Home > All posts
Download Naruto Shippuden Eps 315 Subtitle English And Indonesia
Posted by TerbaikLaH on Sunday, June 2, 2013 at 2:28 AM
Islam Dijangka ‘Tawan’ Britain
Posted by TerbaikLaH on Saturday, June 1, 2013 at 9:31 PM
Islam Dijangka ‘Tawan’ Britain - London : Ratu Elizabeth adalah pelindung agama Kristian dan paderi kanan England mempunyai tempat di Parlimen Britain.
Di sebalik hakikat itu, realitinya adalah berbeza jika melihat kepada sambutan orang ramai kepada rumah ibadat di negara berkenaan.
Pada setiap pagi minggu, sambutan orang ramai di Gereja St George-In-The-East di Jalan Cannon Street dan Gereja St Mary’s di Jalan Cable amat hambar.
Hanya beberapa ratus meter dari situ, ada sebuah masjid di kawasan kediaman Jalan Brune, Spitalfields, yang melimpah dengan pengunjung ketika solat Jumaat dijalankan.
Jika dibuat perbandingan jumlah pengunjung, ia tentu menampakkan perbezaan yang lebih dramatik.
Di Gereja St George, kurang daripada 15 pengunjung hadir untuk meraikan sambutan Holy Communion.
Ketika gereja itu dibina pada awal abad ke-18, ia direka untuk memuatkan sehingga 1,230 orang.
Jumlah yang sama disediakan di Gereja St Mary yang mula dibuka sejak Oktober 1849.
Ketika jurugambar mengunjungi gereja itu, ia hanya dihadiri kira-kira 20 orang.
Keadaan berbeza sama sekali di masjid di Jalan Brune yang menghadapi ‘masalah’ sendiri akibat dikunjungi orang ramai.
Masjid itu sendiri asalnya adalah ruang kecil yang disewa untuk dijadikan pusat komuniti dan sesuai diisi kira-kira 100 orang.
Namun setiap Jumaat, jumlah pengunjungnya meningkat tiga atau empat kali ganda, menyebabkan mereka terpaksa mendirikan solat di jalan raya.
Berdasarkan perkembangan itu, pemerhati berkata, Kristian bakal menjadi ‘agama silam’ dan orang ramai lebih tertarik kepada Islam.
Dalam tempoh 10 tahun lalu, berlaku penurunan jumlah penduduk England dan Wales yang mengaku menganut Kristian, daripada 71.7 peratus kepada 59.3 peratus daripada keseluruhan populasi.
Jika pecahan dibuat mengikut kumpulan usia, separuh daripada penganut Islam di situ berusia kurang 25 tahun, manakala hampir suku penganut Kristian menghampiri usia 80 tahun.
Dianggarkan dalam tempoh 20 tahun, lebih ramai penganut Islam berbanding Kristian. Satu keadaan yang tidak pernah difikirkan oleh sesiapa kira-kira 50 tahun lalu. – Daily Mail
BERTUDUNG: Mula-Mula Panas, Kini Makin Selesa – Leuniey
Posted by TerbaikLaH at 9:29 PM
BERTUDUNG: Mula-Mula Panas, Kini Makin Selesa – Leuniey - Kalau anda pengikut setia Instagram Leuniey Natasha, anda pasti akan perasan yang semenjak dua ini kebanyakan gambar yang dikongsikan oleh Leuniey menunjukkan dirinya bertudung. Namun ramai yang tertanya-tanya sama ada Leuniey sudah berhijab sepenuhnya atau sekadar mencuba sahaja.
Sebenarnya saya baru sahaja berhijab penuh sejak 2 minggu lalu dan sekarang sedang dalam proses untuk biasakan diri bertudung apabila keluar. Bukan apa, terus-terang saya sudah lama simpan niat untuk bertudung ini Cuma tunggu masa saya benar-benar bersedia untuk tampil kekal dengan berhijab. Tak mahu lah jadi bila rimas dan panas saya suka-suka bukak.
Pasti Apek adalah orang yang paling gembira dengan penghijrahan ini. Agak menarik membaca perkongsian kisah penghijrahan Leuniey yang mengalami kepayahan ketika mula-mula berhijab. Kata Leuniey:-
Mula-mula susah juga nak sesuaikan diri dengan bertudung setiap masa apabila di luar, yelah dengan cauca yang agak panas dan sebagainya. Lama kelamaan selepas belajar bagaimana hendak bertudung, saya pun kini sudah semakin selesa dan tenang dengan penghijarahan ini
Leuniey dan Apek akan pergi mengerjakan umrah bersama-sama pada bulan Ramadhan ini. Jadi Leuniey mengambil persediaan dengan memakai tudung sepenuhnya sebelum ke Tanah Suci kelak. Apa-apa pun, tahniah kepada Leuniey atas penghijrahan ini. Semoga hidup anda dan suami akan lebih bahagia dan dirahmati selepas ini – MyNewsHub
‘Datuk Super’ Besarkan 9 Cucu Angkat Bersendirian
Posted by TerbaikLaH at 9:27 PM
Hanya bekerja sebagai nelayan dengan pendapatan RM300 sebulan, namun seorang lelaki warga emas layak digelar ‘datuk super’ apabila sanggup memikul tanggungjawab sukar membesarkan sembilan cucu angkat.
