Isu Khalwat: Shahz Jaszle Buka Mulut, Dakwa Kena Perangkap

on Tuesday, May 28, 2013


Semenjak umum mengetahui yang Shahz Jaszle adalah pelakon popular yang di tangkap khalwat baru baru ini, pelakon ini mengambil pendekatan untuk berdiam diri dari memberikan kenyataan kepada media.


Bercakap kepada mStar Online hari ini, Shahz Jaszle tidak mahu mengulas panjang sebenarnya tentang isu tangkapan khalwat beliau kerana ianya sudah pun menjadi kes mahkamah.

“Cuma apa yang ingin dikatakan, saya diperangkap oleh seseorang yang tidak bertanggungjawab. Saya yakin, saya tidak bersalah terhadap kejadian itu. Kita lihat sahaja kes mahkamah pada November depan nanti”

Pelakon berusia 25 tahun ini mendakwa ketika pihak Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membuat serbuan beliau bukan berdua tetapi ada lima orang lain dalam rumah berkenaan.

Menurut Shahz Jaszle lagi, beliau terus mengumpulkan ahli keluarganya dan juga tunang, Redwani Puteri untuk menceritakan perkara sebenar dan berkata seluruh keluarga juga setuju ianya satu perangkap.

“Alhamdulillah, saya bersyukur sangat kerana memiliki keluarga yang sentiasa menyokong dan mendengar sesuatu perkara sebelum bertindak atau membuat keputusan,” tambahnya lagi.

Sumpah laknat Saiful Bukhari - Lihat siapa yang kena laknat



Pada 6.15 petang Jumaat, 15 Ogos 2008 di dewan utama, Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur, Saiful telah mengangkat sumpah mubahalah mengikut syariat Islam bahawa beliau bercakap benar. Upacara itu selama 15 minit disaksikan kira-kira 30 orang termasuk jurugambar dan juruvideo. Rakaman dilakukan oleh 'unit media' yang tidak dikenali. Saiful membaca beberapa ayat al Quran termasuk Surah Al-Fatihah.

Antara saksi sumpah tersebut ialah bapa beliau sendiri, Azlan Mohd Lazim dan imam masjid tersebut Ramlang Porigi. Sidang media telah diadakan selepas itu di Hotel Dinasti, Kuala Lumpur.

Kini, setelah hampir lima tahun sumpah laknat itu dilafazkan, rakyat dapat melihat dan menilai apa yang sebenarnya telah berlaku ke atas beliau dan yang dituduh, DS Anwar Ibrahim juga ke atas mereka yang menyokong kedua-dua pihak.

Diantara yang dapat dipaparkan apa yang menimpa Saiful dan Anwar mengikut berita-berita yang ada ialah:

Pada 24/08/08 bekas Imam Masjid Wilayah Persekutuan yang menjadi saksi sumpah laknat tersebut, Ustaz Ramlan Porigi telah menganggap tuduhan liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya untuk mengaibkan tokoh tersebut.

Pada 27/02/10 Diberitakan Saiful telah putus tunang dengan Janna Syariza bt. Mohd Zaki (asal Damansara Utama), nama yang hebat sewaktu kes tuduhan liwat terhadap Anwar berjalan.

Pada 30/9/10 Kereta Proton Waja milik Mohd Saiful Bukhari Azlan, dilaporkan hilang di Medan Tunku

Pada 28/07/10 didedahkan kisah Saiful mempunyai hubungan cinta dengan Farah Azlina, Timbalan Pendakwa Raya kes liwat beliau.

9/01/12 - Hakim Mohamad Zabidin, dalam keputusan yang mengejutkan memutuskan Anwar tidak bersalah dan mengarahkan supaya beliau dibebaskan. Hakim Mohamad Zabidin berkata kedua-dua bukti iaitu DNA dan oral-lisan tak boleh sabitkan kesalahan.

