Gaji Menteri Dan ADUN Sarawak Naik Tiga Kali Ganda

on Wednesday, May 22, 2013



Gaji Menteri Dan ADUN Sarawak Naik Tiga Kali Ganda | KUCHING: Gaji bulanan ketua menteri, timbalan ketua menteri, menteri, pembantu menteri dan anggota dewan undangan negeri Sarawak akan naik sebanyak kira-kira tiga kali ganda di bawah rang undang-undang yang diluluskanoleh Dewan Undangan Negeri (DUN).

Rang Undang-undang Anggota Pentadbiran dan Anggota Dewan Undangan Negeri (Gaji, Pencen dan Gratuiti) 2013 juga memperuntukkan kenaikan gaji untuk Speaker DUN, timbalan speaker dan setiausaha-setiausaha politik.

Gaji untuk Ketua Menteri akan naik daripada RM13,000 kepada RM39,000; Timbalan Ketua Menteri, RM11,500 kepada RM35,000; menteri kanan dan speaker DUN RM9,000 kepada RM30,000; menteri, RM9,000 kepada RM27,000; pembantu menteri dan timbalan speaker, RM7,000 kepada RM21,000; anggota dewan undangan negeri, RM4,500 kepada RM15,000 dan setiausaha politik, RM3,000 kepada RM9,000.

Rang undang-undang itu juga menetapkan kenaikan gaji itu berkuat kuasa dari 1 Jan tahun lepas. Kali terakhir pindaan gaji dibuat ialah pada 1992.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Wong Soon Koh berkata semakan gaji itu dibuat berikutan peningkatan jangkaan daripada rakyat. "Sarawak adalah sebesar Semenanjung dan banyak Anggota Dewan Undangan Negeri perlu menjaga kawasan yang luas terutama mereka yang berkhidmat di kawasan luar bandar," katanya.

Wong berkata rang undang-undang baharu itu akan berkuat kuasa minggu depan dan kenaikan gaji itu dijangka membabitkan RM17 juta daripada dana negeri, termasuk bayaran tunggakan dari tahun lepas. -BERNAMA
Fuh - kalau pemimpin yang adil tak kisah nak naik gaji banyak mana pun asalkan menjalankan tanggungjawab dengan baik serta amanah. Tapi bagi Dr Fuh, pemimpin yang zuhud pasti tidak akan menolak gaji sebanyak itu. Itu baru gaji, belum masuk elaun, claim dan sebagainya lagi.

Wallahualam SUMBER


Pemurah! Pelayan Terkejut Kerana Mendapat RM2,850 Daripada David Beckham



Pelayan Terkejut Kerana Mendapat RM2,850 Daripada David Beckham | LOS ANGELES – Seorang pelayan tergamam apabila bintang bola sepak England, David Beckham(gambar) memberikannya tip sebanyak AS$907 (RM2,872) selepas minum di sebuah kelab malam di Los Angeles.

Pelayan berkenaan, Claudia Belden memperoleh ganjaran besar iaitu bonus sebanyak AS$900 dolar (RM2,850) ketika dia menghidangkan minuman kepada pemain itu dan rakan-rakan sepasukannya selepas beraksi dalam satu perlawanan amal.

Beckham dari kelab La Galaxy dan rakan-rakan sepasukannya meraikan kejayaan selepas berjaya menewaskan kelab bola sepak Hollywood United 12-4, yang mana pemain itu menjaringkan dua gol.

Beckham dan wanita itu turut bergambar bersama dan berbual-bual mengenai rakan kelab bola sepak lamanya, Manchester United iaitu Ryan Giggs, 34, sebelum dia memberikan tip tambahan ketika menjelaskan bil sebanyak AS$100 (RM316) di kelab berkenaan.

“Beckham hanya minum air mineral. Dia menandatangani autograf ketika diminta oleh beberapa orang,” kata pelayan itu. Pelayan itu juga bercadang menggunakannya untuk mendapatkan kembali kereta lamanya dan sebahagiannya diasingkan untuk digunakan bagi mendapat rawatan pergigian.
SUMBER


Lelaki Kaya Ini Menghancurkan Kereta Mewahnya Di Hadapan Orang Awam Di China

Ada orang di China begitu kaya raya, yang mampu untuk memusnahkan kereta mewah Maserati yang berharga420,000 dolar, hanya kerana mereka tidak suka perkhidmatan. walaupun ia amat sukar untuk percaya ini benar-benar berlaku dan di sini kita mempunyai gambar-gambar untuk membuktikannya. Bagi fakta mudah yang saya tidak suka perkhidmatan syarikat ini, orang-orang ini memutuskan untuk membuat awam kemusnahan salah satu kereta mereka










