Hotel Ini Berkonsepkan Patuh Syariah.

on Tuesday, May 21, 2013


 


Menginap di hotel bertaraf bintang sememangnya satu pengalaman yang cukup seronok. Dengan suasana yang agak selesa, tidak hairanlah satu malam sahaja memakan kos ratusan ringgit. Harga juga bergantung kepada apa yang ditawarkan di hotel tersebut. Namun pernahkah anda menginap di hotel yang bercirikan patuh syariah? Hotel ini dikatakan menyediakan segala benda yang bercirikan islamik seperti penyediaan sejadah, al-quran, dan lain-lain lagi.

Pernah tak anda menginap di kamar hotel yang lengkap dengan sejadah, telekung, kain sarung, Al-Quran hingga ke peringkat diberi peluang menikmati air zam-zam secara percuma oleh pihak pengurusannya?


Pernah tak apabila anda menatap sahaja muka anda di cermin hotel, anda terlebih dahulu akan melihat ‘Doa Melihat Cermin’ yang ditampal di satu sudut cermin tersebut.


Begitu juga ketika anda hendak meletakkan kepala di bantal, pernah tak anda ‘terpaksa’ mengalihkan dahulu sekeping kertas yang mengandungi tazkirah (peringatan) mengulas beberapa potong ayat al-Quran…dan sebelum menutup butang lampu, anda diperlihatkan dengan ‘doa sebelum tidur’ yang dilekatkan di sebelahnya?.



Malah lebih dari itu, pernah tak anda menghadiri seminar di bilik mesyuarat hotel yang lengkap dengan kurma, tamar…termasuk kayu sugi untuk kebersihan mulut?.



Oh sebelum terlupa, pernah tak anda merasai suasana persekitaran lobi yang mendamaikan bercirikan Islam?.


Pernah tak anda menginap di hotel yang laluan dari lif hingga ke bilik dihiasi dengan bingkai ayat-ayat suci dan alunan Al-Quran?

Akhir sekali, pernah tak anda pergi ke mana-mana lobi hotel yang bila masuk saja waktu solat, kita akan mendengar laungan azan berkumandang seolah-olah memenuhi ruang lobi itu?



Mungkin anda beranggapan kalau ada pun, hotel sebegitu hanya terdapat di negara timur tengah.
Kalau itu tanggapannya, anda silap!...........

Hotel De Palma Ampang sebenarnya ada semua perkara yang dinyatakan di atas termasuk telah mengkhususkan salah satu tingkat khusus untuk orang Islam yang inginkan suasana penginapan yang menepati konsep Syariah.

Hotel berkenaan juga mempunyai surau yang cukup selesa dan dilengkapi dengan Imam sepenuh masa untuk mengetuai solat termasuk solat Jumaat dengan jemaah  mencecah 1,800-2,000 orang setiap minggu.

Semua kakitangan wanita Islam juga memakai yang menutup aurat, di samping kelas-kelas agama untuk para tetamu dan kakitangannya.

Langkah baru dan inovatif ini telah mendapat  pengiktirafan dari dalam dan luar negara.




9 Gambar Parent Yang Gagal


Biarlah gambar bercerita sekali lagi selepas entry ini .
Lagi gambar-gambar gagal aku kongsikan..

Subhanallah! Pemandangan Bunga Seakan Pemaidani.


Percutian yang menggambar suasana di lereng bukit sering dikaitkan dengan Cameron Highlands. Pemandangan utama yang jelas dilihat adalah ladang teh yang luas terbentang. Itu di Cameron Highlands dengan ladang tehnya. Tetapi di Jepun ini, terdapat satu tempat yang mempunyai pemandangan yang sangat cantik. Ia mengambarkan pemandangan bunga yang seakan-akan seperti permaidaini. Ia terletak di Hitsujiyama Park berdekatan  dengan bandar Chichibu, di Wilayah Saitama.



