Kumpulan Manifesto Juara Versus Musim Kedua

on Saturday, June 1, 2013

Kumpulan Manifesto Juara Versus Musim Kedua

SHAH ALAM – Kumpulan Manifesto berjaya merebut gelaran juara pertandingan Versus musim kedua yang diadakan secara langsung di Space U8, Shah Alam, malam Jumaat.
Manifesto telah mengalahkan kumpulan Kyoto Protocol menerusi pusingan battle sekaligus menerima wang tunai sebanyak RM200,000.
“Alhamdulillah, kemenangan ini hasil daripada usaha kami yang tidak henti-henti sejak menyertai Versus dari minggu pertama,” kata mereka.
Pada konsert terakhir itu, kesemua finalis bertanding dalam dua segmen iaitu ‘mash-up’ dan persembahan lagu baru.
Bagi pusingan ‘mash-up’ Manifesto membawakan lagu Biar Putih Tulang dan Bukan Cinta Biasa, Estranged (Aku Cinta Padamu dan Belaian Jiwa), Kristal (Awas dan Peronda Jaket Biru), Kyoto Protocol (Tiada Lagi Kidungmu dan Rindu) dan Oh Chentaku (Tamparan Wanita, Papa Jahat dan Seindah Biasa).
Manakala untuk lagu baru pula Manifesto menyampaikan lagu berjudul Manifesto, Estranged (Chill, Brader), Kristal (Persoalan), Kyoto Protocol (Jelita) dan Oh Chentaku (Seri puteh).
Bagaimanapun dua kumpulan iaitu, Manifesto dan Kyoto Protocol yang berjaya mendapat undia tertinggi pada malam itu perlu mempersembahkan sebuah lagu daripada kumpulan rock terkenal XPDC sebagai menentukan juara pada pertandingan malam itu.
Sistem penilaian Versus adalah berdasarkan undian Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dan permarkahan juri profesional.
Ia membariskan penggiat muzik Jennifer Thompson selaku ketua juri, komposer Loque sebagai juri tetap dan Datuk Hattan sebagai juri jemputan.
Pada setiap minggu, setiap kumpulan perlu menggubah lagu lama yang diberikan mengikut tema tertentu.
Dalam tempoh seminggu, para peserta perlu membuat persiapan dan mempersembahkan lagu tersebut pada konsert mingguan sebagai medan penilaian.
Konsert akhir Versus telah bersiaran langsung menerusi saluran TV9 itu diacarakan oleh Aidid Marcello dan Hunny Madu. – mStar

Ibu Buta Jual Empat Anak Untuk Menyara Keluarga

Ibu Buta Jual Empat Anak

Beijing – Seorang wanita China yang buta mengaku menjual empat daripada anaknya untuk menyara keluarga kerana masalah kewangan.
Di antara 2005 dan 2012, wanita dari Shibei di Mianyang itu, Du Xiurong mengaku menyerahkan tiga bayi perempuan dan seorang bayi lelaki kepada pasangan lain.
Secara keseluruhan, Du melahirkan enam orang anak tetapi ketika ini cuma membesarkan dua daripada mereka, masing-masing seorang anak lelaki dan perempuan. Menurut Du, dia tidak ada pilihan kecuali menjual anaknya kepada orang lain untuk mendapatkan wang.
“Jika saya tidak buta, saya tidak akan tergamak menyerahkan mereka ke tangan orang lain,” katanya. Du berkata, dia tidak menjual anak-anaknya, tetapi menyerahkan mereka dan mendapat sedikit imbuhan atas susah payah dialami sepanjang tempoh kehamilan. Du juga mengakui sayang kepada kanak-kanak.
“Jika saya mampu, tentu saya akan membesarkan mereka sendiri, tetapi keadaan tidak mengizinkan memaksa saya mencari keluarga lain untuk anak-anak,” katanya. Mendakwa tidak melakukan kesalahan, Du berkata, hanya keluarga yang berada tetapi tidak mampu memiliki anak dipilih untuk membesarkan zuriatnya.
“Mereka mahukan anak dan saya membantu mereka,” katanya. Menurut Du, orang kaya memiliki kemampuan kewangan untuk mengahwinkan anak perempuan, manakala keluarga pertengahan mendapat wang atas perkahwinan anak perempuan mereka. “Bagi orang miskin, kami menjual anak-anak untuk mendapat wang,” katanya. Januari lalu Du ditahan kerana kesalahan menjual bayi tetapi dia dibebaskan tidak lama kemudian selepas pihak berkuasa mempertimbangkan kecacatannya. Mengenai masalah penglihatannya, Du berkata, dia terbabit dalam kemalangan ketika berusia lima tahun.
Sembilan tahun kemudian, dia dikahwinkan dengan seorang lelaki selepas keluarga melihat dia sebagai beban.
“Ibu dan bapa mahu menyisihkan saya secepat mungkin.
“Sebaik saja ada lelaki yang mahu mengahwini saya, mereka tidak menunggu lama bersetuju,” katanya. Namun, nasib malang terus menimpa Du.
Lelaki yang menjadi suaminya didapati gagal mendapat pekerjaan tetap menyebabkan mereka sentiasa hidup dalam kesukaran.
Du melahirkan anak sulung (lelaki) Cheng Jin, pada 1991 dan sembilan tahun kemudian, melahirkan anak kedua (perempuan), Sun Miao. Ketika ini Du masih membesarkan sendiri Cheng dan Sun manakala anak yang lain diserahkan kepada keluarga yang mahukan anak angkat.
Anak keduanya dijual pada harga (RM1,261) pada 2005. – Daily Mail

