Posted byTerbaikLaHon
Wednesday, May 22, 2013at2:24 PM
SHAH ALAM: Pelakon dan pelawak terkenal, Saiful Apek bersama tiga pekerjanya diperintah membela diri oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini atas tuduhan menggunakan dadah jenis ganja, tiga tahun lalu.
Mereka diperintah membela diri di Mahkamah Majistret pada Isnin depan.
Apalah nasib lu beb, tak habis2........ harap2 lepas ni lu bertaubatlah beb.
Kuantan: Hanya kira-kira dua minit meninggalkan anak untuk menelefon suami, seorang wanita sesal seumur hidup apabila anak bongsunya berusia 14 bulan maut akibat lemas dalam baldi di rumahnya di Taman Putra Putri, Permatang Badak, di sini, petang kelmarin.
Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, Mohamad Bilal Mohd Zawawi ditemui ibunya, Surianti Zahari, 34, dalam keadaan tertonggeng dengan kepalanya berada dalam baldi berisi air manakala kakinya ke atas dalam bilik air di bilik tidur utama.
Sebelum itu, Surianti meninggalkan Mohamad Bilal bersama seorang lagi anaknya, Nur Arina Damia dan anak saudaranya dikenali sebagai Shira, masing-masing berusia lima tahun manakala anak sulung pasangan itu, Mohamad Eusoff, 8, mengikuti Kelas Asas Fardu Ain (KAFA) di Jaya Gading.
Suami wanita itu, Mohd Zawawi Husain, 34, berkata, isterinya yang juga guru sebelum itu baru pulang dari sekolah dan masuk ke bilik tidur rumah sewa mereka bersama tiga kanak-kanak terbabit.
Mohd Zawawi yang juga pegawai bank di Kemaman, Terengganu, berkata, Surianti kemudian menghubunginya untuk berbincang mengenai hasrat mereka membeli rumah.
SAAT MATI MENJEMPUT ADAKAH MASIH PUNYA WAKTU MENGUCAP 2 KALIMAH SYAHADAH ?
::Salam::
--> Jom Reset MINDA kita apa sebenarnya tujuan kita lahir ke dunia ini?
Kadar kematian di jalan raya saban hari tidak pernah putus dan mati juga tidak terlepas bagi semua yang bernafas, hatta semua akan berasa mati.
Sedarkah akan kita bahawa ajal sememangnya di depan mata kita juga hampir, tetapi Mati sahaja belum masanya. Pelbagai corak kematian didada akhbar dan media bukan semata-mata keuntungan sesebuah organisasi media, tetapi corak pandang kita jika positif adalah Allah menyampaikan tanda "Bahawa setiap yang bernafas akan berasa mati", jadikan iktibar dan hendaklah kita berasa takut dan insaf diatas perkhabaran didada akhbar dan media dalam setiap corak kemalangan yang telah berlaku, baik ngeri mahupun mati dalam keadaan membaca blog.
Hidup didunia adalah untuk mengejar amalan dan mengumpul amal ibadah sebanyak mungkin sampailah ajal menjemput kita, biarlah mati kita dalam keadaan berIman dan mati dihidupkan bersama orang para syuhadah. Amin...
Mari kita duduk bertafaqur, muhasabah diri serta cermin diri kita cukup kah amal ibadah kita? BerIman kah kita? Adakah kita sudah bersiap sedia menghadapai Mati? Tepuk dada tanya selera...
KISAH BENAR AJAL DAN MATI
ME hendak berkongsi kisah benar daripada makcik ME sendiri tentang berasa Mati tidak sempat mengucap jika terlibat dalam kemalangan jalan raya.
Suatu ketika pada 4 tahun lepas, lewat malam menjadi penunggang motorsikal. Ketika itu hendak pergi makan malam bersama anak buahnya, malang tidak berbau kenderaan motorsikal tiba-tiba meluru daripada sebalah kiri ketika mereka keluar dari posisi simpang keluar kekiri. Senario berlaku dijalan Tuanku Abdul Rahman.
Entah kenapa pada malam itu makcik ME tidak mengunci topi keledar keselamatan. Apa yang terjadi beliau tercampak kehadapan dan terhantuk didada kaki jalan.
