat dari jarak 10 meter.

Wanita Ini Mampu Menulis Dua Tangan Dalam Satu Masa.


Kebiasaannya orang yang mampu menulis menggunakan tangan kiri, dianggap unik berbanding menulis dengan tangan kanan. Tetapi adalah lebih unik dan luar biasa sekali apabila wujudnya manusia yang mampu menulis dua tangan serentak dalam satu masa. Bolehkah kita berbuat demikian?, kebolehan ini sudah tentu dikurniakan oleh Allah SWT kepada hamba yang terpilih.

Di zaman kecanggihan teknologi dan telefon pintar, pasti ada pengguna berhadapan kesukaran untuk menulis dengan baik walaupun dengan sebelah tangan sahaja, tetapi tidak buat seorang penterjemah China, Chen Siyuan, yang berkebolehan menulis dengan dua belah tangannya serentak pada satu masa.

Menarik sekali, Chen, 24, mampu menulis berlainan bahasa serentak seperti bahasa Cina dan Inggeris, Menurut Chen, beliau tidak melakukan sebarang latihan tetapi bakatnya muncul tanpa disedari sewaktu cuba menyelesaikan timbunan kerja sekolah beberapa tahun lalu.

“Ketika di sekolah menengah, secara tidak sedar saya telah menulis dengan kedua-dua belah tangan secara serentak,” katanya.

Kulat Gergasi Ditemui Di Tumpat Kelantan.


Apa yang anda lihat ini bukanlah spesis bunga terbesar dunia seperti Raflesia, tetapi sejenis kulat Gano yang ditemui dalam fizikal yang besar. Spesis kulat gergasi ini merupakan satu penemuan yang dianggap pelik. Ia sangat besar lebih daripada biasa. Kulat Gano ini telah ditemui di Tumpat Kelantan dan dipercayai mampu menyembuhkan penyakit. Walaubagaimanapun, sebagai umat Islam kita tidak boleh bergantung kepadanya bimbang jatuh kepada syirik, kerana hanya Allah SWT sahaja yang berkuasa di alam ini.

Kemunculan kulat gergasi yang menyerupai spesies kulat gano di Kampung Kok Pasir di sini, menjadi tumpuan orang ramai. Kulat berwarna hitam seberat 8.6 kilogram itu ditemui Azizah Hamid, 56, di sebuah kolam di tepi rumahnya pada 15 November lalu.

Sejak tersebar penemuan kulat tersebut, rumah Azizah tidak putus dikunjungi orang ramai yang datang untuk melihat secara dekat kulat gergasi itu.Malah, kedatangan mereka juga adalah untuk untuk mendapatkan air dari kulat tersebut yang dikatakan mengeluarkan air jernih dan berkilau selepas direndam dalam air semalaman serta mampu mengubat penyakit.

Azizah berkata, dia menemui kulat gergasi itu pada 1 Muharam (15 November), tumbuh subur di batang pokok sagu yang dibuang ke dalam kolam selepas ditebang tiga tahun lalu, “Sebelum kulat ini muncul, ada buih dalam kolam tersebut dan saya sangkakan ada kura-kura, “Saya ambil kayu lalu menjoloknya ke dalam kolam, tetapi tiada apa-apa,” katanya.

Menurutnya, dia berusaha mencabut kulat yang melekat di batang pokok sagu itu, tetapi tidak berhasil, Azizah berkata, disebabkan kulat itu besar dan berat, dia terpaksa meminta bantuan suami, Nawi Mahmod, 63, untuk mencabutnya dan membawanya ke rumah.

“Saya terpaksa gunakan kereta sorong mengangkutnya untuk dibawa masuk ke dalam rumah,” katanya yang mempunyai sembilan anak.

Menurutnya, sejak kulat itu muncul, ia membawa rezeki kepadanya kerana orang ramai sentiasa datang untuk melihat dan mengambil air penawar.
“Selepas beberapa minggu, saya dapati kulat ini hidup kerana ada kelopak baru tumbuh dan saya percaya, ia adalah spesies kulat gano yang mampu merawat pelbagai penyakit,” katanya.

Azizah berkata, ibunya, Rokiah Idris, 80, yang tidak dapat berjalan akibat serangan strok minggu lalu, dipercayai pulih selepas beberapa kali meminum air rendaman kulat tersebut.

Subhanallah! Satu Keajaiban Di Bumi Gaza Telah Berlaku.


Kisah pelik dan unik memang banyak terjadi dan ditemui di bumi yang diberkati Allah swt. Palestin terutamanya di wilayah Gaza tidak terkecuali ini termasuklah tentang cerita seekor burung di Gaza yang dipetik daripada laman sosial milik Aman Palestin Mesir, mereka mendakwa burung peliharaan as-Syahid Ahmad Abu Kamil masih lagi setia hinggap di sisi darah bekas tuannya itu. Gambaran seperti ini menunjukkan bahawa terdapat keajaiban yang dikurniakan Allah SWT kepada hamba-Nya yang berjuang ikhlas fi sabililah.

Seekor burung kakak tua kepunyaan As-Syahid Ahmad Abu Kamil ketika dia masih hidup, beliau telah syahid setelah serangan 8 hari Israel terhadap Gaza..