Pada 22/5/12 pula, bekas Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden yang menjadi Pendakwa di dalam kes liwatnya mengisytiharkan menjadi peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada 8/3/13, ayahnya sendiri, Azlan Mohd Lazim mendedahkan kes liwat kedua yang melibatkan anaknya dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sebuah “konspirasi politik jahat” dan memohon maaf kepada Anwar dan keluarganya kerana telah banyak menderita dan sengsara akibat fitnah ini,”

Pada 9/3//13 terus terhumban sebagai anak derhaka lantaran beraninya beliau menempelak ayahnya sendiri kerana dituduh ayahnya dipergunakan Anwar.


Tidak adil jika hanya melihat sebelah pihak. Sekarang apa yang berlaku kepada Anwar pula selepas sumpah laknat Saiful itu?

Ini yang sempat dikompilkan oleh GB:

Pada 4/4/11 Video chinadoll terhadapnya disebarkan oleh Datuk T gagal kerana lelaki di dalam video berkenaan berperut buncit dan teteknya menggeleber.

Pada 9/01/12 - Hakim Mohamad Zabidin, dalam keputusan yang mengejutkan memutuskan Anwar tidak bersalah dan mengarahkan supaya beliau dibebaskan. Hakim Mohamad Zabidin berkata kedua-dua bukti iaitu DNA dan oral-lisan tak boleh sabitkan kesalahan.

18/6/12 atuk Seri Anwar Ibrahim menang kes saman fitnah yang dibawa Ketua Pembangkang itu ke atas bekas rakan sukan tenisnya, Datuk S. Nallakaruppan berhubung kenyataan kononnya menerima wang sebanyak RM60 juta.

16/1/13 Datuk Seri Anwar Ibrahim menang kes saman terhadap Khairy Jamaluddin Abu Bakar berikutan Ketua Pemuda Umno itu menarik semula kenyataan fitnah beliau ke atas Ketua Umum KEADILAN dan kes selesai.

Khairy sebelum ini berpendirian bahawa beliau ada menuturkan kata-kata terhadap plaintif (Anwar) adalah pengkhianat Melayu dan boneka kepada Amerika Syarikat dan Yahudi.

21/1/13 Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menang kes saman fitnah RM50 juta terhadap Utusan Melayu Bhd dan ketua pengarangnya berhubung artikel berkaitan temu bualnya yang disiarkan oleh BBC tahun lalu.

Utusan didapati bersalah memfitnah Anwar kerana menuduh beliau menyokong pergerakan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT). Dengan keputusan mahkamah itu jelaslah bahawa Anwar Ibrahim bukan penyokong lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) dan ia adalah fitnah semata-mata.

Bukalah matamu wahai rakyat Malaysia!

Bagi kita, kita akan terus berdoa!

اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه
1) Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba’ah, wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah

Ya Allah, tunjukkanlah yang haq itu sebagai haq, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yang batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).

وقل رب أدخلني مدخل صدق وأخرجني مخرج صدق
واجعل لي من لدنك سلطانا نصيرا
وقل جاء الحق وزهق الباطل إن الباطل كان زهوقا
2) Rabbi adkhilni mudkhala sidqin wa akhrijni mukhraja sidqin waj'alli min ladunka sulthanan nasiiran
wa qul ja alhaqqu wa zahaqal bathil innal bathila kana zahuqan

Ya Allah, masukkanlah aku secara masuk yang benar dan keluarkanlah(pula) aku secara keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi-Mu kekuasaan yang menolong. Dan katakanlah yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap. Amiin!

6 Jenis Wanita Yang Dibenci Rasulullah S.A.W

on Monday, May 27, 2013

Ingat pesanan Nabi Wahai Umat Muhammad.Assalamualaikum,di sini bro ingin berkongsi sebahagian daripada pesanan Rasulullah S.A.W. Antaranya ialah 6 Jenis wanita yang Nabi Allah Muhammad tegah lelaki untuk kaum lelaki kahwini.

sumber hiasan-gambar dari rakan blogger

Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki : “Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah”.


1.Wanita Ananah : wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.

2.Wanita Mananah : wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.