Zalimnya Kakitangan Air Asia di Vietnam - Derita Ibu Berakhir Dengan Bantuan MAS.

on Tuesday, May 21, 2013



KUALA LUMPUR - Kisah seorang ibu malang yang tidak dibenarkan menaiki pesawat Air Asia   untuk pulang ke Malaysia kerana anaknya disyaki demam campak berakhir apabila Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) telah mengambil tindakan yang sangat-sangat berhati perut apabila membawa mereka kembali ketanah air.

duit hasil kutipan derma kilat rakyat Malaysia semasa di airport
Malaysian Airlines System Bhd. (MAS) menjelaskan bahawa pihaknya telah membawa pulang Izan Suhaila Mohd. Ali dan bayinya, Maryam Sofea Mohd. Reza dari Vietnam ke Malaysia setelah mendapati bayi itu sihat dan boleh menaiki pesawat.

inilah kakitangan Air Asia yang tidak berhati perut......... 
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya dalam satu kenyataan semalam menjelaskan, pihaknya telah membawa Maryam Sofea, 14 bulan, ke sebuah klinik tempatan pada hari Ahad lalu dan bayi itu disahkan sihat.


Tengoklah betapa biadapnya komen anak buah Tony Fernandez yang bernama Her Unglaubliche
Jelasnya, bayi berkenaan sudah sembuh dan parut di badan bayi tersebut hanyalah kuping kering serta tidak berisiko untuk menjangkiti orang lain.

"Sehubungan itu, kakitangan kami telah mengambil segala langkah yang perlu bagi membantu ibu dan anak berkenaan untuk pulang ke tanah air menerusi penerbangan MH759 yang berlepas dari Bandar Ho Chin Minh pada pukul 4.40 petang kelmarin (Ahad)," katanya.

Syarikat penerbangan seperti inike yang perlu kita sokong, yang langsung tidak berhati perut, bayangkan jika pelancong asing yang mengalami masalah seperti itu, adakah mereka di Air Asia akan melayan mereka seperti apa yang dialami oleh ibu malang ini, saya rasa sudah tentu tidak.

Pemain Liga M Diancam Bunuh.

gambar hiasan

“JIKA ada mana-mana pemain Liga Malaysia (Liga M) yang menerima ugutan bunuh, mereka hendaklah melaporkannya segera kepada pihak berkuasa.”

Demikian tegas Pengerusi Pemeriksaan, Pemantauan dan Ketelusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Aseh Che Mat semalam.

Katanya, langkah tersebut adalah untuk keselamatan mana-mana pemain dalam Liga M yang diancam oleh bookie bola sepak.

Aseh menegaskan demikian ekoran dakwaan beberapa pemain sebuah pasukan yang beraksi dalam Liga M di laporkan menerima ugutan bunuh daripada sindiket perjudian bola sepak semalam.

Pemain terbabit dipercayai mahu membuat laporan polis selepas dilaporkan menerima ugutan tersebut.

Sumber dalaman pasukan tersebut yang enggan mendedahkan identitinya memberitahu, keselamatan para pemain tersebut termasuk ahli keluarga mereka mula diancam apabila gagal memenuhi tuntutan atau arahan sindiket perjudian itu dalam satu perlawanan baru-baru ini.

Ketika diminta mengulas insiden tersebut, sumber berkenaan enggan memberikan sebarang komen dan menyerahkannya kepada FAM untuk mengambil tindakan sewajarnya.

Mengulas lanjut, Aseh mendedahkan, FAM dengan kerjasama pihak berkuasa akan menyiasat perkara tersebut dengan lebih terperinci dalam usaha mereka membanteras gejala yang tidak bermoral itu.

“Ini merupakan satu perkara yang serius. Jika dakwaan itu benar, saya nasihatkan pemain-pemain terbabit tampil membuat laporan polis.

“Perbuatan tidak bermoral seperti gejala mengatur keputusan perlawanan adalah musuh No.1 sukan bola sepak negara.

“Jika aktiviti seperti ini berterusan, bilangan penonton yang hadir ke stadium akan merosot.

“Kita akan siasat perkara ini dengan lebih mendalam dan pada masa yang sama menjaga keselamatan pemain terbabit sebelum diancam dengan lebih teruk oleh pihak yang tidak bertanggungjawap itu,” katanya semalam.

