Insaf! Kisah Pak Cik Yang Dihina Kerana Busuk

on Monday, June 3, 2013


Insaf! Kisah Pak Cik Yang Dihina Kerana Busuk | Apakah yang kita akan lakukan sekiranya seorang lelaki tua tiba-tiba datang kepada kita untuk meminta sedekah? Mungkin sesetengah daripada kita akan memberi, tidak juga ada yang menghalau. Mungkin dek kerana pakaian lusuh tambah berbau busuk sedikit sebanyak menganggu selera makan. Admin ingin berkongsi satu kisah di mana seorang lelaki yang bergelar pak cik ini tidak meminta sedekah apatah lagi merayu simpati. Tetapi ada satu perkara yang menarik terhadapnya. Jom ikuti kisah di bawah ini.
hiasan
Sekadar gambar hiasan
Pagi tadi lebih kurang pukul 10.30 aku singgah sarapan di bazar batu buruk sementara menunggu interview di steten minyak kerana sudah tiada kerja di Terengganu yang menggunakan Ijazah aku ini. Sewaktu makan, mata ni terpandang seorang pakcik yang “lusuh ” karekternya.. Bau busuk, baju koyak, pakai kain pelikat singkat, tak beralas kaki, tapi berkopiah.
Duduk bersandar di tiang bazar dekat dengan kerusi aku. Terdetik dalam hati, apa pakcik ni kelaparan. Orang gila pun lapar, masih tetap manusia. Aku pesan satu lagi nasi minyak. Pesanan aku sampai ke meja. Terus aku beri pada pakcik tadi. Tuan kedai terkejut dan mengangkat tangan melambai seolah2 memanggilku. Aku pun balas tunggu skejap.
Pakcik tadi tenung aku sambil berkata “pakcik dah makan nak.. terima kasih nak..” Dalam hati terdetik sungguh indah bahasa pakcik yang ku sangka gila tadi. Aku bangun dengan kecewa kerana pesanan aku tidak dijamah oleh pakcik. Lalu aku pergi kepada tuan kedai yang memanggil ku tadi.
Ada apa pakcik? Pakcik kedai balas: Jangan bagi dan suruh dia makan kat sini, nanti customer pakcik lari. Aku tersentap. Dan spontan aku membalas. “Jika orang ini ayah kandung pakcik, pakcik halau tak dia?” Pakcik tu diam. Takpe pakcik, saya akan bayar ansuran kalo pakcik rugi hari ni. Saya nak tanya, betul ke pakcik td tu sudah makan? Pakcik kedai jawab, tidak. Dari mula pakcik buka kedai pukul 6.30 tadi pakcik kopiah tu duduk kat tiang tu.
Dalam hati kecil ni cakap, tak pernah aku jumpa pakcik gila semulia ini. Tidak mengemis, tidak pula meminta. Aku pegi semula pada pakcik kopiah tu. “Pakcik, saya sunyi makan sorang2, pakcik teman saya makan jom.” Pakcik tu akur dengan pelawaan aku kerana kesungguhan aku. Ramai yang beralih meja kerana bau pakcik tu, namun kerana ingin menjaga hati orang tua yang aku tak kenal, aku tahan bau itu.
