Keluarga Minta Bapa Afiq Muiz Tampil Selesai Masalah

on Friday, May 24, 2013


Afiq menjelaskan berhubung ketegangan yang melanda antara dia dan ibunya. Foto IZZRAFIQ ALIAS
KUALA LUMPUR: Bapa Afiq Muiz iaitu Azman Shah Kader Ibrahim Shah, 52, di minta tampil menyelesaikan konflik keluarga antara pelakon itu dan ibu kandungnya, Hasliza Mohd, 48.
Datuk saudara Afiq iaitu Jalal Abidin, 64, menyifatkan Azman merupakan individu paling layak menjadi 'orang tengah' bagi menjernihkan kembali hubungan anak dan isterinya itu.
"Saya rasa, tiada orang lain yang dapat menyelesaikan masalah Afiq dan ibunya selain Azman sendiri.
"Jika sebelum ini bapa Afiq tidak munculkan diri dalam menyelesaikan masalah anak beranak, sudah tiba masanya dia berbuat demikian.
Jalal Abidin
"Tidak elok rasanya kes pergaduhan mereka berpanjangan, tambah pula ia sudah menjadi bahan berita media di luar sana," katanya yang ditemui pada sidang media khas yang diadakan di rumah keluarga Afiq di sini, Khamis.
Jalal dan Afiq serta beberapa anggota keluarga lain berkumpul pada sidang media itu bagi menjernihkan kembali kontroversi melibatkan Afiq meminta ibunya membuat permohonan maaf atas kenyataan media yang dibuat oleh wanita itu.
Terdahulu, mStar Online pada Selasa lalu membuat pendedahan eksklusif ibu kandung Afiq, 20, meluahkan rasa kecewa dan kesal terhadap perubahan pelakon itu sehingga digelar anak derhaka.
Afiq juga didakwa berubah sikap selepas berkawan rapat dan menjalinkan hubungan istimewa dengan pelakon baru Eina Azman, 18.
Bagaimanapun Afiq menafikan kenyataan ibunya itu menerusi sidang media pertama diadakannya sendiri dengan turut dihadiri Eina Azman.
Afiq berkata, ibunya tidak lagi menyayangi dia dan hanya mahukan duit daripadanya semata-mata.
Malah Afiq turut mempertahankan Eina yang disifatkannya menjadi mangsa keadaan dan Eina juga meminta Hasliza membuat permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh seminggu bermula 14 Mei 2013.
Hasliza Mohd
Bagaimanapun tambah Jalal, dia berharap Afiq dan ibunya itu dapat menurunkan ego masing-masing dan memaafkan antara satu sama lain dan pada masa sama meminta Hasliza tidak lagi membuat sebarang kenyataan berhubung dengan anaknya itu.
"Cukuplah, jangan keruh-keruhkan keadaan lagi. Lihat apa yang dah jadi sekarang ini, seluruh keluarga mendapat kesan buruk daripada pandangan masyarakat.
"Sedih pun ya, malu pun ada, tetapi berfikirlah secara rasional demi kesejahteraan keluarga nanti," ujarnya.
Sementara itu, Afiq yang turut sama berada pada sidang media berkenaan bertegas mahu ibunya itu membersihkan nama dia serta menarik balik segala kenyataan buruk yang dilemparkan terhadap dirinya sebelum membuat keputusan untuk berdamai.
"Kerana kontroversi ini, habis terganggu semua kerja-kerja lakonan saya dan dengar cerita saya mungkin akan digam oleh pihak stesen televisyen.
"Malah setiap kali berada di keliling orang awam, saya dikutuk dengan panggilan anak derhaka.
"Kalau boleh saya mahu ibu saya menarik balik semua kenyataan yang dilemparkan terhadap saya, barulah saya akan meminta maaf kepadanya pula," tegas Afiq.
* Sumber mStar Online

Seram!!! 5 Tahun Tidur Dengan Mayat Isteri


Takdir alam, setiap yang hidup pasti mati dan tiada siapa yang dapat melawan hakikat ini. Tetapi kasih sayang seorang suami yang mahukan isterinya berada di sampingnya walaupun telah meninggal dunia adalah sesuatu yang mustahil. Namun seorang warga Vietnam telah berjaya melakukannya! Dia menggali semula mayat isterinya dan menyelimutkan mayat itu dengan tanah liat sehingga meyerupai patung seorang wanita.
Lelaki tersebut, Le Van, 55, dari Ha Lam, wilayah Quang Nam berbuat demikian agar dapat memeluk isterinya setiap malam sejak lima tahun lepas. Isterinya meninggal dunia pada tahun 2003 dan Le Van tidur di pusara isterinya semenjak itu.

Setahun selepas itu, dia menggali sebuah terowong berhampiran tempat itu untuk melindungi dirinya dari hujan dan angin. Namun tindakan yang tidak masuk akal itu dikesan oleh pihak berkuasa tempatan dan mereka memujuknya supaya menghentikan perbuatan itu.

