Mengapa Kasut Ini Paling Ditakuti Banduan Penjara.

on Wednesday, May 22, 2013



Dari luar fizikal, kasut ini nampak biasa-biasa sahaja. Tidak ada yang menarik, cuba ia mirip seperti kasut orang pergi bekerja. Namun begitu difahamkan kasut ini amat ditakuti sekali oleh banduan-banduan penjara. Mengapa? Oh rupa-rupanya kasut ini telah diletakkan dengan pemberat. Ia bertujuan untuk menyukar banduan tersebut melarikan diri.

Kasut ini dihasilkan oleh Warden, J.c Gardner pada tahun 1866, kasut ini juga dipanggil the Oregon Boot atau man-killer. Kasut ini mempunyai berat di antara 5 hingga 28 paun. Kasut ini telah dipakai oleh banduan untuk mengelakkan mereka dari larikan diri. Selain itu, ramai banduan yang memakai kasut ini satu masa yang panjang akan menyebabkan masalah fizikal yang parah.






Kisah Benar yang Sedih Seorang pelacur!!


Seorang perempuan bernama Analisa, perempuan melayu Islam yang bermula kisahnya sebagai tukang urut.dari seorang tukang urut lowclass kepada highclass.. hurm memang lumayan,tapi penat.. bapanya yang tidak bekerja masa itu,membuatkannya terdesak memerlukan wang. ibu bapanya selalu bertengkar kerana wang. suatu hari mereka bergaduh besar sehingga kata cerai terlafaz dari mulut si ibu.. 


Analisa dapat melihat gelunggan airmata yang hampir jatuh di pipi bapanya.. sehingga suatu hari,kawan baik bapanya yang tahu masalah keluarga Analisa menawarkan sejumlah wang yang besar pada Analisa. Analisa menerima tanpa rela kerana niat ingin menolong keluarga.. bermulalah kisahnya sebagai pelacur ketika usianya 14 tahun.. Rm 2ribu dalam gengaman.. kerja urut yang hanya mendapat Rm100 dilupakan terus..

Ianya berlarutan sehingga umurnya mencecah 22 tahun.. Analisa bijak,setahun hanya 5-8 orang yang dilangganinya.. 30-40 ribu dalam akaun..tapi dia teramat *****.. kerana bergantung hidup cara kotor ini..

Ceritanya kian berubah apabila bertemu seorang jejaka pilihan,Muhammad yang sanggup menerimanya walaupun dia pelacur.. tapi Analisa masih ada satu kontrak dengan pelangganya. dia melakukan secara senyap tanpa pengetahuan buah hatinya itu.. Muhammad baru sahaja dibuang kerja,maka Analisalah yang menanggung kos perbelanjaan mereka berdua,memandangkan mereka sudah tinggal sebumbung. azam Analisa itulah kontrak terakhirnya...tanpa dia tidak sedar Muhammad sebenarnya dapat merasa apa yang dilakukan Analisa.

Analisa dapat kerja lain sebagai pelayan kelab malam (GRO).. pendapatannya dijanjikan sungguh lumayan. 4-5 ribu..dalam tangan. Analisa menjadi rebutan semua lelaki yang gemar ke kelab malam.. Analisa diibarat perempuan highclass, primadona di kelab itu. harganya jauh berbeza dari GRO yang lain. cukup mahal. hanya orang-orang atasan sahaja,dan kaya dapat mendampinginya. Analisa menjadi rebutan..

cintanya terhadap Muhammad makin menebal apabila mendapati dirinya mengandung.. Muhammad menerima dengan ikhlas...mereka pun berkahwin.

Tapi semuanya berubah selepas anak mereka lahir.. Muhammad kian berpaling tadah.. dia mula menjalinkan hubungan dengan perempuan lain.. 

Analisa marah dan betul2 kecewa... lalu Muhammad mengungkit kisah lama Analisa.. dia berkata 'dulu kau jadi perempuan jalang,anjing betina, aku sikit pun tak bising,skarang jangan nak melenting!' bukan sekali dua banyak kali ini berlaku... hanya satu Analisa minta pengampunan bukan hukuman.. tapi ini yang dia terima...

dia hanya meneruskan sisa2 hidup dengan harapan dia diberikan kesempatan, sepenuh kasih sayang dari suaminya. dan lebih2 lagi,, pengampunan...