Lega tengok pakcik tu makan dengan sangat sopan. Aku lontarkan beberapa soalan pada pakcik tu. Pakcik dari mana, tinggal dimana? Pakcik tu jawab. Pakcik merantau cari redha Allah. Aku terkejut. Dalam hati aku dah syak bukan2. Kot2 wali ke ni? Mana keluarga pakcik?
Pakcik dibuang oleh keluarga pakcik kerana sekeping geran tanah. Kenapa pakcik? Apa masalahnya? Pakcik sedekahkan geran itu untuk seseorang untuk dibangunkan pondok2 mengaji. Keluarga pakcik terus buang pakcik. Allah…
Pakcik tinggal dimana? Pakcik tu diam tak menjawab. Masa terlalu singkat untuk aku menyambung urusan kerja. Aku panggil pakcik kedai untuk kira. Semuanya berharga RM 11.60. Aku celup dompet aku, dan aku lupa yang aku hanya bawa RM 5.00. Aduh…. Pakcik tu nampak raut wajah muka aku seolah2 melihat masalah dalam dompetku. Pakcik tu mencelah. Nak, ambil duit ni, pakcik bayarkan.
Nak tau ape? pakcik keluarkan satu sampul surat sebagai dompet dia (macam dompet TGNA), dalam tu duit seratus setebal setengah inci, dan satu kad BSN dan i.c lama (pakcik tu bekas tentera laut).. Satu kedai dia bayarkan. Allah.. Satu kedai hairan apabila pakcik kedai tu announce yang makanan semua sudah dibayarkan oleh pakcik kopiah tadi. Masing2 semua pandang aku dan pakcik kopiah. Dengan tiba2 pakcik kopiah angkat tangan dan berdoa dengan suara yang agak sederhana kuat, aku pun turut angkat sama. Dan paling terharu apabila aku dengar suara “amin…..” dengan suara yang ramai. Bila aku berpaling ke belakang, satu kedai mengangkat tangan bersama pakcik kopiah tu.. Ada yang bangun mendekati kami berdoa dekat2.
Terasa sangat gemuruh dan terharu dengan keperibadian orang yang ku sangka gila ini rupanya seorang guru agama!! Ada yang menangis kerana doa oleh sang guru itu sungguh merdu.. Kecoh seketika.. Selesai berdoa, aku bersalam dengan pakcik tadi dan ucap terima kasih dengan harapan dapat jumpa lagi. Aku terus berjalan ke motor aku. Aku berpaling ke belakang, semakin ramai yang berkerumun pada pakcik tadi. Aku senyum tanda puas bahawa orang sekeliling mula mendekati pakcik. Aku buka semula dompet aku kerana aku simpan kunci motor dalam tu.
Nak tau apa? Aku terkejut kerana ada 2 keping duit seratus dan satu nota kecil yang bertulis: “Ambil duit ni buat beli susu anak dan buah delima untuk orang rumah anak yang mengidam..” Aku terkaku, dan terus pandang ke arah tempat pakcik tadi. Beliau sudah tiada disitu. Aku terus pakai helmet dan tutup pemuka helmet. Aku menangis kerana terharu dan sangat bersyukur. Bagaimana dia tahu aku dalam kesusahan…
Ya Allah.. Kau peliharakanlah pakcik itu..
Sumber : Facebook