"Rupanya begitu rasanya bagi mereka yang terlibat dalam kemalangan jalan raya, sejujurnya kita tidak akan sempat mengucapkan 2 kalimah syahadah... Syukur Allahu Rabbi memberikan peluang yang besar untuk menebus segala amar makruf".
Sekian sahaja perkongsian daripada ME, jika terkasar bahasa tegurlah diri ana yang hina ini, sekadar berpesan sesama kita ya, seseungguhnya yang kurang datang daripada diri ana dan yang baik itu daripada Allah SWT.
Antara Putih Telur Dan Kuning Telur Yang Mana Lebih Bagus Sebenarnya? | Saya rasa memang dah lama kita semua memikirkan mana satu yang lebih sihat, putih telur atau pun kuning telur? Kadang-kadang ada artikel yang memberitahu putih telur lebih baik, kerana kurang kolesterol berbanding kuning telur. Tapi ada juga artikel yang memberitahu kuning telur pula lebih sihat, kerana mengandungi bahan yang tidak ada pada putih telur. Hmm.. Jom kita tengok semua kandungan dan khasiat yang ada pada putih telur dan kuning telur.
Kolesterol
Kuning telur rata-ratanya mengandungi 210 mg kolesterol, manakala putih telur pula tidak mengandungi kolesterol langsung. Namun pengambilan 210mg kolesterol untuk sehari masih dikira ok berbanding pengambilan sepatutnya, iaitu 300mg sehari.
Lemak
Telur kuning mengandungi 1.6g lemak tepu dan 2.7g lemak tidak tepu. Putih telur tidak mengandungi lemak. Pengambilan lemak tepu yang berlebihan perlu dikawal bagi mengurangkan risiko sakit jantung, namun pengambilan lemak tak tepu adalah penting. Ini kerana ianya memainkan peranan penting dalam sesebuah diet yang sihat.
Protein
Kedua-dua bahagian telur iaitu putih telur dan kuning telur mengandungi protein, dengan 4g di dalam putih telur dan 2.7g di dalam kuning telur. Kandungan protein di dalam sebiji telur adalah dianggap lengkap dan menyediakan sepenuhnya keperluan asid amino untuk badan. Protein juga membantu mengurangkan rasa lapar, sekaligus menghalang daripada tabiat terlebih makan.
Vitamin dan Garam Mineral
Sesetengah vitamin dan garam mineral yang baik terkandung dalam kedua-dua bahagian telur. Putih telur mengandungi 8% riboflavin yang diperlukan badan. Kuning telur pula mengandungi 5% keperluan badan untuk Vitamin A, 14% Vitamin B-12 yang diperlukan dalam keperluan seharian.
Sekali dilihat kuning telur seperti mempunyai kandungan bahan yang lebih tidak menyihatkan, sebenarnya kuning telur juga mempunyai bahan tambahan lain yang lebih baik untuk kesihatan. Contohnya kuning telur juga mengandungi lecithin dan lemak omega-3 yang sihat.
Lecithin selalunya disyorkan untuk orang yang mempunyai tahap kolesterol yang tinggi, manakala lemak omega-3 pula disyorkan bagi merawat masalah yang berkaitan dengan kardiovaskular.
Selain itu, kuning telur juga mengandungi lebih banyak vitamin dan mineral penting yang tiada dalam putih telur, termasuk vitamin larut lemak: E, D dan K. Kuning telur juga merupakan salah satu sumber semulajadi utama bagi mendapatkan Vitamin D.
Kesimpulannya, memilih bahagian telur yang disingkirkan hanya akan memberikan kesan negatif untuk kesihatan. Apatah lagi setiap bahagian telur, sama ada putih telur atau kuning telur masing-masing mempunyai kandungan nutrisi yang saling melengkapi antara satu sama lain. Sekalipun kuning telur mengandungi kalori, lemak dan kolesterol, tetapi juga ia merupakan sumber utama bagi vitamin dan mineral penting yang lain.
Bahagian yang paling sihat untuk sebiji telur? Semuanya!
Mesti Baca : Tips Penting Untuk Keselamatan Penumpang Teksi | Dikongsikan dari laman facebook rasmi Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ). Kebelakangan ini sering dilaporkan mengenai jenayah yang melibatkan pengangkutan perkhidmatan awam, iaitu teksi.