'Ya Allah,kau lagi maha mengetahui lagi Maha mengampun.. kau ampunkanlah setiap inci dosa2ku..kau terimalah aku hambamu ini yang begitu jijik,kotor, hina... kalau dulu aku hanya berdoa supaya kau satukan aku dengan suamiku sebagai pasangan suami isteri yang sah kerana aku tidak mahu lagi bergelut dengan dosa, kini aku meminta hanya satu lagi harapan dan doa.. kau bahagiakanlah suamiku yang kusayangi.. kebahagiaannya,adalah keceriaanku,walaupun aku harus berkorban berganjak pergi, hanya untuk kebahagiaannya dan terbaik untuknya. aku rela dan sanggup... kau makbulkanlah Ya Allah...' 

setelah itu,Analisa menghembuskan nafasnya ditikar sembahyangnya dengan iringgan airmata,hanya anak kecilnya yang menemani Analisa semasa Analisa menghembuskan nafas terakhir.anak kecilnya tidur dalam rangkulannya.. 

Wahai semua yang membaca kisah ini,mari sama2 kita berdoa dan sedekahkan Al Fatihah kepada Analisa binti Abdullah.

91 Maut Puting Beliung Gergasi Landa Oklahoma.



MOORE - Anggota-anggota pasukan penyelamat berusaha mencari sejumlah mangsa yang tertimbus di celah runtuhan rumah, sekolah rendah dan sebuah hospital di pinggir bandar Oklahoma selepas kejadian angin puting beliung yang berlaku kelmarin.

Dalam kejadian bencana alam itu, 91 orang terbunuh dan lebih 200 lagi cedera.

Saiz puting beliung itu berukuran tiga kilometer lebar dan ia melalui kawasan bandar Moore di bandar Oklahoma sekali gus menyebabkan ramai mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan bangunan.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama turut mengisytihar kawasan di sekitar Oklahoma sebagai kawasan bencana besar.

Menurut White House, Obama telah dimaklumkan secara ringkas mengenai bencana alam itu.

Seramai 20 daripada 91 orang yang terbunuh itu merupakan kanak-kanak.

Pusat Perkhidmatan dan Ramalan Kaji Cuaca Kebangsaan AS menyatakan, puting beliung itu dikategorikan sebagai yang kedua paling bahaya dengan kelajuan angin 320 kilometer sejam.

Ia mengeluarkan amaran 16 minit sebelum puting beliung itu melanda Moore.

Beberapa saksi menyatakan, puting beliung itu kelihatan lebih bahaya daripada puting beliung gergasi yang melanda di kawasan yang sama pada 3 Mei 1999 menyebabkan lebih 40 orang terbunuh dengan mengakibatkan ribuan rumah musnah.

Bencana yang berlaku di Oklahoma pada tahun itu dianggap yang ketiga terbesar dalam sejarah AS sehingga mengakibatkan kerugian lebih AS$1 bilion (RM3.01 bilion).

Seorang saksi, Jeff Alger, 34, berkata, dia dan isterinya termasuk beberapa anak mereka melarikan diri dari Moore selepas mengetahui puting beliung itu akan melanda.

Menurutnya, dia melihat puting beliung itu mengganas beberapa kilometer dari sini.

"Mereka (mangsa-mangsa) tidak sempat untuk memakai kasut," katanya yang mempunyai lima orang anak.

Dia dan isterinya dirawat di hospital kerana terkena serpihan kaca.

Seorang lagi mangsa, Ninia Lay, 48, berkata, dia bersembunyi di dalam sebuah ruang ketika puting beliung melanda.

"Saya bersembunyi di dalam ruang itu dan mendengar seperti sebuah kereta api sedang bergerak," katanya.

Rumah Lay ranap dimusnahkan puting beliung itu manakala dia tertimbus dengan serpihan rumahnya selama dua jam sebelum diselamatkan oleh suaminya dan beberapa anggota penyelamat.



















Sebagai rakyat Malaysia, admin turut berasa sedih dengan kehilangan nyawa dan kemusnahan harta benda serta mengucapkan takziah kepada mangsa-mangsa yang terlibat.

