Home > All posts
Apabila pengantin bergambar 'planking' atas katil
Posted by TerbaikLaH on Monday, May 27, 2013 at 12:56 PM
Biodata Profil Ustaz Azhar Bin Idrus
Posted by TerbaikLaH at 12:14 PM
Nama:
Ustaz Azhar Bin Idrus
Tarikh Lahir:
12 Februari 1964
Berasal:
Ladang, Kuala Terengganu, Terengganu
Hobi :
Mengembara (taakulan penulis) dan fotografi Alam Hidupan.
Pendidikan :
1.Sekolah Rendah Hj. Mohd Sharif, Alor Setar, Kedah.
2.Sekolah Menengah Darulaman Alor Setar, Kedah. (Tingkatan 1 dan 2)
3.Sekolah Menengah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu (Tingkatan 3 hingga 6)
4. Mulai belajar agama sekitar tahun 1990.
5.Belajar secara talaqqi lebih kurang dengan lapan orang guru dalam tempoh 12 tahun
Pengalaman :
1. Pernah menjadi seorang guru muzik pada tahun 1985, benda lagho kata beliau.
2. Antara guru beliau ialah Tuan Guru Haji Muhammad Zin Pondok Lubuk Pandan Wakaf Tapai.
3. Mula mengajar (hanya menyampaikan yang sekdar tahu sahaja, kate beliau) di surau ladang, kampungnya
Isteri :
1. Rogayah Binti sulong, Johan Qariah Tilawah Al-Quran Kebangsaan 1978 (42 Tahun)
2. Wan Halimatun Nisa’ Binti Wan Mohd Nor (26 Tahun)
Anak :
1.Nur Madihah Asyiqin (20 tahun)
2.Nur Farhah (19 tahun)
3.Mohd Faqihuddin (18 Tahun)
4.Mohd Zuhaili (16 tahun)
5.Ikhwan Najmi (14 tahun)
6.Khairul Mukmin (7 tahun)
7.Rasydan (6 tahun)
Sehingga hari ini, nama Ustaz Azhar Idrus atau lebih mesra sebagai UAI amat disenangi oleh ramai orang terutamanya golongan remaja yang majoritinya mula memahami Islam dengan lebih mendalam selepas mengenali UAI samaada secara bertemu empat mata mahupun sekadar membuat rujukan dari pelbagai ilmu yang disampaikan melalui Youtube, Facebook dan sebagainya. Ustaz Azhar Idrus sangat mesra dan rapat kepada golongan blogger yang menjadikan UAI benar-benar seorang Ustaz yang terbuka mindanya serta celik IT.
Sangkal Kini Putus – Shahz Jaszle Kongsikan Video Terbaru Bersama Tunang
Posted by TerbaikLaH at 11:06 AM
Percaya atau tidak, ramai sebenarnya yang tidak berpuas hati apabila pasangan Shahz Jaszle dan Redzwani Puteri menjalani hubungan mereka seperti biasa seperti tiada apa yang berlaku sejak minggu lalu.
Peminat dunia hiburan yang memantau aktiviti mereka di laman sosial pelik dengan sikap di’tunjukkan Redzwani Puteri yang masih mampu tenang walaupun tunangnya kini berhadapan dengan tuduhan berkhalwat. Selain berbalas kenyataan mengatakan hubungan mereka semakin utuh selepas isu khalwat minggu lalu, Shahz Jaszle hari ini memuat naik sebuah video menunjukkan mereka keluar bersama menghabiskan masa.
Seorang peminat di forum Cari sebelum ini ada menulis mengatakan sumber keluarga terdekat pasangan ini memaklumkan yang Shahz Jaszle dan Redzwani Puteri kini sudah tidak bersama lagi. Video terbaru dari pasangan ini sekaligus melenyapkan khabar angin yang mengatakan status pertunangan mereka sudah berakhir.
Minah ni naik angin kerana Ustaz Azhar kahwin lagi Baca
Posted by TerbaikLaH at 10:39 AM