Tetapi Le Van tidak dapat meneruskan hidupnya tanpa isterinya di sisi. Oleh itu, dia menggali mayat isterinya dan membawanya balik ke rumah. Sehingga hari ini, dia masih tinggal bersama mayat isterinya serta anak mereka. Le Van memberitahu akhbar Lao Dong bahawa pada awalnya jiran-jiran tidak berani menjenguknya, tetapi kini mereka sudah biasa dengan keadaan tersebut dan berkunjung ke rumahnya sekali-kala.

“Saya melakukan sesuatu dengan cara yang berbeza dan bukan seperti orang kebanyakan,” katanya.

Dia juga dapat merasakan kehadiran roh isterinya sentiasa bersama mereka dua beranak. Mereka juga tidak takut untuk tidur bersama mayat itu. Menurut pihak berkuasa tempatan, mereka sedang merancang untuk memeriksa kes tersebut kerana di bawah undang-undang sanitasi yang baru digubal, mayat mestilah dibakar atau dikebumikan.

Perbuatan menanam mayat di kawasan perumahan tanpa kebenaran adalah salah di sisi undang-undang.

P/s: Isk3, kes camni pon ada. X seram ka? Kalo korang berani wat mcm nie? He3...



Pemuda Tersenyum Sebelum Digantung (18SG).


 


Siapa mamat yang dimaksudkan dalam artikel kali ini sebenarnya? Releks sahaja melihatkan air mukanya walaupun tersangkut tali gantung dilehernya.



Hossein Kavousifar ialah seorang lelaki yang didapati bersalah membunuh Hassan Moghaddas, seorang hakim yang didakwanya korup dan dikenakan hukuman gantung sampai mati di tempat Hassan Moghaddas ditembak dan pada tarikh yang sama juga. Walaupun sedang menghadapi maut, sambil tersenyum beliau sempat melambai kepada anak buahnya.



Hakim Hasan Moghaddas dikatakan korup kerana memenjarakan Akbar Ganji, seorang wartawan terkenal di Iran selama enam tahun. Ganji dipenjarakan selepas beliau mengaitkan beberapa orang ahli politik dengan beberapa pembunuhan politikal.



Bayi Kembar Tiba-Tiba Ghaib Dalam Perut.


Menanti saat kelahiran anak yang dikandung merupakan hajat besar terutama bagi si ibu dan bapanya. Namun satu peristiwa pelik telah berlaku terhadap seorang wanita di Pokok Sena, Kedah. Bayi yang dikandung ini didapati telah ghaib selepas bermimpi sesuatu yang aneh. Kes ini sebenarnya pernah berlaku sebelum ini dan ia sering dikaitkan dengan alam ghaib. Persoalannya, bagaimana bayi kembar ini boleh ghaib di dalam perut wanita ini?.

Sepasang pasangan suami isteri terkejut apabila mendapati bayi kembar yang di kandung oleh isterinya selama beberapa bulan akhirnya ghaib secara tiba-tiba didalam perutnya. Selama lima tahun menanti, hajat seorang suami untuk menimang cahaya mata sulung musnah apabila kembar perempuan dalam kandungan isterinya didakwa hilang secara misteri pada Isnin lalu.

Begitulah kejadian yang didakwa telah menimpa Norliana Manaf, 28, semasa dia bermimpi ketika dia tidur di rumah ibunya, Che Som Endut, 57, di Kampung Kelut, Jabi di sini malam kelmarin. Apa yang lebih mengejutkan, rekod pemeriksaan bulanan kandungannya di Klinik Kesihatan Bukit Jambul, Pulau Pinang turut dipercayai ghaib pada malam yang sama.

“Pada malam berkenaan, saya bermimpi lima wanita berjubah mendekati saya sambil membacakan sesuatu sebelum mereka hilang selepas azan Subuh berkumandang.

“Apabila terjaga, saya mendapati perut yang selama ini besar dan berat, tiba-tiba berasa ringan dan kempis.

“Saya mula syak ada benda yang tidak kena berlaku lalu mengejutkan suami saya, Aziz Hussein untuk memberitahu apa yang berlaku.

“Apabila saya pergi ke Klinik Kesihatan Pokok Sena untuk tujuan pemeriksaan pada kira-kira pukul 9 pagi esoknya, bayi dalam kandungan saya disahkan sudah hilang. Saya hanya mampu menangis,” cerita Norliana kepada pemberita semalam.

Norliana dan suaminya tinggal di Bukit Jambul, Pulau Pinang, dijadual bersalin pada 3 November lepas. Berikutan itu, dia mengambil keputusan untuk tinggal di rumah ibunya sejak sebulan lalu untuk tujuan bersalin.

Tambah Norliana, suaminya yang berusia 27 tahun telah membawanya membuat ujian pengimbasan di Klinik Kesihatan Bukit Jambul sebelum ini yang memaklumkan dia mengandung kembar perempuan. Bagaimanapun dakwa mereka semasa kakitangan Klinik Kesihatan Pokok Sena menghubungi Klinik Kesihatan Bukit Jambul untuk mengesahkan dakwaan beliau itu, mereka dimaklumkan bahawa rekod tersebut telah hilang.