Lunyaiii...akibat nak rogol budak 10 tahun !



KOTA DAMANSARA – Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun nyaris menjadi mangsa nafsu buas seorang lelaki yang sebaya dengan bapanya dalam satu kejadian cubaan merogol di flat Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), Seksyen 8, di sini semalam.

Tindakan tidak berperikemanusiaan lelaki lingkungan 40an memperdaya kanak-kanak terbabit keluar dari lif sebelum memasuki rumah kosong di tingkat sembilan disedari dua penduduk yang kebetulan melalui tingkat tersebut.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.45 petang itu, lelaki durjana berkenaan memaksa kanak-kanak malang itu membuka pakaian bagi melampiaskan nafsu binatangnya.
Bagaimanapun suara tangisannya berjaya menyelamatkan dia daripada diperkosa manusia bertopengkan syaitan.


Ketika kejadian mangsa lengkap berpakaian sekolah dalam perjalanan pulang ke rumah keluarga di tingkat 17 lalu disapa lelaki berkenaan di tingkat sembilan.
Menurut sumber, suspek yang mempunyai isteri membawa mangsa ke rumah kosong yang dipenuhi longgokan sampah bagi mengelak disedari orang ramai.
”Bagaimanapun tindakan jahatnya itu disedari penduduk dan melaporkan kepada orang ramai.
”Menyedari perbuatannya diketahui penduduk, suspek cubamenyelamatkan diri dengan bersembunyi di rumahnya di tingkat lapan serta sempat mencukur janggut dan misai dengan harapan tidak dapat dikesan penghuni,” katanya.
Tambah seorang penduduk dikenali Irwandi Zulkifli Rosli memberitahu, setelah rumah suspek dikenal pasti, penduduk bertindak memanggil suspek keluar.
”Pada mulanya dia tidak mengaku perbuatannya itu, bagaimanapun perkara tersebut terbongkar apabila kanak-kanak dapat mengecamnya.
“Sedikit kekecohan berlaku antara penduduk dengannya setelah dia cuba melarikan diri tetapi penduduk dapat menggagalkan tindakannya itu,” jelasnya.
Akibat daripada perasaan marah penduduk yang membuak-buak kepada suspek yang melakukan perbuatan itu, dia mendapat sedikit kecederaan dan kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh (HSB).
Semasa kejadian, suspek yang baru pulang daripada kerja sebagai tukang kebun di kawasan berhampiran dipercayai berada dalam keadaan mabuk/ FAZLI DAN ANUAR