3.Wanita Hananah : Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.

4.Wanita Hadaqah : melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang sudah botak.

5. Wanita Basaqah : ada 2 makna,
Pertama, wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.

Kedua, dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.

6.Wanita Syadaqah : banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.

Wallahualam.Sebarang cadangan dan pertanyaan untuk post terbaru yang anda inginkan.inbox saya dengan menekan contact di halaman atas kanan laman ini.

Gambar Ngeri Paduka Ayahanda Kena Kelar Di Kawasan Sendiri

-Screenshot 2013 05 25 01 05 23 1 Gambar Ngeri Paduka Ayahanda Kena Kelar Di Kawasan Sendiri

Gombak: Seorang penjual telefon bimbit parah selepas dibelasah dan ditetak dengan parang oleh tiga lelaki dalam kejadian di gerai makan di sini, kelmarin.


Berikutan kejadian itu, mangsa yang berusia 47 tahun dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menerima rawatan.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, dalam kejadian jam 12.30 malam itu, mangsa bersama dua rakan lelakinya sedang makan di Melati Setia Tomyam, di sini.
Bagaimanapun, tiba-tiba datang tiga lelaki tidak dikenali membawa parang dan kayu besbol terus menyerang mangsa dari arah belakang menyebabkan berlaku pergaduhan.
“Ketika kejadian itu, hanya mangsa saja diserang dan ditetak bertubi- tubi pada anggota badan manakala dua rakannya tidak diapa-apakan.
“Selepas beberapa minit membelasah mangsa, semua suspek melarikan diri dengan kereta yang diletakkan berhampiran kawasan kejadian,” katanya.
Abdul Rahim berkata, mangsa yang parah dihantar ke HKL oleh rakannya selepas tidak sedarkan diri.

tetak1 Gambar Ngeri Paduka Ayahanda Kena Kelar Di Kawasan Sendiri

Screenshot 2013 05 25 01 09 40 1 Gambar Ngeri Paduka Ayahanda Kena Kelar Di Kawasan Sendiri

Berikut adalah laporan polis yg telah dibuat.
Gombak rpt 3927/13 bertarikh 22/05/13@ 0245hrs.
Sek 324KK I.O: Insp Farouq
Pengadu Mohd Fadli b Yusoff (46 thn)(penghantar surat)
Pada jam l/kurang 0030hrs 22/05/13, semasa pengadu sdg mkn di Melati Setia Tomyam, gombak setia bersama kawan nama Jali@Tyson dan seorg lg kawan jali.
Tiba-tiba datang 2/L/melayu dan 1/L/cina membawa parang dan kayu telah serang jali dari arah belakang. Jali cedera di belakang badan bahu kiri dan kanan, tangan kanan dan peha kanan. Saspek kemudiannya melarikan diri menaiki sebuah m/kar jenis dan no. Pendaftaran tak pasti warna gelap. Ambulans telah membawa mangsa ke HKL.

Temubual awal dgn mangsa di HKl dapati mangsa
Nama: Zazali b Safri 661223-10-6207
Kerja : Berniaga handphone.
Menurut doktor yg merawat mangsa terdapat 10 “slash wounds” pd badan mangsa; 6 dibelakang bada, 1 pada bahu kanan dan 1 pd bahu kiri,1 pada pergelangan tangan kanan dan 1 lagi pada peha kanan. Mangsa tidak kenal saspek dan tidak pasti motif saspek kerana tiada bermusuh dgn sesiapa. Mangsa adalah ayahanda kawasan gombak (ayah tyson).