Pontianak Mengamuk Kerana Kain

Pontianak Mengamuk Kerana Kain

KULIM – Misteri kedengaran suara seolah-olah wanita dikatakan mengilai-ngilai pada sebelah malam di sebuah rumah terjawab apabila penghuninya menemui seorang pengamal perubatan tradisional.
Kejadian berkenaan dikatakan berpunca apabila sehelai kain batik  yang ditemui di perkarangan rumah sewa yang baru siap dibina pemiliknya di Kampung Batu 4 ½ itu dibakar.
Kakitangan awam, Aziz Othman berkata, selepas dia menemui pengamal perubatan tradisional berkenaan barulah dia dan isterinya dapat mengenalpasti punca sebenar kejadian lembaga bertenggek dan membuat bunyi seperti cakaran pada bumbung rumahnya.
Kata pengamal perubatan berkenaan, kemungkinan mereka ada mengganggu barangan milik ‘penunggu’ itu.
“Semua ini berpunca dari kesalahan kami. Ketika mula-mula masuk ke rumah, saya dan isteri mengambil keputusan untuk membersihkan rumah yang kami sewa itu terlebih dahulu kerana ia baru siap dibina.
“Ketika sedang membersihkan kawasan di persekitaran rumah, saya terjumpa kain batik hitam yang sudah lusuh di kaki lima rumah berhampiran pokok pisang dan membersihkan rumah dengan menggunakan kain itu,” katanya.
Bakar kain buruk
Katanya, setelah selesai dia menyidai kain itu di ampaian.
“Apabila kain itu sudah kering, isteri saya mendapati kain itu sudah buruk lalu membakarnya.
“Sejak kain batik itu di bakar, suara mengilai dan jelmaan pontianak itu mula mengganggu kami serumah,” katanya.
Menurut Aziz, gangguan berkenaan kemungkinan makhluk halus yang digelar pontianak.
Difahamkan makhluk berkenaan mula mengganggu mereka selepas dua bulan mendiami rumah baru sewa itu, selepas rumah lama mereka musnah akibat ribut.
Pada masa-masa tertentu, ia akan menyerupai penduduk kampung dan berjalan bersendirian terutamanya sebelah malam.
Dua bulan pertama tinggal di rumah itu amatlah memeritkan Aziz kerana diganggu lembaga itu yang juga pernah menjelma seolah-olah perempuan berambut panjang dan matanya seperti bernyala kemerahan.
Lembaga berkenaan juga pernah dilihat berada pada bahagian atas bumbung rumah Aziz.
Katanya, selepas diberitahu punca sebenarnya kejadian oleh pengamal perubatan tradisional itu, mereka terus berikhtiar menyelesaikan masalah gangguan itu.
Cari alternatif
Menurutnya, bagi mengatasi masalah itu, pengamal perubatan tradisional itu menyarankan mereka mencari kain batik yang seakan-akan sama pernah dibakar isterinya sebelum ini.
“Kami berjumpa semula pengamal perubatan tradisional itu dan dia mengarahkan kami mengelilingi rumah beberapa kali pada waktu sama.
“Keadaan menjadi agak kronik lembaga itu mengganggu saya semula minggu lalu sebelum dan meletakkan kain berkenaan di atas bumbung garaj kereta,” katanya.
Sepanjang mendapatkan rawatan berkenaan, hanya kepada ALLAH kami berserah dan meminta menjauhkan segala perkara buruk dan gangguan syaitan terhadap rumah yang kami sewa ini.
“Alhamdulillah, kain itu kemudiannya saya letakkan di atas bumbung rumah dan membiarkan ia reput dan gangguan suara perempuan meminta tolong serta bunyi cakaran pontianak di atas bumbung rumah tidak lagi kedengaran,” katanya.
Menurut Aziz, lembaga itu masih berkeliaran di kawasan hutan berdekatan jalan besar Sungai Ular bagaimanapun tidak mengganggu penduduk kampung.
“Pernah dikatakan empat penduduk kampung terserempak lembaga itu berjalan sendirian di tepi jalan bagaimanapun terbang setelah ditegur penduduk kampung,” katanya.
Sebelum ini Sinar Harian melaporkan Aziz pernah terserempak lembaga berkenaan berada di atas bumbung rumahnya ketika menyimpan motosikal kuasa tingginya selepas curiga terdengar suara wanita mengilai kuat di hadapan rumah. – Sinar Harian

