Gila..!!..Pengacara Tv Belanda Ini Berkelakuan Tidak Sopan Di Hadapan Penonton

on Thursday, May 23, 2013



Belanda – Seorang penyampai TV sebuah program di Belanda mengejutkan penonton apabila dia menghisap susu daripada payudara seorang wanita ketika program itu disiarkan pada waktu puncak, Sabtu lalu...

Ketika itu Paul De Leeuw sedang membincangkan mengenai isu susu ibu. Penonton yang hadir pada program itu adalah sekumpulan wanita yang mendermakan susu kepada kaum ibu yang baru melahirkan anak.

Salah seorang penonton, Wendy kemudiannya menjemput Paul untuk merasa susu yang dimasukkan ke dalam botol ketika rancangan tersebut sedang keudara.

Namun apabila penyampai gay itu berjenaka bahawa dia lebih suka menghisap susu daripada sumbernya, maka Wendy tanpa teragak-agak mengangkat baju dan berkata `jika anda tidak menggigit, maka anda boleh mencubanya’’.

Penonton di studio kemudian terpinga-pingan apabila Paul menghisap susu daripada payu dara wanita tersebut.

Selepas menelannya, Paul secara bergurau berkata, “saya lebih suka minum dari sumbernya, lebih sedap’.

Tindakannya itu mendapat bantahan orang ramai yang menyifatkannya sebagai menjijikkan.




Miera Leyana Harap Kes Khalwat Jadi Pengajaran Buat Shahrizal Jaszle



KUALA LUMPUR: Pelakon Miera Leyana berharap kejadian ditangkap khalwat yang menimpa bekas kekasihnya pelakon Shahrizal Jaszle menjadi satu pengajaran buat pelakon tersebut.
Miera, 20, berkata, Shahrizal atau lebih dikenali sebagai Shah dapat berhadapan dengan perkara tersebut dengan tabah.

"Saya terkejut dan ingat perkara tersebut hanya gurauan apabila diberitahu oleh salah seorang pelakon, tapi apablia terbaca di internet baru saya percaya.
"Bagi saya setiap yang berlaku ada hikmahnya dan saya harap dia mengambilnya sebagai satu pengajaran buatnya," ujarnya.
Miera berkata demikian ketika diminta mengulas tentang bekas kekasihnya Shahrizal jaszle, 25, yang ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Selangor di sebuah unit apartment Taman Sri Subang, Khamis lalu.
Kata Miera, sebagai kawan dia bersimpati dengan kejadian tersebut yang sedikit sebanyak menjejaskan nama Shah sebagai pelakon.
"Kesian dekat dia juga sebab mungkin kejadian sebenar kita tidak tahu dan mungkin juga dia diperangkap.
"Saya harap dia dapat hadapi dengan tabah," katanya.
Tambahnya, sejak putus cinta dengan pelakon Cinta Bertaut Di Abu Dhabi itu, dia jarang berhubung antara satu sama lain.
"Kami tidak berhubung lagi lepas putus, hubungan pun hanya sebagai rakan artis sahaja.
"Masing-masing buat hal sendiri dan ini kali pertama saya baca berita tentang dia selepas berpisah," katanya.

Lampias nafsu dalam kereta

Anggota polis memeriksa kenderaan pasangan yang ditahan.

KULIM - Tindakan pasangan kekasih cuba melampiaskan nafsu di dalam kereta yang diletakkan berhampiran semak di Taman Tasek Kulim gagal apabila mereka dicekup oleh anggota polis yang melakukan pemeriksaan di kawasan berkenaan kira-kira jam 3 pagi semalam.


Ketika pemeriksaan dilakukan, pasangan kekasih berkenaan sedang berbaring di dalam kereta sebelum bergegas bangun sambil membetulkan pakaian masing-masing.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, curiga dengan keadaan kereta berkenaan, sepasukan anggota dari Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) diketuai Timbalan Ketua Balai Polis Kulim, Sub Inspektor Mohd Najib Abd Aziz melakukan pemeriksaan.

Menurutnya, dari semakan yang dibuat, pasangan kekasih itu tidak mempunyai sebarang rekod lampau jenayah dan diarahkan beredar dari kawasan semak berkenaan.
"Tindakan pasangan kekasih berkenaan yang dipercayai cuba untuk melampiaskan nafsu di kawasan semak berkenaan amat dikesali.

"Walaupun tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau namun tindakan sebegini mampu mengundang pelbagai kegiatan jenayah yang lain," katanya kepada Sinar Harian.