Lumut merah jambu, atau shibazakura, adalah bunga yang tumbuh rapat ke tanah dalam warna-warna cerah magenta, merah jambu dan putih. Musim untuk lumut merah jambu, yang dari akhir April hingga pertengahan Mei, Satu cara yang popular untuk menikmati lumut merah jambu adalah untuk pergi ke perayaan lumut merah jambu atau taman dan melihat pelbagai reka bentuk yang dibuat oleh mengatur lumut merah jambu dengan warna. Salah satu tempat terbaik untuk menikmati mekar lumut merah jambu adalah di Hitsujiyama Park dekat dengan bandar Chichibu, di Wilayah Saitama.



Kira-kira 400,000 tumbuhan Shibazakura lapan jenis mekar dari April hingga Mei di lereng Bukit Hitsujiyama di kaki Gunung simbolik Chichibu ini. Buko, mewujudkan permaidani elegan merah jambu, ungu dan putih. Penggulungan laluan membawa anda di seluruh lereng bukit yang nyata merah jambu dan ungu yang menghadap ke bandar. Bahagian belakang yang Daisetsuzan Mountain Range menawarkan puncak runcing yang diliputi salji sebagai latar belakang dan bunga tulip menghiasi  laluan luas curam perjalanan anda di seluruh bukit. Selain daripada Shibazakura, kira-kira 1,000 pokok ceri, termasuk Yoshino ceri, weeping ceri, dan pokok-pokok ceri dua kelopak, ditanam di taman, bunga yang keluar pada bulan April.






Terpaksa Mendaki Setiap Hari Untuk Pergi Sekolah.



Jika kita adalah seseorang yang sering kali mengeluh kerana setiap hari terpaksa pergi ke sekolah, maka sebaiknya kita lihat gambar-gambar ini, dan kita berkongsi tentang kesusahan seorang kanak-kanak di China yang berusia lima tahun ini. Dia harus memanjat tebing ketika hendak kesekolah mahupun pulang. Ada seratus jiwa yang terpencil di tempat itu dan kerajaan tempatan tidak memberikan bantuan untuk menyelesaikan masalah ini sehingga mereka harus berjuang sendiri.



















Masjid Pertama Direka Bentuk Oleh Wanita.


 

Jangan terkejut jika anda melihat reka bentuk dalaman dan luaran masjid ini sebenarnya telah diilhamkan oleh seorang pereka intertior terkenal di peringkat antarabangsa. Apa yang lebih menariknya, pereka ini bukanlah seorang lelaki, tetapi seorang wanita. Rekaannya tidak ubah seperti sebuah mahligai mewah. Namun membina masjid bukanlah semata-mata untuk tampak cantik, tetapi biarlah ia penuh diisi dengan para jemaah.

Zeynep Fadillioglu, interior designer terkenal di peringkat antarabangsa, adalah wanita pertama yang pernah mereka bentuk sebuah masjid di Turki. Terletak di Istanbul, Masjid Sakirin adalah benar-benar cantik. Ia mempunyai keseimbangan yang sempurna antara masa lalu dan masa kini, di antara timur dan barat, terutama lampu yang begitu indah sekali ‘ Fadillioglu’ .Seorang wanita boleh menawarkan pengalaman yang berbeza dan lebih estetika menyenangkan:

“Saya mengambil berat tentang sebelah aesthetical, saya mengambil berat lebih lanjut mengenai orang ramai, saya cuba untuk memberikan tempat yang akan benar-benar mendekatkan manusia dengan Tuhan, bukannya mewujudkan simbol.”katanya.









Unik! Cara Pekerja Bas Di China Mengira Duit Tambang.

 

Pernahkah anda menaiki bas henti-henti atau lebih juga dikenali sebagai bas sambung-sambung.

Bas seperti ini memerlukan kita membayar harga tiket mengikut jarak destinasi kita. Namun di China, lambakan wang kertas dilihat banyak memenuhi ruang meja. Ia merupakan duit hasil kutipan semasa membawa penumpang. Mengapa begitu banyak? Ini kerana ia merupakan kesan daripada kejatuhan nilai matawang negara tersebut. Jom lihat gambar di bawah ini.







Fakta Tentang Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa ISS.