Screenshot 2013 05 25 01 16 48 1 Gambar Ngeri Paduka Ayahanda Kena Kelar Di Kawasan Sendiri

Ni contoh absorbable sutures, utk jahit sebelah ‘dalam’:

1471 2474 8 82 7 l Gambar Ngeri Paduka Ayahanda Kena Kelar Di Kawasan Sendiri

Beginilah Wajah Gadis Korea Selepas Melakukan Pembedahan Plastik

 Umum kita ketahui Korea Selatan ialah negara yang mempunyai kadar pembedahan plastik tertingi di dunia sekarang. Hadiah paling kerap diberi kepada pelajar yang menghabiskan sekolah menengah ialah pembedahan plastik. Kegilaan ini memberikan inspirasi kepada jurugambar Ji Yeo untuk menghasilkan set gambar Beauty Recovery Room di bawah. Ia memaparkan gambar wanita Korea Selatan paska pembedahan plastik sebelum mereka pulih sepenuhnya.






Inilah 11 Gaya Potongan Rambut Artis Yang Paling Popular Dari Dulu Hingga Sekarang



Selain penampilan, tatanan rambut menjadi identiti tersendiri bagi para penyanyi ini. Beberapa di antaranya bahkan disebut-sebut sebagai rambut yang paling ikonik. Siapa saja selebriti muzik dengan rambut yang paling popular sepanjang masa?

Artis Hollywood Yang Kantoi Tidak Memakai Bra Dan Seluar Dalam

Gambar Paris Hilton Kantoi Tidak Memakai Bra  


1. Marilyn Monroe
Marilyn Monroe'nun fotoğrafları çalındı
Walau jauh lebih dikenal sebagai aktris kenamaan, Marilyn juga hidup di industri musik dan sempat merilis beberapa single. Rambut pirangnya bukanlah warna asli rambut Marilyn Monroe. Awalnya, wanita yang memiliki nama asli Norma Jeane Mortenson itu memiliki rambut berwarna brunette. Namun kini, rambut pendek keriting berwarna pirang telah menjadi ciri khas Marilyn.

2. Elvis Presley
Cantores lucro postumo
Apa yang dikenakan oleh penyanyi legendaris ini hampir selalu menjadi panutan gaya. Mulai dari setelan berdetail fringe hingga tatanan rambutnya. Potongan rambut dengan jambul ala Elvis bahkan disukai hingga kini. David, vokalis band Naif merupakan salah satu yang ikut mengadaptasi gaya rambut Elvis.

3. Grace Jones
Bond Girls Gallery 2008 A View to Kill Grace Jones
Penyanyi sekaligus model ini merupakan salah satu yang mempopulerkan penampilan androgini. Grace Jones tampil memukai dengan potongan rambut pendek segi-empatnya. Hingga kini, penampilannya saat itu masih menjadi inspirasi bagi dunia mode dan kecantikan.

4. David Bowie
Get David Bowie Beauty Thanks To Selfridges And Illamasqua
Siapa yang bisa lupa dengan penampilan David Bowie di tahun 80-an? Riasan wajah mencolok dan rambut berpotongan mullet warna merah menjadi ciri khas penyanyi asal Inggris yang pada Maret lalu merilis album baru berjudul "The Next Day".

5. Madonna
12th Annual American Music Awards
Di era 80-an, rambut keriting tak beraturan menjadi salah satu tren. Salah satu pencetusnya adalah Madonna. Untuk membuat tampilannya lebih seru, Madonna seringkali menambahkan aksesori pita berukuran besar dengan warna-warna terang.

6. Sinead O'Connor
Sinéad O'Connor aplaza el concierto previsto este sábado en Sevilla y retrasa al 17 de este mes el de Málaga
Siapa bilang bahwa rambut panjang adalah kunci wanita untuk tampil cantik? Tidak bagi Sinead O'Connor. Penyanyi yang memiliki mata indah ini tetap terlihat cantik dengan kepala botaknya. Tidak plontos, Sinead tetap membiarkan kepalanya tertutupi oleh rambut, walau sedikit.

7. Pink
Pink Performs At The 02 Arena
Penyanyi yang memiliki nama asli Alecia Beth Moore ini dikenal dengan gaya rambut pixie. Di awal kemunculannya, Pink tampil dengan warna rambut merah muda. Namun belakangan ini tak jarang ia bergonta-ganti warna rambut. Terakhir, warna platinum menjadi pilihannya.