Entah kenapa si minah ini, Elly Nina Ahmad dengkikan Ustaz Azhar setelah tersebar gambar Ustaz Azhar berkahwin lagi.Sedap kenyataannya apabila menggunakan ayat 44,45, dan 46 surah Al-Maidah. Namun begitu belum apa-apa dia begitu seronok menghukum dan bantai orang lain. Kenapa dia boleh menulis ustaz ini mengambil sebahagian ayat surah Al-Maidah. Lagi berserabut si Elly ini, Ustaz Azhar dah menghalalkan cara, ambil sebahagian ayat dan tak berani mentafsir sepenuhnya. Bila pula Ustaz Azhar menyerabutkan fikirannya dengan kenyataan itu semua.
Kalau dah tak bersetuju poligami yang dihalalkan agama, janganlah mempermainkan hukum dan menuduh orang lain, lagi berserabut jadinya. Jangan kita nampak tak cerdik kerana tak bersetuju dengan sesuatu. Apa nak dikisahkan, isterinya mengizinkan dan si isteri baru Ustaz Azhar sanggup bermadu.
Kenyataannya disambut “gila seks ke orang tua ni“, punah jadinya. Kita tak naklah bantai minah ni lebih-lebih kerana gambarnya bertudung, Alhamdulillah, cuma kena cerdiklah… atau dia nak isi satu lagi kuota Ustaz Azhar Idrus. Janganlah malu-malu, hantar permohonan!!
Kasih Suami Merelakan Isterinya Pergi.. ABIL & ALLAYARHAMAH ISTERI
Posted by TerbaikLaH on Sunday, May 26, 2013 at 8:52 PM
"Pergilah Gee. Pergilah! Walau selepas ini abang tidak lagi dapat mendengar suara rengekmu, tidak lagi dapat menyapu air matamu, namun abang reda.
"Pergilah! Abang yakin, di sana DIA menyediakan tempat lebih baik untukmu. Di sana, akan hilang segala sakit menyerang. Akan lenyap segala derita yang sayang tanggung selama ini."
Dalam kesayuan, Abil Fikri Ahmad, 44, masih murah dengan senyuman. Namun, tangis di hatinya, hanya dia saja yang tahu.
Pemergian isteri tercinta, Fauziah Muhamad, 39, kira-kira jam 9.50 pagi semalam, pasti menjerut tangkai hatinya.
Fauziah atau lebih mesra dipanggil Gee, menderita penyakit saraf sejak hampir dua tahun lalu. Bermula dengan serangan lelah, Gee kemudian menderita lumpuh.
"Gee tidak menunjukkan sebarang perubahan. Cuma sejak kebelakangan ini, keadaannya tenang berbanding biasa. Tidur malamnya sangat lena.
"Malam tadi pun (kelmarin), saya meneman Gee hingga jam 2 pagi. Seperti biasa, saya duduk di sisinya. Melihat matanya, bibirnya segenap wajahnya. Saya tidak pernah rasa puas merenung Gee. Dan selepas ini, tidak lagi wajah itu untuk saya tatap..."
Suara Abil seolah tersekat. Dadanya sebak.
“Pagi tadi (semalam) selepas solat Subuh, saya curi masa untuk tidur sebelum bangun semula bagi dia minum susu. Ketika sedang bancuh susu di tepi katil, Gee tiba-tiba menarik nafas dengan kuat. Dua kali...
"Dia pergi dengan tenang. Wajahnya juga sangat tenang dan bersih. Gee memang isteri yang baik," nada suara Abil semakin hiba. Memanglah berat mata kita melihat kesedihan ditanggung Abil. Namun, berat lagi hatinya menanggung kesedihan atas
kehilangan isteri tercinta.
"ALLAH pinjamkan Gee kepada saya hanya sementara ketika dia sihat dan sakit. Sekarang ALLAH ambil dia kembali. Walau sekasih mana pun saya pada Gee, ALLAH lebih menyayangi dia. Saya reda!"
Menurut Abil, sejak hujung Januari lalu kesihatan isterinya tidak lagi menentu. Berat badannya semakin menyusut. Mulutnya pula tidak lagi dapat ditutup.
Malah katanya, arwah tidak lagi menunjukkan sebarang tindak balas ketika diusik berbanding biasa.
"Saya melihat perubahannya. Semakin hari semakin lemah.
