Wanita Ini Akan Mati Jika Makan Buah.

on Wednesday, May 22, 2013


Seperti yang dimaklumkan doktor, kita amat disarankan supaya sentiasa mengambil buah-buahan sebagai makanan rutin. Namun saranan itu tidak boleh diberikan kepada seorang wanita ini. Wanita yang dikenali sebagai Charlotte Jefferson ini, telah dimaklumkan doktor bahawa buah yang dimakannya boleh menyebabkan dirinya akan mati atau dalam erti kata lain jatuh sakit. 

Difahamkan larangan untuk memakan buah adalah disebabkan Charlotte Jefferson mengalami alahan luar biasa yang membuatkan dirinya tidak mengambil buah-buahan.

Charlotte Jefferson diberi amaran oleh doktor, dia boleh mati jika makan buah lagi. Ibu berusia 25 tahun itu menghidap alahan luar biasa yang menyebabkan dia mengalami kesan sampingan yang boleh membawa maut setiap kali makan buah.

Dia dimasukkan ke hospital sebelum pihak perubatan akhirnya mengenal pasti alahannya tahun lalu. Pengalaman pertama Charlotte berlaku selepas dia makan buah lai yang menyebabkan badannya gatal dan dia batuk darah. Dalam kejadian lain, dia mengalami pening dan meracau selepas makan tomato.

Charlotte berasal dari Hull kini berhati-hati memastikan tiada makanan yang dilarang dalam dietnya kerana bimbang jika dia makan apa juga buah, ia mungkin kali terakhir untuknya. “Saya bimbang untuk makan lai atau rempah kerana ia akan menyebabkan saya mati,” katanya Selepas bertahun-tahun menderita tanpa mengetahui puncanya, doktor akhirnya memutuskan bahawa dia alah kepada salisilat yang terdapat dalam buah dan makanan lain.

Senarai makanan yang perlu dielak oleh wanita itu, termasuk kerang-kerangan, daging dalam tin, semua jenis buah kecuali pisang, brokoli, timun, inti pai, sayur berminyak, dadih, jem, air buah, air gas, sos, kebanyakan herba dan rempah, biskut, gula-gula dan kastard. Ini bermakna, kunjungan ke restoran menjadi satu mimpi ngeri bagi Charlotte yang sentiasa membawa sebuah Epifen yang diisikan dengan adrenalina sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya dia termakan makanan yang dilarang dan mengalami reaksi.

“Sekiranya saya ingin keluar bersama rakan, saya terpaksa telefon restoran itu terlebih dulu dan bertanya banyak soalan mengenai masakan mereka dan bagaimana ia dimasak. Banyak yang saya tak boleh makan. Selalunya, saya hanya makan semangkuk bubur kerana ia paling mudah untuk disediakan,” katanya.

Gadis Ini Lebih Pintar Daripada Einstein.


Kita akui Albert  Einstein antara manusia yang dianggap pintar kerana berjaya menyelesaikan masalah sukar. Namun pada hari ini, seorang guru membuat kenyataan bahawa terdapat seorang pelajarnya yang didapati berjaya menjawab soalan IQ dengan baik dan diiktiraf paling pandai di dunia. Difahamkan gadis pintar ini juga baru sahaja berusia 16 tahun. Itulah keistimewaan yang dimiliki olehnya.

Lauren Marbe, 16, memeranjatkan gurunya apabila mencatatkan markah 161 pada ujian IQ Mensa selepas menduduki ujian itu secara suka-suka. Markah ujian IQ dicatatkan anak pemandu teksi itu bermakna dia kini lebih pintar daripada Professor Stephen Hawking, Bill Gates, malah Albert Einstein yang semuanya mempunyai IQ 160.

Lauren kini tersenarai dalam persatuan Mensa yang bermakna dia secara rasmi berada dalam kelumpuk satu peratus orang paling pandai di dunia. Pelajar Sekolah Menengah Roding Valley itu yang diramal mencatatkan semua A dalam peperiksaan GCSE berkata, dia teruja dengan pencapaiannya.

Ibunya, Sue Marbe, pengetua sebuah sekolah rendah di Essex berkata: “Meskipun Lauren berambut blonde seperti gadis Essex lain, dia berjaya mengikis tanggapan semua pelajar perempuan Essex bodoh.”

Einstien tidak pernah menduduki ujian IQ kerana peperiksaan itu tidak wujud pada zamannya. Bagaimanapun, pakar percaya dia memiliki IQ 160. Ujian IQ bertujuan menguji keupayaan kecerdikan pelajar. Di Britain, purata markahnya ialah 100.