Kisah Ini Mesti Dibaca Oleh Semua Remaja Bergelar Pelajar



Kisah kali ini diceritakan oleh seorang hamba Allah di sebuah taman perumahan di sekitar Ipoh(namanya dirahsiakan)…Kisah ini amat menyentuh jiwa saya apabila ianya diceritakan kembali oleh salah seorang anak murid pengajian saya di taman perumahan tersebut…..
Ceritanya mengisahkan seorang ayah dari keluarga yang miskin..kerja sendiri hanya menoreh getah..datangnya jauh dari kampung..dengan menaiki teksi..membawa beg dan barang-barang milik anak gadisnya.. yang dapat melanjutkan pelajarannya di sebuah institusi pengajian di Ipoh..menyewa di rumah sewa bersebelahan dengan rumah tuan empunya cerita ini.
“Masih saya ingat lagi ustaz…. bagaimana senyuman bangga ayah si gadis ini… yang terlalu seronok kerana anak gadisnya berjaya melayakkan dirinya menjadi pelajar di Institut Pengajian Tinggi
“Saya dapat melihat dengan jelas..bagaimana ayah si gadis ini ..sibuk mengangkat barangan anaknya..dengan mulutnya riuh rendah..sambil melemparkan senyuman kepada dirinya…sebagai jiran kepada anaknya itu.Setelah bersalaman dengannya..ayah si gadis ini ramah menceritakan kejayaan anaknya..dan anaknya itulah yang diharapkan akan menempah kejayaan ..seterusnya dapat membela hidup mereka sekeluarga suatu hari nanti.
Sedang kami berbual.. terdengar anak gadis si ayah ini merungut…katanya “Ayah…kat sini tak ada tilam..la..takkan nak tidur atas toto aje ..nanti sakit lah badan along ni..!!” kata anak gadisnya merungut manja…sambil meneruskan bebelannya dengan suara yang kurang jelas.
Ayahnya hanya tersengih..sambil menjawab “nantilah ayah belikan..tengah ni duit ayah dah habis…. beli kelengkapan kamu…kita bukan orang senang…”
“Ok lah ok lah…tapi ayah beli cepat sikit tau…nanti macam mana along nak belajar..tidur tak selesa….nanti tak boleh tidur….haaa..ganggu prestasi along..!!”
Ye la…ye la…..nanti ayah beli lah….”
Sebulan telah berlalu…si ayah belum lagi nampak ..kelibatnya membawa tilam yang dijanjikan…mungkin..sedang kumpul duit nak beli tilam agaknya…maklumlah kerja kampung bukan orang senang….rumah yang anaknya sewa pun bayarannya kongsi ramai-ramai…satu rumah duduk lapan orang.
“Apa yang tak seronoknya ustaz ialah….budak-budak perempuan di sebelah rumah saya tu…pada mula mereka duduk menyewa tiada apa masalah ataupun gangguan
tapi lama kelamaan..rumah sewa anak dara di sebelah saya ni dah mula dilawati oleh budak-budak lelaki…ada yang datang bermotosikal dan ada yang datang dengan menaiki kereta….
“Entahlah ustaz..bukan tak tegur..dah tegur dah….tapi jawab budak lelaki yang datang bertandang tu…pakcik ni sapa?…bapak diorang ke ..????” terkedu saya ustaz apa nak dikata lagi…..”Kadang-kadang ustaz bebudak lelaki tu duduk rumah sewa budak perempuan sampai ke tengah malam….gerun saya ustaz….!!”
“Pernah sekali tu saya terfikir untuk melaporkan perkara ini kepada penguatkuasa jabatan agama…tetapi saya risau pulak nanti bebudak lelaki tu akan serang saya balik..atau apa-apakan keluarga saya..saya pun ada anak dara ustaz…risau saya ustaz…apalah upaya saya ustaz…”
“Berkenaan dengan anak gadis si ayah yang malang ni tadi..setiap hari keluar dengan pakwenya…maklumlah orang sedang bercinta..bercouple…mak bapak pulak jauh ..jadi line clear…ustaz..kadang-kadang tengah malam baru nampak balik ke rumah sewanya..entah lah..sedih saya apabila mengenangkan bapanya yang cukup baik.”
Suatu petang ustaz….sedang anak gadis si ayah ni keluar macam biasa dengan pakwenya….ayah si gadis ini sampai ke rumah sewa anak gadisnya….dengan menaiki motorsikal..di belakang motorsikalnya itu terikat tilam kekabu….sambil dia berhenti ..lalu terkial-kial si ayah ini cuba menongkatkan motornya…kerana tilam kekabu itu berat…..kemudian si ayah itu menjerit memanggil nama anaknya.. sambil mengelap peluhnya yang mengalir laju…terdengar suaranya yang mengah..memanggil-manggil anaknya..tetapi tiada sahutan…sunyi…kerana hari itu hari cuti…ada yang dah balik kampung hujung minggu dan ada yang biasa la..tengah menenggek di belakang motorsikal pakwe mereka…termasuklah anak gadis si ayah yang malang ini.
“Saya pun keluar dari rumah….lalu memanggil si ayah ini tadi..abang..mari masuk berehat di rumah saya dahulu…bebudak ni tak ada mereka keluar agaknya…”kata saya kepada si ayah .”
“Ke mana mereka pergi….agaknya…keluar ramai-ramai ke.bila balik agaknya.?” tanya ayahnya…bertalu-talu…saya hanya mendiamkan diri….lalu saya berkata kepada si ayah…tak mengapa bang…rehat dulu..abang letih tu datang dari jauh….bawak masuk motor abang tu ke dalam laman rumah saya….”
