Subhanallah! Batu Sungai Yang Sangat Unik Seperti Permukaan Bulan (7 Gambar)

on Thursday, May 23, 2013



Subhanallah! Batu Sungai Yang Sangat Unik Seperti Permukaan Bulan (7 Gambar) | Setiap orang mempunyai pengalaman bermandi manda tidak kiralah sama ada di kawasan air terjun, sungai mahupun di laut. Di Brazil, dikatakan terdapat sebuah sungai yang boleh dikunjungi oleh semua orang. Apa yang menariknya di sini adalah, batu-batu sungai di sini mirip seperti permukaan bulan. Tidak cukup itu lagi, permukaan bati di sini juga mempunyai keunikan yang tersendiri. Jom kita layan gambar di bawah ini.

Sebuah tempat tertutup dan peribadi dikawasan Taman Negara Chapda dos Veadeiros, Brazil, terdapat sebuah tempat kuno atau taman air atau kolam renang yang dicipta oleh alam. Kolam atau taman air ini biasa disebut dengan nama Vale da Lua atau Lembah Bulan, sebahagian orang mengenalinya sebagai Moon Valley. Vale da Lua terbentuk dari aliran Sungai San Miguel yang dahulunya merupakan bekas aliran lava.

Batu ini sangat unik dan menganggap batu ini seperti batu-batu yang ada di permukan bulan. Lembah Bulan (moon Valley) tidak begitu dikenal, bahkan dikalangan masyarakat Brazil sendiri.

Lembah Bulan dianggarkan terbentuk 1.8 juta tahun yang lalu. Bentuknya yang aneh, terdapat banyak gua dan lorong, menjadi daya tarik tersendiri. bahkan kalau dilihat dari atas langit batu Vale da Lua mengeluarkan cahaya. Pekara ini disebabkan batu didaerah sini banyak mengandung batu kuarza. SUMBER







Pelik! Hospital Anak Patung Ditemui



Pelik! Hospital Anak Patung Ditemui | Jika kita sakit, hospital menjadi tempat kita menerima rawatan. Jika anak patung ‘sakit‘ adakah mereka juga akan ke hospital? Sebuah tempat yang dijadikan sebagai hospital bukan hanya dikhususkan kepada manusia atau binatang sahaja. Tetapi sebenarnya ramai tidak mengetahui kewujudan hospital anak patung di Sydney, Australia yang kini mencecah usia 100 tahun. Wah lama tu. KisahBest.My difahamkan hospital ini sering menerima kunjungan pelanggan yang membawa anak patung yang ‘sakit’.

Sungguhpun di kalangan kita menggelarnya sebagai kedai membaiki anak patung, tetapi di Australia ia dikenali sebagai Sydney’s Famous Original Doll Hospital.

Perniagaan ini diuruskan oleh keluarga Harold Chapman Snr dan kini generasi ketiga dari waris itu, Geoff Harold Jnr menguruskan perniagaan tersebut sepenuhnya.

“Cetusan idea membuka kedai ini bermula selepas menerima ratusan anak patung rosak ketika dalam perjalanan dari Jepun ke Australia pada 1913. Sehingga kini, kami menerima banyak anak patung rosak dari seluruh Australia dan New Zealand untuk dibaiki,” katanya dalam laporan DailyMail


Menurutnya, sungguhpun kanak-kanak sekarang lebih terdedah kepada permainan komputer, tetapi masih ramai yang bermain dengan anak patung dan trend itu tidak hanya kepada kanak-kanak malah remaja juga berbuat demikian.

“Perniagaan kami tidak pernah terjejas. Pada 1995, kami memperoleh keuntungan bersih 2.5 juta pound (RM7.7 juta),” katanya.

Beliau berkata, ketika menjalankan perniagaan pada 1940-an, kedai ini mempunyai 70 pekerja yang mempunyai kepakaran seperti membaiki tangan, kepala, kaki dan badan anak patung.

“Tiada yang lebih memuaskan daripada melihat senyuman pada wajah kanak-kanak ketika mereka datang untuk mengambil semula anak patung berbanding ketika mereka datang untuk membaiki bahagian yang rosak dengan linangan air mata,” katanya.

Di kedai itu terdapat ratusan kaki, lengan, kepala dan beberapa anggota lain anak patung termasuk yang berusia 100 tahun. SUMBER

Biar Betul! Benarkah Planet Kembar Bumi Ditemui?




Biar Betul! Benarkah Planet Kembar Bumi Ditemui ? | Mungkin agak sukar untuk kita menerima dakwaan bahawa masih terdapat banyak planet yang wujud di alam cakerawala. Namun semua itu tidak pelik dan tidak mustahil berlaku kerana masih banyak lagi yang belum kita terokai. Apatah lagi di sana, yang tidak semua manusia mampu ke sana. Kewujudan planet seperti matahari dan bulan juga antara bukti kebesaran Allah SWT. Apa yang penting, kita perlu percaya bahawa apa yang berlaku adalah kekuasaan Allah SWT.

