Mayat Mustafa Kamal Attartuk Tidak Diterima Bumi

on Tuesday, May 21, 2013


Kematian Kamal Atartuk yang menyeksakan di saat kematiannya, telah didatangkan beberapa penyakit oleh Allah SWT kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah:
1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
2. Sakit jantung.
3. Penyakit darah tinggi.
4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau. Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk. Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang!

Pada 26 September 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan. Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.

Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya. Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya). Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap catatan) selama 15 tahun sehingga tahun 1953.


Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan.

Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa, "jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!"

Apa yang telah dia lakukan hingga sedemikian azab dunia yang diterimanya?

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.
2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi (sesuai dengan kehendak barat).
3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.
4. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden."
5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
8. Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.
9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
10. Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.
11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.
12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
13. Menukarkan Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara Islam.
17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan di mana tuhan tinggal?" oleh kerana takut, askar tersebut menjawab 'Kamal Atartuk adalah tuhan" beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

Wallahua'lam. Benar ataupun tidak....sesungguhnya Allah SWT sahaja yang mengetahui kebenarannya. Seeloknya kita mengambil iktibar dari kisah ini.

10 Jutawan Termuda Di Dunia 2013


No. 1: Dustin Moskovitz 
 No. 1: Dustin Moskovitz
Umur : 28
Nilai Harta : $3.8 billion

 No. 2: Mark Zuckerberg
2: Mark Zuckerberg
Umur : 28
Nilai Harta : $13.3 billion

 No. 3: Albert von Thurn und Taxis
Albert von Thurn und Taxis
  Umur : 29
Nilai harta : $1.5 billion

Scott-Duncan300px
4 : Scott Duncan
  Umur : 30
Nilai Harta : $5.1 billion

 5: Eduardo Saverin 
Umur : 30
Nilai Harta : $2.2 billion
No. 6: Huiyan Yang
 6 : Huiyan Yang 
Umur : 31
Nilai Harta : $5.7 billion
 No. 7: Fahd Hariri
7: Fahd Hariri 
 Umur : 32
Nilai Harta : $1.35 billion
 
8: Marie Besnier Beauvalot 
Umur : 32
Nilai Harta : $1.5 billionMarie

No. 9: Sean Parker
9: Sean Parker
Umur : 33
Nilai Harta: $2 billion

 No. 10: Ayman Hariri
 10 : Ayman Hariri
Umur : 34
Nilai Harta : $1.35 billion

Bapa Yang Takde Hati Perut, Terajang Anak Macam Bola (Video).



Belum reda lagi dengan isu amah yang mendera seorang bayi dengan cara melambung, kita tersebar pula sebuah video yang memaparkan aksi ngeri. Aksi ngeri ini bukanlah melibatkan pergaduhan, tetapi tentang sikap seorang bapa yang sedang menerajang anak kecil secara bertalu-talu. Kejadian ini telah berjaya dirakamkan kerana ia berlaku di depan khalayak umum.

Entahla nak kata bersyukur ke tidak, tapi kejadian ini tidak berlaku di Malaysia.

Ia dipercayai berlaku di China.

Namun, sebagai manusia dan seorang bapa, penulis tidak sanggup melihat apa yang lelaki dalam klip ni buat kepada seorang kanak-kanak yang mungkin anaknya tidak kira di mana pun ia berlaku.

Apakah nasib budak tu kan? Kalau macam ni punya gaya layanan, entah dia sempat nak membesar tengok dunia atau, budak tu jalan pun tak larat mungkin sebab dah didera berkali-kali sebelum itu atau terlalu penat.

Kalau hendak kata mendidik anak pun, bukan begitulah caranya, harap kerajaan China mengesan lelaki dalam klip di bawah dan mengambil tindakan.

Cara perempuan baju pink itu yang mencubit telingga tu dan mengheretnya pun tak kurang sengal jugak.

Jom Tonton Video Ini


Benarkah 5 Bandar Ini Dijangka Akan Tenggelam?.


Isu banjir bukan masalah baru, tetapi ia merupakan satu bencana yang perlu kita atasi dan fikirkan bagaimana untuk mengelakkan ia berulang kembali. Namun ia bukanlah satu perkara yang mudah, kerana sistem saliran dengan pertambahan takat hujan yang banyak, menyebabkan saliran boleh melimpah. Musibah banjir sedang melanda dibeberapa buah negara, di bawah ini terdapat laporan yang menyatakan bandar-bandar yang dijangka akan tenggelam kerana bencana banjir. Sila ikuti laporannya.

1. Bangkok


Pada tahun 2100, Bangkok dijangkakan menjadi Atlantis kedua. Ibukota Thailand tersebut tenggelam disebabkan beberapa faktor, antara lain perubahan iklim kerana kesan rumah kaca, naiknya permukaan air laut, hakisan pantai, dan pergeseran tanah.

Janggkaan tersebut dikemukakan oleh Pusat Peringatan Bencana Nasional Thailand Smith Dharmasaroja. Oleh sejumlah pihak, jangkaan Smith ditanggap sangat serius. Sebelum ini dia sudah meramalkan adanya Tsunami di sekitar Samudera Hindia pada tahun 2004.