Selepas kejadian, Norliana telah dibawa menemui pengamal perubatan tradisional oleh keluarga dua hari lalu untuk mendapat kepastian mengenai kejadian itu. Para pengamal perubatan traditional juga turut memaklumkan perkara sama seperti doktor iaitu bayi kembar Norliana didapati ghaib semasa didalam kandungan.

Tengkorak Makhluk Asing Ditemui Di Mexico?.



Apabila media antarabangsa menyebut tentang penemuan yang berkaitan tentang makhluk asing, kita sememangnya agak sukar untuk mempercayainya. Kewujudan makhluk asing diragui sejak dahulu lagi. Persoalan sama ada wujud atau tidak, ia tetap menjadi persoalan. Terbaru mereka telah menemui tengkorak menyerupai makhluk asing di Mexcio. Benarkah itu makhluk asing?.

Di Mexico, Sekumpulan ahli arkeologi menemui sebuah tengkorak manusia yang berbentuk lonjong dekat Kampung Onavas di Mexico, menurut akhbar dalam talian, MailOnline kelmarin.

Tengkorak itu dipercayai berusia 1,000 tahun dan ia kelihatan seperti gambaran watak makhluk asing dalam filem-filem keluaran Hollywood. Ia ditemui tertanam di sebuah kawasan yang mengandungi 25 rangka tulang manusia.

Tengkorak tersebut mempunyai bentuk lonjong disebabkan amalan tradisi penduduk yang tinggal di utara Mexico. Penduduk tersebut mengamalkan tradisi menghasilkan pelbagai bentuk kepala dengan menggunakan pelbagai kaedah. Antara kaedah itu ialah dengan menggunakan dua kepingan kayu yang diikat di bahagian kepala. Ia dilakukan ketika tengkorak tersebut masih di peringkat kanak-kanak.

Seorang ahli arkeologi, Cristina Garcia Moreno berkata, tengkorak tersebut mempunyai bentuk sedemikian kerana untuk membezakan status sosial penduduk dan disebabkan upacara keagamaan. Moreno mengetuai projek penyelidikan tersebut bagi pihak Universiti Negeri Arizona, Amerika Syarikat. Projek itu mendapat kelulusan Institut Antropologi dan Sejarah Kebangsaan Mexico.

PEMBUNUH DATUK SOSILAWATI DIGANTUNG SAMPAI MATI

on Thursday, May 23, 2013




TIGA tertuduh kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya, R Matan (kiri), T Thilaiyalagan (dua kiri) dan bekas peguam N Pathmanabhan (kanan) diiringi anggota polis selepas mahkamah memutuskan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati, bagi kesalahan melupuskan mayat jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, di Mahkamah Tinggi Shah Alam.
kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya

kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya

ANAK pengusaha Kosmetik Datuk Sosilawati LawiyaErni Dekritawati Yuliana Bukhairi dikerumuni wartawan selepas mahkamah memutuskan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati, empat individu bagi kesalahan melupuskan mayat jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya

PEKERJA memunggah ratusan fail dari pejabat peguam untuk dimasukkan ke dalam lori, sambil diawasi pegawai penyiasat di pejabatnya di Jalan Alam Shah berhadapan IPD Kuala Langat. Peguam yang juga suspek utama pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain dekat Ladang Gadong, Tanjung Sepat, ditahan semula dipercayai untuk memohon pada mahkamah lanjutan tempoh tahanan reman bagi membantu siasatan kes kehilangan seorang kontraktor, Mohd Syafiq Abdullah, 37, yang dilapor hilang bersama rakan niaganya, April lalu.

kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya

ANGGOTA PDRM dari Unit Gerakan Marin menemui pisau ketika membuat operasi menyelam bagi mencari senjata dan barangan milik mangsa di tebing sungai Kanchong Laut, Kampung Endah.

Pelik! Benarkah Kucing Ini Telah Mencuri 26 Kunci Rumah Jiran?


Pelik! Benarkah Kucing Ini Telah Mencuri 26 Kunci Rumah Jiran? | Jika kita mendengar kucing mencuri ikan jiran, itu tidak mustahil berlaku. Tetapi jika ada yang melaporkan kucing mencuri kunci rumah jiran, itu seakan pelik sebenarnya. Namun kita tidak boleh menuduh tanpa usul periksa biarpun ia hanya seekor haiwan. Setelah disiasat, memang benar seekor kucing yang diberi nama Moggy Milo mempunyai banyak kunci milik jirannya. Bagaimanapun kunci-kunci tersebut melekat di lehernya adalah disebabkan kucing tersebut memakai kolar magnetik.

LONDON: Seekor kucing, Moggy Milo ‘mencuri’ 26 set kunci ketika berkeliaran di rumah jiran selepas kunci terbabit terlekat pada kolar magnetik yang dipakainya.

Penduduk pada mulanya hairan dengan kehilangan kunci mereka.

Misteri itu bagaimanapun terbongkar apabila pemilik Moggy, Kirsten Alexander menemui beberapa kunci yang terlekat pada leher kucing itu. Dia kemudian menemui beberapa set kunci lain di rumahnya.

Kirsten, 27, dari Stoke Newington, London Utara berkata: “Saya sudah menyerahkan semula semua kunci itu kepada pemiliknya.” SUMBER