Untuk rekod, Liga M pernah melalui detik hitam apabila menyaksikan 126 pemain dan jurulatih dipanggil untuk membantu siasatan ekoran skandal rasuah pada tahun 1994.

Akibatnya, seramai 58 pemain dikenakan pergantungan selama satu sehingga empat tahun oleh FAM.

Selain itu, 21 pemain dan jurulatih diberhentikan khidmat mereka dan beberapa pemain lagi digantung seumur hidup serta dibuang daerah, selain tidak dibenarkan menyertai kejohanan di bawah kelolaan FAM.

Tahun lalu pula, seorang ketua jurulatih dan 11 pemain skuad Piala Presiden Negeri Sembilan dilarang daripada menyertai sebarang aktiviti bola sepak tempatan antara setahun dan lima tahun kerana terlibat dalam skandal rasuah.

Ini kerana FAM mendapati berlaku unsur-unsur rasuah dan polemik mengatur perlawanan melibatkan pasukan Piala Presiden Negeri Sembilan pada saingan tahun 2011.

Ketua jurulatih skuad tersebut, Yusarman Yusof, menerima hukuman gantung seumur hidup oleh FAM.

Rahsia Kelebihan Solat Sunat Tahajjud



"Pada paras alfa, frekuensi otak berada dalam lingkungan 7 hingga 14 kitaran persaat. Paras ini merupakan paras seseorang dapat berhubung dengan minda bawah sedar dengan aktif. Pada paras ini seseorang akan berada dalam keadaan pertengahan antara 'sedar dengan lena'. Aktiviti minda pada ketika ini dalam keadaan tenang,santai dan rehat. Pada tahap ini anda akan berada dalam tahap kesedaran yang tinggi.

Paras alpha amat penting kerana anda dapat meneroka dan mengekstrak kemampuan minda anda. Pada ketika ini minda dan jiwa anda begitu hening sehingga anda berada pada tahap fokus yang tinggi. Fikiran anda begitu terang dan jelas dan mampu menjana minda bawah sedar pada tahap yang tinggi
Paras ini adalah sepertimana anda hampir-hampir hendak tertidur. Malangnya anda tidak dapat kekalkan keadaan ini. Hanya waktu yang singkat sahaja anda berada pada paras alfa ,lalu anda tertidur.Ini berlaku secara semulajadi.

Walaubagaimanapun, paras alpha boleh dicapai dengan menurunkan secara sengaja frekuensi otak ke tahap yang lebih rendah daripada keadaan sedar.

Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu mengatakan bahwa Rasulullah bersabda, 'Tuhan kita Yang Mahasuci dan Mahatinggi turun ke langit dunia. setiap malam ketika tinggal sepertiga malam yang akhir dengan berfirman, 'Siapakah yang mau berdoa kepada-Ku lalu Aku kabulkan? Siapakah yang mau meminta kepada-Ku lalu Aku kabulkan? Siapa yang mau meminta ampun kepada-Ku lalu Aku ampuni?'"

Salah satu caranya ialah dengan anda melakukan qiaimulail. Pada ketika ini apabila anda bangun tidur terutamanya pada pertengahan malam, otak anda dalam keadaan hening dan tenang. Paras kortisol amat rendah pada waktu ini.

"Dan dirikanlah sembahyang itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat. (Surah Hud:114)

Anda sebenarnya masih dalam keadaan yang mengantuk seperti mahu tidur lagi.Apabila anda melaksanakan solat tahajud misalnya, anda seperti hendak tertidur tetapi masih dalam keadaan berjaga.Pada ketika ini anda sebenarnya berada pada pertengahan antara sedar dan lena yang mana anda sebenarnya pada pada tahap frekuensi alpha . BIla anda dengan sengaja melakukan solat tahajud, anda dapat berada lebih lama dalam keadaan alpa.

Inilah salah satu rahsia kehebatan solat tahajud pada ketika kita melakukan qiaimulail.Begitu juga dengan amalan-amalan berzikir,membaca alquraan, muhasabah diri dan beristiqfar pada melakukan ibadah qiaimulail pada pertengahan malam adalah merupakan aktiviti yang mana meletakkan anda pada tahap paras alpha.

dan di waktu malam. Maka apakah kamu tidak memikirkan? Ash-Shaaffat (37)

Pada tahap ini kesedaran dan fokus anda anda begitu tinggi hinggakan emosi anda akan lebih jelas iaitu seperti apabila anda mengenangkan dosa-dosa dan takut kepada azab Allah , hati anda akan mudah tersentuh dan anda benar-benar dapat merasakan kehebatan,kebesaran dan keagungan Allah. Mata hati anda akan menjadi terang supaya anda benar-benar bersungguh-sungguh untuk membuat persediaan bekalan untuk menghadapi kematian anda pada bila-bila masa.