Pelik! Pokok Jagung Ini Berbuah Pisang


Pelik! Pokok Jagung Ini Berbuah Pisang | Dahulu banyak kami kongsikan kepada anda tentang keunikan dan tentang pokok pisang (LINK), kali ini adalah tentang kepelikan sebatang pokok jagung yang dipercayai telah berbuah pisang. Penemuan ini bukan di Malaysia tetapi di Kota Padang, Sumatra Barat. Apa yang dapat kita saksikan di sini adalah, ia merupakan salah satu tanda kekuasaan Allah SWT. Memang agak jarang kita mendengar tentang keunikan pokok jagung ini. Boleh lihat gambar di bawah ini.
pisang
Aneh bin ajaib, itulah yang terjadi pada tanaman jagung milik Yufriadi (21) warga Kelurahan Batung Tebal, Kecamatan Lubuk Begalung, Kota Padang, Sumatra Barat.
Jagung yang ditanam Yufriadi itu tak berbuah jagung, melainkan berbuah bunga pisang. Lelaki yang biasa dipanggil Adi itu mengatakan, peristiwa aneh yang dialami jagungnya ini, saat ia hendak mencabut jagung yang telah di tanamnya. “Ketika saya hendak mencabut jagung yang telah dituai, saya dikejutkan diantara jagung tersebut ada yang berbuah bunga pisang. Kemudian saya tidak jadi cabut jagung tersebut, “ujarnya. Adi juga sudah memeriksa jagung tersebut dan mematahkan salah satu bahagiannya. Ia melihat jagung itu mengeluarkan getah berwarna putih seperti getah buah pisang. Padahal jagung sendiri tidak mempunyai getah.
“Jagung itu ditanam pada bulan November lalu. Namun tidak menampakkan hal-hal yang aneh, baru Isnin lalu saya mengetahui fenomena tumbuhan tersebut, “ujar Adi. Jagung yang berbuah bunga pisang tersebut terletak ditengah sawah milik Adi seluas 1 hektar. Adi menanamnya berhampiran pondok sawahnya. Serta benih jagung tersebut di dapati Adi dari kelompok tani Pramudya Indah, yang diberikan Dinas Pertanian Kota Padang. Jagung tersebut sudah berusia kira-kira 3.5 bulan dengan ketinggian satu meter.
Sewaktu Adi akan mendapatkan jagungnya seperti itu, ia tidak mengalami hal-hal yang aneh. Pantau ditengah sawah yang terletak di Kelurahan Batung Tebal tersebut banyak warga yang melihat fenomena tumbuhan tersebut. Jagung tersebut memang berbuah bunga pisang berwarna putih namun ujung buah mempunyai bulu seperti jagung, Sementara jagung lain kira-kira 100 batang tidak mengalami hal yang sama.
Sumber : Dairi Share

Apabila Ayah Dan Anak Memiliki Bilik Game Bawah Tanah


Apabila Ayah Dan Anak Memiliki Bilik Game Bawah Tanah  | Jangan terkejut kerana apa yang anda saksikan di bawah ini bukanlah sebuah pusat permainan seperti yang kita lihat dishopping complex, tetapi ia dipercayai merupakan sebuah bilik bawah tanah yang dimiliki oleh seorang bapa bersama anaknya.Hobi kedua-dua beranak ini meminati games sehingga sanggup melaburkan duit membina sebuah bilik game seperti menyerupai pusat game di luar. Kreatif dan sangat menarik. Boleh lihat gambar di bawah ini.
game1 game2 game3 game4 game5 game6 game7 game8

Ajaib! Cawan Ini Mengelakkan Dari Meja Melekit (4 Foto)


Ajaib! Cawan Ini Mengelakkan Dari Meja Melekit (4 Foto) | Berhadapan dengan masalah meja melekit ketika minum kopi adalah satu perkara yang sukar dielakkan. Itu sebabnya cawan yang dihidangkan akan diletakkan pelapik khas seperti yang kita lihat sebelum ini. Namun jangan risau, ada solusi. Melayukini.net mahu menunjukkan anda satu rekaan cawan yang ajaib mengelakkan daripada meja kita  melekit? Bagaimana? Jom layan gambar di bawah ini.
cawan1
cawan2
cawan3
cawan4

Luar Biasa! Anjing Yang Setia Menjaga Basikal Tuannya (Video)