Bagaimana Tumbuhan Ini Hidup Tanpa Air Dan Udara?.



Jika anda masih ingat lagi, ketika belajar Sains di sekolah dahulu, sememangnya tumbuhan memerlukan cahaya, air dan udara untuk hidup. Tanpa ketiga-tiga elemen tersebut ia tidak akan mampu hidup. Namun percayakah anda bahawa ia boleh berlaku sebenarnya.

Eksperimen ini telah dijalankan dalam sebuah balang dan ditutup rapat tanpa sebarang air dan udara diberikan. Namun hasilnya, tumbuhan ini hidup segar.

Di Surrey, seorang pesara jurutera, David Latimer, berjaya mencipta taman kecil yang diletakkan di dalam botol selepas 40 tahun tanpa udara dan air di Cranleigh, Surrey, Britain.

David berkata, pokok itu ditanam 53 tahun lalu dan kali terakhir ia disiram adalah pada 1972 sebelum penutupnya ditutup ketat untuk mendapatkan tindak balas ekosistem.

“Asalnya saya ingin mencuba eksperimen di mana tumbuhan dapat bertahan di persekitaran tanpa air. Saya membuat empat jenis tanaman di dalam botol itu. Tiga daripadanya mati kecuali pokok jenis Spiderworts,” katanya.

Menurutnya, kesemua pokok itu ditanam di dalam botol glob dan diletakkan kira-kira dua meter dari tingkap supaya mendapat sedikit cahaya matahari.

“Tanaman itu menyerap tenaga matahari dan air dihasilkan dari kelembapan karbon dioksida manakala nutrisi dihasilkan dari daun-daun yang membusuk dan berkulat. Proses ini menghasilkan oksigen,” katanya.

Beliau berkata, keseluruhan eksperimen ini dianggap berjaya kerana tanaman itu terus hidup segar tanpa penyakit.

“kau nak bagi anak aku makan ape?, makan pasir?.”



Bakal ibu mertua yang memilih bakal menantu tentu sinonim dengan ayat ini “kau nak bagi anak aku makan ape?, makan pasir?.”............ ayat tu mungkin dah tak releven lagi dalam zaman sekarang ini, sebab ada seorang wanita yang suka makan pasir, jom kita tengok gambar-gambarnya. 









Misteri - Ribuan Bebola Ungu Muncul Di Padang Pasir (Video).

 
Seperti yang kita tahu, padang pasir merupakan salah sebuah kawasan yang mempunyai cuaca yang agak panas. Berikutan itu, sumber air sudah tentu kebarangkaliannya sukar untuk didapati. Namun begitu, satu penemuan yang mengejutkan apabila seorang wanita menemui ribuan bebola ungu seperti cecair pepejal yang tiba-tiba muncul di padang pasir. Kemunculan ini dianggap pelik dan menimbulkan banyak persoalan.


Penemuan sesuatu yang aneh dari dunia kita mungkin sering menimbulkan pelbagai spekulasi di kalangan saintis dan masyarakat dengan menganggapnya berkaitan dengan kemunculan makhluk asing..Terbaru, sejenis bebola berunsur jeli berwarna ungu telah ditemui di Gurun Arizona dan apakah ia dikaitkan dengan unsur paranormal dan makhluk asing? Nak tahu dengan lebih lanjut, meh baca kat bawah ni.


Penduduk tempatan di daerah Tuscon bingung dengan kemunculan ribuan bebola kecil berwarna ungu yang muncul di tengah-tengah padang pasir Arizona.

Geradine Vargas dan suaminya dikatakan telah menemui benda aneh itu pada Ahad lalu ketika sedang bersiar-siar.

“Kami telah mengambil gambar di sekitar kawasan dan kami hanya..Maksud saya, bagaimana awak boleh terlepas yang ini?” kata Geradine. “Ia seperti berkilauan di bawah cahaya matahari”.

“Ia merupakan perkara yang tidak pernah dilihat oleh awak sebelum ini”. Sesetengah bebola tersebut kelihatan berair dan ada diantaranya pula kelihatan lutsinar.

“Kami telah mengirimkan email kepada seorang kawan yang juga seorang pakar zoologi, tetapi dia juga tidak tahu apakah benda itu” ujar Geradine kepada seorang pemberita KGUN-9. “Maksud saya, dia sendiri tidak dapat mengenal pasti asal-usul benda tersebut“

Pihak pemberita memeriksa bebola aneh berkenaan dan melaporkan bahawa ia kelihatan seperti ‘guli yang melekit dan mengeluarkan air apabila dipicit’.