Selain itu, letak yang berada 1,5 meter di bawah permukaan laut menyebabkan Bangkok selalu mengalami banjir setiap tahun.

2. Ho Chi Minh City

Salah satu kota di Asia Tenggara yang terancam tenggelam adalah Ho Chi Minh City. Setiap tahun, ketinggian banjir meninggi setinggi 2 sentimeter. Urbanisasi diyakini sebagai sumbangan besar dalam peningkatan suhu cuaca, turunnya hujan dan bencana banjir dalam dua tahun terakhir.

3. Shanghai

Struktur tanah yang dipenuhi oleh bangunan pencakar langit, menyebabkan permukaan tanah Shanghai menurun setengah inchi setiap tahun.

Keperluan akan bangunan pencakar langit tersebut merupakan imbasan dari melonjaknya populasi penduduk Shanghai. Pada tahun 2001, penduduk kota yang berada di muara Sungai Yangze ini berjumlah 20 juta orang.

4. Mumbai

Pada tahun 2008, Kelompok aktiviti Greenpeace memperkirakan, pada tahun 2100, kota Mumbai akan tenggelam oleh air laut. Naiknya air laut hingga 5 meter disebabkan oleh cairan kutub ais.

Dalam laporan yang berjudul ‘Iklim Migran di Asia Selatan’ Greenpeace Ais kutub cair disebabkan oleh meningkatnya suhu bumi hingga 4-5 darjah kerana pemanasan global.

5. Jakarta

Selain tempat geografi yang berada di bawah permukaan air laut, keperluan akan air tanah yang tinggi disyaki menjadi salah satu penyebab tenggelamnya daratan Jakarta. Populasi penduduk yang terus meningkat menjadi alasan utama keperluan akan air tanah. Dalam kurun waktu 20 tahun ke depan, diperkirakan jumlah penduduk di Ibukota meningkat hingga 40 juta orang.

Pakar hidrologi asal Belanda, JanJaap Brinkman menjelaskan, jika proses penyedutan air yang terus-menerus dilakukan tidak segera dihentikan, di akhir abad, Jakarta akan tenggelam.

“Jika ekstraksi (penyedutan) air tanah tidak segera dihentikan, di penghujung abad, Jakarta akan tenggelam dengan kedalaman lima hingga enam meter,” jelasnya seperti dikutip theatlanticcities.com.

[Video] Kekasih ‘Gelap’ Si Isteri Lari Ikut Tingkap


SAO PAULO, Brazil – Sejumlah orang ramai menyaksikan ‘drama’ hubungan sulit seorang isteri yang berjaya dibongkar oleh suaminya sendiri di sebuah unit apartmen ....
baru-baru ini, menurut akhbar dalam talian Independent.ie semalam.

Suami itu memasuki apartmennya semasa isterinya menjalin hubungan sulit dengan seorang lelaki lain.
Ketika mereka bertengkar di balkoni bangunan tersebut, lelaki yang menjalin hubungan sulit itu kemudian berusaha turun dengan menggunakan cadar yang diikat pada tingkap apartmen tersebut.
Dia turun dari tingkap tingkat tiga dengan hanya memakai seluar pendek berwarna putih ketika kekasihnya bertengkar dengan suaminya.
Lelaki itu yang namanya tidak diketahui kemudian selamat tiba di tingkat satu.
Sejumlah orang ramai yang cemas menyaksikan ‘drama’ tersebut turut menjerit-jerit ke arah lelaki tersebut.
Lelaki itu kemudian berdiri di tepi tingkap sebuah unit apartmen di tingkat satu selepas dia turun dengan menggunakan cadar tersebut.
Dia kemudian terjun di atas ’tilam khas’ yang diletakkan oleh anggota-anggota bomba di bawah apartmen tersebut.
Selepas jatuh di atas tilam tersebut, lelaki itu berdiri dan menunjukkan penumbuknya ke arah pasangan suami isteri yang sedang bertengkar di balkoni tersebut.
Beberapa orang kemudian turut bertepuk tangan kerana lelaki tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan selepas dia terjun dari tepi tingkat satu.
Lelaki itu kemudian berjalan dengan bercakap sesuatu ke arah orang ramai dan anggota-anggota bomba.

Masjid Kobe Masih Bertahan Dari Bom Atom.


Anda masih ingat lagi tentang kejadian Tsunami di Acheh suatu ketika dahulu? Satu gelombang Tsunami telah memusnahkan segala harta benda di kawasan tersebut kecuali binaan sebuah Masjid. Itu antara satu tanda kebesaran Allah SWT. Ia samalah juga seperti Masjid Kobe yang terletak di Jepun. Ia dipercayai masih bertahan biarpun berhadapan dengan situasi getir iaitu serangan bom atom dan gempa bumi.

Kobe Mosque merupakan masjid pertama di Jepun. Masjid ini dibina tahun 1928 di Nakayamate Dori, Chuo-ku. Kobe bererti gate of God atau gerbang Tuhan. Tahun 1945, Jepun terlibat perang Dunia Kedua. Penyerangan Jepun atas pelabuhan Pearl Harbour di Amerika telah membuat kerajaan Amerika memutuskan untuk menjatuhkan bom atom pertama kali dalam sebuah peperangan.