Wajah Artis Dulu Vs Sekarang Yang Jauh Berbeza


Wajah Artis Dulu Vs Sekarang Yang Jauh Berbeza-Ada yang makin menarik,mungkin kerana cucuk botox dan pembedahan plastik,Ada juga yang makin teruk ..tapi tetap laku .

.

Desktop1009 01 Wajah Artis Dulu Vs Sekarang Yang Jauh Berbeza
Desktop1009 03 Wajah Artis Dulu Vs Sekarang Yang Jauh Berbeza
Desktop1009 02 Wajah Artis Dulu Vs Sekarang Yang Jauh Berbeza
Desktop1009 04 Wajah Artis Dulu Vs Sekarang Yang Jauh Berbeza

Punca Sebenar Wan Nor Azlin Halau Bapa Hingga Disaman


Pelakon drama, Wan Nor Azlin memohon Mahkamah Tinggi di sini mengetepikan tuntutan saman difailkan oleh bapanya bagi mendapatkan perintah pengosongan sebuah rumah di Taman Sri Keramat yang merupakan harta sepencarian bersama arwah ibunya.


Wan Mohd. Husain Wan Ibrahim, 76, telah memfailkan saman terhadap Wan Nor Azlin, 45, pada 5 Februari lalu dengan mendakwa, anaknya itu menghalangnya menjual hartanah dan enggan keluar dari rumah tersebut.
ps 01.3 Punca Sebenar Wan Nor Azlin Halau Bapa Hingga Disaman

Wan Nor Azlin yang pernah menggondol trofi Pelakon Wanita Terbaik dalam Anugerah Sri Angkasa 2001 menerusi drama Takbir Untuk Abdah itu pula, telah memfailkan permohonan pada 20 Mac lalu untuk mengetepikan saman berkenaan.
Ini kerana pelakon itu yang diwakili peguam Nuraini Atiqah Abdul Aziz menyatakan, mahkamah tersebut tidak mempunyai bidang kuasa ke atasnya memandangkan terdapat perintah injunksi ex-parte (sebelah pihak) daripada Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam berhubung tuntutan bapanya itu.
Nuraini Atiqah memberitahu pemberita, Hakim Rosilah Yop menetapkan 31 Mei ini untuk memutuskan permohonan Wan Nor Azlin yang dinamakan sebagai pihak defendan.

ps 01.2 Punca Sebenar Wan Nor Azlin Halau Bapa Hingga Disaman
WAN memberitahu apa yang penting sekarang ialah anak-anaknya
Menurut beliau, tarikh itu ditetapkan ketika pengurusan kes hari ini dengan kehadiran peguam Razila Rashid mewakili Wan Mohd. Husain selaku pihak plaintif.
Dalam pernyataan tuntutan, plaintif mendakwa, dia telah mengajak defendan tinggal bersama selepas isterinya meninggal dunia dan sepanjang tempoh itu, dia tidak pernah meminta anaknya itu membuat sebarang bayaran bil utiliti atau sewa bulanan.

wannorazlinoknajysn5 Punca Sebenar Wan Nor Azlin Halau Bapa Hingga Disaman
Pada pertengahan 2011, plaintif memberitahu defendan yang dia ingin menjual rumah tersebut dan mahu hartanah itu dikosongkan tetapi defendan enggan keluar dengan alasan telah memasang kabinet dapur dan almari pakaian.
Wan Mohd. Husain mendakwa, anaknya turut mengoyakkan iklan yang ditampal dan mengganggu bakal pembeli yang datang melihat rumah itu.
Pelakon itu juga dakwa bapanya, telah memasukkan kaveat (sekatan) persendirian pertama pada 12 Oktober 2011.
Menurut plaintif, dia kemudian telah menandatangani satu perjanjian jual beli dengan pihak ketiga pada 31 Oktober 2012.