8. Victoria Beckham
Victoria Beckham Attends a Press Conference to Promote Her New Jewelry Line from Samantha Tiara
Potongan rambut bob dengan bagian depan yang panjang dan meruncing ini dipopulerkan oleh istri David Beckham. Model rambut Victoria itu dapat dikatakan tak lekang oleh waktu. Banyak orang hingga kini masih senang menggunakan model potongan rambut itu.

9. Gwen Stefani
Premiere Of FilmDistrict's
Sedari dulu Gwen Stefani selalu tampil dengan rambut berwarna putih keemasan. Vokalis band No Doubt ini seringkali mengonta-ganti model rambutnya. Mulai dari keriting ala Marilyn Monroe hingga ponytail ala bintang punk. Walau begitu, ia tetap mempertahankan warna rambutnya.

10. Amy Winehouse
beehives, amy winehouse
Rambut ala sarang lebah milik Amy Winehouse juga dikatakan sebagai tatanan rambut paling ikonik. Rambut yang ditata setinggi mungkin, namun tetap menggerai beberapa bagian itu sudah menjadi identitas penyanyi yang meninggal akibat ketagihan alkohol ini.

11. Lady Gaga
Cara Mudah Membuat Sanggul Berbentuk Pita dari Rambut
Saat pertama kali muncul di depan publik, Lady Gaga tampil dengan tatanan rambut berbentuk pita. Ukuran serta bentuknya bisa bermacam-macam. Bahkan selebritas seperti Paris Hilton ikut mencuba gaya sanggul pita tersebut.

PANAS: Artis Wanita Islam Dicekup Tidak Puasa Di Awal 1 Ramadhan

Pelakon wanita yang dicekup bermain mahjung di sebuah bilik VIP di pusat siber di Bandar Puteri, petang semalam.

PUCHONG – Kesucian 1 Ramadan yang sepatutnya dihormati, dicemari dua wanita Islam termasuk seorang pelakon drama apabila dicekup bermain mahjung di sebuah pusat siber di Bandar Puteri di sini, semalam.

Pelakon yang pernah diberi jolokan nama seorang artis seksi luar negara itu kelihatan resah dan berjalan mundar-mandir dalam bilik berkenaan apabila wajahnya dirakam.

Difahamkan, kedua-dua wanita itu dipercayai tidak berpuasa, menghisap rokok serta menikmati minuman yang terhidang dan memberi alasan sakit perut ketika dicekup di bilik VIP di tingkat tiga premis terbabit.

Ketika serbuan, wanita berusia lingkungan 30-an itu leka bermain mahjung bersama dua lelaki bukan Islam di dalam sebuah bilik kecil yang terletak di sebalik ruang permainan snuker.

Pengarah Jabatan Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Mejar (B) Mohd Rasip Rasul berkata, hasil risikan dan pemantauan, pihaknya melakukan serbuan ke pusat siber yang turut menjalankan aktiviti permainan snuker itu, petang semalam.

Hasil pemeriksaan mendapati perniagaan pusat siber yang turut menawarkan aktiviti perjudian itu tidak mempunyai lesen sah daripada MPSJ.

Dalam serbuan diketuai Penolong Pegawai Penguat Kuasa MPSJ, R Ravinthran bersama 23 anggota, premis itu dikenakan tindakan sitaan manakala peralatan dirampas.

Mohd Rasip berkata, premis terbabit sudah beroperasi sejak enam bulan lalu dan menawarkan pelbagai aktiviti hiburan kepada pengunjung.

“Kami bertindak merampas 42 set komputer mengandungi perisian perjudian atas talian dan dua televisyen.

“Tindakan diambil di bawah UUK 3 Undang-undang kecil Pusat Siber MPSJ 2007 kerana menjalankan perniagaan pusat siber tanpa lesen daripada MPSJ,” katanya.

Beliau berkata, pelakon berkenaan bersama tiga rakannya kemudian dibebaskan selepas butir keterangan diri diambil.[SH]