Masjid Kobe selepas pengeboman atom oleh Amerika Syarikat.

Dan Jepun pun kalah. Dua kotanya, Nagasaki dan Hiroshima dibom Atom oleh Amerika. Ketika itu, bandar Kobe juga tidak ketinggalan menerima akibatnya. Boleh dikatakan Kobe menjadi padang jarak padang terkukur akibat daripada pengeboman itu.

Ketika bangunan di sekitarnya hampir rata dengan tanah, Masjid Muslim Kobe tetap berdiri tegak. Masjid ini hanya mengalami keretakan pada dinding luar dan semua kaca tingkapnya pecah. Bahagian luar masjid menjadi agak hitam kerana asap serangan bom. Tentera Jepun yang berlindung di bawah masjid selamat dari ancaman bom, begitu juga dengan senjata-senjata yang disembunyikannya. Masjid ini kemudian menjadi tempat pelarian mangsa perang.

Pemerintah Arab Saudi dan Kuwait menyumbang dana pengubahsuaian dalam jumlah yang besar. Kaca-kaca tingkap yang pecah diganti dengan kaca-kaca jendela baru yang didatangkan secara langsung dari Jerman. Sebuah lampu hiasan baru digantungkan di tengah ruangan solat utama. Sistem pengatur suhu bilik lalu dipasang di masjid ini.

Sekolah yang hancur akibat perang kembali diubahsuai dan beberapa bangunan tambahan pun mula dibina. Umat Islam kembali menikmati kegiatan-kegiatan keagamaan mereka di Masjid Muslim Kobe.

Krisis kewangan sering menghantui jawatankuasa masjid. Cukai bangunan yang tinggi membuat jawatankuasa masjid perlu mengeluarkan cukup banyak bayaran dari simpanannya. Ramai penderma yang bersedia memberikan bantuan untuk menyelesaikan masalah kewangan pembangunan dan pengubahsuaian masjid ini. Sumbangan tetap boleh membuat Masjid Muslim Kobe menjadi semakin berkembang.

Kekukuhan Masjid Kobe diuji lagi dengan Gempa Bumi paling dahsyat tahun 1995. Tepat pada pukul 05.46 Selasa, 17 Januari 1995. Gempa ini sebenarnya bukan hanya menimpa Kobe saja, tapi juga kawasan sekitarnya seperti South Hyogo, Hyogo-ken Nanbu dan lainnya.

Para ilmuan menyatakan bahawa gempa itu disebabkan oleh tiga buah plat yang saling bertembung, iaitu plat Filipina, plat Pasifik, dan plat Eurasia. Meskipun hanya berlaku 20 saat, namun gempa ini memakan nyawa sebanyak 6,433 orang, yang sebahagian besar merupakan penduduk bandar Kobe. Selain itu gempa Kobe juga mengakibatkan kerosakan besar bandar seluas 20 km dari pusat gempa.

Gempa bumi besar Hanshin-Awaji merupakan gempa bumi terburuk di Jepun sejak gempa bumi besar Kanto 1923 yang menelan mangsa 140,000 orang. Namun hingga kini masjid Kobe tetap berdiri kukuh dan tegak, seakan tidak terjejas walaupun dilanda pelbagai bencana.

Masjid Kobe kini

Saintis Temui Bahagian Jahat Dalam Otak Manusia.


Setiap hari kita sering disarankan agar sentiasa berkelakuan baik, sopan apabila berada di mana-mana tempat. Apabila kita berkelakuan baik, secara tidak langsung kita menggambarkan tentang akhlak kita. Namun percayakah anda, dalam otak kita sebenarnya terdapat satu bahagian yang dinamakan bahagian ‘jahat’ yang mana ia terkandung tingkah laku yang negatif.


Dr. Gerhard Roth
Hasil kajian ahli neurologi Jerman berjaya menemui bahagian otak yang membuat manusia menjadi jahat. Dr Gerhard Roth berkata, bahagian itu terletak di depan bawah otak manusia yang kelihatan seperti tompok hitam melalui pemeriksaan X-ray.

“Tompok hitam itu ditemui pada hampir setiap pelaku jenayah,” katanya.

Beliau menemuinya ketika membuat kajian tentang pelaku jenayah di Jerman yang dipenjarakan untuk tempoh lama. Penyelidikan tersebut menunjukkan perilaku jahat juga boleh diwarisi daripada genetik.

“Jika terdapat ahli keluarga mempunyai penyakit di bahagian hadapan otaknya, sebanyak 66 peratus generasi berikutnya berpotensi mengalami simptom sama,” jelasnya lagi.

...........di dalam al-Quran disebut “Nasiyyahtin kazibatin khati’ah” maksudnya “Ubun-ubun yg membuat dusta dan bersalah”.. Jika benar penemuan ini, ianya adalah ‘i’jaz al-quran’ yang membuktikan kebenaran isi kandungan al-Quran.