“Sebelum ini jika saya usik tapak kaki Gee, dia akan bertindak balas. Tapi sejak akhir-akhir ini tiada lagi.
“Dia pun tidak lagi marah-marah atau merengek. Apa yang saya nampak keadaannya sangat tenang dan dia akan buka mata setiap kali saya berada di dalam bilik,” katanya.
Selain itu katanya, sebelum ini, menerusi laman blognya, dia juga turut meminta rakan-rakan dan pembaca agar sama-sama mendoakan keadaan kesihatan isterinya yang semakin tidak menentu.
Namun ajal dan maut di tangan TUHAN. Isteri tersayang yang dijaga penuh perhatian akhirnya pergi buat selama-lamanya.
“Ketika dia sihat saya pernah tanya adakah dia berpuas hati saya menjadi suaminya dan dia cakap dia bersyukur.
“Tapi sekarang saya hanya dapat tanya diri sendiri, adakah saya telah menjaga isteri saya dengan baik ketika dia sakit dan menjalankan tanggungjawab dan ujian daripada ALLAH ini dengan sempurna,” katanya.
Ketika ditanya tentang perancangannya selepas ini, kata Abil, dia tiada perancangan khusus namun berhasrat menjadi pakar motivasi bagi berkongsi pengalaman tentang alam rumah tangga.
Sementara itu, rumah Abil tidak putus-putus dikunjungi orang ramai termasuk Raja Datin Seri Salbiah Nujumuddin dan pemimpin setempat.
Jenazah Allahyarham disembahyangkan di Masjid Jamek Rasah dan selamat dikebumikan di Makam Haji Said, Sikamat kira-kira jam 4 petang.
Abil mendirikan rumah tangga dengan Fauziah pada 13 Mac 2009, namun selepas dua tahun merasai nikmat alam rumah tangga, isterinya mendapat serangan asma pada 22 Jun 2011 dan sejak itu dia disahkan lumpuh selain saraf otaknya tidak lagi
berfungsi.
Abil yang bekerja sebagai perunding kewangan kemudian mengambil keputusan berhenti kerja kerana nekad mahu menjaga isterinya sepenuh masa sebaik mungkin.
Penderitaan dan ketabahan Abil menjaga isterinya mendapat perhatian umum yang bersimpati selain kagum dengan sikapnya.
"Moga di sana nanti Gee lebih damai. Moga di sana nanti Gee lebih bahagia. Moga di sana ALLAH menempatkannya bersama para syuhada. Dan moga ALLAH mempertemukan Gee dan Abil di syurga abadi."
Inilah Pakaian Seragam Pramugari Kapal Terbang Dari Dulu Hingga Sekarang
Posted by TerbaikLaH at 8:30 PM
Pereka fesyen berbangsa British Vivienne Westwood dikhabarkan sudah mereka seragam untuk para pekerja syarikat penerbangan Virgin Atlantic yang sudah tidak dikemaskini selama 13 tahun. Dikutip dari Vogue, reka bentuk terbarunya akan dilancarkan pada Julai 2013, serta secara rasmi digunakan pada tahun 2014. Sementara menunggu gebrakan dari pereka eksentrik tersebut, berikut kilas balik seragam para pramugari dunia dari masa ke masa.










Seragam pramugari yang saat ini masih dipakai di Virgin Atlantic. Didesain oleh Jean Rocha pada tahun 1998.

Desain rasmi seragam pramugari Virgin pada tahun 1984.

Richard Branson dan seluruh kru angkatan pertama Maskapai Virgin.

Desainer Elizabeth Emanuel merupakan orang yang mendesain seragam Virgin pada tahun 1991.

Seragam pramugari Boeing Air Transport pada tahun 1930-an, didesain oleh Ellen Church.

Seragam Canada Airlines di tahun 1967.

Pramugari Pan-Am tahun 1970.

Seragam pramugari Pacific Southwest pada tahun 70-an.

Seragam Pioneer Airlines. Waktunya tidak tertulis.

Pramugari United Airlines di tahun 1968.

Seragam TWA. Waktu tidak tercatat.












