
Home > All posts
Izzue Islam Nikah Pengurus Dengan Sekali Lafaz
Posted by TerbaikLaH at 8:12 PM

SHAH ALAM – Pelakon dan anggota kumpulan Forteen, Izzue Islam selamat bergelar suami kepada pengurusnya sendiri iaitu Nurinafilah Waharudin apabila kedua-dua mereka diijabkabulkan dengan sekali lafaz.Izzue atau nama sebenarnya Muhammadd Izzul Islam Mazlan, 23 dan Nurinafilah atau Awin, 31, dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Waharudin Jonit, 58, dan disaksikan oleh Penolong Pendaftar Nikah, Masjid Negeri Selangor, Khairuddin Haiyon kira-kira pukul 9.45 pagi di Dewan Shah Alam di sini pada Ahad.Acara sebelum itu dimulakan dengan upacara berbalas pantun mengikut adat tradisi orang Melayu lama oleh kedua-dua belah pihak.Majlis pernikahan kedua-dua mempelai dihadiri kira-kira 150 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga rapat pengantin dan wakil media. Pengantin perempuan menerima 11 Dinar sebagai mas kahwin dan RM11,111.11 sebagai wang hantaran.Dalam pada itu, pihak perempuan menerima tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang.Awin dan Izzue kelihatan anggun dan segak dengan mengenakan busana songket dari rona putih tajaan ‘Classic Bridal’.Sementara itu, majlis resepsi perkahwinan mereka diadakan pada hari sama sejurus selepas majlis akad nikah berlangsung.Majlis akad nikah dan perkahwinan tersebut dikendalikan oleh N’dah Catering & Weeding Planner itu kelihatan meriah dengan dekorasi menawan berkonsepkan ‘Indoor Garden’.Sebelum ini pasangan itu telah mengikat tali pertunangan dalam majlis tertutup pada 1 Jun 2012 yang hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat.Izzue dan Awin berkenalan sejak 2008 dan telah bercinta selama enam tahun. – mStar
Subhanallah! Jerung Pelik Bermata Dajal
Posted by TerbaikLaH at 8:11 PM

Seorang nelayan di California menemui seekor ikan pelik yang dikatakan jerung bermata satu di tengah-tengah muka haiwan itu.Janin anak jerung yang bersifat albino itu dikeluarkan dari perut ibu jerung yang ditangkap di Teluk California pada musim panas lalu.Jerung bermata satu itu semakin terkenal sejak Pisces Fleet Sportfishing menerbitkan gambarnya Julai lalu, meningkatkan khabar angin mendakwa mungkin ikan pelik itu adalah palsu. Bagaimanapun menurut laporan MSNBC, penyelidik yang memeriksa haiwan itu berkata ia adalah asli walaupun sukar baginya untuk terus hidup selepas dilahirkan.Pakar ikan jerung,Felipe Galvan Magana dari Centro Interdisciplinario de Ciencias del Mar di Mexico berkata: “Spesies itu memang jarang ditemui. Setakat yang saya tahu, kurang daripada 50 contoh spesies ikan pelik tidak normal seperti itu sudah direkodkan.”Apa-apa pun, betul atau tidak, jom kita tengok dulu gambar pelik ikan jerung yang bermata satu ni. Subhanallah! (Nota: Takkan National Geographics nak tipu kot hehe) SUMBER
GAMBAR: Saat Mendebarkan Pasukan Bomba Memotong Cincin Yang Terlekat Di Jari Dua Mangsa
Posted by TerbaikLaH at 8:10 PM

Pada jam 6.23 petang semalam, Balai Bomba Dan Penyelamat Kota Raja, Shah Alam telah menerima panggilan kecemasan daripada Balai Bomba Sri Andalas memotong cincin yang melekat di jari dua mangsa di hospital Tengku Ampuan Rahimah,Klang.Tiga orang anggota diketuai oleh Mohd Faizal Samsudin bersama dua anggota lain, Mohd Zainal Hashim dan Muhamad Hafiz Hussin telah bergegas ketempat kejadian.Mangsa pertama seorang kanak-kanak perempuan berusia lingkungan tiga tahun dan mangsa kedua seorang pemuda berusia dalam lingkungan 20-an. Kecekapan dan ketelitian anggota-anggota bomba terbabit berjaya memisahkan cincin tersebut dari jari kedua-dua orang mangsa, syabas! (FB Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia)
Inilah Alat Semburan Nyamuk Paling Ganas Di Dunia
Posted by TerbaikLaH at 7:08 PM
Semburan nyamuk biasanya hanya mengandungi bahan-bahan kimia atau ubat untuk melumpuhkan nyamuk. Akan tetapi Johannes Vogl merancang semburan nyamuk dengan menambah ciri yang aneh sekali. Dengan berbekal ketrampilan memasang, dia membuat semburan nyamuk agar bisa mengeluarkan api seperti halnya pemetik api.
Inilah Wanita Gemuk Yang Paling Cantik Dan Seksi Di Dunia
Posted by TerbaikLaH at 5:43 PM
Ini adalah koleksi beberapa gambar seksi Moran Barannes, juara dunia pertandingan kecantikan Fat and Beautiful 2009 yang berlangsung di Israel tahun ini. Pertandingan kecantikan ini diikuti oleh 40 wakil negara dengan syarat utama mempunyai berat 80-120 kg, wuih ...!!..
Anda tidak perlu kurus untuk berpenampilan menarik atau mengghairahkan, setuju?!
Anda tidak perlu kurus untuk berpenampilan menarik atau mengghairahkan, setuju?!
Menutup Aurat Tapi Masih Telanjang
Posted by TerbaikLaH at 5:06 PM
Hukum memakai tudung itu tidak wajib. Tetapi menutup aurat itu wajib. Menutup aurat pula ada syarat-syaratnya, bukan main balut aja macam buah nangka, melekat sampai terbonjol-bojol bahagian tubuh.
Tutup dengan sempurna, biar terlindung dari si mata keranjang, dosa kurang, pahala bertambah.
Tapi golongan-golongan ini pula, kami kurang pasti apa tujuan mereka ‘meletakkan’ kain di atas kepala mereka. Panas agaknya…tapi kalau panas, baik pakai payung ke, topi ke..
Nak menutup aurat? Tak cukup syarat, atas tutup, lain-lain dibukanya pula..


