8292008 wan(a) Punca Sebenar Wan Nor Azlin Halau Bapa Hingga Disaman

Namun sehingga hari ini, dakwa plaintif, Wan Nor Azlin enggan mematuhi surat tuntutan yang dikeluarkan pada 30 Disember 2012 dan masih menduduki hartanah tersebut.
Plaintif menyatakan, defendan pada 16 Januari 2013 telah mengarahkan supaya kaveat persendirian bagi kali kedua dimasukkan walhal anaknya itu tiada locus standi (hak di sisi undang-undang) untuk berbuat demikian.

Tindakan defendan itu menurut plaintif telah menyebabkan dia tidak menikmati hak sebagai pemilik berdaftar dan mengalami kerugian selain terpaksa menanggung kos pemotongan kaveat.
Plaintif mendakwa, anaknya turut menghalangnya tinggal di rumah teres satu tingkat itu misalnya dengan menukar kunci pintu utama dan membuang kelengkapan sedia ada.

aa7 Punca Sebenar Wan Nor Azlin Halau Bapa Hingga Disaman

Disebabkan berasa keselamatannya terancam, menurut plaintif, dia telah membuat laporan polis pada 31 Mac tahun lalu akibat trauma setelah mendakwa dimarahi dan dipukul sehingga terpaksa menyewa rumah lain.

Plaintif sehubungan itu antaranya memohon perintah untuk mendapatkan milikan kosong ke atas hartanah dan membatalkan kaveat persendirian oleh anaknya itu serta ganti rugi.
Wan Nor Azlin merupakan ibu kepada tiga anak, Danial Luqman, 12, Danny Iskandar, 11, dan Dania Camelia, 8, hasil perkongsian hidupnya dengan peguam, Mohd. Yazli Yaakob.

Update : Gagal batalkan saman bapa

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini semalam menolak permohonan pelakon drama, Wan Nor Azlin untuk membatalkan saman bapanya, Wan Mohd. Husain Wan Ibrahim yang memohon perintah supaya mengosongkan rumah harta sepencarian bersama arwah ibunya di Sri Keramat di sini.
Hakim Rosilah Yop menolak permohonan Wan Nor Azlin dengan kos sebanyak RM2,000 dalam kamar beliau di sini semalam.
Peguam Nuraini Atiqah Abdul Aziz yang mewakili Wan Nor Azlin, 45, dan Razila Rashid bagi pihak Wan Mohd. Husain, 76, hadir mendengar keputusan itu.
Sementara itu Nuraini ketika ditemui berkata, mahkamah membuat keputusannya selepas memutuskan bahawa Mahkamah Sivil mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kes saman itu.
Dalam permohonannya untuk membatalkan saman difailkan Wan Mohd. Husain pada 20 Mac lalu, Wan Nor Azlin berkata, mahkamah tiada bidang kuasa ke atasnya kerana terdapat perintah injunksi ex-parte (sebelah pihak) daripada Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam berhubung tuntutan bapanya.


Guru wanita sekolah menengah setapak ditangkap tanpa pakaian


GARA-GARA tidak dapat menahan nafsu, sepasang kekasih berasmara di dalam sebuah rumah di Kampong Batu 9 disini di cekup penduduk, polis dan pegawai penguatkuasa Pejabat Agama Islam Daerah Hilir Perak, baru-baru ini.

Setiausaha Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampong (JKKK) Kampong Baru, Batu 9, Ahmad Bahrom, 59, berkata, penangkapan itu dilakukan setelah penduduk mengintip gerak geri pasangan itu selama dua minggu di rumah milik ibu bapa lelaki tersebut yang dikatakan telah menjadi tempat pasangan itu melempiaskan nafsu.

Menurutnya juga, sebelum ini, ibu bapa lelaki berkenaan dikatakan telah menasihatkan anaknya supaya bernikah dengan gadis pilihanya itu tetapi lelaki tersebut sengaja melengah-lengahkan untuk berkahwin.

“Ketika serbuan dibuat ibu bapa lelaki itu dikatan tiada dirumah, ia memaksa kami untuk memecah pintu depan rumah tersebut yang dikunci kerana pasangan tersebut dikatakan enggan untuk memberi kerjasama.

“Lelaki yang berusia 30-an tersebut adalah seorang kontraktor di kawasan Changkat Jong manakala teman wanitanya yang berusia 25 tahun yang berasal dari Terengganu, adalah merupakan seorang guru yang bertugas si sebuah sekolah menengah di Setapak, Kuala Lumpur, kata ketika ditemui.
Ahmad berkata, ketika serbuan dilakukan, lelaki berkenaan didapati hanya memakai tuala sahaja sementara teman wanitanya berselimut dan berada di atas tilam.