Lebih 800 exoplanet sesuai didiami makhluk Bumi dikenal pasti berada di luar Sistem Suria. Foto: ESA/Hubble, NASA

SAN JUAN – Planet asing yang sesuai didiami makhluk Bumi akan dikenal pasti pada tahun depan, menurut laporan terbaru saintis baru-baru ini.

Saintis di Universiti Puerto Rico di Arecibo, Abel Mendez berkata, mereka yakin akan menemui planet ‘kembar’ Bumi yang pertama dalam masa terdekat memandangkan ahli astronomi telah menemui beberapa exoplanet (planet di luar Sistem Suria) sejak beberapa tahun lalu.

Difahamkan, pertama kali exoplanet ditemui pada tahun 1995 dan sejak itu lebih 800 dikenal pasti berada di luar Sistem Suria. Teleskop angkasa Kepler milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa) juga telah mengesan lebih 2,300 planet asing berpotensi untuk didiami sejak Mac 2009. - SUMBER

Subhanallah! Batu Berbentuk Ombak Laut Di Australia Ditemui (4 Gambar)



Subhanallah! Batu Berbentuk Ombak Laut Di Australia Ditemui (4 Gambar) | Inilah fenomena batu berbentuk ombak laut yang dipercayai berlaku di Australia. Memang menakjubkan jika anda dapat menyaksikannya di depan mata kerana bentuknya memang sukar didapati di tempat lain. Apatah lagi bentuknya benar-benarmirip seperti ombak yang sedang berada dalam ketinggian lebih dari 3 meter. Boleh lihat gambar di bawah ini.

Wave Rock “ombak batu”mendapat namanya oleh bentuk, yang kelihatan seperti gelombang lautan gergasi bersedia untuk memecahkan segala-galanya .

Wave Rock adalah sebahagian daripada 160 hektar rizab alam semula jadi, Hyden Wildlife Park.

“Wave Rock” kira-kira 14 m (47 kaki) tinggi dan di sekitar 110 m (350 kaki) panjang. Ia membentuk bahagian utara bukit , yang dikenali sebagai “Hyden Rock.”

Bukit ini, yang merupakan inselberg granit, terletak kira-kira 3 km timur bandar kecil Hyden dan 296 km timur-tenggara Perth, Australia Barat .




Apa Nombor Plat Selepas WYY?


WYY

PETALING JAYA – Kementerian Pengangkutan dijangka mengumumkan cadangan baru untuk plat pendaftaran kenderaan bagi Wilayah Persekutuan berikutan penamatan siri “WYY” tidak lama lagi.
Sehingga pukul 5 petang Selasa, nombor plat atau bilangan terkini untuk pendaftaran kenderaan Kuala Lumpur adalah WYK 4720.
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Ismail Ahmad berkata nombor pendaftaran kenderaan “WYY 9999″ dijangka datang dalam masa kira-kira dua bulan lagi.
“Jabatan ini telah membuat pertimbangan mengenai pilihan terbaik untuk memperkenalkan urutan penomboran baru, termasuk mengambil kira pelbagai cadangan.
“Pengumuman nombor plat kenderaan baru itu akan diumumkan oleh Pemangku Menteri Pengangkutan (Datuk Seri Hishammuddin Hussein) apabila beliau melawat ibu pejabat JPJ lewat minggu ini,” katanya, Rabu.
Ditanya sama ada sistem baru ini akan menggabungkan sama ada huruf tambahan atau digit, seperti apa yang telah dilakukan untuk kenderaan yang berdaftar di Langkawi dan kenderaan untuk beberapa daerah di Sabah dan Sarawak, Ismail berkata ini juga sedang dipertimbangkan.
Di bawah sistem ini, pendaftaran nombor plat kenderaan bagi Kuala Lumpur akan berakhir dengan “WYY 9999″.
Kira-kira 1.3 juta kenderaan baru didaftarkan dengan jabatan itu pada tahun lepas, dengan Kuala Lumpur mencatatkan jumlah tertinggi kenderaan baru berjumlah 359,239, diikuti oleh Johor dengan 172,608 dan Pulau Pinang dengan 113,340.
Kuala Lumpur juga mempunyai jumlah tertinggi kenderaan berdaftar dengan 5.3 juta diikuti Johor dengan tiga juta kenderaan dan Selangor 2.4 juta kenderaan.
Secara purata, kira-kira 1,100 pendaftaran kenderaan baru direkodkan setiap hari di Kuala Lumpur, berbanding dengan kira-kira 500 di Johor dan 300 di Selangor.
Sementara itu, peniaga kereta Toyota Kenny Lee berkata pelangganya terganggu dengan penamatan tempoh siri plat Wilayah Persekutuanm yang akan berlaku.
Beliau juga menafikan tanggapan bahawa nilai kenderaan itu akan lebih baik jika didaftarkan di bawah Selangor berbanding Wilayah Persekutuan yang mana turutannya cepat berubah-ubah.
Beliau mendakwa nilai kenderaan adalah bergantung kepada tarikh sebenar pendaftaran dan bukannya pada plat nombor pendaftaran kereta itu. – mStar Online