Ghuzlan berkata, pihaknya turut menasihatkan pasangan kekasih supaya tidak berpelesiran di sekitar kawasan Taman Tasek Kulim dan tempat terselindung terutama pada waktu lewat malam.

Katanya, pihaknya bimbang sekiranya kegiatan ini akan menyebabkan berlakunya kes lain seperti disamun oleh individu atau kumpulan yang tidak bertanggungjawab.

“Polis akan menahan sesiapa sahaja untuk pemeriksaan sekiranya berada dalam keadaan mencurigakan. Ini adalah untuk memastikan mereka berada dalam keadaan selamat dan tidak diancam oleh mana-mana pihak.

"Tindakan duduk di dalam kereta berdua-duaan di tempat terselindung boleh mendatangkan pelbagai masalah. Mereka boleh disamun dan kemungkinan terlibat dalam jenayah rogol. Saya menyarankan supaya mereka pergi ke kawasan yang cerah dan mempunyai orang supaya senang meminta pertolongan sekiranya berlaku kecemasan,” katanya.-SINAR HARIAN

Apa Salah Anak Kecil Ini Hingga Dia Menjadi Mangsa Kerakusan Manusia ??



Assalamualaikum

Bila paksa ini untuk pejam, tapi tak mahu pula. Sehingga malam ini , kita hujani dengan pelbagai pertanyaan.
Ada satu soalan yang menyentuh perasaan kita. 


Kita ini hanya mampu beri nasihat, tak mampu untuk kita gantikan "sesuatu" yang hilang itu. Dugaan Allah itu hadir tanpa kita jangka dan kawal. Di kala gembira boleh di turunkan dugaan dan di kala kita gundah gelana dugaan itu juga hadir. Memang sekali kehilangan orang yang kita sayang memang menyakitkan , memang mendukacitakan. Tapi kita yang hidup perlu teruskan kehidupan kita. 

Kita pon tak tahu bila pula masanya kita, hari ini kita mampu ketawa, berkata kata dan tersenyum dan hari esok ? kita tahu bagaimana naseb kita. Sebab itu kita kena hargai setiap masa yang kita lalui dalam hidup ini. Jangan pernah siakan.

Semuanya perlu masa dan proses untuk menerima kehilangan orang yang kita sayang. Tapi percayalah segalanya ada hikmah yang kita tak ketahui. Yakinlah pada Allah dengan segenab hati dan kuatkan hati untuk terima kenyataan yang sangat memeritkan ini.

Tadi acik terlihat gambar seorang anak kecil palestin yang telah kembali ke rahmatullah.Wajahnya sungguh tenang seperti tidur sahaje. Kita beruntung negara kita masih aman dan makmur jika di bandingkan dengan negara yang sedang bergolak. 

Bukan apa, bila lihat gambar kanak kanak tersebut ,air mata ini mengalir kerana mereka masih kecil lagi tapi nyawa di persiakan oleh mereka yang tamak harta dunia.  Tak tahu penderitaan yang hidapi. Kalau terjadi pada anak kamu sendiri wahai manusia yang rakus baru tahu apa itu makna kehilangan.

Apakah salah kanak kanak ini ?
Apakah dia tak berhak untuk hidup ?
Adakah dia mampu untuk membunuh seseorang hinggakan dia yang tekorban?
Di mana sifat kemanusiaanmu ?
Di mana letaknya akalmu ?


Saya bagai hilang kata kata bila melihat gambar anak kecil yang syahid ini. ermmm semoga kita di beri pelindungan Allah dan mendapat keberkatannya.

Ajaib! Lelaki Ini Jatuh Tingkat 47, Tapi Masih Hidup



Fuh Ajaib! Lelaki Ini Jatuh Tingkat 47, Tapi Masih Hidup | NEW YORK – Sekumpulan doktor terkejut apabila mendapati seorang pekerja pencuci tingkap sebuah bangunan pencakar langit di New York kembali sedar dan dijangka boleh berjalan semula walaupun jatuh dari tingkat 47.

Alcides Moreno (gambar), 37, jatuh dari ketinggian 152 meter pada 7 Disember lalu selepas perancah tempatnya bekerja tiba-tiba runtuh, namun abangnya terbunuh dalam kejadian berkenaan.

Moreno terus hidup dan para doktor di Hospital New York-Presbyterian kelmarin mengumumkan proses pemulihannya sangat menakjubkan.

Selain boleh menggerakkan semua anggota, Moreno juga mampu bernafas sendiri serta mula bercakap mengenai kemalangan itu buat kali pertama pada Hari Krismas lalu.

Isterinya, Rosario Moreno, menangis dan mengucapkan terima kasih kepada doktor serta jururawat yang merawat suaminya.