Ramli Zulkifli yang kini mencecah usia 60 tahun terpaksa menggunakan kudratnya membesarkan sembilan cucu angkat berusia dua hingga 19 tahun selepas ibu bapa mereka menyerahkan urusan jagaan itu kepadanya atas alasan kemiskinan.
Lebih menyukarkan, dia mengambil alih urusan menjaga enam cucu angkat itu selepas ibu dan bapa kandung mereka menghilangkan diri, manakala tiga cucu angkat yang lain pula tidak mempunyai sijil kelahiran.
Keadaan bertambah sukar apabila isteri Ramli, Kamariah Dahaman, 68, meninggal dunia dua bulan lalu, sekali gus tugas membesarkan sembilan cucu itu ditanggungnya bersendirian.
Ramli yang dikenali sebagai atuk Ramli berkata, dia bagaimanapun tidak pernah mengeluh sepanjang membesarkan sembilan cucunya itu, namun sedikit kesal kerana ibu dan bapa kandung mereka langsung tidak pernah menghulurkan sebarang nafkah bagi meringankan beban ditanggung. SUMBER
(GAMBAR) Kembar Amy Search Dari Tawau, Sabah
Posted by TerbaikLaH at 9:26 PM
Wow, sebijik dengan muka Amy Search kan. Menurut sumber, nama lelaki yang mempunyai rupa seiras Amy Search ni ialah Padzushah Damodaran yang berasal dari Tawau, Sabah. dalah lagi rupanya kembar Amy Search dan kali ni berasal dari Tawau Sabah. Dan Padzushah ni juga mempunyai gelaran Amy Tawau sebab rupa sebiji macam Amy. Amacam, dapat bezakan tak Amy yang sebenar dengan tiruan? SUMBER
Kumpulan Manifesto Juara Versus Musim Kedua
Posted by TerbaikLaH at 9:24 PM
SHAH ALAM – Kumpulan Manifesto berjaya merebut gelaran juara pertandingan Versus musim kedua yang diadakan secara langsung di Space U8, Shah Alam, malam Jumaat.Manifesto telah mengalahkan kumpulan Kyoto Protocol menerusi pusingan battle sekaligus menerima wang tunai sebanyak RM200,000.“Alhamdulillah, kemenangan ini hasil daripada usaha kami yang tidak henti-henti sejak menyertai Versus dari minggu pertama,” kata mereka. Pada konsert terakhir itu, kesemua finalis bertanding dalam dua segmen iaitu ‘mash-up’ dan persembahan lagu baru.Bagi pusingan ‘mash-up’ Manifesto membawakan lagu Biar Putih Tulang dan Bukan Cinta Biasa, Estranged (Aku Cinta Padamu dan Belaian Jiwa), Kristal (Awas dan Peronda Jaket Biru), Kyoto Protocol (Tiada Lagi Kidungmu dan Rindu) dan Oh Chentaku (Tamparan Wanita, Papa Jahat dan Seindah Biasa).Manakala untuk lagu baru pula Manifesto menyampaikan lagu berjudul Manifesto, Estranged (Chill, Brader), Kristal (Persoalan), Kyoto Protocol (Jelita) dan Oh Chentaku (Seri puteh).Bagaimanapun dua kumpulan iaitu, Manifesto dan Kyoto Protocol yang berjaya mendapat undia tertinggi pada malam itu perlu mempersembahkan sebuah lagu daripada kumpulan rock terkenal XPDC sebagai menentukan juara pada pertandingan malam itu.Sistem penilaian Versus adalah berdasarkan undian Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dan permarkahan juri profesional.Ia membariskan penggiat muzik Jennifer Thompson selaku ketua juri, komposer Loque sebagai juri tetap dan Datuk Hattan sebagai juri jemputan.Pada setiap minggu, setiap kumpulan perlu menggubah lagu lama yang diberikan mengikut tema tertentu.Dalam tempoh seminggu, para peserta perlu membuat persiapan dan mempersembahkan lagu tersebut pada konsert mingguan sebagai medan penilaian.Konsert akhir Versus telah bersiaran langsung menerusi saluran TV9 itu diacarakan oleh Aidid Marcello dan Hunny Madu. – mStar
Ibu Buta Jual Empat Anak Untuk Menyara Keluarga
Posted by TerbaikLaH at 9:23 PM