Adakah anda masih lagi mengingati Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie bin Sheikh Mustapha? Ya, beliau adalah angkasawan pertama dari Malaysia yang menjejakkan kaki ke angkasa lepas. Beliau berlepas ke angkasa pada 10 Oktober 2007 dengan menaiki Soyuz TMA-11 yang dilancarkan oleh Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS). Beberapa fakta menarik yang tidak kita ketahui tentang ISS boleh kita ikuti dibawah ini :-

1. Telah Beroperasi Selama 12 Tahun

Stesen ini telah beroperasi secara berterusan selama 12 tahun dan 172 hari, setelah melangkaui rekod operasi stesen angkasa lepas sebelum ini iaitu Mir selama 10 tahun (3,634 hari) pada tahun 2010. Stesen ini juga sering diservis oleh kapal angkasa Soyuz, kapal angkasa Progress, Automated Transfer Vehicle, H-II Transfer Vehicle dan kapal angkasa Dragon. Ia juga telah dikunjungi oleh para angkasawan dari 15 buah negara yang berbeza.

2. Terdapat 5 Agensi Angkasa Lepas Yang Bertanggungjawab Terhadap ISS.

Program ISS adalah program bersama antara lima agensi angkasa lepas iaitu NASA, Agensi Angkasa Lepas Persekutuan Rusia, JAXA, ESA dan CSA. Pemilikan dan penggunaan stesen angkasa lepas ini telah diwujudkan oleh perjanjian antara kerajaan. Stesen ini telah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu segmen orbit Rusia (ROS) dan segmen orbit Amerika Syarikat (USOS) yang dikongsi oleh banyak negara lainnya.

3. Stesen Angkasa Lepas Generasi Ketiga

Reka bentuk ISS ini telah direka mengikut reka bentuk siri Salyut dan Almaz, Cosmos 557, Skylab dan Mir sebagai sebuah stesen angkasa lepas prototaip ke-11 yang dilancarkan. ISS merupakan stesen angkasa lepas modular generasi ketiga.

4. Makanan Dalam Bekas Plastik

Kebanyakkan makanan di atas stesen ini telah diletakkan dalam bungkusan plastik yang telah divakumkan. Makanan dalam tin menelan belanja yang sangat mahal dan terlalu berat untuk diangkut, oleh itu bilangannya di ISS sangat berkurangan. Makanan yang terpelihara seperti ini secara umumnya tidak dipandang tinggi oleh anak-anak kapal dan apabila digabungkan dengan kekurangan rasa dalam persekitaran mikrograviti ini, mereka perlu menggunakan usaha sendiri bagi menjadikan makanan tersebut bertambah sedap.

5. Tidak Boleh Mandi Di ISS

ISS tidak mempunyai sebarang bilik mandi sebaliknya, anak-anak kapal akan mencuci badan mereka dengan menggunakan jet air dan kain lap basah dengan sabun yang diletakkan di dalam bekas seperti tiub ubat gigi. Anak-anak kapal juga dibekalkan dengan sabun tanpa bilas dan ubat gigi yang boleh dimakan bagi menjimatkan air.

6. Bekalan Kuasa ISS Dibekalkan Melalui Lapisan Kaca Photovoltaic.

Panel kuasa solar atau dikenali sebagai Photovoltaic arrays yang mempunyai dwi-permukaan menyediakan kuasa elektrik untuk ISS. Sel-sel bifacial ini lebih cekap dan mampu beroperasi pada suhu yang lebih rendah berbanding sel tunggal yang kebiasaannya digunakan di Bumi. Ia juga mampu mengumpul cahaya matahari dan cahaya yang dipantulkan oleh Bumi pada masa yang sama.

7. Terdapat 100 Laptop di ISS.

ISS dilengkapi dengan kira-kira 100 buah laptop jenama IBM Lenovo ThinkPad model A31 dan model T61P. Setiap laptop yang dipasang di ISS telah dibeli secara komersial di mana ia kemudiannya diubahsuai untuk keselamatan dan operasi termasuk proses kemaskini kepada penyambungan, penyejukan dan kuasa untuk menampung sistem kuasa DC setinggi 28V dan persekitaran berat.