Presiden hospital berkenaan, Dr. Herbert Pardes menyifatkan keadaan Moreno ketika dia dikejarkan ke hospital sebagai ‘satu malapetaka.’


Moreno mengalami pendarahan otak, patah di kedua-dua kakinya, tangan serta pergelangan tangan kanan patah manakala tulang belakang turut cedera.

Pada jam pertama dimasukkan ke hospital, pasukan doktor memasukkan 24 unit darah iaitu dua kali lebih banyak berbanding darahnya sendiri.

Pasukan doktor memberinya plasma, platelet dan ubat untuk merangsang pembekuan darah. Doktor juga memasukkan tiub ke otaknya untuk mengurangkan bengkak serta membedah perutnya bagi mengurangkan tekanan pada organ dalaman Moreno.

“Jika anda percaya pada keajaiban, inilah kesnya,” kata ketua bedah, Dr. Philip Barie. SUMBER

Mungkin Inilah Jutawan Paling Kedekut Di Dunia. Siapakah?



Mungkin Inilah Jutawan Paling Kedekut Di Dunia. Siapakah? | CHELSEA - Dengan empat orang penumpang untuk dibawa dan memiliki kekayaan sebanyak AS$40.9 juta (RM136.473 juta) anda pasti boleh menjangka kereta apa yang boleh dibeli oleh seorang kerabat diraja Britain, Viscount Linley untuk keperluannya.

Namun, apa yang mengejutkan ialah beliau memandu sebuah kereta mini Fiat 500 untuk membawa isteri, seorang anak perempuan dan dua rakannya selepas makan tengah hari selama lima jam sempena hari jadi bapanya, Earl Snowdon yang ke-80 baru-baru ini.

Mereka semua duduk dalam keadaan berhimpit-himpit sehinggakan seorang pelayan restoran Itali, La Famiglia yang terletak di Chelsea itu terpaksa membantu Linley untuk menyumbat beg-beg berisi lebihan makanan ke dalam kereta tersebut.

Penumpang-penumpangnya perlu bersusah payah untuk masuk ke dalam kereta kecil itu.

Pilihan kereta yang dibuat oleh anak kepada Puteri Margaret, iaitu adik kepada Ratu Elizabeth II itu nampaknya sesuai dengan masalah ekonomi semasa.

Kereta Fiat 500 berusia 20 tahun milik isterinya, Serena itu sangat ekonomi dan tidak perlu dibayar cukai.

Pada 2006, beliau membawa anaknya Margarita yang ketika itu berusia empat tahun ke sekolah dengan menaiki basikal lipatnya. SUMBER

MashaAllah - Wajah Jenazah Menjadi Hitam Akibat Selalu Maki Ibu



MashaAllah - Wajah Jenazah Menjadi Hitam Akibat Selalu Maki Ibu | Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut. Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening. Hanya saya dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan. Saya membuka dengan hati-hati penutup muka jenazah. Kulitnya putih, badannya kecil dan berusia awal 20-an.

Allah Maha Berkuasa. Tiba-tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam. Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai aneh, namun apabila semakin lama semakin hitam, hati saya mula bertanya-tanya. Saya terus menatap perubahan itu dengan teliti, sambil di hati tidak berhenti-henti membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Detik demi detik berlalu,wajah jenazah semakin hitam.

Selepas lima minit berlalu,barulah ia berhenti bertukar warna. Ketika itu wajah mayat berkenaan tidak lagi putih seperti warna asalnya, tetapi hitam seperti terbakar. Saya keluar dari bilik berkenaan dan duduk termenung memikirkan kejadian aneh yang berlaku itu. Pelbagai pertanyaan timbul di kepala saya. Apakah yang sebenarnya telah terjadi? Siapakah pemuda itu? Mengapa wajahnya bertukar hitam? Persoalan demi persoalan muncul di fikiran saya.

Sedang saya termenung tiba-tiba saya dapati ada seorang wanita berjalan menuju ke arah saya. Satu lagi pertanyaan timbul, siapa pula wanita ini yang berjalan seorang diri di bilik mayat pada pukul 4.00 pagi Semakin lama dia semakin hampir, dan tidak lama kemudian berdiri di hadapan saya. Dia berusia 60-an dan memakai baju kurung.

Ustaz,” kata wanita itu. “Saya dengar anak saya meninggal dunia dan sudah seminggu mayatnya tidak dituntut.

Jadi saya nak tengok jenazahnya.” kata wanita berkenaan dengan lembut. Walaupun hati saya ada sedikit tanda tanya, namun saya membawa juga wanita itu ke tempat jenazah tersebut. Saya tarik laci 313 dan buka kain penutup wajahnya.

