Home > All posts
Bukti Kebenaran Bulan Pernah Terbelah Dua.
Posted by TerbaikLaH at 11:18 PM
Pihak NASA mengesahkan terdapat kesan jalur di bahagian keliling permukaan bumi. NASA telah menghantar 3 angkasawannya ke bulan untuk kajian yang lebih terperinci. Setelah mereka membuat kajian, bahawa bulan pernah terbelah dua. Setelah hasil kajian ini didedahkan kepada umum, alangkah terkejutnya mereka, apabila diberitahu bahawa kisah bulan terbelah dua ini telah diceritakan oleh Al-Quran kira-kira 1400 tahun yang lalu. Jika kita masih ingat lagi, Nabi Muhammad SAW pernah menunjukkan mukjizat bulan terbelah dua kepada orang kafir ketika diminta bukti kenabian. Wallahu’alam.
Telah hampir saat (kedatangan hari kiamat) dan terbelahlah bulan. Dan kalau mereka (kaum musyrik Mekah) melihat sesuatu mukjizat, mereka berpaling ingkar sambil berkata: (Ini ialah) sihir yang terus menerus berlaku. (Surah Al-Qamar – 1 & 2)
Menurut pihak NASA : “Kami mendapati secara pasti dari batuan-batuan yang terpisah terpotong di permukaan bulan sampai di dalam (perut) bulan. Maka kami pun meminta para pakar geologi untuk menelitinya, dan mereka mengatakan, hal ini tidak mungkin telah terjadi kecuali jika memang bulan pernah terbelah lalu bersatu kembali”
Penemuan pertama ditemukan 200 tahun yang lalu dengan sebuah teleskop kecil, ada 3 lekukan (rilles) nampak di permukaan bulan yang berlainan jenis.
Bagaimana Wanita Ini Boleh Tersepit Kerusi.
Posted by TerbaikLaH at 11:05 PM
Mungkin ada di antara kita pernah menonton video di Facebook ataupun Youtube tentang seorang murid sekolah yang kepalanya tersepit di celahan kerusi belajar. Bagaimanapun akhirnya kepala murid tersebut berjaya dikeluarkan hasil bantuan guru-guru. Itu budak, tetapi pada kali ini kita berkongsi gambar tentang seorang wanita yang tersepit di celahan kerusi. Persoalannya bagaimanakah wanita ini boleh tersepit?.
Seorang ibu terperangkap di sebuah kerusi duduk anaknya selepas bergurau dengan seorang rakan yang berkunjung ke rumahnya di sini, Ketika kejadian, Serena Curtis, 31, dilaporkan sedang meraikan majlis malam perkahwinan beliau bersama rakan wanitanya Jade Dickerson, sementara anaknya telah dihantar ke rumah pengasuh untuk dijaga.
Curtis, ibu kepada tiga orang anak tersebut yang ketika itu sedang mabuk telah mengambil keputusan untuk duduk di dalam kerusi lipat milik anaknya sebelum tersepit di antara celah ruang tempat duduk kerusi berkenaan. Dia dan Jade, 27, telah berusaha selama sejam untuk meloloskan diri dari kerusi tersebut namun gagal sehingga menyebabkan Curtis terpaksa berhenti seketika untuk berehat.
Segala kejadian yang berlaku ini turut dirakamkan oleh Jade menggunakan telefon bimbitnya. Jade akhirnya terpaksa memanggil pihak bomba untuk datang membantu membebaskan Curtis yang masih tersepit itu. Serena berasa malu dengan kejadian yang berlaku apabila beberapa anggota bomba tiba di rumahnya di Oxford.
“Saya berasa sangat malu. Saya baru sahaja melangsungkan perkahwinan. Nasib baik kerusi ini telah menyembunyikan muka saya.”Ini adalah kerusi lipat anak saya. Saya masih tidak memberitahunya lagi mengenai kejadian ini. Saya tunggu sehingga dia dewasa,” katanya.
Subhanallah! Fenomena Ribut Pasir Di Pantai Barat Australia (Gambar & Video).
Posted by TerbaikLaH at 10:41 PM
Sebelum ini admin pernah menyiarkan tsunami ribut pasir yang berlaku di Kuwait dan sempat dirakamkan melalui video camera dan kali ini kita saksikan tsunami ribut pasir di Pantai Barat Australia.
Berikutan dengan kejadian ini, terdapat jurugambar yang sempat merakamkan detik luar biasa ini. Biarpun ia tidak berbahaya seperti tsunami mahupun puting beliung, namun kehadirannya telah menakutkan penduduk di kawasan tersebut. Ini merupakan salah satu kejadian yang menunjukkan kuasa Allah SWT untuk tatapan kita.
Ribut debu yang melanda pantai barat Australia berlaku pada 12 Jan 2013, hari Rabu telah menghasilkan satu fenomena “red wave”. Beberapa keping gambar telah diambil oleh nelayan kecil yang melalui kawasan tersebut dan menganggapnya satu fenomena aneh yang jarang-jarang sekali berlaku.
Remaja Gemar Makan Sabun Dan Bahan Pencuci.