Di sini kami berikan beberapa tips keselamatan yang boleh dijadikan panduan kepada penumpang teksi untuk lebih berhati-hati ketika menggunakan perkhidmatan tersebut, agar dapat mengelakkan diri daripada menjadi mangsa jenayah segelintir pemandu teksi yang tidak bertanggungjawab.
1. Perhatikan keadaan teksi sebelum menaikinya. Jika bahagian dalaman kereta tidak mempunyai pemegang pintu atau butang kunci, segera batalkan niat anda untuk menaiki teksi tersebut.
2. Jadikan sebagai tabiat untuk menghafal dan catat nombor plat teksi serta maklumat pemandu yang kebiasaannya ditampal pada papan pemuka (dashboard). Ambil gambar maklumat-maklumat berkenaan menggunakan telefon /kamera jika boleh.
3. Segera hubungi keluarga atau rakan dan bercakap dengan nada yang boleh didengari oleh pemandu teksi dengan menyatakan anda sedang berada di dalam kenderaan tersebut, dan beri anggaran waktu pukul berapa anda akan tiba ke destinasi.
4. Elakkan menaiki teksi yang telahpun mempunyai penumpang lain di dalamnya.
5. Elakkan daripada duduk di bahagian depan dan pastikan telefon sentiasa di tangan.
6. Berteman terutamanya kepada kaum wanita jika anda terpaksa menaiki teksi pada lewat malam. Gunakan alternatif lain terlebih dahulu seperti menghubungi ahli keluarga untuk mengambil anda atau bermalam di rumah rakan yang boleh dipercayai jika situasi tidak mengizinkan untuk anda pulang lebih awal.
7. Membuat tempahan secara online dengan syarikat teksi yang bereputasi baik. Ia bagi memudahkan anda membuat semakan maklumat teksi yang diberi adalah tepat dengan kenderaan yang dihantar.
8. Penggunaan aplikasi tempahan teksi juga didapati merupakan cara yang selamat bagi wanita yang terpaksa pulang ke rumah pada lewat malam. MyTeksi adalah contoh aplikasi yang disediakan kepada pengguna Android dan iPhone di Malaysia bagi tujuan tersebut.
9. Akhir sekali, percaya kepada naluri hati anda. Jika rasa tidak sedap hati dengan keadaan teksi atau penampilan pemandu yang mencurigakan, JANGAN NAIKI TEKSI TERSEBUT! Tidak perlu rasa bersalah dengan tindakan itu kerana anda perlu percaya pada diri sendiri lebih daripada orang lain.
Kongsikan dengan kami jika anda mempunyai tips keselamatan lain ketika menaiki teksi yang boleh dipraktikkan demi kebaikan ahli keluarga dan rakan-rakan yang lain.
Biodata Afiq Muiz Dan Gambar Terkini | Sapa yang tidak kenal dengan pelakon baru yang penuh kontroversi ini. Namanya melonjak-lonjak naik selepas tersebarnya berita perbalahan antara Afiq Muiz dengan ibunya yang dikatakan berpunca daripada hubungan yang tidak direstui oleh ibunya dengan Eina Azman.
Untuk pengetahuan anda, Afiq Muiz pernah menjual burger sebelum menjadi seorang model sambilan di usia 17 tahun (lepas SPM). Kemudian beliau di tawarkan berlakon sebagai pelakon pembantu dan muncul dalam drama-drama yang di siarkan di stesen-stesen tv RTM. Berikut sedikit biodata graduan ASWARA ini dan gambar-gambar beliau.
NAMA: Muhamad Afiq Muiz Azman Shah
PANGGILAN: Afiq Azman
TEMPAT LAHIR: Kelantan
TARIKH LAHIR: 1 Mei 1992
UMUR: 19 tahun
STATUS: Bujang
BILANGAN DALAM KELUARGA: Anak kedua daripada empat beradik
HOBI: MEMANCING
DRAMA: Mistik Alam Hitam (Darah Puntianak, Sabit Puaka), Mistik Alam Hitam 2 (Panggilan Maut), Mak Pengantin Tak Popular, Seram dan Iqra
PENDIDIKAN: SPM dan pelajar seni lakonan di Aswara.
