Posted byTerbaikLaHon
Wednesday, May 29, 2013at9:37 PM
Pelakon yang semakin manis berhijab, Raja Farah mengakui dia dan suaminya, Megat Bashirun Qayyum masih menantikan kehadiran cahaya mata selepas hampir dua tahun mendirikan rumahtangga.
Raja Farah menjelaskan kepada portal Gua dengan berkata, “sememangnya kami berdua inginkan cahaya mata tetapi masih belum mempunyai rezeki lagi. Saya dan suami memang sedang berusaha ke arah itu. Kami ada juga pergi berjumpa doktor dan syukur tiada sebarang masalah dengan tahap kesuburan kami. Saya anggap belum ada rezeki daripada Allah S.W.T lagi. Mungkin tidak sekarang, tetapi mungkin bulan hadapan, tahun depan, InsyaAllah”.
Selepas mendirikan rumahtangga, Raja Farah seakan-akan menyepi dari dunia lakonan apabila kelibatnya tidak lagi kelihatan di kaca-kaca tv seperti dulu.
Mengulas mengenai perkara itu, Raja Farah berkata kini keutamaannya ialah kepada suami dan keluarga, selain sibuk dengan dunia perniagaan.
“Alhamdulillah, kerjaya seni saya berjalan seperti biasa cuma saya tidak begitu banyak mengambil tawaran seperti dahulu disebabkan komitmen saya kepada keluarga. Lagipun sekarang ini saya berjinak-jinak dengan dunia perniagaan yang saya rasakan sangat menarik dan memberi pulangan yang baik pada masa hadapan,” katanya lagi. SUMBER
Pelakon yang sinonim dengan watak antagonis, Johan As’ari mengakui kini dia dalam fasa mengenali hati seseorang dengan lebih dekat lagi.
Johan yang sebelum ini dikaitkan bercinta dengan aktres seksi Nabila Huda, menyatakan gadis itu adalah seorang warga kerja syarikat penyiaran yang sudah dikenalinya sejak dua tahun yang lalu.
“Apa yang boleh saya kongsi setakat ini, ada seorang di hati saya. Dia kakitangan syarikat penyiaran dan kami sudah kenal sejak dua tahun lepas. Selepas pulang dari Mekah, tak sangka saya bertemunya semula dan kami jadi rapat,” ulasnya
Ketika ditanya apakah ciri-ciri yang membuatkan dirinya tertarik kepada wanita tersebut, Johan berkata, “antara sebab utama saya sukakan dia kerana dia menjaga solat. Perkara itu penting bagi saya kerana solat tiang agama,” katanya lagi.
Johan turut berhasrat menyunting gadis pilihannya itu sekiranya ada jodoh di antara mereka dan tidak akan menyembunyikan berita baik itu di kalangan pihak media dan peminatnya di luar sana. SUMBER
Menjadi atlet banyak risiko kecederaan yang bersembunyi, terlebih lagi apabila atlet tersebut erat kaitannya dengan kelajuan (lari), seperti pemain bola yang berkedudukan sebagai pemain tengah sayap dan sprinter
Saat berlari, badan kita khususnya otot dan tulang mendapat hentakan berupa tekanan yang malar. Apabila gerakan tubuh kita tidak sinkron pada saat berlari dengan kelajuan tinggi, maka akibatnya boleh membawa maut yaitu mengalami kecederaan serius.
Dan atlet asal Afrika Selatan yang tidak disebutkan namanya ini mengalami kejadian parah saat invitasi Atletik Nasional di Afrika Selatan. Ia kelihatan tidak boleh menyegerakkan gerakannya saat lari cepat di lintasan lari 100 meter, akibatnya dia trjatuh dengan keras dan mengalami kecederaan yang mengerikan...
Kuantan – Dua penyokong Pahang dan Johor Darul Takzim (JDT) cedera terkena objek dibaling individu tidak bertanggungjawab pada aksi separuh akhir kedua Piala FA yang melakar episod mendukacitakan di Stadium Darul Makmur, malam tadi.
Seorang wanita dipercayai penyokong Pahang terpaksa dibawa keluar polis selepas mata kanannya cedera terkena objek dibaling ketika dia dan lebih 7,000 penyokong tuan rumah terpaksa duduk di trek gara-gara stadium skuad Tok Gajah itu penuh sesak.
Seorang penyokong Johor DT pula memegang kepalanya selepas terkena balingan objek sekali gus menghidangkan risiko besar buat Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) terhadap tindakan yang boleh dikenakan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang pasti berang dengan insiden ini.
Pertemuan yang diungguli Johor DT hasil kemenangan 1-0 di Stadium Larkin, Sabtu lalu itu gagal dimulakan mengikut jadual sebenar selepas 7,000 penyokong tuan rumah memenuhi trek, memaksa semua pihak terbabit mengadakan mesyuarat tergempar mencari jalan penyelesaian serta-merta.
Perlawanan dijadual bermula 8.45 malam tertangguh satu jam 40 minit sebelum pengadil perlawanan membatalkan aksi itu pada jam 10.25 malam.
Untuk rekod, Stadium Darul Makmur hanya mampu menampung 35,000 penyokong tapi 42,000 penyokong kedua-dua pasukan dianggar membanjiri stadium yang pernah menyaksikan anak didik Dollah Salleh menewaskan Johor DT, 3-2 pada saingan Liga Super, beberapa bulan lalu.
bagi meredakan keadaan, Sultan Pahang yang juga Presiden FAM Sultan Ahmad Shah serta Presiden PBNP Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah turun bertanyakan situasi sebenar kepada barisan pegawai perlawanan selain bertemu penyokong Tok Gajah di trek.
Berdasarkan peraturan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), setiap perlawanan tidak boleh dilangsungkan andai ada penyokong pasukan duduk terlalu hampir dengan padang kerana dibimbangi bakal mencetuskan keadaan tidak selesa pemain yang pastinya risaukan keselamatan masing-masing.
Penyokong Johor DT, Salehan Sakiran, 39, yang datang bersama rakan dari Muar kesal insiden ini berlaku dan menyifatkan ia berpunca daripada kesilapan PBNP kerana menjual tiket melebihi kapasiti stadium.
“Memang saya takut kerana kami kelompok kecil dan ia pastinya mengundang masalah. Saya harap ia tidak berlaku lagi dan memohon kawalan keselamatan diperketatkan lagi,” katanya.
Seorang lagi penyokong Johor DT, Rosli Shariff, 43, berkata, penganjur perlawanan perlu lebih peka dan tidak hanya memikirkan keuntungan semata-mata. (HARIAN METRO)
SEMALAM kami menyiarkan gambar seorang bayi lelaki seberat 2.3 kilogram yang diselamatkan dari paip kumbahan sebuah apartmen di Jinhua, China selepas dipam melalui lubang tandas.
Perkahwinan ketiga pendakwah bebas terkemuka Ustaz Azhar Idrus (UAI) yang berlangsung baru-baru ini telah menerima kritikan daripada segelintir peminatnya di laman Facebook.
Rata-ratanya dari golongan wanita yang tidak bersetuju dengan tindakannya berkahwin dengan gadis yang berumur 27 tahun yang dikenali sebagai Izyan itu.
Malah ada yang melontarkan pelbagai ‘persoalan’ berhubung tindakannya itu.
Dan sekarang ini tengah ‘viral’ dalam internet mengenai penjelasan Ustaz Azhar berhubung perkara tersebut.