Darlene Buhrow, pengarah pemasaran untuk Tuscon Botanical Gardens berkata bahawa selepas bercakap dengan pihak yang juga ahli botani berpengalaman, jika bebola tersebut merupakan suatu yang semulajadi, ia boleh jadi terdiri daripada sejenis kulat.

Ada yang mengandaikan bahawa bebola tersebut merupakan salah satu produk daripada Deco Beads yang direka dan kelihatan seperti bebola kecil berisi air yang berfungsi bagi mengelakkan tumbuhan daripada terhidrat akibat kekurangan air. Walaubagaimanapun, ia sedikit pun tidak dapat menjelaskan kenapa ia diletakkan dalam kuantiti yang banyak di padang pasir.


Sumber

Biar Betul......... Budak Lapan Tahun Kahwin Dengan Seorang Nenek.

Perkahwinan di antara pasangan yang mempyunyai jarak usia  jauh merupakan sesuatu yang jarang kita dengar. Kadangkala lelaki tua meminang wanita muda itu seperti biasa kita dengar. Namun begitu, di Afrika, terdapat seorang budak yang baru sahaja berusia lapan tahun telah berkahwin dengan seorang wanita yang sudah bersatus nenek. Perkahwinan ini dirancang atas sebab sayang di antara kedua-duanya.


Tshwane (Afrika Selatan): Seorang murid sekolah berusia lapan tahun melangsungkan perkahwinan dengan wanita yang mungkin seusia dengan neneknya.

Sanele Masilela melangsungkan perkahwinan itu di depan 100 tetamu dengan ibu anak lima, Helen Shabangu, walaupun wanita berkenaan masih mempunyai suami.

Pasangan itu bertukar cincin dan bercium di majlis yang diadakan di Tshwane, Afrika Selatan.

Sanele mendakwa dia berkahwin kerana diarah oleh nenek moyangnya.

Keluarganya yang membelanjakan kira-kira RM7,500 untuk majlis itu berkata, ia hanya bersifat ritual dan tidak sah dari segi undang-undang.

“Saya memberitahu ibu, saya ingin berkahwin kerana itu yang saya mahukan. Saya gembira dapat berkahwin dengan Helen. Apabila dewasa kelak, saya akan kahwin dengan wanita seusia saya,” kata Sanele.

Patience, Ibu Sanele yang berusia 46 tahun berkata: “Datuk Sanele mengarahkannya berkahwin sebelum dia mati. Dia memilih Helen kerana sayangkan wanita itu. “Dengan berbuat demikian, nenek moyangnya pasti gembira. Jika kami menghalangnya, sesuatu yang buruk akan berlaku ke atas keluarga kami.” Helen ketika mengulas perkahwinannya itu berkata: “Itu yang dimahukan nenek moyangnya.”

Nangka Madu Mirip Ibu Dukung Anak.

 

PONTIAN – Seorang pekebun terkejut apabila nangka madu yang ditanam berhampiran rumahnya di Pekan Kayu Ara Pasong, dekat sini, berbentuk seakan-akan ibu yang sedang mendukung anak.

Abdul Hamid Sargidon, 70, berkata, dia menanam benih nangka madu itu beberapa tahun lalu dan hanya menyedari pokok itu mula mengeluarkan buah pada minggu lalu.


“Saya nampak pokok nangka madu itu mula berbuah dan buahnya hanya sebiji di batang pokok.

“Saya dan isteri kemudiannya membersihkan kawasan sekitar pokok yang dipenuhi dengan lalang dan dahan pokok pelam yang terletak di sebelahnya beberapa hari lalu,” katanya.

Jelasnya, selepas dibersihkan, dia dan isteri amat terkejut apabila mendapati nangka madu itu mempunyai bentuk seakan seorang ibu yang mendukung anaknya.

“Saya dan isteri terfikir bentuk nangka seolah-olah melambangkan kami yang mempunyai sebuah keluarga besar iaitu anak seramai enam orang dengan 17 cucu serta seorang cicit yang masih kecil,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

Katanya, kejadian pelik itu pertama kali dialami sepanjang penglibatannya dalam bidang pertanian dan tidak pernah melihatnya di tempat lain.

“Saya akan terus biarkannya membesar dan jaga pokok nangka madu ini dengan sebaiknya,” katanya.

Kewujudan nangka pelik itu turut menyebabkan rumahnya menjadi tumpuan penduduk sekitar yang mahu melihat sendiri buah tersebut.