P. RAMLEE

Kad Pengenalan Allahyarham P. Ramlee
Siapa yang tidak kenal dengan seniman Tan Sri P Ramlee ini. Mempunyai bakat yang sangat hebat sehingga mampu berlakon, menyanyi dan menjadi pengarah dengan puluhan filem. Kita semua masih tidak berasa jemu untuk menonton filem-filem hasil karya beliau, namun adakah anda tahu tentang sejarah hidupnya.

SIAPA yang tidak mengenali Tan Sri P. Ramlee. Beliau digelar seniman agung negara kerana jasanya yang amat besar dalam industri hiburan terutamanya di rantau Asia Tenggara, perjuangannya dalam arena seni selama 25 tahun membawa P. Ramlee ke mercu kejayaan sebagai penyanyi, penggubah lagu, pemuzik, pelakon, pengarah filem, dan sebagai penerbit filem.

Latar belakang

Hasil perkongsian hidup Teuku Nyak Putih Teuku Karim dengan Che Mah Hussein sejak tahun 1925, P. Ramlee dilahirkan pada 22 Mac 1929 pada pagi Hari Raya Aidilfitri. Beliau dilahirkan di rumah neneknya di Pulau Pinang.

P. Ramlee memulakan pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Jawa dan kemudiannya di Francis Light School. Seterusnya beliau menyambung pelajarannya di Penang Free School sehingga meletusnya Perang Dunia Kedua. Semasa Perang Dunia Kedua, P. Ramlee telah mendapat pendidikan di Japanese Navy School.

P. Ramlee telah menghembuskan nafas terakhirnya pada pagi Selasa, 29 Mei 1973 ketika berusia 44 tahun dan jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Menerima pingat kebesaran Ahli Mangku Negara (AMN) pada tahun 1962.
Perkahwinan

P. Ramlee pernah berkahwin sebanyak tiga kali iaitu dengan Junaidah Daeng Harris (1950), Noorizan Mohd. Noor (1955) dan Salmah Ismail atau Saloma (1961).



Beliau hanya dikurniakan dua orang anak melalui hasil perkahwinannya bersama Junaidah iaitu Mohd. Nasir dan Arfan. P. Ramlee juga mempunyai anak tiri iaitu Abdul Rahman (anak Junaidah), Norma (anak Noorizan) dan Armali (anak Saloma dan A.R.Tompel). Bukan itu sahaja, P. Ramlee juga mempunyai anak angkat iaitu Sazali, Betty, Zakiah @ Zazaloma, Sabaruddin @ Badin dan Dian.

Filem dan lagu

P. Ramlee telah berlakon dalam 66 buah filem. Bermula dengan filem pertama Chinta (1948) sehinggalah filem terakhirnya Laksamana Do Re Mi (1972). Dalam dunia seni suara pula, P. Ramlee telah mendendangkan sebanyak 359 buah lagu termasuklah hit seperti Dendang Perantau, Azizah, Bunyi Gitar, Getaran Jiwa dan Madu Tiga.

Meraikan kejayaan meraih anugerah pada Festival Filem Asia ke-7 di Tokyo, Jepun pada tahun 1960 bersama pelakon Bat Latiff.

Penghargaan

Bagi mengenang jasa dan sumbangannya terhadap negara, beliau telah dianugerahkan Bintang Kebesaran Darjah Panglima Setia Mahkota oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada tahun 1990 yang membawa gelaran Tan Sri.

Selain itu, rumah terakhir beliau di Jalan Dedap, Setapak, Kuala Lumpur telah diubah suai dan dijadikan sebagai Pustaka Peringatan P. Ramlee pada tahun 1986.

Nama P. Ramlee turut diabadikan pada sebatang jalan di tengah ibu kota Kuala lumpur iaitu Jalan P. Ramlee (dahulunya Jalan Parry) pada tahun 1982.

Beliau turut mendapat penghargaan doktor falsafah dalam bidang seni persembahan pada tahun 2005 yang membawa gelaran Doktor.

Beliau juga diberi penghormatan oleh Kerajaan Negeri Sarawak dengan penganugerahan Darjah Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak atau Datuk Amar Bintang Kenyalang pada 2009. Anugerah tersebut telah disampaikan kepada anak angkat beliau iaitu Dian P. Ramlee.