Katanya, pasangan kekasih itu juga gagal menunjukan dokumen yang mengatakan mereka adalah pasangan suami isteri yang sah ketika diminta oleh pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Perak, Hilir Perak.

Pegawai penguatkuasa Pejabat Agama Islam Daerah Hilir Perak enggan memberi maklumat dengan alasan semua kenyataan hanya boleh dibuat oleh Pegawai Penguatkuas di Ibu Pejabat Jabatan Agama Islam Perak di Ipoh. – biswardihasbi

Zain Saidin Kurang Ajar Dalam Masterchef Selebriti 2 Dan Telah Tersingkir

Pada episod terbaru Masterchef Selebriti 2 semalam, Zain Saidin telah disingkirkan dan kami agak terkejut dengan sikap Zain Saidin yang agak biadap terhadap juri.Dalam rancangan masterchef pada malam ni, antara calon peserta yang tersingkir adalah Lydiawati dan Zain. Namun, juri sepakat mengumumkan bahawa Zain telah tersingkirkan pada malam ini.Ini adalah tindakan yang bijak kerana sikap Zain semakin melampau dalam program realiti tersebut. Zain Saidin Kurang Ajar Dalam Masterchef Selebriti Musim 2

zain Zain Saidin Kurang Ajar Dalam Masterchef Selebriti 2 Dan Telah Tersingkir

Gambar Zain Saidin Diumumkan Peserta Tersingkir

Zain Saidin Mengamuk Dalam Masterchef
Zain: “Ini semua tak adil”
Zain ungkit kembali keistimewaan yang diperolehi oleh rakan-rakan lain.
Lydiawati: ” Saya menangis bukan sebab zain tersingkir, tapi zain tak hormat juri dan agak sedikit biadab”
Zain Saidin Membidas Komen Para Juri atau Chef
Zain saidin membidas semua komen juri. Zain meluahkan rasa tidak puas hati terhadap Chef dan baginya para juri bersikap tidak adil dan tidak layak menjadi pengadil. Sangat mengejutkan apabila zain berani membuat pernyataan tersebut.
Komen Rozita Che Wan
Pemergian atau penyingkiran Zain membuatkan dia berasa sunyi dan ingin keluar dari Masterchef.
Debaran Saat Penyingkiran
zain 2 Zain Saidin Kurang Ajar Dalam Masterchef Selebriti 2 Dan Telah Tersingkir
Penjelasan Chef Jo Disebalik kontroversi Masterchef
Jelas Chef Jo atau lebih mesra di panggil Papa Jo oleh peserta, memerhatikan sikap Zain yang hanya merasakan dirinya sahaja betul dan sukar untuk menerima teguran orang lain malah khabarnya juga aktor tersebut bertindak memarahi krew produksi apabila dia diminta untuk menyalin resepi yang dimasak. Amboi kereknya!
Sepanjang beliau terbabit dalam rancangan ini, Papa Jo juga nampak setiap kali Zain ke pantri dia akan mengambil sebiji epal walaupun ia tidak digunakan dalam resepi,beliau akan makan sedikit dan tinggalkan epal itu. Kadangkala dia sengaja mengambil sekotak susu di dapur dan minum dan buka sambil digunakan untuk masak.
Tambahnya lagi, Zain juga ada berkelakuan seperti ingin mencabar tahap kesabaran juri-juri dan contohnya apabila Chef Zubir sedang memberikan penerangan beliau akan memotong dan memberi seribu satu alasan.
Pada pandangan Chef Jo, Zain Saidin cuba untuk menunjukkan satu karakter. Sikap yang ditunjukkan Zain dalam rancangan itu dikhuatiri akan memberi impak buruk kepada dirinya sendiri kerana ramai remaja di luar sana memandang tinggi keperibadiannya sebagai seorang guru di dalam rancangan pendidikan Oh My English. Pastinya apa yang dibuat Zain tidak bagus pada pandangan penonton yang menyaksikan rancangan realiti ini.
Bak kata orang sikap manusia itu sukar untuk diubah kerana ia sudah sebati dengan diri,namun itu bukan satu alasan untuk kita tidak menghormati orang lain dan mempunyai sifat untuk bertolak ansur di antara satu sama lain dan sebolehnya cuba untuk bersikap sopan apatah lagi menyedari bahawa diri kita dipandang tinggi oleh golonggan muda di luar sana dan jangan pernah anggap bahawa ia sekadar lakonan di kaca tv, habis lakonan habislah apa yang terjadi di luar sana tidak penting.