Setelah kesyahidan beliau, burung itu hinggap dengan setia diatas darah bekas As-Syahid Ahmad Abu Kamil. Difahamkan, burung ini telah di alihkan dan di buang ketempat yang lain beberapa kali, akan tetapi dia tetap pulang semula ke kawasan tersebut dan hinggap di atas bekas darah As -Syahid Ahmad Abu Kamil.

Misteri! Bagaimana Lampu Ini Boleh Menyala Beribu-Ribu Tahun.


Seperti sukar untuk diterima akal apabila sekumpulan penyelidik menemui sebuah lampu yang masih lagi menyala di makam milik seorang gadis bangsawan dari zaman Yunani kuno. Penemuan ini dianggap misteri kerana, tempat itu baru sahaja ditemui sejak 1500 tahun yang lalu. Itu yang membuatkan para penyelidik cuba mencari jawapan bagi mendapatkan kepastian mengenai misteri ini.

Seorang sarjana Australia, Robbert Briggen, berpendapat bahawa manusia zaman prasejarah memiliki kebijaksaan yang lebih maju daripada ilmu pengetahuan yang kita miliki kerana mereka memiliki lampu-lampu abadi.

Pada bulan April 1485 mayat seorang gadis bangsawan dari zaman Yunani kuno dikeluarkan dari tempat perkuburannya di “Appian Way”. Ketika para penyelidik memasuki tempat pemakamannya, mereka terkejut apabila menemui sebuah lampu yang menyala sejak 1,500 tahun yang lalu.

Pertanyaannya adalah, dengan cara apa para nenek moyang kita membuat lampu yang mampu terus menyala selama itu? Misteri itu masih tetap merupakan misteri yang pelik akan tetapi sejumlah ahli arkeologi terus berusaha untuk menyelesaikan masalah ini.

Beberapa orang di antara mereka seperti Briggen, mengemukakan pendapat bahawa tenaga yang digunakan untuk menyalakan lampu itu mungkin telah hilang dari permukaan bumi ini.

Akan tetapi, tidak ada bukti yang boleh membuktikan teori-teorinya itu. Manusia pintar dari manakah yang membuat lampu yang terus menyala selama 1,500 tahun?.

Di Afrika Air Kencing Unta Dijadikan Syampu?.

 

Setiap orang semestinya menggunakan syampu untuk mencuci rambut. Kekerapan mencuci rambut dengan syampu boleh merosakkan rambut, tapi jangan terkejut jika di Afrika dikatakan air kencing unta dijadikan syampu di sebuah kawasan. Memang sukar untuk diterima akal, difahamkan tradisi ini telah digunakan sudah berabad lamanya.

Tahukah anda, orang-orang Badwi sejak zaman Mesir kuno lagi telah menggunakan air kencing unta sebagai sabun atau syampu untuk membersihkan rambut mereka.


Masyarakat ini percaya, rambut yang dibersihkan dengan air kencing unta akan nampak berkilat dan cantik. Sebenarnya, masyarakat Badwi menggunakan air kencing unta sebagai pembersih rambut kerana di padang pasir, air agak susah untuk diperolehi bagi mengatasi masalah kutu putih yang menyerang kepala mereka.

Cara yang berkesan adalah menggunakan air kencing unta. Tradisi aneh ini masih boleh dilihat di kawasan utara benua Afrika.

Pelik! Wanita Ini Ketagih Makan Pewangi Ketiak.


Memang tidak dinafikan, pewangi ketiak memang wangi dan digunakan oleh hampir semua orang. Tapi kita dilarang sama sekali memasukkan bahan tersebut ke dalam mulut.

Seorang remaja mendedahkan dia mempunyai ketagihan paling pelik di dunia kerana tidak dapat berhenti memakan pewangi ketiak.

Nicole, 19, dari New York berkata, dia suka dengan rasa pewangi itu ketika dia masih bayi tetapi kemudian menjadi ketagih memakannya sejak dua tahun lalu.

Sejak itu, dia sudah memakan secara purata setengah batang bahan itu sehari, sama dengan 15 batang sebulan.

Nicole berkata ketagihannya itu menyebabkan mulutnya kering dan mengalami kekejangan di perut.

Untuk mengatasi masalah itu, dia kadang-kadang menyembur pewangi ke lidahnya. Nicole berkata: “Otak saya memberitahu, ‘kamu perlu memakannya’. “Saya cuba untuk menghentikan tabiat itu selama seminggu, tetapi jatuh sakit dan pening.

“Apabila saya menyedari saya hampir kehabisan pewangi ketiak, saya menjadi panik. Kebimbangan saya semakin bertambah dan saya rasa bagai nak gila.

“Tanpanya, saya mungkin menjadi individu yang berbeza,” katanya. Walaupun pewangi ketiak sebahagian besarnya diperbuat daripada minyak dan lilin, bahan utamanya ialah aluminium yang boleh menyebabkan demensia, serangan secara tiba-tiba, malah juga kematian. Teman lelaki Nicole dan rakannya, Zhakia bimbang dengan kesihatan gadis itu dan akhirnya memujuknya untuk berjumpa doktor yang mengesahkan dia mempertaruhkan keadaan kesihatannya. Sejak itu, dia cuba menghentikan tabiatnya dan memakan kacang badam apabila rasa ketagih, tetapi masih memakan sedikit pewangi ketiak setiap hari.

“Ia sangat lembut kerana cair di dalam mulut saya. Pewangi ketiak memang mempunyai rasa yang unik dan tersendiri,” katanya.