“Betulkah ini mayat anak mak cik?”tanya saya. “Mak cik rasa betul… tapi kulitnya putih.” “Makcik lihatlah betul-betul.” kata saya. Selepas ditelitinya jenazah berkenaan, wanita itu begitu yakin yang mayat itu adalah anaknya. Saya tutup kembali kain penutup mayat dan menolak kembali lacinya ke dalam dan membawa wanita itu keluar dari bilik mayat.

Tiba di luar saya bertanya kepadanya. “Mak cik, ceritakanlah kepada saya apa sebenarnya yang berlaku sampai wajah anak mak cik bertukar jadi hitam?” tanya saya. Wanita itu tidak mahu menjawab sebaliknya menangis teresak-esak. Saya ulangi pertanyaan tetapi ia masih enggan menjawab. Dia seperti menyembunyikan sesuatu. “Baiklah, kalau mak cik tidak mahu beritahu, saya tak mahu uruskan jenazah anak mak cik ini. ” kata saya untuk menggertaknya.

Bila saya berkata demikian, barulah wanita itu membuka mulutnya. Sambil mengesat airmata, dia berkata, “Ustaz, anak saya ni memang baik, patuh dan taat kepada saya. Jika dikejutkan di waktu malam atau pagi supaya buat sesuatu kerja, dia akan bangun dan buat kerja itu tanpa membantah sepatahpun. Dia memang anak yang baik.

Tapi…” tambah wanita itu lagi “apabila makcik kejutkan dia untuk bangun sembahyang, Subuh misalnya, dia mengamuk marahkan mak cik. Kejutlah dia, suruhlah dia pergi ke kedai, dalam hujan lebat pun dia akan pergi, tapi kalau dikejutkan supaya bangun sembahyang, anak makcik ini akan terus naik angin. Itulah yang mak cik kesalkan.” kata wanita tersebut.

Jawapannya itu memeranjatkan saya. Teringat saya kepada hadis nabi bahawa barang siapa yang tidak sembahyang, maka akan ditarik cahaya iman dari wajahnya. Mungkin itulah yang berlaku. Wajah pemuda itu bukan sahaja ditarik cahaya keimanannya, malah diaibkan dengan warna yang hitam.

Selepas menceritakan perangai anaknya, wanita tersebut meminta diri untuk pulang. Dia berjalan dengan pantas dan hilang dalam persekitaran yang gelap. Kemudian saya pun memandikan, mengapankan dan menyembahyangkannya. Selesai urusan itu, saya kembali ke rumah semula. Saya perlu balik secepat mungkin kerana perlu bertugas keesokan harinya sebagai imam di Masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Selang dua tiga hari kemudian, entah kenapa hati saya begitu tergerak untuk menghubungi waris mayat pemuda tersebut. Melalui nombor telefon yang diberikan oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah, saya hubungi saudara Allahyarham yang agak jauh pertalian persaudaraannya. Selepas memperkenalkan diri, saya berkata, “Encik, kenapa encik biarkan orang tua itu datang ke hospital seorang diri di pagi-pagi hari. Rasanya lebih elok kalau encik dan keluarga encik yang datang sebab encik tinggal di Kuala Lumpur lebih dekat dengan Klang.”

Pertanyaan saya itu menyebabkan dia terkejut, “Orang tua mana pula?” katanya. Saya ceritakan tentang wanita berkenaan, tentang bentuk badannya, wajahnya, tuturannya serta pakaiannya. “Kalau wanita itu yang ustaz katakan, perempuan itu adalah emaknya, tapi…. emaknya dah meninggal lima tahun lalu!”

Saya terpaku, tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi. Jadi ‘apakah’ yang datang menemui saya pagi itu? Walau siapa pun wanita itu dalam erti kata sebenarnya, saya yakin ia adalah ‘sesuatu’ yang Allah turunkan untuk memberitahu kita apa yang sebenarnya telah berlaku hingga menyebabkan wajah pemuda berkenaan bertukar hitam. Peristiwa tersebut telah terjadi lebih setahun lalu, tapi masih segar dalam ingatan saya.

Ia mengingatkan saya kepada sebuah hadis nabi, yang bermaksud bahawa jika seseorang itu meninggalkan sembahyang satu waktu dengan sengaja, dia akan ditempatkan di neraka selama 80,000 tahun. Bayangkanlah seksaan yang akan dilalui kerana satu hari di akhirat bersamaan dengan seribu tahun di dunia. Kalau 80,000 tahun? SUMBER