Posted by TerbaikLaH at 6:57 PM
Seorang remaja perempuan berusia 19 tahun yang berasal dari Florida ini mempunyai tabiat pelik iaitu suka makan sabun dan juga serbuk pencuci. Tempestt Henderson nama diberi, menelan sehingga 5 buku sabun setiap minggu. Walaupon telah diberi amaran tentang bahaya perbuatannya itu oleh doktor, beliau tetap tidak mengendahkan amaran tersebut dan meneruskan pemakanan tak seimbangnya itu.
Tempestt turut berkata bahawa pertama kali beliau mencelup jari kedalam serbuk pencuci dan merasa dgn lidah telah membuatkan beliau jatuh cinta dengan rasa sesebuah sabun. Kemudian beliau mula menjilat buih-buih sabun ketika mandi, dan akhirnya menjadi ketagih dan menelan 5 buku sabun setiap minggu.
Selepas 6 bulan mengamalkan pemakanan yang tidak sihat ini, Tempestt mula mendapatkan pendapat doktor kerana tabiatnya yang pelik itu. Dr Barton Blinder mendiagnos Tempestt menghidap tabiat pemakanan pelik yang dipanggil PICA dimana pesakit lebih cenderung untuk makan benda yang tidak berkhasiat seperti tanah, besi, pasir, duit syiling, cat, dan lain lain lagi.
Dan sekarang, Tempestt sedang menjalani terapi bagi menjauhkan beliau dengan mana-mana sabun dengan harapan dapat menghilangkan ketagihannya terhadap benda yang tidak berkhasiat itu.
Kenapa Kambing Ni Berwarna Oren?.
Posted by TerbaikLaH at 6:47 PM
Memang sesuatu yang agak pelik sebenarnya. Sekumpulan kambing yang sedang meragut rumput di ladang kelihatan berwarna oren. Ia bukan seekor, tapi puluhan ekor dan boleh dikatakan semuanya berwarna oren. Memang pelik!, Namun difahamkan ia sebenarnya adalah inisiatif pemilik kambing berkenaan bertindak mewarnakan ternakan mereka untuk mengelakkan kejadian kecurian berulang kembali.
Seorang petani dari Devon, UK telah menggunakan taktik yang agak pelik namun berkesan untuk mengelakkan kambingnya dari dicuri. Kes-kes kecurian ternakan semakin menjadi-jadi semenjak beberapa tahun lepas dan John Heard yang berusia 48 tahun itu telah kehilangan hampir 200 ekor kambing.
Setelah muak dan mati akal dengan permasalahan tersebut John telah mewarnakan kambingnya menggunakan dye berwarna oren dan sepanjang tahun ini, tiada kecurian berlaku.
Idea pelik ini dibuahkan oleh anaknya, James, kerana berpendapat pencuri akan berasa kekok untuk mencuri kambing yang berwarna pelik. Menurut John dye itu tidak memberi kesan negatif kepada kambingnya dan mereka hidup seperti kambing normal yang lain.
Menurutnya lagi, kambing-kambing ini akan lebih mudah untuk dijaga dan senang dilihat apabila dilepaskan di padang ragut. Mereka juga menjadi perhatian orang ramai untuk bergambar.
John yang memiliki sejumlah 250 ekor kambing biri-biri itu berpuas hati dengan hasil idea pelik itu dan turut mencadangkan kepada rakan-rakannya.
Peliknya Minah Ni suka Makan Bulu Kucing.
Posted by TerbaikLaH at 6:32 PM
Detroit: Apabila menyentuh mengenai tabiat pelik, seorang wanita, Lisa, 43, dari Detroit, Michigan tidak dinafikan memang seorang yang aneh.
Dia mengakui gemar memakan bulu kucing dan menelan tiga perempat bebola bulu kucing sehari. Dia sudah memakan lebih 3,200 bebola kucing sejak ketagihannya itu bermula sejak 15 tahun lalu.
“Saya ketagih makan bulu kucing,” katanya dalam musim baru program TLC My Strange Addiction. Kisah Lisa adalah satu daripada banyak siri yang sangat pelik dalam musim keempat rancangan popular itu yang akan mula ditayangkan pada 13 Februari depan. Lisa menyediakan pilihan snek aneh itu dengan mengumpulkan bulu kucing dari sekitar apartmen tempat tinggalnya termasuk di lantai dan di belakang sofa, tetapi mengatakan “bulu paling sedap ialah daripada tubuh kucing itu sendiri.”
Dia memanjakan haiwan peliharaannya itu dengan lidahnya seperti ibu kucing memanjakan anaknya serta menjelaskan dia tidak menjilat punggung atau celah kuku kaki haiwan itu. Lisa mula menjamah hidangan bulu kucing sebagai cara untuk lebih dekat dengan haiwan peliharaannya itu dan menggelarnya ‘ikatan mesra’. Dia juga berkata bulu kucing amat menenangkan.
Sementara kebanyakan daripada kita tidak boleh menerima walaupun seurat bulu anjing, Lisa ketagih ingin menikmati bulu kucing setiap dua jam.
Dia juga menjelaskan proses ketika mengulum bebola bulu kucing seperti sedang mengulum gula-gula getah.
“Saya akan mencuitnya sedikit dan memasukkan ke dalam mulut. Saya kunyahnya sebentar, mengeluarkannya semula dan memasukkan kembali ke dalam mulut,” katanya.