Si ayah bersetuju kerana tiada pilihan lain…nak balik alang-alang..dah sampai ..bukannya dekat..lagipun bukan senang nak datang balik…..si ayah nampak keletihan sambil menolak motorsikalnya dengan beban tilam yang berat.
Si ayah menunggu…sehinggalah waktu maghrib telah masuk….si anak masih tidak balik lagi….saya mengajak si ayah masuk ke dalam rumah mandi dan menunaikan solat maghrib ..kemudian saya menjamunya makan malam.Si ayah nampak keberatan tapi apa kan daya kerana menunggu anaknya …lantaran hati kecilnya merasa risau kalau-kalau anaknya tidak selesa tidur di atas toto…takut kesihatan anaknya terganggu.
Sedang kami duduk menunggu anaknya….yang masih tidak balik walaupun waktu isyak sudah lama berlalu….tiba-tiba si ayah sudah mengesyaki sesuatu…..lalu bertanya kepada saya…”Anak saya ni keluar dengan siapa sebenarnya encik?”
Saya hanya terdiam…tak terkata apa-apa….lalu saya menjawab…”beginilah bang..abang tunggulah sampai dia balik ..lihatlah sendiri dan tanyalah sendiri dengannya.”
Si ayah semakin risau……dan semacam sudah mengesyaki sesuatu yang tidak baik sedang dilakukan oleh anak gadisnya itu.Tepat pukul 2.15 pagi…barulah anak gadisnya pulang..dengan membonceng motorsikal pakwenya..memeluk mesra…pakwenya….berhenti di depan rumah sewa
Si anak gadis itu kemudiannya turun dari motorsikal pakwenya…sambil menanggalkan topi keledar diikuti oleh pakwenya,..itu….mereka tidak terus berpisah tetapi berbual mesra di hadapan rumah..tanpa menyedari…perlakuan mereka itu dilihat oleh kami berdua….
Mereka berpegangan tangan..sambil ketawa….bergurau….dan tiba-tiba..pakwe si gadis itu mencium bibirnya…!!!Subhanallah….saya tak boleh bayangkan keadaan ayahnya ketika itu yang bangun dan hendak bergerak menuju ke arah anaknya…tetapi saya tahan….kata saya kepada ayahnya..:”Jangan bang…sekarang dah pagi…jangan mengamuk tengah ni nanti..abang yang dapat malu…biarkan budak lelaki itu balik dulu”.
Hampir setengah jam kami melihat babak mesra bercumbu dan berpeluk itu…barulah budak lelaki itu pulang…si gadis itu pun masuk ke rumahnya…..
Setelah beberapa minit barulah ayahnya menolak motorsikalnya…dan menghidupkan enjin lalu berhenti di depan pintu pagar rumah anaknya..seolah-olah dia baru sampai…lalu dia memanggil nama anaknya….Anak gadis ini membuka pintu sambil merungut terkejut dengan kehadiran ayahnya pada lewat pagi sebegitu…sambil katanya..:”hah ayah apasal datang pagi-pagi macam ni…..tak boleh tunggu besok..?
Si ayah terus meluru lalu menampar…muka anak gadisnya…menjerit-jerit…marah..”Oooo…..buat apa datang pagi buta ye….kamu tahu tak… aku sampai sejak dari petang tadi..menunggu kamu…bawakkan tilam untuk kamu…..jenuh aku tunggu kamu….ni ha…pakcik ni yang tumpangkan aku..rehat..sembahyang …makan…..aku datang dari jauh letih…sebab risaukan kamu…sayangkan kamu..tapi kamu…keluar sampai jauh malam….dengan pakwe kamu ye…dah la tu kamu bercium beromen depan aku..anak tak tahu diuntung….aku malu tau tak…maluuuuu….anak kurang ajar..anak derhaka….anak tak mengenang budi…..aku jaga kamu….aku tatang kamu macam minyak yang penuh….macam ini balasan kamu…macam ni balasan kamu..pada aku..haaaa!!! anak ****……..berdebub…gedebab….kali ini saya lihat dia terajang anaknya ustaz…..saya masuk ke dalam rumah dan memegang si ayah dan memintanya mengucap….beristighfar….bersabar……….
Anak gadisnya…menangis meraung…merayu…memohon keampunan…..hu hu hu ayahhhh…ampunkan alongggg….huwaaaaa…ayah alongggg salah …along berdosa dengan ayah…..hunhuuuuuu…….!!Kau memang anak celaka…..memalukan keluarga…orang tua..kalau mak kamu tahu ni pasti mak kamu akan sedih sangat….tadi..mak kamu nak ikut..rindu nak tengok kamu…aku tak bagi tau tak…. sebab nak bawak tilam ni….kamu tau tak tilam ni berat….tilam kekabu…aku bawak dari kampung jauh….terhoyong hayang aku..bawak motor…tadi pun nyaris tak kena langgar dengan lori..tau tak…??
Kata si ayah sambil menangis…….suasana pilu…..saya juga menitiskan air mata….sedih melihat ayah yang separuh abad,,,menangis kecewa dengan perbuatan anak gadisnya.“Sudah..kau kemaskan barang….pagi ni jugak balik ikut aku….balikkkkk…ikut aku…cepatttt,………kata ayahnya….
Sejak itu ustaz saya tak nampak lagi anaknya itu balik ke rumah sewa disebelah rumah saya itu…Tilam yang dibawa oleh ayah si gadis itu masih ada di rumah saya ditinggalkan oleh ayahnya…kerana tidak mampu dibawa balik lantaran si ayah membawa anaknya balik pada malam itu juga.
Pada malam itu juga si anak gadis itu balik ke kampungnya,….dengan membonceng motor…tetapi bukan di belakang pakwenya…tetapi dibelkang bapaknya……kesiannn ustaz…kesiannnn……

