Pelik! Pokok Jagung Ini Berbuah Pisang

on Monday, June 3, 2013


Pelik! Pokok Jagung Ini Berbuah Pisang | Dahulu banyak kami kongsikan kepada anda tentang keunikan dan tentang pokok pisang (LINK), kali ini adalah tentang kepelikan sebatang pokok jagung yang dipercayai telah berbuah pisang. Penemuan ini bukan di Malaysia tetapi di Kota Padang, Sumatra Barat. Apa yang dapat kita saksikan di sini adalah, ia merupakan salah satu tanda kekuasaan Allah SWT. Memang agak jarang kita mendengar tentang keunikan pokok jagung ini. Boleh lihat gambar di bawah ini.
pisang
Aneh bin ajaib, itulah yang terjadi pada tanaman jagung milik Yufriadi (21) warga Kelurahan Batung Tebal, Kecamatan Lubuk Begalung, Kota Padang, Sumatra Barat.
Jagung yang ditanam Yufriadi itu tak berbuah jagung, melainkan berbuah bunga pisang. Lelaki yang biasa dipanggil Adi itu mengatakan, peristiwa aneh yang dialami jagungnya ini, saat ia hendak mencabut jagung yang telah di tanamnya. “Ketika saya hendak mencabut jagung yang telah dituai, saya dikejutkan diantara jagung tersebut ada yang berbuah bunga pisang. Kemudian saya tidak jadi cabut jagung tersebut, “ujarnya. Adi juga sudah memeriksa jagung tersebut dan mematahkan salah satu bahagiannya. Ia melihat jagung itu mengeluarkan getah berwarna putih seperti getah buah pisang. Padahal jagung sendiri tidak mempunyai getah.
“Jagung itu ditanam pada bulan November lalu. Namun tidak menampakkan hal-hal yang aneh, baru Isnin lalu saya mengetahui fenomena tumbuhan tersebut, “ujar Adi. Jagung yang berbuah bunga pisang tersebut terletak ditengah sawah milik Adi seluas 1 hektar. Adi menanamnya berhampiran pondok sawahnya. Serta benih jagung tersebut di dapati Adi dari kelompok tani Pramudya Indah, yang diberikan Dinas Pertanian Kota Padang. Jagung tersebut sudah berusia kira-kira 3.5 bulan dengan ketinggian satu meter.
Sewaktu Adi akan mendapatkan jagungnya seperti itu, ia tidak mengalami hal-hal yang aneh. Pantau ditengah sawah yang terletak di Kelurahan Batung Tebal tersebut banyak warga yang melihat fenomena tumbuhan tersebut. Jagung tersebut memang berbuah bunga pisang berwarna putih namun ujung buah mempunyai bulu seperti jagung, Sementara jagung lain kira-kira 100 batang tidak mengalami hal yang sama.
Sumber : Dairi Share

Apabila Ayah Dan Anak Memiliki Bilik Game Bawah Tanah


Apabila Ayah Dan Anak Memiliki Bilik Game Bawah Tanah  | Jangan terkejut kerana apa yang anda saksikan di bawah ini bukanlah sebuah pusat permainan seperti yang kita lihat dishopping complex, tetapi ia dipercayai merupakan sebuah bilik bawah tanah yang dimiliki oleh seorang bapa bersama anaknya.Hobi kedua-dua beranak ini meminati games sehingga sanggup melaburkan duit membina sebuah bilik game seperti menyerupai pusat game di luar. Kreatif dan sangat menarik. Boleh lihat gambar di bawah ini.
game1 game2 game3 game4 game5 game6 game7 game8

Ajaib! Cawan Ini Mengelakkan Dari Meja Melekit (4 Foto)


Ajaib! Cawan Ini Mengelakkan Dari Meja Melekit (4 Foto) | Berhadapan dengan masalah meja melekit ketika minum kopi adalah satu perkara yang sukar dielakkan. Itu sebabnya cawan yang dihidangkan akan diletakkan pelapik khas seperti yang kita lihat sebelum ini. Namun jangan risau, ada solusi. Melayukini.net mahu menunjukkan anda satu rekaan cawan yang ajaib mengelakkan daripada meja kita  melekit? Bagaimana? Jom layan gambar di bawah ini.
cawan1
cawan2
cawan3
cawan4

Luar Biasa! Anjing Yang Setia Menjaga Basikal Tuannya (Video)