on Sunday, June 2, 2013



Luar Biasa! Anjing Yang Setia Menjaga Basikal Tuannya (Video) | Anda mungkin pernah mendengar  tentang kisah anjing yang bernama Hachiko yang terlalu setia dengan tuannya (LINK), kali ini terdapat seekor anjing yang juga sifatnya mirip seperti Hachiko. Anjing ini sentiasa bersama tuannya. Ia juga sering dilihat menjaga basikal sekiranya ketiadaan tuannya. Kebijakkan anjing ini mendapat perhatian oleh pihak kerajaan di China. Boleh tonton video di atas.
anjing1
Anjing Penjaga Basikal Tuannya – Seekor anjing jenis Golden Retriever tampil menjadi selebritis baru di China, kerana anjing itu selalu menjaga basikal milik tuannya. Luo Wenchong tidak perlu membeli sebuah kunci basikal kerana anjing yang bernama Li Li selalu berjaga-jaga di depan basikalnya ketika Luo meninggalkannya.
Kerajaan Wilayah Guangxi menyebut Li Li sebagai “anjing pemeluk basikal” kerana Li Li selalu melakukan kebiasaannya ketika Luo meninggalkan basikalnya.
anjing2
“Dimana pun saya meletakkan basikal saya, Li Li selalu memegang basikal itu untuk menyelamatkannya dari pencuri. Ia adalah anjing yang pintar, saya selalu berbicara dengannya setiap waktu dan Li Li mengerti apa yang saya katakan,” ujar Luo, seperti dikutip Orange,
Li Li bahkan membantu Luo saat berbelanja dan membuang sampah pada malam hari. Anjing itu bahkan meletakkan sampah-sampah di sebuah bak sampah yang letaknya 200 meter dari tempat tinggal Luo. “Seseorang sempat datang untuk membeli Li Li danmenawarkan saya wang sebanyak GBP1.000 atau sekira Rm3 ribu namun, saya menolaknya,” tambahnya

Pelik! Ayam Berjalan Seperti Penguin (4 Foto)


Pelik! Ayam Berjalan Seperti Penguin (4 Foto) | Jangan terkejut kerana apa yang anda lihat ini bukanlah seekor penguin jadian, tetapi ayam yang dianggap pelik oleh pemiliknya. Keunikan ayam ini apabila mempunyai tabiat berjalan seperti seekor penguin apabila dadanya diangkat seolah-olah ia sedang berdiri. Biarpun ia bukan berlaku di negara kita, tetapi penemuan ini benar-benar melihat betapa hebatnya kuasa Allah SWT. Ayam ini berasal dari negara China.
ayam2
JIANGSU (Berita SuaraMedia) – Bingung. Mungkin ini kata yang tepat untuk ayam dari China ini
Inilah Mumble, ayam dari China yang mengira dirinya adalah seekor penguin.
Alih-alih mengorek tanah mencari makanan dan bertenggek di kandang, dia malah berjalan seperti seekor penguin.
Pemiliknya Lu Xi, membesarkan ayam itu dari kecil. “Dia mempunyai sayap yang kecil, mirip seperti penguin, gayanya juga seperti penguin pada waktu mengepakkan sayap dan berjalan,” ujarnya seperti diberitakan Orange, Jumat (30/7/2010).
Media tempatan di Jiangsu pun menamainya Mumble, seperti watak seekor penguin yang tak boleh menyanyi tapi jaguh menari dalam sebuah filem animasi di Happy Feet.
ayam1
ayam3
Lu Xi mengaku tak masalah ayam uniknya diberi nama Mumble. Meski ia mengaku belum pernah menonton ‘Happy Feet’.
“Aku tidak pernah lihat filemnya, tapi aku suka nama itu, walaupun dia tidak boleh menari dan juga mungkin tidak akan boleh berenang,” katanya.
“Mungkin kerana itu dia tidak boleh terbang,” kata Lu Xi seperti diberitakan laman media, Orange.co.uk.
Sumber : Takmungkinbenar

Menakjubkan! Bunga Ini Mirip Bibir Yang Seksi (8 Foto)


Menakjubkan! Bunga Ini Mirip Bibir Yang Seksi (8 Foto) | Pelbagai jenis bunga yang terdapat dalam dunia ini. Sudah banyakbunga-bunga yang dianggap pelik kita temui.  Seperti sebelum ini juga Melayukini.net ada kongsikan bersama anda 3 spesis bunga yang pelik (LINK). Tetapi kali ini kita akan mengenali tentang satu jenis bunga lagi.  Bunga ini yang juga dikenali sebagai Psychotria Elata. Ia adalah bunga yang sangat terkenal dan kelihatan menarik di Amerika Tengah serta Selatan. Ia tidak ubah seperti bibir manusia kan? Jom layan gambar di bawah ini.
bunga7
bunga6
bunga5
bunga4
bunga8
bunga1
bunga2
bunga3