Wanita 21 Tahun Rayu Pakai Seluar Dalam


GRIK: Seorang wanita merayu kepada pegawai pencegah maksiat untuk masuk semula ke dalam bilik tidur teman lelakinya bagi membolehkan dia memakai semula seluar dalam yang tidak sempat dipakainya sejurus selepas dia ditahan, pagi kelmarin.

Permintaan itu dipenuhi oleh pegawai berkenaan apabila mendapati wanita itu berada dalam keadaan mengghairahkan kerana memakai seluar ketat nipis, selain baju yang dipakainya kelihatan dalam keadaan tidak sempurna.
Wanita yang hanya tinggal dengan ibunya di kampung itu mengaku hidup seperti suami isteri sejak mereka menjadi pasangan kekasih lima tahun lalu. – Mohd Jonid Abdul Syukor, Penolong Penguat Kuasa Pejabat Agama Daerah Grik
Wanita berusia 21 tahun dan pasangan kekasihnya 26 tahun berasal dari kampung berlainan di pinggir pekan ini diserbu penguat kuasa pada jam 10 pagi kelmarin dipercayai ketika sedang memadu asmara dalam sebuah bilik di rumah kongsi itu.
Wanita berkenaan pada mulanya mengeluarkan suara tinggi ketika ditahan tetapi selepas itu menangis sambil menceritakan kisah hidupnya dan keluarga pasangan berkenaan.

Penolong Penguat Kuasa Pejabat Agama Daerah Grik, Mohd Jonid Abdul Syukor berkata, enam pegawainya dibantu dua anggota RELA menyerbu rumah berkenaan selepas menerima maklumat orang awam mengenai perlakuan pasangan itu.
“Selepas kira-kira 10 minit kami mengetuk pintu bilik yang berkunci dari dalam itu, ia dibuka seorang lelaki yang hanya berseluar pendek sebelum mendapati seorang wanita sedang duduk di atas tilam nipis.
“Keadaan atas tilam berselerak dengan kain selimut dan sehelai kain sarung di dalam bilik sempit hanya kira-kira tiga meter persegi itu,” katanya ketika ditemui di tempat serbuan, kelmarin.
Katanya, ketika diajukan soalan mengenai status mereka bukan pasangan suami isteri, wanita berkenaan mula meninggikan suara sambil menceritakan masalah keluarga pasangannya yang enggan menerima dia sebagai menantu.
Wanita berkenaan mengaku pergi ke rumah kongsi tempat tinggal kekasihnya yang bekerja di kilang papan di situ dengan menunggang motosikal sehari sebelum itu dan bermalam bersama kekasihnya.
Malah, dia juga mengaku dalam seminggu dia pergi beberapa kali ke rumah itu sejauh kira-kira 30 kilometer dari rumahnya bagi melepaskan rindu selain memberi alasan untuk membawa makanan.
“Ketika disoal, wanita yang hanya tinggal dengan ibunya di kampung itu mengaku hidup seperti suami isteri sejak mereka menjadi pasangan kekasih lima tahun lalu.
“Malah, apabila ditanya berapa kali sudah terlanjur melakukan hubungan seks, wanita itu tanpa segan silu mengaku tidak terkira banyaknya dengan alasan dia terlalu sayang kepada pasangannya,” katanya.
Ketika membuat laporan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Grik, Mohd Jonid berkata pemeriksaan pada telefon bimbit milik lelaki berkenaan didapati mengandungi beberapa adegan rakaman hubungan seks dengan berlatarkan bunyi unggas pada waktu malam dipercayai hasil rakaman peribadi mereka.
“Telefon itu kemudian dirampas untuk dijadikan bahan bukti dan mereka ditahan satu malam di lokap polis sebelum menghubungi keluarga untuk dijamin.
“Pasangan berkenaan disiasat mengikut Seksyen 54 Enakman Jenayah Syariah Perak dan boleh didenda sehingga RM3,000 atau dua tahun penjara, jika sabit kesalahan,” katanya.