Gambar-gambar terkini beliau
Apa-apa pon sama-sama kita doakan semoga tidak terputusnya hubungan antara Afiq Muiz dan Ibunya..semoga hubungan mereka kembali jernih seperti sedia kala SUMBER
Petua Dan Tips Untuk Menigkatkan Dan Menguatkan Daya Ingatan | Sebenarnya, kita dapat meningkat adan menguatkan daya ingatan atau mengurangkan risiko menjadi pelupa dgn mengamalkan tips-tips di bawah secara berterusan. Lebih baik jika kita mempraktikkan ketika usia masih muda supaya kelak di hari tua kita tidak menjadi terlalu pelupa.
Antaranya ialah:
* Membaca Al-Quran
Sekiranya anda seorang Muslim, amalkan membaca Al-Quran walau sehelai muka surat setiap hari. Membaca Al-Quran dapat menerang jiwa, menenangkan perasaan dan menajamkan daya ingatan dengan lebih baik.
* Amalkan Tidur Yang Cukup
1/3 hidup kita dihabiskan dengan tidur. Namun ada orang yg suka tidur lewat atau mengabaikan tidur yg cukup. Badan perlu rehat. Keletihan hanya akan mengganggu maklumat/data yang telah disimpan oleh otak dan juga menjejaskan kemampuan untuk mempelajari sesuatu yg baru. Oleh itu, amalkan tidur yg cukup di malam hari kerana ia dapat membantu daya ingatan kita berfungsi.
* Mengawal Tekanan
Tekanan hanya akan membuat jiwa anda tidak tenteram dan menyebabkan kesihatan anda terganggu. Anda juga lebih cenderung untuk menjadi seseorang yang tidak peka dengan keadaan persekitaran. Anda tidak dapat berfikir dengan jelas dan daya ingatan anda juga terjejas. Oleh itu, kawal tekanan anda dengan baik seperti bermeditasi, membaca Al-Quran, yoga, sauna, aromaterapi dan sebagainya.
* Berhati-hati Dengan Pengambilan Vitamin atau Makanan Tambahan
Sesetengah produk yg dijual di kaunter atau farmasi tidak sesuai dengan kita. Ada yg kononnya dapat meningkatkan daya ingatan. Tetapi sebaliknya ada yang memberi kesan sampingan. Oleh itu, lebih baik jika kita mendapatkan makanan kesihatan yg diperlukan oleh tubuh badan kita dari produk yang telah diakui oleh Kementarian Kesihatan dan mendapat kelulusan JAKIM serta pakar pemakanan yang bertauliah sebelum membeli makanan tambahan.
* Bersenam
Bersenam dapat menggerakkan otot-otot dan melancarkan peredaran darah ke otak.Oleh itu, daya ingatan kita juga akan menjadi lebih baik.Amalkan senaman walaupun sekadar berjalan kaki.
* Elakkan Kemurungan
Kemurungan dalam hidup akan menyebabkan hidup anda tidak ceria. Anda sentiasa berada dalam keadaan tidak segar dan rasa kecewa. Lama-kelamaan ia turut menjejaskan daya ingatan anda dan membuat anda tidak hirau dengan persekitaran anda. Ubatilah kemurungan sebelum menjadi serius dengan berjumpa psikiatri atau beramal-ibadah mendekatkan diri kepada Allah SWT.
* Awasi Pengambilan Ubat
Daya ingat mungkin menjadi lemah dengan pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti pil hormon, ubat darah tinggi, anti-kemurungan dan sebagainya. Jika anda menghadapi masalah daya ingatan disebabkan pengambilan ubat, konsultasi dengan doktor. Jgn mengambil ubat tanpa arahan doktor.
* Belajar Sesuatu yang Baru
Cubalah aktifkan pemikiran anda dengan mempelajari sesuatu yang baru misalnya Bahasa Jepun, kursus kemahiran jangka pendek, menjahit, atau menghadiri ceramah dan motivasi.
In Shaa Allah, niat yang baik pasti akan mendapat hasil yang diberkati! SUMBER