Insiden Dihalang Menaiki Pesawat: Izan Suhaila Nafi Air Asia Tawar Bantuan

Izan Suhaila

Wanita yang dihalang menaiki penerbangan pulang Air Asia di Ho Chi Minh, Vietnam, Izan Suhaila Mohd Ali, 36, menafikan kenyataan Air Asia yang mendakwa pihaknya sudah menawarkan bantuan tetapi ditolak oleh Izan sendiri.
Izan tampil menerusi Buletin Utama TV3 semalam menyatakan, kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia Berhad, Aireen Omar itu adalah tidak benar sama sekali.
“Kenyataan itu adalah tidak benar, Aireen menyatakan telah menawarkan tempat penginapan tetapi kami menolak, tapi sebenarnya tiada apa-apa ‘arrangement’ yang dibuat Air Asia.
“Itu yang saya tak pasti (tentang) kenyataan Aireen, daripada mana info yang dia dapat itu,” katanya.
Aireen sebelum ini menerusi kenyataan medianya menyatakan pihak Air Asia ada menawarkan bantuan penerbangan balik secara percuma selepas bayinya yang berusia 14 bulan, Maryam Sofea Mohd Riza Izan pulih sepenuhnya tetapi mendakwa Izan telah menolak bantuan tersebut kerana dirinya sudah mempunyai apa yang diperlukan sepanjang berada di Ho Chi Minh.
Beberapa individu yang telah melihat insiden berkenaan di lapangan terbang tersebut telah bermurah hati menampung perbelanjaannya sepanjang berada di sana.
“Saya berterima kasih rakan-rakan yang telah menaiki penerbangan Air Asia pada malam itu, memang saya sangat tersentuh hati, yang mana dia tak kenal saya, saya pun tak kenal dia…terima kasih banyak-banyak. Dengan ‘donation’ itu, kami dapat cari hotel, beli susu,” jelasnya lagi dalam nada sebak.
Sementara itu, Aireen tetap dengan kenyataan medianya sebelum ini mengatakan bahawa Air Asia telah menawarkan bantuan tetapi ditolak oleh Izan dan pihaknya menghormati keputusan yang dibuat oleh wanita tersebut.
Aireen berkata Air Asia terpaksa mematuhi piawaian antarabangsa yang melarang penumpang menaiki pesawat jika penumpang itu menghidap penyakit berjangkit atau tidak mendapat pengesahan dari doktor.
Aireen juga menambah Air Asia akan berjumpa dengan keluarga Izan dalam masa terdekat ini untuk meleraikan segala kekusutan yang timbul daripada insiden terbabit.
Sabtu lalu, Izan dan bayinya, Maryam dilarang menaiki penerbangan pulang Air Asia dari Ho Chi Minh ke Malaysia selepas Maryam dikatakan masih belum sihat dari demam campak sedang hakikatnya anaknya itu sudah sembuh dan tidak membahayakan penumpang lain.
Mereka kemudiannya mendapat ihsan daripada orang awam yang melihat insiden terbabit dan kemudiannya di bawa pulang dengan menaiki pesawat Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) bersama dua ahli keluarganya yang lain. MYNEWSHUB

Kepala Tikus Dalam Nasi Goreng


Kepala Tikus Dalam Nasi Goreng
Kepala Tikus Dalam Nasi Goreng - Rui’an (China) : Seorang pelajar sekolah menengah menemui kepala tikus dalam hidangan nasi gorengnya ketika sarapan di kantin sekolah kelmarin.
Penemuan itu menjadi sensasi apabila foto kepala haiwan itu dimuat naik di laman blog mikro Weibo.
Kebanyakan pengguna Internet negara itu menyatakan rasa terkejut ekoran penemuan menjijikkan itu.
Dikatakan kepala tikus itu sebesar saiz jari kelingking orang dewasa.
Pengetua Sekolah Menengah Rui Xiang, Weng Heng Xuan memberitahu Beijing Times apabila pihak berkuasa datang untuk melakukan pemeriksaan di sekolah itu pada 7 Mei lalu, mereka menemui rahang daripada seekor tikus bersaiz besar yang kelihatan seperti sudah dipanggang.
Pihak berkuasa telah merampas sejumlah cendawan kering dan nasi pulut dari sekolah itu untuk siasatan lanjut.
Pegawai keselamatan makanan memberitahu wartawan kepala tikus itu ditemui bersama cendawan kering yang dipesan kantin sekolah daripada pembekal. Dia juga memberitahu menemui tulang dalam bungkusan cendawan kering, tetapi tidak dapat memastikan jenis haiwan berkenaan. – AsiaOne