Badminton Memalukan - Malaysia Kalah Kepada Jerman.

Pemain Jerman merai kemenangan....... Pemain Malaysia keluar  kelesuan.

Kuala Lumpur: Jerman pun boleh baham Malaysia dalam badminton, sukan apa lagi yang boleh diharapkan.

Begitulah gambaran betapa sukan Malaysia kini semakin hilang gemerlapan di peringkat dunia dan cukuplah Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengulangi kata-kata keramat ‘kami berjaya melahirkan (Datuk) Lee Chong Wei’.

Cukup perit apabila tewas kepada dua pasukan yang bukannya kuasa badminton dunia, iaitu Taiwan dan semalam, Jerman ketika pemerhati badminton dunia meramalkan Malaysia mudah mara ke suku akhir Piala Sudirman pada penganjuran pertama kejohanan itu di Kuala Lumpur.

Harapan terakhir menerusi Vivian Hoo-Woon Khe Wei ternyata ‘harapan palsu’ apabila mereka tunduk kepada gandingan Birgit Michels-Johana Golsizewski 16-21, 21-16, 18-21 bagi memberi slot ke suku akhir kepada wakil Eropah itu.

Sememangnya sejak dari awal lagi perlawanan berlangsung dengan penuh debaran.

Chong Wei memberikan kelegaan buat peminat yang tidak berganjak dari tempat duduk selepas Chan Peng Soon-Goh Liu Ying tewas kepada Fuchs-Michels 17-21, 21-16, 17-21.

Mengulas mengenai kekalahan Peng Soon-Liu Ying, Chong Wei mengakui Peng Soon tidak bermain di tahap terbaik.

“Perkara sebegini biasa kerana biasanya saya sering turun dalam acara pertama, saya sudah banyak pengalaman dalam kejohanan berpasukan berbanding pemain lain,” kata Chong Wei yang menjadikan kedudukan 1-1 selepas Peng Soon-Liu Ying tewas kepada Fuchs-Michels.

Chong Wei menang ke atas Dieter Domke 21-18, 21-18.

V Shem-Khim Wah yang diturunkan dalam beregu lelaki memikul tanggungjawab yang tidak mampu digalas Koo Kien Keat-Tan Boon Heong serta Hoon Thien How-Tan Wee Kiong, beraksi dengan penuh keyakinan ketika mengatasi Ingo Kindervater-Johannes 21-16, 23-21.

“Walaupun tewas pertemuan pertama di Jerman, sebenarnya kami yakin boleh menewaskan mereka sebab kekalahan pertama itu dibantu pengadil servis yang berat sebelah,” kata Khim Wah.

Aksi Tee Jing Yi yang menentang Olga Konon langsung tidak meyakinkan apabila tewas mudah 12-21, 14-21, sekali gus keputusan jurulatih tidak membariskan Sonia Cheah, menjadi persoalan.

Sementara itu dalam perebutan juara Kumpulan B antara Korea dan Thailand yang pada awalnya dijangka sengit, meleset selepas Korea mendominasi dengan kemenangan 5-0.