on Sunday, June 2, 2013



Luar Biasa! Anjing Yang Setia Menjaga Basikal Tuannya (Video) | Anda mungkin pernah mendengar  tentang kisah anjing yang bernama Hachiko yang terlalu setia dengan tuannya (LINK), kali ini terdapat seekor anjing yang juga sifatnya mirip seperti Hachiko. Anjing ini sentiasa bersama tuannya. Ia juga sering dilihat menjaga basikal sekiranya ketiadaan tuannya. Kebijakkan anjing ini mendapat perhatian oleh pihak kerajaan di China. Boleh tonton video di atas.
anjing1
Anjing Penjaga Basikal Tuannya – Seekor anjing jenis Golden Retriever tampil menjadi selebritis baru di China, kerana anjing itu selalu menjaga basikal milik tuannya. Luo Wenchong tidak perlu membeli sebuah kunci basikal kerana anjing yang bernama Li Li selalu berjaga-jaga di depan basikalnya ketika Luo meninggalkannya.
Kerajaan Wilayah Guangxi menyebut Li Li sebagai “anjing pemeluk basikal” kerana Li Li selalu melakukan kebiasaannya ketika Luo meninggalkan basikalnya.
anjing2
“Dimana pun saya meletakkan basikal saya, Li Li selalu memegang basikal itu untuk menyelamatkannya dari pencuri. Ia adalah anjing yang pintar, saya selalu berbicara dengannya setiap waktu dan Li Li mengerti apa yang saya katakan,” ujar Luo, seperti dikutip Orange,
Li Li bahkan membantu Luo saat berbelanja dan membuang sampah pada malam hari. Anjing itu bahkan meletakkan sampah-sampah di sebuah bak sampah yang letaknya 200 meter dari tempat tinggal Luo. “Seseorang sempat datang untuk membeli Li Li danmenawarkan saya wang sebanyak GBP1.000 atau sekira Rm3 ribu namun, saya menolaknya,” tambahnya

Pelik! Ayam Berjalan Seperti Penguin (4 Foto)


Pelik! Ayam Berjalan Seperti Penguin (4 Foto) | Jangan terkejut kerana apa yang anda lihat ini bukanlah seekor penguin jadian, tetapi ayam yang dianggap pelik oleh pemiliknya. Keunikan ayam ini apabila mempunyai tabiat berjalan seperti seekor penguin apabila dadanya diangkat seolah-olah ia sedang berdiri. Biarpun ia bukan berlaku di negara kita, tetapi penemuan ini benar-benar melihat betapa hebatnya kuasa Allah SWT. Ayam ini berasal dari negara China.
ayam2
JIANGSU (Berita SuaraMedia) – Bingung. Mungkin ini kata yang tepat untuk ayam dari China ini
Inilah Mumble, ayam dari China yang mengira dirinya adalah seekor penguin.
Alih-alih mengorek tanah mencari makanan dan bertenggek di kandang, dia malah berjalan seperti seekor penguin.
Pemiliknya Lu Xi, membesarkan ayam itu dari kecil. “Dia mempunyai sayap yang kecil, mirip seperti penguin, gayanya juga seperti penguin pada waktu mengepakkan sayap dan berjalan,” ujarnya seperti diberitakan Orange, Jumat (30/7/2010).
Media tempatan di Jiangsu pun menamainya Mumble, seperti watak seekor penguin yang tak boleh menyanyi tapi jaguh menari dalam sebuah filem animasi di Happy Feet.
ayam1
ayam3
Lu Xi mengaku tak masalah ayam uniknya diberi nama Mumble. Meski ia mengaku belum pernah menonton ‘Happy Feet’.
“Aku tidak pernah lihat filemnya, tapi aku suka nama itu, walaupun dia tidak boleh menari dan juga mungkin tidak akan boleh berenang,” katanya.
“Mungkin kerana itu dia tidak boleh terbang,” kata Lu Xi seperti diberitakan laman media, Orange.co.uk.
Sumber : Takmungkinbenar

Menakjubkan! Bunga Ini Mirip Bibir Yang Seksi (8 Foto)


Menakjubkan! Bunga Ini Mirip Bibir Yang Seksi (8 Foto) | Pelbagai jenis bunga yang terdapat dalam dunia ini. Sudah banyakbunga-bunga yang dianggap pelik kita temui.  Seperti sebelum ini juga Melayukini.net ada kongsikan bersama anda 3 spesis bunga yang pelik (LINK). Tetapi kali ini kita akan mengenali tentang satu jenis bunga lagi.  Bunga ini yang juga dikenali sebagai Psychotria Elata. Ia adalah bunga yang sangat terkenal dan kelihatan menarik di Amerika Tengah serta Selatan. Ia tidak ubah seperti bibir manusia kan? Jom layan gambar di bawah ini.
bunga7
bunga6
bunga5
bunga4
bunga8
bunga1
bunga2
bunga3

Pelik! Penemuan Lintah Berwarna Merah Jambu


Pelik! Penemuan Lintah Berwarna Merah Jambu | Secara kebiasaannya lintah sering ditemui di kawasan-kawasan berpayah seperti di sawah, di kawasan air terjun dan sebagainya. Spesis yang sering dilihat adalah berwarna hitam kehitaman. Namun jangan terkejut jika terdapat spesis lintah yang berwarna merah jambu. Spesis lintah luar biasa ini hanya boleh ditemui di kawasan Gunung Kaputar di negeri New South Wales, Australia. Walaupun ia berwarna merah jambu, ia juga lebih kurang sama dengan lintah yang lain, cuma lintah ini bersaiz besar.
lintah
SYDNEY – Lintah-lintah berwarna merah jambu hanya terdapat di kawasan Gunung Kaputar di negeri New South Wales, Australia.
Sebelum ini, sejumlah penduduk tempatan telah melaporkan tentang penemuan lintah gergasi itu selepas hujan turun.
Lintah tersebut boleh membesar sehingga 20 sentimeter panjang.
Haiwan itu bersembunyi di sebalik daun-daun.
Beberapa pengkaji spesies haiwan baru-baru ini mengesahkan, haiwan tersebut merupakan spesies lintah merah yang dikenali secara rasmi sebagai Triboniophorus graeffi. – Agensi
Sumber : Kosmo